Showing posts with label kenangan di puncak. Show all posts
Showing posts with label kenangan di puncak. Show all posts

Kenangan Di Puncak menjelajah negara

15

13

12

11

10

9

8

7

5

4

3

1

p/s: novel Kenangan di Puncak kini memasuki fasa-fasa akhir jualan, order cepat sebelum kehabisan, boleh pm aku ye

Preview Kenangan di Puncak Part 16 versi novel

part 16

p/s:terima kasih Adi Wafi sudi membaca tulisan aku di dalam zine 100

Kenangan di Puncak

cover kenangan di puncak

ini adalah koleksi kenangan di puncak dari part 1 hinggalah part penghabisan iaitu part 15,mana2 yang terlepas untuk membaca kenangan di puncak,blh rujuk link2 di bwh ini, dan entri ni adalah sticky entri dan akan melekat sehinggalah cerpen baru dilancarkan nanti,untuk entri terbaru,sila scroll ke bwh,terima kasih dan selamat membaca.

part 1
part 2
part 3
part 4
part 5
part 6
part 7
part 8
part 9
part 10
part 11
part 12
part 13
part 14
part 15(TAMAT)

Kenangan di Puncak Part 15

cover kenangan di puncak


"malam ni??tak free kot awk,sebab plan nak keluar ngan member sy,nape awk?"

"owh camtu ke,emm takpe la,takde pape awk"

mulut kata tidak tapi hati kata lain. kecewa juga aku saat mendengar jawapan dari mulut nikita itu. memang aku ingin keluar bersamanya pada malam itu kerana aku rasakan,masa yang aku luangkan bersamanya tadi belum cukup. terlalu singkat nikita, terlalu singkat untuk aku mengenalimu hanya pada pertemuan pertama. tolak masa tersengih-sengih,tolak masa berblushing,tolak masa mengunyah makanan,tolak masa ketawa sambil tutup mulut,hanya berapa minit saja berbaki untuk aku menyelami hati budi kamu. tak cukup wahai nikita tak cukup.

petang itu aku hanya berehat sahaja di rumah. cuaca yang agak terik menghalang aktiviti rewang aku pada petang itu. rakan rewang aku, kudi juga sedang berada di alam lain. tidak mungkin aku keluar rewang seorang diri, itu bukan rewang namanya,tapi seorang loser yang dah tak tau apa yang nak dibuat. sedang aku berbaring itu, terlihat roomate sedang menggoreng gitar kapoknya. pelbagai lagu yang digorengnya,tapi majoritinya lagu berbahasa inggeris yang langsung tidak pernah aku ketahui. bagi mengelakkan perkara ini berterusan, aku pancing dia dengan satu pertanyaan ringkas sebegini.

"bro,aku nk request lagu, boleh tak?"

"ko nak request lagu apa?"

"lagu hujan,kotak hati"

1,2,3 go. perlahan-lahan jari menari-nari di tali gitar. mula-mula perlahan,kini semakin rancak. irama yang tadinya kelam kabut sudah mula mendapat rentak. aku menunggu dengan penuh sabar sebelum aku mencelah.

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

mulut aku terkumat kamit menyanyikan lagu ini sambil diiringi alunan gitar oleh roomate aku. roomate aku sedikit curiga akan perlakuan aneh aku pada petang itu. biasanya, aku tidak sejiwang ini. sambil aku masih lagi menyanyi, ingatan aku terus kepada nikita willy. apa yang sedang dibuatnya ketika ini?mungkin tengah tidur kot sambil berdengkur. ketika asyik membayangkan wajah nikita willy itu, tiba-tiba wajah gadis berjilbab turut melintas dengan laju. berapa kelajuannya itu tidak pula sempat aku kira. apa sudah jadi pada dia?semenjak peristiwa malam itu, dia sudah tiada lagi dalam hidup aku. dia ibarat musuh kepada aku, mungkin kasar bunyinya,tapi aku tak mampu menipu perasaanku. apa yang dibuat olehnya tidak mampu untuk aku maafkan. Sorry seems to be the hardest word girl. tapi,aku tidak mendengar habis penjelasan darinya pada malam itu. mungkin ada perkara penting yang aku terlepas, yang mungkin boleh membetulkan kembali persepsi aku kepada dia. seperti yang biasa aku baca di majalah terbitan Karangkraf, antara kesilapan semasa bercinta adalah tidak memberi ruang secukupnya kepada pasangan untuk menjelaskan hal sebenarnya. emm,whatever la.

pada malam itu,aku chat bersama nikita willy. aku sempat bertanya dengan siapa dia keluar tadi, dia hanya menjawab dengan member. aku menerimanya dengan nada positif,walaupun kadang-kadang terbit perasaan sangsi akan jawapan itu. chat pada malam itu tidak berlangsung dalam tempoh masa yang lama. penat katanya, jadi dia meminta izin untuk mengundur diri dari medan chat kerana hendak tidur. aku turutkan sahaja permintaannya. sebelum dia melelapkan mata,aku sempat menghantar sekeping mesej.

"sebelum awak tidur,cuba awak dengar lagu ni, McFly - All About You..:D"

"bez ke lagu tu awk,jap ek"

aku menanti dengan sabar akan respons dari dia. sudah 5 minit berlalu, terasa seperti 5 tahun. arghh lamanya, dah tido ke minah ni?aku terus menanti sehinggalah handset aku berdering menandakan ada satu mesej.

"wah bez la,lagu ni untuk sy ke?thanks awk..:D"

"yup,untuk awak la,hehehe"

"hehehe,k la awk,nak tido dlu,nites"

hari sudah cerah,pelbagai urusan menanti aku pada hari ini. kelas, assignment,research dan juga perlu study untuk menghadapi test yang berlambak- lambak sepanjang minggu ini. nak tak nak,hal berkaitan nikita willy dan gadis berjilbab perlu ditolak tepi dulu buat sementara waktu. kudi juga sama,perlu ditolak tepi,kalau melayan kerenah dia,memang tak lulus test la aku jawabnya. perkara test ni bukan boleh dibuat main, kalau tak score masa test,nanti carry mark akan rendah,bila carry mark rendah, peluang untuk lulus menjadi tipis,apatah lagi dapat A. bila peluang nak lulus tu rendah,mula la berdebar tak ingat dunia bila nak cek result, dan bila lulus setakat dapat c je, memang takkan dapat DL la,dan bila tak dapat DL, mula la dipandang rendah nanti. jadi,semuanya bermula dengan test yang bakal aku hadapi ini.

ketika menjawab test,aku perasan akan sepasang mata yang sering curi-curi pandang kepada aku. aku cuba berlagak cool. kadang-kadang,aku jual mahal jugak. tapi,macam rugi pula kalau jual mahal sangat. jadi,aku membalas jelingan itu. yeah jelingan yang tak lain tak bukan ialah dari gadis berjilbab. sayu juga hati tatkala melihat dia. please gadis berjilbab, jangan buat aku rasa bersalah sebegini, aku mahu teruskan hidup aku tapi bukan dengan kamu. selesai menjawab test, aku lekas pulang ke rumah. terbit satu rasa kepuasan bila beban test sudah berjaya dibuang jauh. aku mau meraikan kebebasan sementara yang aku nikmati ini bersama nikita willy. yeah weekend ini aku mau luangkan masa bersamanya.

sudah 15 minit aku terpacak menunggu nikita di sebuah pusat membeli belah yang alamatnya ada tertera bukit,tapi tidak la terletak di atas bukit,hanya di atas tanah rata sahaja. orang ramai semakin ramai yang lalu lalang di hadapan aku. ada juga beberapa kapel yang lalu sambil berpegangan tangan. dari kejauhan,aku nampak kelibat nikita willy bersama beberapa orang temannya. dia paling menyerlah diantara mereka,mungkin ada elemen bias di dalam kenyataan aku ini. apabila sudah hampir dengan aku, teman-teman seakan faham dan mula melencong kearah lain dan membiarkan aku hanya berdua bersama nikita. aku berjalan beriringan bersamanya,kami tidak berpegangan tangan, kerana masing-masing bukan muhrim.

"awak,sy nk cakap sikit dengan awk ni"

"yup,cakaplah,sy mendengar"

"sy rasakan,sy dah jatuh cinta la"

"erkkk,biar betul awk ni,dengan sapakah?"hati aku berdegup kencang mendengar kenyataan dari nikita itu. dia jatuh cinta dengan siapa pulak ni?

"awak ingat tak ada malam tu sy cakap sy keluar dengan member sy"

"ha yup ingat-ingat,malam sy bagi lagu kat awak tu kan,then?"

"sebenarnya sy jumpa someone malam tu,hihihi"

"owh ye ke,means lelaki la kan?"jawab aku sedikit hampa.

"yup,actually sy da lama kawan dengan dia,then malam tu dia buat surprise untuk sy,dan yang lebih surprise lagi,dia propose sy"

"owh macam tu ke,so awk terima la?"tanya aku dengan suara yang tersekat-sekat.

"belum lagi,sy mintak masa dari dia untuk pikir dulu,but now,i will"

jantung aku bagaikan luruh sehingga ke kaki tatkala mendengar pernyataan itu dari mulut dia. apa yang aku takutkan akhirnya terjadi juga. dia terlucut dari genggaman aku, aku terlambat,ada orang lain yang terlebih dahulu menyatakan perasaan cinta terhadap dirinya.

"hey,nape awk diam je ni?"

"hehehe,takde pape,btw selamat berbahagia awk..:D"

"thanks awk,awk ni memang kawan yang baik, eh ada member sy kan,dia selalu tanya kat sy pasal awk,dia minat kat awak kot,nanti sy kenalkan pada awk k"

"eh takpe la awk,sy ni bukannnya ensem pon,huhuhu"

pertemuan yang diharapkan menjadi momen bahagia itu bertukar menjadi derita. Hambar. tiada apa yang menyeronokkan lagi. dia bakal menjadi hak milik orang lain sedikit masa lagi. orang yang mungkin lebih berhak untuk menerima cinta dia. aku redha akan ketentuan ini, mungkin tuhan sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. mana kita tau kan.

aku pulang ke rumah sewa dengan hati yang sayu. pilu. masih berbekas kesedihan itu di hati ini. perlahan-lahan aku menongkat motorku di sebelah motor kudi. aku tidak terus masuk ke rumah,sebaliknya memerhati kelibat kanak-kanak yang sedang asyik bermain bola sepak. seronoknya menjadi kanak-kanak,hidup tanpa masalah. tiba-tiba,terasa getaran di dalam poket seluar. handset nokia hitam merah dikeluarkan,ada sekeping mesej yang baru masuk. mesej dari gadis berjilbab. ringkas sahaja mesejnya yang berbunyi begini...

"saya dah break dengan bf sy"

TAMAT...

p/s: terima kasih kepada semua pembaca kenangan di puncak,aku amat menghargainya, buat masa ini,aku masih berbaki satu semester lagi di puncak alam, jadi perihal kenangan di puncak season 2 itu aku sendiri pon belum pasti,kalau ada,ada la,kalau tiada,sampai di sini sahajalah,biarlah tuhan yang merencanakannya,kan2..:D

Kenangan di Puncak Part 14

cover kenangan di puncak

"hai nikita"

"hai awk,eii awk ni,selalu panggil sy nikita,sy bukan nikita la"

"alaa,sy suka panggil awk nikita,tak salah kan?"

"salah tu tak la,tapi nikita tu kan comel,sy pulak tak comel"

"amboi cik nikita kita ni,merendah dirinya dia,hey awk kelas sampai pukul berapa esok?"

"esok sampai pukul 12,why?"

"ok cantek,sudikah cik nikita temankan sy makan tengah hari esok?"

"hahaha,kelakar la awk ni,emm boleh kot, lagipun sebelum ni sy pernah cakap one day sy akan keluar dengan awk,so mybe tomorrow is the best day for me to fullfil my promise"

"wow,thats great,so kita nak makan dekat mana esok,ada cadangan?"

"dekat cafe Plaza Satelit B(PSB),ada berani??hihihi"

"alamak cik nikita,ramainya orang kat situ,awk tak kisah menjadi bahan gosip kalau kita makan dekat situ?"

"hey bahan gosip??never mind,sy saja nak uji awk,hihihi"

"eh uji sy?ujian apakah ini?"

"eh tak2,takde pape"

begitulah serba sedikit chat yang terjadi diantara kedua mereka di laman sosial ciptaan seorang yang berbangsa yahudi. aneh bukan dunia ini, baru sekejap tadi, aku ditimpa kekecewaan yang sungguh celaka,tapi sekejap saja selepas itu,tuhan turunkan pula bunga-bunga cinta supaya aku boleh tidur dengan lena pada malam ini. hal berkaitan gadis berjilbab yang berlangsung hangat di kedai makan tadi sudah mula hilang dalam pekat malam. ternyata penangan nikita willy begitu kuat sehinggakan hati yang hancur tadi sudah mula bercantum kembali. aku tidak tau apa jampi atau bomoh mana yang kau jumpa wahai nikita. dengan hanya chatting saja pon kau sudah mampu mengembalikan senyum manis di bibir ini yang hilang entah ke mana ketika bersama gadis berjilbab tadi.

aku berbaring di atas tilam,memandang ke arah siling. hanya ada dua ekor cicak yang sedang memadu kasih.aku hanya tersenyum simpul. tiba-tiba, aku rasakan ada hentakan di pergelangan kaki kiriku. terlihat satu kelibat raksasa sedang memandang tepat ke arah aku.

"ko pehal senyum2 macam kambing ni?"kudi menegur melihat tindak tanduk aku yang tersengih sorang-sorang.

"takde pape,kudi tutup lampu"

lampu kini sudah ditutup. hanya cahaya dari skrin laptop kudi yang menerangi bilik. aku mencapai handset aku dan alarm disetkan. aku harus tidur awal pada malam ini, kerana ada perkara penting yang bakal berlaku esok. aku akan memulakan hidup baru, bersama dengan orang baru, sambil memakai jersi baru(yang last tu tipu).bak kata budak-budak muda sekarang ni,move on ke ape tah,yeah aku perlu move on,lupakan kekecewaan lampau itu,dan bina kebahagiaan baru,dan aku hampir pasti orang itu tidak bukan ialah....nikita willy.

"hye nikita,sy tunggu dekat cafe angsana k?"

"hye,ha okok,kejap lagi sy sampai,sabar tau"

ringkas saja perbualan aku bersama nikita di telefon pada tengah hari itu. ya mungkin korang merasa pelik,di awalnya berjanji mahu berjumpa di Plaza Satelit B(PSB),tetapi mengapa nama cafe angsana pula yang naik ini? yup aku menukar plan di saat akhir. mujur nikita tidak membantah aku menukar venue date pertama itu malah menerima saja dengan hati yang terbuka. mungkin dia juga sedar, bertemu dengan aku itu jauh lebih mustahak dari makan di PSB sebenarnya,cewahh. sebenarnya,aku cuma mahukan sebuah tempat yang tidak terlalu ramai manusia, sebuah tempat yang aku rasakan selesa untuk berbicara dan juga makan pada masa yang sama. PSB aku rasakan terlalu bingit, tidak sesuai untuk aku memulakan sebuah perhubungan yang baru disitu. pasti ramai mata-mata yang akan memerhati segala tindak tanduk di situ,menambahkan lagi ketidakselesaan aku. dan menjelang petang, pasti gosip mengenai aku akan tersebar secara meluas,dan kita boleh nampak,pengaruh negatif yang dibawa oleh rancangan Melodi.

"jom kita amek makanan"

"jom awk"

ringkas ajakan aku kepada nikita willy sebaik saja dia melabuhkan diri di atas kerusi berwarna oren itu. mata aku terpaut pada dirinya yang cukup ringkas pada hari ini. tiada solekan tebal,tiada kaler rambut yang terlalu blonde,dan tiada baju yang seksi sehingga menampakkan apa yang sepatutnya hanya dilihat oleh sang suami. walaupun dia belum bertudung,tapi aku yakin satu hari nanti dia akan bertudung,bukan untuk aku,kerana aku pon belum pasti apakah aku ditakdirkan bersama dengan dia nanti, tetapi biarlah dia bertudung, sebagai bekalan untuk dia ketika menghadap Tuhan yang Maha Esa nanti.

"hey sikit je awk makan,takde selera ke?"

"yup,kurang selera la awk"

"kenapa ni awk,ada masalah ke?masalah ngan gf la ni kan,pelik tau tengok orang yang cukup petah kt chat boleh jadi monyok camni"

"hahaha,nampak monyok ke?takde la awk,sy ok je,yeah ada masalah sikit semalam?"

"owh really,taknak share dengan pemain sinetron macam sy ni ke?hihihi"

aku ketawa besar mendengar kata-kata dari nikita willy itu. ternyata,dia pon sudah mula menerima aku memanggilnya dengan nama nikita. aku menceritakan segala apa yang terjadi diantara aku dan gadis berjilbab. kau lihat wahai gadis berjilbab,betapa besarnya pengaruh kau terhadap aku, tengok la,ketika aku duduk dengan gf baru aku pon, nama kau masih lagi meniti di bibir aku, tapi kau tak nampak itu semua,yang kau nampak lelaki tu. apalah nasib badan.

"wow tragisnya kisah awk ni,macam sinetron jugak,hihihi"reaksi nikita sebaik saja aku habis berbicara pasal gadis berjilbab.

"emm,btw do you know her?"

"who,gadis berjilbab?tak kenal,sy jarang kenal orang,orang yang selalu kenal sy,hihihi"

"amboi,tiru ayat orang,cepuk kang"

"hihihi,awk tu la,selalu sangat guna ayat tu,tau la blogger,bajet femes letewww"

aku ketawa berdekah-berdekah. alahai nikita,kau memang pandai mengambil hati aku kan. kalau aku tau tadi,tak payah aku makan,tengok telatah kau ni pon da cukup buat aku kenyang da,tapi nanti bila kau balik,aku lapar la semula. perbualan aku bersama dia berlarutan sehingga ke jam dua. kalau boleh,aku mau lanjutkan sehingga ke jam 4,tapi cafe tempat aku melepak ni di sebelahnya surau, apa kata mereka nanti melihat aku masih belum menunaikan solat zuhur sedangkan waktu zuhur sudah lama berlalu?jadi menamatkan perbualan aku dan kini aku sedang berjalan berdua bersama nikita di luar cafe.

"so,macamana dengan date pertama kita tadi?"

"hey date ke tadi,just makan tengah hari je kan,btw not bad la,bez lepak dengan awk"

"so awk free tak malam ni?"

Bersambung...

p/s:tinggal satu part je lagi,apa korg rasa yang bakal terjadi pada 3 watak utama ni?yg watak kudi tu tolak ketepi la

Kenangan di Puncak Part 13

cover kenangan di puncak


"perasaan awk pada sy??eh chopp,awk ada perasaan pada sy ke?"

"yup,da lama da,dari dulu lagi,apa awk tak sedar?"

"tak,sy tak tahu pon awk, sy tak sedar,awk tak pernah cakap pon pasal hal ni"

"apa perlu sy cakap baru awk akan tau?tak boleh awk tafsir sendiri dari cara sy layan awk,bercakap dengan awk,ambil berat pasal awk,tak ke awk nampak semua benda tu?"

"ya sy tau awk layan sy baik sekali,selalu ambil berat pasal sy,selalu ada bila sy perlukan seseorang untuk luahkan masalah sy,tapi sekadar kawan je awk,cinta sy pada bf sy,bukan pada awk"

serentak dengan itu, aku rasa ada satu benda yang sedang meletup di dalam badan aku. ya benda itu, yang dipanggil hati, kini sudah hancur, musnah dibom oleh seorang perajurit yang ayu berjilbab, ternyata dia begitu keras untuk berani memusnahkan hati seorang jejaka yang dipenuhi ego ini. Sekadar kawan je. 3 perkataan yang membentuk ayat ringkas ni berpusing-pusing di dalam kepala otak aku. arghh seksanya bila difikirkan kembali, aku hanya membuang masa selama ini. aku keluarkan perasaan cinta aku pada gadis yang perasaan cintanya ada pada lelaki lain. Bebal. mata aku berkaca, aku tak boleh menangis, mungkin nanti,tapi bukan di hadapan dia, jangan biarkan dia tau bahawa aku cukup sedih mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir manisnya itu tadi.

"owh,takpe la kalau camtu"

hanya itu yang mampu terpacul dari mulut aku. mustahil aku masih mampu petah berbicara atau mengeluarkan jenaka kasar yang pernah tidak disenangi oleh beberapa kenalan sebelum ini.

"ya Allah,bawa aku pergi dari sini,tolong ya Allah".

cebisan hati yang sudah hancur tadi berbisik-bisik. aku mau segera pergi dari sini, aku tidak mahu menyambung perbualan, cukuplah,aku sudah mendapat jawapannya, yang langsung tidak menyebelahi aku. kau kejam wahai gadis berjilbab, sampai hati kau rahsiakan perkara sepenting ini,membiarkan aku berkhayal setiap hari bahawa akan tibanya hari di mana kita berbahagia bersama.

"sy nak balik"

"eh cepatnya,awk kn tak abes makan lagi,lagipun banyak lagi benda yang saya nak cakap"

"tak pe la,next time,sy ada hal dengan kudi ni"

"eh nantilah dulu"

aku bingkas bangun, membuat bayaran di kaunter,dan langsung menuju ke arah motor. enjin dihidupkan,dan aku sempat menjeling ke arah gadis berjilbab, terlihat dia terpinga-pinga akan tindak tanduk dari aku,masih kelihatan comel walau dalam keadaan sebegitu, arghh comel dia bukan untuk aku, untuk si pengarang jantung hatinya. jangan dikacau gadis yang sudah menjadi hak milik orang, apa kalian ada ilmu taekwando yang cukup untuk bergasak dengan teman lelakinya nanti?aku cuma belajar taekwando sampai tali pinggang biru,jadi aku tidak berapa yakin andai kata tercetusnya satu pertempuran dengan balaknya nanti jika aku berkeras ingin mengusik gadis berjilbab.

sepanjang perjalanan pulang, motor yang ditunggang terasa perlahan, bergerak terlalu lembap, terasa masa terlalu lambat berlalu, apa yang terjadi di kedai makan tadi masih segar bugar di dalam ingatanku. fikiran aku khayal, mengenangkan nasib aku, yang baru kehilangan orang yang aku sayang, da lama aku sayang pada dia,sehinggakan aku terlupa untuk luahkan perasaan itu padanya,dan sekarang rasakanlah akibatnya,aku sendiri yang patut dipersalahkan.

"ko kena cepat bro, setakat pendam je,sampai bila dia takkan tahu perasaan ko"

nasihat bernas dari kudi itu melintas dengan tiba-tiba. punyai penasihat sehebat kudi juga belum menjamin aku untuk mendapat cinta yang didambakan. tapi semua itu salah aku, kudi sudah memberi nasihat, aku yang angkuh menolaknya bulat-bulat. bukan sengaja aku menolak nasihat kudi pada masa itu, tapi masa itu lain, aku seorang jejaka yang tidak punyai apa-apa, potongan rambut juga masih buruk,bukan seperti ala-ala shah jaszle seperti pada hari ini. pada ketika itu, aku percaya biarlah jalan cinta aku ditetapkan oleh aku sendiri. aku mahu berkawan dulu dengan dia, kemudian perlahan-lahan aku mengenali hati budinya, kenal baik buruk perangainya, cuba serasi bersamanya sebelum di pengakhirannya aku luahkan perasaan itu. tapi, semua sudah hancur,aku tersilap langkah, di dalam dunia yang serba pantas ini, hal-hal perasaan juga harus ditangani dengan pantas. jika suka,terus kata padanya,ada untung,sabut akan timbul.

aku sudah sampai di rumah. terdengar bunyi tapak kaki housemate aku sedang berlari-lari. apa ke bangangnya main lari-lari time malam-malam sebegini?satu contoh mudah yang umur 20an belum tentu menjanjikan seseorang itu sudah matang. kematangan itu perlu dibina sendiri, tidak berkait dengan umur ataupun jantina, terpulang bagaimana diri sendiri untuk mencorakkannya, samada masih mahu berperangai kebudak-budakkan pada umur 20an atau berubah menjadi seorang dewasa. kudi masih tersengih-sengih di hadapan laptop, mungkin sudah ketemu gadis impiannya,aku pula baru saja kehilangan seorang gadis impian.

laptop dihidupkan, boot process yang memakan masa ini cukup menguji kesabaran aku, hendak saja aku hentakkan penumbuk pada skrin dia, agar boleh aku lupuskan laptop yang mudah panas ini digantikan dengan laptop berjenama Asus yang terbukti cukup efisien ketika bermain games PES. aku membuka partition D pada laptop yang sudah hampir dua tahun aku pakai ini. cursor mouse dihalakan pada satu folder yang bernama gadis berjilbab. dengan satu klik,terpampang jelas apa yang terkandung di dalamnya. ada gambar dan jugak lagu.

yeah gambar dia,dan gambar aku bersama dia.semuanya aku simpan di dalam folder ini. melihat senyumannya di dalam gambar itu membuatkan hati aku pedih. semasa gambar itu diambil, terasa seperti langit ini bertukar menjadi satu taman bunga yang indah, ya memang indah tidak terkata. aku masih ingat lagi, ketika itu,aku tersipu-sipu malu tatkala dia,si gadis berjilbab beriya-riya mahu mengambil gambar bersamaku. aku bukan artis ketika itu,ya sama saja seperti hari ini,aku masih bukan artis, tapi dia bersemangat untuk mengambil gambar bersamaku. memang pada detik itu aku malu, tapi habis saja acara itu, pantas aku meminta salinan gambar itu. sampai di kolej, aku tidak edit gambar itu, biarlah ia kelihatan neutral,agar momen itu kekal pada gambar itu. dan barisan lagu yang terdapat di dalam folder ini, kesemuanya adalah lagu kegemarannya, aku tau benar akan citarasa muziknya. huh hari ni,aku tidak mampu untuk mendengar lagu-lagu ini.

aku tutup kembali folder ini, malam ini aku sudah nekad. aku mahu hapuskan segala memoriku bersama gadis berjilbab. kesemuanya,tanpa ada yang tersisa, aku tidak mahu perkara ini menghantui aku. cukuplah sampai disini, kisah aku bersamanya, dengan hati yang cukup berat,tanpa diiringi kalimah Bismillah, aku tekan butang delete.

"yeah,aku ada nikita willy."

Bersambung...

p/s: Evra 3 - 1 Suarez

Kenangan di Puncak Part 12

cover kenangan di puncak


"ok malam ni,set"

hanya pendek balasan mesej dari aku. menandakan aku tidak bersungguh untuk menjadikan pertemuan pada malam ini menjadi realiti. aku tidak percaya pertemuan yang dirancang pada malam ini akan menjernihkan kembali suasana,malah mungkin keadaan akan menjadi bertambah buruk. mungkin pelbagai pekung yang selama ini tersimpan rapi di dalam dada bakal terbuka. aku duduk berbaring sambil memandang sayu barisan jersi yang tergantung di dalam gerobok aku. jauh fikiran aku menerawang samada pilihan yang tepatkah untuk aku pergi menemui gadis berjilbab pada malam ini?

sesudah selesai mengerjakan solat maghrib,aku kini bersiap-siap untuk berhadapan dengan gadis berjilbab. sehelai jersi disarung bersama seluar jeans hitam,rambut seperti biasa disikat ke tepi. wangian tanpa alkohol disapu di pergelangan tangan dan belakang telinga menandakan aku kini bersedia untuk pergi bertemu seseorang yang dulunya sangat istimewa di dalam hati ini.

"sy dah sampai"

ringkas mesej dari aku untuk gadis berjilbab. saje aku memilih kedai makan yang agak jauh demi menjaga privasi kami berdua. aku sedar,perkara yang nak dibincangkan nanti agak serius,jadi perlu tempat yang tidak ramai orang,agar tidak menganggu orang lain.

"awk tunggu sekejap,kejap lagi sy sampai"

gadi berjilbab membalas. sudah menjadi kebiasaan perempuan akan mengambil masa yang lebih lama untuk bersiap jika dibandingkan dengan lelaki,walhal untuk pertemuan pada malam ini,tidak perlu bersolek bagai,cukup sekadar bersiap ala kadar. sambil menunggu kedatangan gadis berjilbab,aku sempat membuat pesanan makanan. seperti biasa,aku order hidangan kegemaran aku. sambil menunggu hidangan sampai,terimbau kembali kenangan kali terakhir aku duduk makan bersama dengan gadis berjilbab. pada ketika itu,beliau masih malu-malu dengan aku. cukup tertib dia ketika itu,ciri-ciri gadis melayu masih menebal pada dirinya. tidak menghairankan jika ramai lelaki yang tertarik padanya,bukan hanya pada kecantikan wajahnya sahaja,tapi kecantikan budi pekerti itu yang sebenarnya membuatkan ramai lelaki menaruh hati padanya.

"Assalamualaikum,blh duduk?"sapa gadis berjilbab.

"Waalaikumussalam,ha sila2"aku terkejut dengan gadis berjilbab yang tiba-tiba muncul di hadapanku.

"da lama awk tunggu?"

"baru je lagi,awk datang sorang je?"

"yup,housemate saya yang lain keluar"

"owh ok,awk order la makanan,sy tak order untuk awk tadi,sowi"

"eh tak pe la,sy pon nak minum je ni,petang tadi da makan da"

makanan yang di order tadi sudah pon sampai. aku mempelawa gadis berjilbab untuk berkongsi makanan itu dengan aku,tapi dia menolak dengan baik. ketika aku sedang menikmati makanan di restoran yang berkonsepkan ala thai itu,gadis berjilbab memulakan bicara yang lebih serius.

"awk nampak kejadian depan kelas ari tu?"

"yup,sy nampak,bukan setakat sy,chee boong pon nampak,so ada explaination?"

"ok,ni penjelasan dari sy,sy nak awk dengar betul-betul apa yang sy nak cakap ni,sy tak nak lepas ni,awk akan terus salah faham dengan sy"

"ok,boleh mulakan"

"lelaki yang awk nampak ari tu bf sy"

"heh bf,hahaha so selama ni awk ada bf la?"

"yup,memang sy ada bf"

"nape awk tak pernah bgtau sy?"

"la awk,sy tak nak la heboh2,lagipun bf je pon,bukannya tunang ke,suami ke"

"sampai hati awk kn tak bgtau sy pasal benda ni,awk langsung tak fikir pasal perasaan orang lain kan,sampai hati"

"perasaan orang lain?perasaan apa pulak ni awk?"

perasaan sy pada awk.."

Bersambung...

p/s:cerpen c.l.i.c.k,nantikan..

Kenangan di Puncak Part 11

cover kenangan di puncak

aku membuka pintu 7eleven. terus aku meluru ke bahagian aneka coklat. aku meneliti coklat yg disusun rapi di atas rak,ada pelbagai bentuk,semuanya sedap,cuma sediakan duit,bayar di kaunter, dan dapatlah nikmati keenakkannya. ketika asyik meneliti coklat,aku konpius coklat yg mana satu menjadi kegemaran nikita willy. ada dia beritahu semasa chat semalam,tapi hasil kuat terminum air yg dimasuki semut,benda semudah itu pon gagal untuk aku ingat.

"arghh,belasah je la,aku rasa dia minat toblerone"

aku mencapai dua ketul coklat toblerone yg di paketkan dalam bentuk 3 segi, sungguh unik,sama seperti setem berbentuk 3 segi yang jarang2 kita jumpa.aku membuat bayaran di kaunter dan meneruskan perjalanan aku ke kampus. aku sempat menilik jam tangan adidas yang sudah setahun menjadi peneman setia pergelangan tangan kiri aku. aku berasa lega kerana aku masih di landasan yg betul untuk sampai tepat pada waktunya sekaligus memberikan kejutan kecil untuk nikita willy.

sampai di kampus, dari jauh lagi sudah kedengaran hiruk pikuk di lif. lif yg asalnya ada 6, ditolak 1 utk kegunaan lecturer,ditambah pula dengan 2 lif yg selalu rosak,kini tinggal hanya 3 yg beroperasi. manakan tidak berlaku perebutan yg maha dahsyat jika bangunan setinggi 16 tingkat hanya mempunyai 3 lif yg berfungsi. aku mengambil keputusan menggunakan tangga sambil tangan sebelah lagi mengenggam erat coklat toblerane. peluh jantan yg membasahi dahi dikesat oleh aku. aku sampai di tingkat di mana nikita willy menimba ilmu yg bermula dua jam sebelumnya. hati aku berdebar-debar, risau memikirkan apa reaksi nya nanti melihat seorg jejaka dengan potongan rambut ala2 shaz jaszle berdiri di hadapannya lalu menghulurkan coklat yg menjadi kegemarannya. apakah mukanya akan merah sambil terkejut atau dia langsung berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga??aku cuba berfikiran positif.

pintu kelas dibuka,dada aku berombak-ombak. dia punya takut tu lagi kuat dari masa berkhatan dulu,sungguh. seorang demi seorang pelajar keluar dari kelas. orang yang ditunggu masih belum kelihatan. aku sabar menanti, benda-benda macam ni tak boleh gelojoh. sehinggalah ke orang yang terakhir,barulah si jantung hati memunculkan diri. memakai blouse berwarna hijau zamrud pada hari itu,nikita willy masih lagi tidak perasan akan kehadiran aku. perlahan-lahan aku menghampiri dia.

"hai awk,saya ada surprise utk awk"pantas aku hulurkan coklat padanya.

"eh awak,awk buat apa kat sini??"nikita masih bingung dengan apa yg dilihatnya.

"sy dtg nk jumpa awk,ni ada something utk awk"aku hulurkan toblerone utk kali kedua.

"owh dtg jumpa sy?eh awk bwk toblerone utk sy?"nikita masih lagi kehairanan.

"yup sy bwk utk awk,hehehe"aku masih mencuba.

"hahaha,alahai,sweetnya awk ni,thanks awk,bez nya dpt coklat,tapi kn awk,sy tak minat sgt toblerone"jawab nikita.

"heh tak minat toblerone ek,rasa cam awk cakap aritu awk suka toblerone,aduhh cmne la boleh silap pulak ni,hahaha"aku cuba ketawa dalam ketika cuba menahan malu.

"tak la awk,sy suka coklat laen,ni mesti tak pay attention time kita chat semalam kn,tapi its ok,toblerone pon sy mkn jgk,thanks tau awk,awk amek la satu,sy amek satu"balas nikita.

"eh tak pe la awk,awk mkn la dua2,memang sy beli untuk awk,eh awk,awk nk blk terus ke lepas ni?"tanya aku kepada nikita.

"tak la,sy nk pegi shah alam,teman classmate sy buat kad matrik baru,nape awk?"

"owh takde pape,ingatkan awk free tgh hari ni,blh ajak awk lunch sama2,emm takpe la"aku senyum penuh kelat.

"so sorry,next time ok,hari ni sy ada hal,btw thanks tau 4 the toblerone,really appreciate it"nikita tersenyum.

"hehehe,benda kecik je la awk,next time sy bawak coklat kegemaran awk ok,sy pon tak tau macamane sy boleh terbeli coklat laen ni,hahaha"aku masih cuba menahan malu.

"hahaha,kelakar la awk ni,ok la awk,i got to go,see u next time k,tata"nikita melambai.

"ok awk,see u next time"aku turut melambai.

perlahan-lahan bayangan nikita hilang dari bayangan. aku masih belum berganjak. mata tidak berkelip. kemudian,aku bersandar di dinding. aku mengetuk-ngetuk dahi beberapa kali. dalam otak aku,sebaris ayat ini berlegar-legar dengan lajunya,"macamana aku boleh salah beli coklat untuk die????"terasa seperti orang bodoh pulak bila memikirkan benda semudah itu pon aku boleh failed. macam mana aku nak complete kan degree aku yang jauh lagi susah dari membeli coklat yang menjadi kegemaran utk sorg gadis impian??

aku berjalan longlai menuju ke motor. misi hari ini kurang berjaya,bukan lah tidak berjaya langsung,at least hati dia pasti tersentuh melihat usaha aku yang bersusah payah datang menemui dia semata-mata nk bagi dua keping coklat. bak kata org, effort tu da ada,yg selebihnya kita serahkan pada Maha Pencipta. setibanya aku di rumah,terlihat kudi baru saja memulakan aktiviti makan nasi. aku duduk menghadap kudi. habis aku ceritakan segala yang baru terjadi tadi tanpa sebarang tokok tambah pon. kudi mendengar penuh teliti sebelum memberi pandangan apa langkah seterusnya untuk aku.

"aku puji apa yg ko buat hari ni,ko jgn anggap apa yg ko buat ni failed,benda ni ada hikmah di sebaliknya"kudi mula bicara ala2 pakar.

"hikmah celah bedahnya"aku membalas.

"ko nih,cmni cite die,hari ni ko bg coklat salah kat die,so lepas ni ko boleh jumpa dia lagi untuk betulkan silap ko tu,ko bawak coklat yang betul pulak,ko nampak tak point dia kt situ?bermakna ko ada reason tuk jumpa dia buat kali kedua,ape da"panjang lebar dari kudi.

"ha ah la,ye tak ye jgk,lepas ni boleh la aku jumpa dia lagi,untuk bagi coklat yang betul,perghh hebat betul la ko ni kudi,ko betul2 lejen la"puji aku kepada kudi.

"arghh ko,benda2 cinta ni semua ada dalam poket seluar aku je"kudi cuba berlagak.

"arghh poyo ar,dah la,aku nak naik tido"aku membalas sambil naik ke tingkat atas.

baru hendak melabuhkan badan atas tilam,terasa getaran di dalam poket seluar. aku mengeluarkan handset aku. mesej dari gadis berjilbab lagi. entah ini mesej yang ke berapa selepas insiden di depan kelas tempoh hari. aku membuka mesej itu.

"salam,awk sy nk sgt2 jumpa awk,ada byk benda yang perlu kita bincang,ada byk salah faham yang perlu diperbetulkan,ada byk benda yang awk perlu tau,please..."

hampir 7 kali jgk aku baca mesej yang baru diterima ini. aku cuba memahami apa maksud isi kandungannya. apa lagi yang hendak dibincangkan?apa lagi yang nak diperbetulkan?apa benda yang perlu diberitahu??semuanya telah jelas dengan apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri tempoh hari. tidak mungkin mata aku sendiri akan menipu aku,lain lah jika yang melihat perkara itu kudi,dan cerita itu disampaikan kepada aku, mungkin kesahihannya boleh dipertikai, mungkin perkara sebenar ditokok tambah. ini tidak,aku melihat sendiri sambil disaksikan oleh chee bong. aku bukannya bacul untuk menolak bulat2 apa yang dilihat pada hari itu.

"ok,kalau lah sy setuju utk jumpa awk,bile awk nk jumpa sy?"aku membalas mesej itu.

"kalau malam ni??"

Bersambung...

p/s:terima kasih byk2 kepada blogger2 yg buat review dan letak link blog buruk aku nih dekat blog dieorg,really appreciate it,terima kasih daun kesom..:D

Kenangan di Puncak Part 10

cover kenangan di puncak

"aku nampak makwe yg ko nk usha tu tadi"jwb housemate aku.

"owh ye ke,die sorg je ke?"tanya aku.

"x la,dia ngn membe2 dia pastu ada laki"balas housemate aku.

"hah laki??,owh okok"aku terperanjat tapi cuba sembunyikan.

pada sebelah malam aku on9 seperti biasa. laman sesawang mark zuckerberg menjadi pilihan,mana ada org maen friendster da sekarang ni. aku memerhati penuh teliti setiap kawan aku yang on9. aku mencari-cari nama nikita willy,namun masih belum kelihatan. mungkin menonton tv agaknya. setengah jam kemudian, orang yang ditunggu-tunggu akhirnya on9. aku terus membuka langkah yg seterusnya.

"hai awk,ingat sy lagi x?"

"hai,mestilah ingat,da byk kali jumpa awk,hihihi"

"hehehe,awk da mkn da?"

"da mkn da,bli makanan kt pasar malam tadi,wink"

"eh pasar petang la awk,kan awk pegi ptg..:p"

"hahaha,kelakar la awk ni,ye la sy pegi pasar ptg,awk tak pegi?"

"tak pegi la awk,sebab awk tak ajak sy..:p"

"hahaha,ngade la awk ni..:p"

"hehehe,awk pegi ngn bf awk tadi ek?huhuhu"

"eh x la awk,sy pegi ngn membe n classmate sy,ada2 je la awk ni..:p"

"owh ye ke,ingtkan pegi ngn bf awk tadi,hehehe"

"hahaha,apalah awk ni,sy xde bf la awk,single lagi,hihihi"

"la ye ke,hahahhaa...:p"

aku dan nikita willy asyik berbalas chat. dan kejadian ini berlarutan hingga larut malam. pelbagai perkara yg dibincangkan,dari perkara remeh,perkara besar,perkara aneh,perkara serius dan pelbagai. sume ini hanya lebih mengeratkan aku dan jugak nikita willy. terasa seperti diri aku semakin memahami dirinya dan harapnya begitulah jugak di pihak sebelah sana. saling faham memahami diantara satu sama laen.

perbualan di ruangan chat fb terhenti di saat nikita willy meminta izin untuk mengundur diri kerna sedar akan kelas pagi keesokan harinya. aku sempat bertanya kelasnya di tingkat berapa. agak menghampakan kerna tidak sama level dengan kelas aku,tapi tidak mengapa. satu pintu yang tertutup akan membuka satu pintu yang laen, kalau berkehendakkan sesuatu,haruslah berusaha untuk mendapatkannya,tidak kisah lah sesukar manapon.

pagi esk nya aku bangun lebih awal dari biasa. bangun dengan senyum meleret-leret sampai ke telinga. kudi sempat memerli aku dengan mengatakan yang aku sedang angau. angau ke,tungau ke ,langau ke,itu bukan persoalan,yang penting sekarang ini ialah aku ingin melakukan sesuatu yang istimewa pada nikita willy. aku merancang ingin memberi "suprise" kepadanya. tapi tidak la sampai datang dengan menaiki helikopter seperti yang pernah dilakukan oleh seorg anak vip kepada seorg artis popular satu masa dulu, itu poyo namanya.

ketika aku sedang bersiap-siap,aku menerima sekeping sms dari gadis berjilbab. pendek saja sms nya tapi telah merosakkan segala perancangan aku pada pagi itu.

"kelas pagi ni cancel,lec m.c"

terasa sebak jgk di hati tatkala membaca msj itu. aku sudah terbayang akan aksi aku singgah di 7 eleven, membeli beberapa keping coklat yang menjadi kegemaran nikita willy,kemudian pergi ke kelas,dan abes saja kelas,terus meluru ke kelas nikita willy,duduk terpacak di hadapan kelas dia sambil menunggu dia keluar dan bila tiba saatnya,akan aku hulurkan coklat itu kepadanya,dan dia akan menerimanya,di saat aku menghulurkan coklat itu,tangan saling bersentuhan dan masing2 mula tersipu malu. arghhh semua itu telah dipunahkan oleh mesej dari gadis berjilbab tadi.

aku melihat jam baru pukul 8 lebih. aku melihat kudi sudah bangun,lapar katanya. aku menceritakan segala perancangan aku tadi kepada kudi. kudi mendengar dengan penuh kusyuk. kepakaran kudi di dalam hal2 sebegini sememangnya diperakui,malah ada beberapa aspek di mana kudi lebih pakar jika dibandingkan dengan Dr. HM Tuah,namun disebabkan kudi tidak membukukan segala hipotesis dan hasil kajiannya berkaitan cinta,maka nama kudi tidak semegah Dr. HM Tuah.

"arghh,kalau ko gentle,ko pegi je pul time die abes kelas jap lagi,byk coklat tu"cabar kudi.

"ko biar betul,malas lah aku"balas aku.

"kalau nak malas2,sampai sudah la every weekend ko lepak kat umah je"tajam dari kudi.

aku tersentak dengan ayat tajam dari kudi itu. tiba2, peribahasa kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya berlegar-legar difikiranku. semakin lama,semakin kuat pula. betul jugak apa yang kudi cakap itu. selama ini,aku tidak pernah bersungguh di dalam hal2 sebegini,jadi mana mungkin aku akan dapat hasilnya. setelah berkerut dahi untuk beberapa ketika,akhirnya aku membuat keputusan. aku mencapai kunci motor dan helmet apolloku. motor di"start"kan dan gear dimasukkan. dari kejauhan,aku mula nampak kedai serbaneka yang dibuka 24 jam itu.

Bersambung......

p/s:patutkah aku tamatkan cerpen gadis pinky?

Kenangan di Puncak Part 9

cover kenangan di puncak

"eh awk buat ape kt cni,tgh hari baru je jumpa kt kedai nasi ayam tu kn"aku memulakan bicara.

"hahaha,sy jalan2 ngn housemate sy,then singgah kt sini,awk dtg sorg je ke?"bls nikita.

"eh x la awk,xkn la dtg sengsorang,sangat aneh tu,sy pon dtg ngn housemate sy,tapi dieorg da jalan ke mana tah,sy kat sini tengok guinea pig,comey"bicara aku.

"owh camtu,eh awk minat guinea pig ke?sy suka la guinea pig,sgt comey,hihihi"nikita membalas.

"emm minat2,tapi dia gigit kn?"aku bertanya.

"eh x la awk,dia x gigit la,ni mesti takut ni kn2,hihihi"nikita mula bergurau.

"eh mane ada,sy x takut la awk,hahaha,sy rileks je dgn benda alah ni tau"aku cuba berlagak.

"ececece,ye la tu,hahaha eh awk k la,sy nk pegi tgk2 baju jap,nanti jumpa lagi"nikita meminta mengundur diri.

"ok awk,eh awk cmne sy nk contact awk ek?"cubaan aku tuk mendapatkan no telefonnya.

"hihihi,fb kn ada,awk blh contact sy guna fb kn,k la awk,tata"nikita cuba mengelak.

"owh okok,tata si cantik"aku membalas sambil tersenyum.

ada dua keseronokan yg aku dpt dalam masa sehari. aku langsung tidak menyangka,di saat aku sedang menguatkan diri aku menghadapi detik sukar bersama gadis berjilbab,aku dipertemukan dengan seorang gadis yg seolah-olah ditakdirkan utk aku,bukan sekali,tetapi dua kali.arghh ini memang gila.bagi gadis berjilbab pulak,argghh biarkan la dia,biarkan dia menghadapi sengsara itu berseorangan. mengapa harus libatkan aku??dia yang meletakkan dirinya di dalam lubang masalah,mengapa perlu aku terjun sekali ke dalamnya dan membawa beliau keluar??

"pul,jom pegi kedai spek kt ujung tu,org ckp makwe yg jaga kedai tu cantik"kudi memecah khayalan aku.

"arghh ko,x abes2 dengan makwe,tapi betul ke cantik?"aku membalas.

"la betul la,jom la pegi,sambil tu blh beli spek"kudi memulakan rancangan dia.

"jom2"ringkas dari aku.

selepas selesai membuat beberapa pembelian bijak di uptown,kami semua menjamu selera. selesai menjamu selera,kami bergerak pulang kerana merasakan sudah tiada apa lagi yg blh dibuat di saat jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. jalan raya yg agak lenggang memungkinkan kami tiba di puncak alam dengan lebih cepat. walaupun keadaan jalan di meru agak teruk,namun kami masih sampai awal di rumah.

sampai sahaja di rumah,aku terus mencapai laptop dan membuka laman sesawang yg diasaskan oleh mark zuckerberg. tanpa berlengah, page nikita yang paling awal aku jengah. terlihat beberapa keping gambar yang baru diambil oleh rakannya semasa di uptown tadi. nikita terlihat manis dengan blouse warna purplenya. sungguh cocok dengan potongan badannya yang slim. aku sempat komen gambar2 nya. komen di saat awal pagi sebegini lebih selamat kerana tidak ramai yang membaca timeline di tepi tu. berbeza jika kita on9 pada waktu puncak seperti pukul 10 malam,dengan mudahnya segala aktiviti kita seperti memuji makwe,meng'like' gambar makwe,atau "add" makwe hot dengan mudahnya akan dapat dikesan.

selesai aktiviti meng'komen' gambar nikita,aku membelek handset aku. aku set alarm ke satu waktu yang aku rasakan sesuai untuk aku bangun dan kemudian meneruskan hari sibuk aku. kemudian,aku membuka inbox handset aku. terlihat beberapa keping mesej dari gadis berjilbab. usai membaca mesej2 itu,terbit rasa ingin tahu akan apa keadaan dia sekarang. aku terus menaip namanya di ruangan search pada fb aku. last status nya adalah 5 jam yang lalu. sudah menjadi kelaziman pada gadis berjilbab untuk tidur awal dan bangun awal. satu ciri yg semakin menghilang pada anak gadis di zaman sekarang ini. siapa yg bersalah di dalam hal ini??

aku membaca dengan teliti status2 nya. agak menyedihkan dan boleh disimpulkan dia sedang menghadapi ujian yang maha dahsyat di dalam hidupnya. mau aku tulis di sini statusnya itu tapi tidak baik kita mengaibkan orang,jadi biarlah status itu menjadi rahsia antara aku,dia dan jgk rakan2 fb nya. kalau nk tau jgk,pegi tanya dia,jgn tanya aku. habis membaca segala status gadis berjilbab,aku mengambil keputusan untuk tidur. tidur kali ni agak berbeza kerana kenangan dua kali bertemu dengan si nikita willy pasti akan muncul di alam mimpi aku. dan aku mengharapkan,dia akan muncul di dalam mimpiku, sama2 melalui detik indah bersama. untuk dating pertama kali ini,aku merasakan taman tasik titiwangsa sesuai untuk menjadi latar scene cinta aku ni. 5 minit kemudian, aku tertidur.

aku bangun di saat alarm handset aku berbunyi. aku menoleh dan terlihat kudi masih berdengkur. sudah menjadi kelaziman untuk aku bangun lebih awal dari kudi. tapi satu benda yang aku puji tentang kudi,dia masih sudi memasak untuk aku walaupun aku selalu sepak dia dalam usaha untuk mengejutkan dia dari tidur. walaupun tendangan aku agak kuat,namun aku percaya,dia tidak merasa sebarang kesakitan hasil dari badan comel yang beliau miliki. namun hari ni,aku tidak sampai hati untuk menyepaknya,terbit rasa kasihan di hati ini. aku mengejutnya penuh lembut,seperti seorang ibu yang mengejutkan anaknya dari tidur untuk bersiap pergi ke tadika. percubaan kali pertama tidak berjaya,percubaan kali kedua diteruskan,dan masih belum berjaya. sampai percubaan kelima,nak tak nak aku mengambil keputusan untuk menyepak jugak si kudi ni. serta merta dia bangun dan sedar akan kewajipannya. namun hari itu,aku membantu dia memasak di dapur,dan itulah yang pertama dan terakhir.

tiada aktiviti pada hari ini. aku dan kudi hanya on9 di bilik yang paling besar di rumah sewa ini. mungkin keesokkan harinya baru ada aktiviti yang boleh dilakukan. pada hari sabtu sebegini aku biasanya hanya pergi ke pasar malam yang terletak di shah alam 2. benda yang wajib dibeli ialah air kelapa dekat gerai makwe comel tu. aku sempat menjeling ke arah jam,baru pukul 5, masih terik untuk aku keluar mencari makanan di pasar malam itu. kelihatan beberapa orang housemate aku sudah mula bersiap untuk pergi ke pasar malam. aku membiarkan mereka pergi dulu,dan aku akan menyusul kemudian.

20 minit kemudian,mereka pulang sambil membawa pelbagai juadah di tangan. ada yang membeli murtabak,bakso,pau,ayam uncle bob dan tak lupa jagung manis. sedap katanya jagung manis yang dibeli itu.

"pul,aku rasa aku nampak someone la tadi"beritahu seorg housemate aku .

"hah sapakah??"

Bersambung....

p/s: di samping cabaran final exam,mencari tempat utk praktikal pon blh tahan jgk mencabar nya

Kenangan di Puncak Part 8

cover kenangan di puncak

"hai nikita willy,cantik ari ni"tegur aku.

"hah nikita willy??"die kehairanan.

"owh hahaha,muka awk mcm nikita willy,sbb tu sy panggil nikita willy"penjelasan dari aku.

"hahaha,memandai je la awk ni,sweet talker nampak"nikita willy membalas.

"eh bukan la awk,memang betul ni,tak tipu,awk ni sweet macam nikita willy"balas aku.

"hahaha,okok da cukup,btw thanks tau"nikita willy tersenyum manis.

"oh ya,sy dah add awk kt fb tau,nama sy saiful zamir"jelasku kepada dia.

"owh awk rupanya,yup ada perasan aritu,salam perkenalan awk"ujar nikita willy kepada ku.

"salam perkenalan untuk nikita willy yg sweet"aku membalas dengan nada separa gatal.

"hahaha,ada2 je la awk ni,ok la awk,sy pergi dulu"

"ok awk,semoga ketemu lagi,bye"balas aku.

walaupun hari masih lagi panas terik,terasa seolah-olah hari itu cukup dingin dan mendamaikan. langit mula gelap. bintang-bintang mula memunculkan diri. aku duduk di sebelah sang puteri. sama2 memandang ke arah bulan yang sama,sama2 menuding ke arah bintang yg memancar,sama2 melukis buruj di angkasa,dan di saat aku hendak membisikkan kalimah cinta di telinga sang puteri,aku dikejutkan oleh kudi.

"pul,jom mlm ni pegi uptown shah alam"tanya kudi.

"boleh je,sape lagi yang pegi ni?"balas aku.

"budak2 umah kita la"jwb kudi.

"okok,set"ringkas jwbku.

aku bergerak bersama kudi dan beberapa geng menuju ke uptown shah alam. uptown shah alam merupakan antara tempat yg femes kepada pelajar puncak alam. apa sebab yg menyebabkan perkara ini berlaku?korang tanya sendiri kepada yang pernah pegi,aku tak masuk campur. sepanjang perjalanan, aku hanya mendengar mp3 yang ada di dalam handset. malas mendengar celoteh kudi yang hanya berkisar kepada perempuan,perempuan dan perempuan. sedang asyik melayan lagu kasih oleh reza salleh,satu mesej timbul di skrin handset.

"awk marah dekat sy??"mesej ringkas dari gadis berjilbab.

aku membaca mesej itu acuh tak acuh. tak berminat untuk reply. aku melihat ke luar tingkap dan sudah nampak bayangan uptown shah alam. selepas kudi "park" kereta, kami semua jalan bergerombolan menuju ke uptown. dalam kepala masing2 sudah ligat memikirkan apa barangan yang bakal dibeli. dan tidak kurang juga,ada diantara kami yang hanya ingin mencuci mata.

di pintu masuk uptown, terlihat sebuah kedai yang menjual pelbagai aneka haiwan peliharaan atau jika di "english"kan berbunyi pet. kelihatan ramai anak2 muda tidak kira makwe atau pakwe sedang kusyuk melihat arnab2 yang dipamerkan di bahagian depan kedai. aku mencelah masuk ke dalam kedai bersama kudi. di dalam kedai,ada sejenis haiwan yang berjaya menangkap mata aku. kelihatan seperti hamster,tapi lebih besar dari hamster. tikus barangkali,oh tidak, jelas tertulis di atas kurungannya iaitu "guinea pig".

"binatang ni gigit ko tau x??"tanya kudi kepada aku.

"hah ye ke?tapi comel"aku membalas.

"ha ah,comel kn awk"

aku dan kudi terkejut mendengar suara tersebut.

Bersambung....

p/s:tahun 2012 tahun mencabar utk aku

Kenangan di Puncak Part 7

cover kenangan di puncak

"sebenarnya saya ada probs dengan bf sy"mesej dari gadis berjilbab.

"hah bf???selama ni awk ada bf ke??"aku terperanjat giler b***.

"ye la,awk tak tau ke??"bls die.

mesej yang baru diterima tu betul2 meremukkan hati aku. hancur luluh mengenangkan gadis yang selama ini ada di hati sudah mempunyai kekasih hati. aku cuba kuatkan semangat untuk membalas msg tersebut. aku cuba.

"yup,tak tau pulak,so kenapa dengan bf awk tu??"aku bls konon2 aku tengah ok.

"die curang dengan sy,huhuhu"gadis berjilbab memberi penjelasan.

selesai membaca msj tersebut,aku mencampakkan handset aku. tak la sekuat mana,nak mampos kalau campak kuat2,memang jahanam la handset aku. aku langsung tak berminat nak reply msj tu.

"lantak ko la,tu hal ko ngn bf ko,takde kaitan langsung dengan aku"jerit aku di dalam hati.

hari tu terasa sangat kelam bagi aku. kalau diikutkan hati,nak je aku pergi jauh,jauh dari sini,pergi ke satu tempat yang hanya ada aku dan satu kisah gembira,tanpa kisah kecewa. namun,mampukah aku untuk melupakan kisah duka ini??arghh

malam ini terasa panjang bagi aku.sejuk,menikam tubuhku. aku sempat menjeling ke arah handset aku. ada 7 missed call dari gadis berjilbab. aku terus off kan handset yang da 3 tahun aku pakai tu. aku cuba menggembirakan hati aku dengan menonton sitkom how i met your mother yang da lama aku simpan dalam laptop aku ni.

aku kagum dengan kehandalan barney stinson dalam mencari makwe. walaupun hubungan yang dibina lebih kepada hubungan berasaskan nafsu,tapi die tetap berjaya menakluk hati makwe yg diinginkan. sebaliknya,aku melihat diri aku tak ubah macam ted mosby yang masih kucar kacir dalam mencari gadis idamannya.

aku cuba melelapkan mata,tapi tak boleh. aku melihat ke arah kudi. sedan bersiap-sedia untuk bergayut. handset berbunyi,bukan handset aku tapi handset kudi. kudi memulakan perbualannya. tak sampai 5 minit,aku mula rasa mual,sumpah rasa nak muntah mendengar perbualan kudi dengan skandalnya. daripada mendengar perbualan tu,aku gagahkan jugak diri ini untuk tidur.

sebelah paginya,terasa berat untuk pergi ke kelas. takde mood,menyampah,sakit hati,semuanya silih berganti. aku stat enjin moto dengan muka masam mencuka. sampai di kelas,sepasang mata memandang ke arah aku. gadis berjilbab memandang aku dengan seribu tanda soal. aku memalingkan muka. aku duduk di satu sudut yang agak terpencil di dalam kelas tu. aku buat2 sedang membelek buku teks. jelas perang dingin sudah bermula.

seperti biasa,lecturer masuk,mengajar,bukak slide dan keluar tepat pada masanya. aku keluar dari kelas dengan sepantas kilat. turun tangga dan terus menuju ke motor. chee bong mengekori di belakang. stamina selaku seorang atlet membolehkan chee bong mengejar aku dengan mudah.

"bro,jom pegi makan dekat kedai biasa"soal chee bong.

"beres bos"ringkas jawabku.

sampai di kedai makan,aku terus order nasi ayam. nasi ayam kedai ni memang superb. so, aku harap dengan makan nasi ayam ni sedikit sebanyak boleh memulihkan semangat aku. sedang aku kusyuk melantak,tangan aku dicuit oleh chee bong.

"bro,tu bukan ke makwe yang ko usha tu?tanya chee bong.

"ha ah la,betul la"jawab aku.

nikita willy rupanya. die landing dekat meja sebelah. ada 4 orang lagi makwe bersama die. aku menjeling ke arah nikita willy. aku menghabiskan nasi ayam aku. aku memandang ke arah nikita willy sambil meneguk air kordial yang diberi secara percuma di kedai itu. jimat. aku menunggu dengan sabar nikita willy habiskan makanan die. aku tengok die cuma makan separuh dari nasi yang diambil. on diet kot. die bangun untuk membasuh tangan. sesudah selesai, aku bangun dan mula menghampiri die.

"hai awk"aku memberanikan diri menegur die.

"hai..."die membalas dengan wajah sedikit hairan.

Bersambung..........

p/s:tahukah anda,kisah kenangan di puncak bukan sahja blh dibaca di blog ni,tapi blh jugak dibaca di blog secret7writer,klu x silap aku slot die ari sabtu ngn ahad,korang bukak dan baca sendiri la kat tepi blog tu,malas aku nk tulis kat sini. btw, tak lama lagi merosot la business org jual loket burung hantu,wakakaka.

Kenangan di Puncak Part 6

cover kenangan di puncak

pagi itu terasa cukup indah, melihat nikita willy sudah berada di dlm friend list. aku masuk ke dlm bilik air dgn senyuman panjang hingga ke telinga. hampir 10 minit aku hanya tersenyum sendirian.

"woi mangkuk,cepat la,buat ape lama2 dlm bilik air!!!"jerit kudi kpd aku.

"sabar ar,nk cepat pegi la mandi kt surau!!"balas aku selamba.

20 minit kemudian,aku keluar dari bilik air. aku pantas menyambar jersi france yg tergantung, dan bersiap utk pergi ke kls. jam baru menunjukkan pukul 8, entah mengapa terasa hendak pergi awal ke kls. aku menunggang motosikal kriss ku dgn senyuman yg lebar. dgn kelajuan 50km/j, aku cukup santai pada pagi itu, ketika fikiran ku merewang kepada nikita willy,aku hampir saja dilanggar oleh sebuah kereta viva putih kerana menghalang laluannya. aku sempat menjeling ke arah pemandunya.

"cantik,tapi x secantik nikita willy"bisik aku di dlm hati.

aku meneruskan perjalanan aku ke kls, setibanya di lif, kelihatan sungguh ramai manusia sedang berasak-asak, dan majoriti ny adalah dari kaum hawa. ada yg bershawl,ada yg berpashmina,ada yg berlycra dan ada yg bertudung bawal, dan yg akhir itu lah menjadi pilihan aku. setibanya di kls, tidak terlihat kelibat gadis berjilbab.

"ke mana pulak si gadis berjilbab ni,selalunya die dtg awal,emm"dengus aku di dlm hati.

hampir 5 minit menunggu, barulah gadis berjilbab tiba di kls, aku perasan akan wajah ny yg sedikit sugul, ada masalah barangkali. kelas "Leadership" pada pagi itu seperti biasa, hanya ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. fikiran aku jauh memikirkan bagaimana utk memulakan langkah pertama terhadap nikita willy. jam menunjukkan pukul 9.30,kls dibenarkan utk berehat selama 10 minit. aku bingkas bangun menuju ke tandas. selesai membasuh muka,aku meluru keluar dan terkejut dgn apa yg aku nampak. terlihat kelibat gadis berjilbab sedang berbincang sesuatu yg serius dgn seorg lelaki yg aku tidak kenali di hadapan kls.

langkah ku terhenti,aku hanya memerhati dari jauh drama melayu yg sedang berlaku di hadapan aku. aku sempat memanggil chee bong utk sama2 mengendap. seribu persoalan bermain di fikiran ku.

"sape lelaki tu? x ensem pastu pakai jersi chelsea lak,ape yg die buat kt gadis berjilbab aku tu?"

aku tertanya-tanya. apa yg terjadi sebenarnya di antara mereka. aku masuk semula ke dlm kls. kelihatan gadis berjilbab sedang mengesat air mata yg sedang bercucuran. ika cuba mententeramkan keadaan,tapi gagal, memperlihatkan sesuatu yg serius sedang berlaku. aku duduk di tempat duduk ku dgn hati yg gundah. risau memikirkan keadaan gadis berjilbab,bukan kerana die cantek tapi sekadar mengambil berat.

"bro,nape ngn gadis berjilbab ko tu?"tanya chee bong kpd ku.

"entah,nk kata period pain,xkn ad laki lak tadi kn"jwb aku.

kls abes awal pada hari itu, ad emergency kata lec,cehh alasan. sume budak2 kls dgn laju ny menuju ke arah lif. ketika sume sedang menunggu lif, terlihat gadis berjilbab perlahan-lahan menyusun langkah. sedih melihat wajah yg putih mulus itu dipenuhi seribu kesedihan, aku memberanikan diri menghampiri beliau. baru saja aku ingin membuka mulut, pintu lif terbuka dan dgn tidak semena mena beliau masuk ke dlm lif lantas meninggalkan aku terpinga pinga di luar.

"dem,x sempat nk tanya,asal la lembap sgt aku nih??"jerit aku di dlm hati.

aku menunggu lif yg seterusnya. aku pulang ke rumah dgn segala macam persoalan bermain, apa yg sebenarnya terjadi, mengapa gadis berjilbab bersedih,sapakah lelaki x ensem dgn jersi chelsea tu??sume persoalan itu hilang sebaik saje aku membuka pintu rumah. terlihat kudi sedang bersila sambil menyuap tempe yg tidak dipotong ke dlm mulut.

"baru blk bang?aku dah masak nasi,lauk ko masak sendiri"arah kudi.

"xpe ar,aku xde selera nk mkn ari ni"jwb aku.

aku merebahkan badan di atas tilam ku. baru saje hendak membuka laptop, anset berbunyi dan terpampang jelas di skrin ada mesej dari gadis berjilbab.

"awk bz??"ringkas dari gadis berjilbab.

"x la,kenapa si gadis manis bermuram durja ari ni?ada yg blh sy bantu?"bls aku.

"awk nk tau x,sy sebenarnya kn..........."gadis berjilbab membalas.

"sebenarnya apa awk?"aku membalas kembali.

Bersambung.......

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan)

part 5
part 4
part 3
part 2
part 1

p/s:klu lah permintaan kecil pon xdpt ditunaikan,apatah lagi hendak hidup bersama,selamat tinggal...oh ya,kudi dah ad blog ek,so blh klik pada nama die utk membaca blog die,sungguh puitis org ny..:D

Kenangan di Puncak Part 5

IMG_3437

hari ini mmg giler. byk perkara berlaku,dan ia berlaku serentak. pertemuan dgn nikita willy membuatkan aku tidak keruan,seolah-olah dunia ini berhenti berputar. namun, di mana harus aku meletakkan gadis berjilbab??sungguh aku di dlm dilema. aku baring sambil meletakkan tangan di atas dahi. kepala ku pusing, pusing memikirkan dua gadis yg menghantui diriku. tak sampai 5 minit,aku pon terlelap, langsung meninggalkan sume itu di belakang ku. senang enak dibuai mimpi,terasa ada org menekan hidungku.

"pul,bangun pul,da pukul 8 da,"kudi mengejutkan aku.

"kejap2"balas aku.

aku melihat jam di dinding,sudah tepat pukul 8. selamba badak je aku tidur time maghrib. aku pantas mencapai tuala dan meluru ke bilik air. selesai mandi,ternampak kudi sedang tersengih-sengih di dpn laptop.

"pul,jom ar mkn,aku masak sardin tuk ko mlm ni" kudi bersuara.

"sardin??not my taste"jwb aku selamba.

"vavi ar,berlagak nk mampos,ujung sem lepas benda tu jgk yg ko mkn kn"marah kudi.

"hehehehe,okok,aku teman ko mkn mlm ni,pegi la masak cepat!!"balas aku.

"aku masak sardin,ko pegi masak nasi,nasi jangan lembik"arahan dari kudi.

"ok bos" ringkas dari aku.

aku membuka laptop mahalku. terlihat wallpaper gambar aku yg kalah contest baru2 ni. sadis mengenangkan kemenangan yg diragut sebegitu rupa. ahh contest sebegitu pon nk dipolitikkan, sadis. aku membuka fb ku. terlihat 25 friends request,abaikan saje. aku kusyuk membaca status awek2 comey di fb,ada yg sedang bahagia,ada yg keciwa,dan ada yg desperate. satu persatu dibaca oleh aku. mata aku terpaut oleh status yg ditulis oleh gadis berjilbab. tertulis di bwh nya
"about a minute ago" so,baru lagi la.

"yes,gadis berjilbab on9,blh chat ngn die"bisik aku di dlm hati.

mouse dihalakan ke ruangan chat. gigih aku mencari nama gadis berjilbab dgn harapan blh chat dgn nya.tapi hampa,langsung tak kelihatan.

"ciss,die x on chat"dengus aku di dlm hati.

sudah menjadi kebiasaan bagi gadis2 yg hot utk tidak on chat,atas alasan tidak mahu diganggu,cehh alasan semata-mata,tanpa menyedari yg chat blh meningkatkan kemahiran menaip. aku meneruskan penerokaan di fb. aku melihat di bahagian kanan fb aku,terlihat ruangan "people you may know". aku tertarik dgn profil seorg gadis ini. aku membuka profilnya dan alangkah terkejut nya aku melihat DP nya.

"hah nikita willy???ni fb die??!!"aku menjerit.

aku tanpa membuang masa terus men"stalker" page die. namun blm sempat apa2,aku terdengar jeritan dari bwh.

"epul!!!!turun bwh,aku dah masak sardin dah"jerit kudi dgn lantang.

aku serba slh,nk xnk aku harus turun ke bwh. namun,sblm aku turun ke bwh,aku sempat menekan butang "add friend" di fb nikita willy. aku turun dgn mengukir senyuman.

"pegi amek nasi kau,nasi aku masak,sardin pon aku masak,nk suruh ko mkn je"marah kudi.

"rileks ar bro,x chill ar ko"aku cube menenangkan kudi.

perlahan-lahan aku menyuap nasi ke dlm mulut. aku akui apa yg kudi masak pada mlm itu sungguh menyelerakan namun jelas aku langsung tidak menikmatinya. fikiran aku melayang memikirkan fb nikita willy yg baru aku jumpa tadi. sudikah die approve aku di fb atau dgn selamba nya die akan reject friend request dari aku??sungguh aku tidak tenang memikirkannya. selesai mkn,aku terus naek ke atas semula dan cek fb aku. ada 20 nitification,aku cek satu persatu,namun hampa,die blm approve aku.

aku terus sabar menanti,menanti dgn penuh pengharapan. jam sudah menunjukkan pukul 12,namun masih belum berita baik. aku kuatkan hati utk terus menunggu. aku membuka buku "HRU" di sebelahku,dgn harapan sambil menunggu die approve blh aku stdy serba sedikit.fuhh haram,mmg xblh fokus. mataku mula kuyu,sindrom mengantuk mula melanda,aku cuba bertahan,namun apakan dayaku,tepat jam 2 aku sudah di alam laen.

lenaku dikejutkan dgn bunyi alarm dari anset kudi, aku tersentak dan melihat ke arah tingkap, hari sudah cerah. aku bingkas bangun dan mencapai laptopku. aku membuka fb ku dan terlihat ad satu notification, notification yg mungkin akan mengubah hidup aku selamanya. perlahan-lahan aku click pada notification itu dan terlihat tulisan ini.

*a*** ******* accepted your friend request.

aku menjerit kegembiraan, akhirnya die approve jgk. aku tersenyum sendirian, terasa seperti hendak sepak kudi dgn sekuat hati kerana terlalu gembira. dan di saat kegembiraan melanda itu, aku teringat akan lagu ini.

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu


p/s:aku rasa,aku perlu concentrate pada blog ar compare ngn photography,lepas aku klh contest aritu,aku sedar yg aku x berbakat dlm photography

Kenangan di Puncak Part 4

IMG_0355

aku pulang ke rumah sewa aku seperti biasa. sblm sampai di rumah,aku sempat singgah di kedai runcit kegemaran aku. aku melihat-lihat di ruangan majalah,kalau2 majalah kegemaran aku sudah keluar,tapi hampa,belum ada lagi. aku melihat jam tangan adidas ku sudah menunjukkan pukul 11 pagi. terlalu awal utk mkn tgh hari dan terlalu lewat utk breakfast.

"emm,blk umah terus ar"bisik aku di dlm hati.

sampai di rumah,aku terus menuju ke bilik,di dlm bilik,kelihatan seekor jin hutan sedang bergelimpangan.

"woi kudi!!bangun ar,ko x pegi kls ke sial?"jerit aku.

"kls aku cancel la bengong"bls kudi.

"dah2,bangun skrg,masak tuk aku"arah aku.

"bengong apa aku kene masak tuk ko??"marah kudi.

"tak nak masak sudah!!"bls aku.

aku menghempas beg,membuka baju dan terus landing di atas tilam ku. ku capai laptop ku dan terus membuka facebook. terlihat ada 15 friend request,20 mesej dan 72 notifications. aku sempat membuka friend request.

"haram jadah ape ni,ada 13 org lelaki yg add aku,giler ke ape?" bisik aku.

selepas selesai membalas beberapa msj dan beberapa komen yg aku rasa penting,aku menutup facebook dan jugak laptop aku. aku terus memejamkan mata dgn hajat utk tidur. sedang lena dibuai mimpi,tiba2 lena aku dikejutkan dgn msj dari gadis berjilbab.

"salam,awk pegi kls x ptg ni?"mesej dari gadis berjilbab.

"of coz la pegi,nape awk nk sy amek awk ke?..:p....balas aku.

"gedikk,tak da maknanya awk nk amek sy,da pegi bersiap,see u in class..:D" jawab gadis berjilbab.

"okok..:D"ringkas jwb ku.

aku melihat ke arah jam. jam sudah menunjukkan pukul 1.15 tgh hari. ak terus mencapai towel dan bergegas ke bilik air. selesai mandi,aku solat zuhur dan sempat menjeling ke arah rak makanan aku.

"emm,mkn megi je la tgh hari ni,mane sempat nk pegi mkn nasi"dengus aku di dlm hati.

aku turun ke bwh dan kelihatan kudi sedang rancak menggoreng telur sambil menari-nari. aku terus memanaskan air, dan naek ke atas semula. selesai bersiap, aku terus menyediakan megi dan makan dgn pelahapnya. dlm masa 15 minit,aku dah pon berada di atas moto dan bersiap sedia utk pergi ke kls.

kls pada ptg ni di tingkat 6. aku gagahkan diri utk menggunakan tangga. kelihatan beberapa junior berbisik bisik sambil memandang ke arah aku. pantang nampak senior yg ensem ckit,mesti nk bisik-bisik. aku meneruskan langkahan ku. sampai di tingkat 6,aku terus menuju ke kls. kelihatan gadis berjilbab sudah duduk tercongok sambil tersenyum.

"eii die ni,sweet je klu senyum"bisik aku di dlm hati.

aku duduk di tempat biasa. kelihatan beberapa classmate aku tgh sibuk bergosip pasal perkahwinan mewah norman hakim dan memey. 1o minit masa berlalu. lec blm lagi masuk. aku mencapai sebuah novel berjudul "Kougar" dari beg aku. aku menyelak helaian demi helaian,sampai di page 20,aku meneruskan pembacaan aku. ketika aku sedang asyik membaca,aku dikejutkan dgn pengumuman dari class rep.

"dah 30 minit dah ni,lec xmasuk pon,jom la kita blk"umum class rep.

"Yeay"satu kls menyahut.

aku menuju ke arah lif. memandangkan kls xde,aku bercadang ingin ke opis,nk tgk perkembangan mini transkrip aku,samada dah siap atau blm. aku sabar menunggu lif. pintu lif terbuka,tiada org di dlm nya,ak terus menekan tingkat 16. sampai di tingkat 16, aku menuju ke opis. kelihatan ramai student sedang berbaris. aku duduk di kerusi menghadap opis. x macho ar nk baris2 bagai ni. seorg demi seorg selesai dgn urusan masing2. barisan juga kini sudah mula pendek, sudah tiba masanya utk aku juga berbaris sama. sedang aku berbaris, aku terlihat kelibat seseorg. aku memerhati dgn penuh teliti akan kelibat seorg gadis di yg berada di hadapan barisan. nyata,aku tidak tersilap,mmg dia.

"masyaAllah,nikita willy la kt depan tu"jerit aku di dlm hati.

ketika aku masih lagi di awang-awangan, gadis yg dimaksudkan itu sudah pon selesai dgn urusannya di kaunter. die menyandang beg nya dan mula melangkah. aku kini terperangkap,terperangkap samada ingin terus berbaris atau pergi mendapatkan gadis impianku. dia kini menghampiri lif. perlahan-lahan gadis impianku hilang dari pandangan. aku mula cemas. akhirnya,aku meninggalkan barisanku dan mengejar nikita willy.

tiba di lif,aku nmpk pintu sedang tertutup. aku nmpk kelibat nikita willy di dlm nya. aku tidak sempat utk mencelah masuk. pintu lif tertutup rapat dan lif mula turun ke bwh, walaupun terlepas,namun terukir senyuman di wajahku. aku sempat menjeling ke arah kad matrik dia, dan kini aku sudah tau nama sebenarnya. aku tersengih keseorangan. aku mengambil lif ujung dan terus turun ke groudfloor.

sampai di groundfloor, terlihat seorg gadis sedang setia menungguku. gadis berjilbab sedang menungguku rupanya. dia melemparkan senyuman manisnya,dan ketika aku hendak membalasnya,bait lagu ini terus bermain di benak ku.

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita

Punyai ciri selama ini ku cari

Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kenangan di Puncak Part 3

Untitled-1

pagi itu ak pegi ke kls seperti biasa. semester baru,tapi tiada yg baru bagi aku,melainkan jumlah gadis yg memakai shawl semakin bertambah pada pandangan ak. ak masih melalui tangga yg sama,nmpk water cooler yg sama, masuk ke tandas yg sama, dan menuju ke kls yg sama. masuk ke kls,seperti biasa,kehadiran ak disambut dgn tepukan. itulah rutin yg dialami sbg pelajar lelaki paling macho di dlm kls. ak sempat menoleh ke arah gadis berjilbab. oh ye sblm terlupa,mintak maaf di atas penggunaan gadis berjibab sblm ni,bak kata syeera, perkataan sebetulnya ialah gadis berjilbab.

gadis berjilbab itu hanya tersenyum manis. mungkin terpikat dgn gaya rambut baru ak. Arghh lupakan sume tu, ak dtg ke sini tuk blaja. ak duduk di tempat biasa ak. mcm biasa, ak menyapa PA ak di dlm kls.

"ika,nk tgk jadual,ad baik ka?"tanya ak.

"teruk ar jadual sem ni,nah ko tgk sendiri"jwb ika.

"haram jadah,ad kls ari jumaat,demm!!"dengus ak dlm hati.

ak mmg x suke kls ari jumaat, xtau ar plak klu ad yg suka. dan sepanjang ak blaja dari dip sampailah ke degree, baru skali ak ad kls ari jumaat,itupun kls bahasa cina. sungguh x menyeronokkan, org laen sibuk berdengkur bagai, ak duk dlm kls tersengguk-sengguk menahan mengantuk.

kls pada pagi ni ialah kls Human Resource. mcm biasa, lec kegemaran ak masuk ke kls. memandangkan beliau da ajar kls ak dari sem lepas, so xde la sesi memperkenalkan diri yg poyo tu. tapi ak yakin,lec ni x ingt pon nama ak. biasa ar,pelajar x bermasalah la katakan. encik lec membuka slide nya. seperti biasa, beliau menerangkan satu persatu dgn bersungguh-bersungguh. naek kasihan pulak ak melihatnya.

"ok kls,rehat 10 minit" encik lec bersuara.

ak bangun dan menyusun langkah ke tandas. seperti biasa,ak membasuh muka,utk memberi kesegaran dan dgn harapan mampu membuatkan ak celik utk sejam lagi. ak masuk semula ke dlm kls. ak sempat menjeling ke arah gadis berjilbab. die x perasan jelingan ak, malah sibuk membelek belek note pad hello kitty nya. encik lec menyambung smula kuliahnya. ketika ak sedang kusyuk mendengar bebelan encik lec, pandangan ak dialihkan ke luar kls. kelihatan seorg gadis melintasi kls ak.

"fuyoo,comey ny awek tu,cm nikita willy ar"bisik ak di dlm hati.

ak menoleh ke arah chee bong di sblh ak,chee bong hanya tersenyum,menandakan die turut merasakan apa yg ak rasa. kejadian tu membuatkan ak hilang fokus. ak hanya terbayangkan apa yg ak nmpk tadi.

"sapa ek awek tu,comey betul"bisik ak.

khayalan ak disentak bile melihat jam sudah menunjukkan pukul 10.15 pagi. kls dah abes. ak melangkah keluar dan menghampiri lif. ketika sedang menunggu lif,ak dikejutkan dgn suara lunak datang dari arah belakang.

"kenapa awk jeling sy tadi??" tanya gadis berjilbab.

"eh awk,awk tny ape tadi,sy x dengar"jwb ak.

"kenapa awk jeling sy tadi masa masuk kls?"soal gadis berjilbab.

"owh,emm knp,xblh ek?"ak membalas.

"bukan mcm tu la,nape awk x tegur je sy tadi" jwb gadis berjilbab.

"sy kan duduk jauh dari awk tadi,so cmne nk tegur awk"ayat cover line dari ak.

pintu lif pon terbuka,lalu menamatkan perbualan ak dgn gadis berjilbab. ak melangkah masuk ke dlm lif lantas menekan butang tingkat 1. ak memerhati keadaan di dlm lif. kelihatan dua org pelajar perempuan sedang ketawa kecil sambil memegang blackberry curve.

"apa la yg bez sgt pakai bb tu"bisik ak di dlm hati.

pintu lif terbuka. ak sudah sampai di tingkat 1. ak melangkah keluar dan bergerak menuju ke parking. ketika ak melintasi koperasi, pintu koperasi dibuka. ak terkejut melihat siapa di pintu itu.

"OMG!!,awek yg macam Nikita Willy tu la" jerit ak di dlm hati.

ak memandang tepat ke mukanya. die perasan akan pandangan ak itu. ak cuba utk membuka mulut dan menegurnya,namun perkataan semudah "hye" pon ak tidak mampu utk luahkan. ak jadi kaget,jantung berdegup kencang, ak hanya mampu melemparkan senyuman kpd nya. ak menanti respons dari nya. die membalas senyuman ak dgn satu senyuman yg cukup manis. dan die berlalu pergi. ketika ak melangkah,ak tersenyum sendirian, dan tiba2,bait lagu ni berlegar di fikiran ak.

tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

Bersambung......

blh baca part 1 di sini,dan part 2 di sini

p/s: lagu di atas adalah lagu bunga bunga cinta,ost dalam mihrab cinta.