10 Hari Mencari Cinta #1

cover 10 hari

Hari ini hari isnin. Terasa malas hendak ke sekolah. Mengapa tidak saja diberi cuti 3 hari seminggu?arghh manusia,jika diberi 3 hari,nanti akan diminta 4 hari,diberi 4 hari,diminta pula 5 hari,manusia mana pernah puas,sentiasa meminta lebih. Kadang-kadang, meminta yang bukan-bukan. Usahanya sedikit,tapi mau ganjaran serba mewah.puii.

Mentari pagi ini bersinar terang. Kicau-kicau burung jelas kedengaran. Hari yang baik untuk mengadakan perhimpunan. Semua pelajar mula menuju ke-arah padang dengan hati yang berat,dan tidak lupa dengan muka yang sedikit boring. Yang perempuan berlenggang kangkung sambil membicarakan perihal konsert mentor malam semalam. Katanya suara Fiq tak sedap mana,hanya menumpang populariti Amy Search.

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Pahang dan lagu sekolah. Kemudian sedikit report daripada guru yang bertugas minggu lepas. Tiba giliran guru yang bertugas pada minggu ini pula memberi sedikit kata alu-aluan. Sebarang permasalahan boleh diajukan kepadanya. Tapi aku kurang pasti jika masalah kerja sekolah yang sering aku gagal siapkan boleh diajukan juga kepadanya.

Usai guru tersebut memberi ucapan, kini tiba kepada detik kemuncak perhimpunan ini. Tuan pengetua sudah bangun dari kerusi empuknya sambil memegang sebuah buku nota kecil. Di dalamnya tertulis isi-isi penting amanat yang bakal disampaikan kepada para pelajar yang dicintai sebentar lagi.

Tuan pengetua memulakan bicara dengan menegur tahap disiplin pelajar yang sedikit menurun. Sudah ramai pelajar lelaki yang berambut panjang dan menyisir rambut mereka dengan pelbagai fesyen yang boleh kita lihat di dalam majalah hiburan. Ini perlu diperbetulkan. Sekolah adalah tempat memupuk professionalism di dalam diri pelajar supaya apabila dewasa kelak,akan menjadi orang yang patuh kepada undang-undang. Itu apa yang tuan pengetua ucapkan, aku hanya mengangguk walaupun aku kurang bersetuju sebenarnya.

Selepas saja upacara spot check dijalankan, maka semua mula menuju ke kelas masing-masing. Aku tidak terkecuali. Sepanjang perjalanan ke kelas tadi, aku sempat singgah di sebuah pondok yang terletak di hadapan tandas. Situ memang jadi pot bagi pelajar lelaki untuk melihat-lihat pelajar perempuan yang cantik. Pelajar perempuan ini biasanya sesudah habis perhimpunan akan ke tandas dulu. Jadi, memang murah rezeki la kalau duduk di pondok itu.

Aku mula melangkah ke dalam kelas sesudah boring di pondok tadi. Ada yang sudah masuk ke kelas, ada yang hilang entah ke mana. Cikgu juga belum masuk lagi ke kelas. Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi. Aku memandang ke hadapan kelas. Ada satu meja kosong. Selepas pemergian Farah ke MRSM,belum ada pelajar yang duduk di situ. Tiba-tiba, guru kelas muncul di pintu kelas dan menyebabkan kelas sedikit kelam kabut. Aku juga tidak terkecuali,mula membetulkan duduk ku. Sebaik cikgu melangkah, ada seorang pelajar perempuan yang berjalan di sisinya. Semua pelajar seolah tergamam dan terkedu melihat kejadian ini. Ini cerita dongeng. Seorang pelajar perempuan yang cantik manis sedang berada di hadapan kelasku dan mula mengambil tempat yang Farah tinggalkan itu.

Bersambung...

p/s:kita tidak pernah tau bila dan di mana kita akan jatuh cinta

5 coretan ikhlas:

Kisah Sayang Safuraa said...

awk boleh buat novel la..suka bait2 perkataan yang digunakan..menjadikan pembacaan indah untuk diterokai minda..hehehehe..

pepol said...

azam...yup,hehehe

pepol said...

pura..hahaha,jauh sgt lagi pura nk tulis novel nya,just suka2 je buat ni,btw thanks coz support..:D

Kauthar Afifah Ramli said...

wahh.. nice ! keep it up ! :)

pepol said...

fifie..thanks fifie..:D