Showing posts with label review buku. Show all posts
Showing posts with label review buku. Show all posts
Assalamualaikum semua, yeah lama sungguh tak buat review buku, dan sebenarnya aku agak berdebar untuk menulis review kali ini. Ini kerana, aku bakal menulis review sebuah buku yang memuatkan tulisan-tulisan daripada sifu-sifu aku. Majoriti daripada penulis yang terlibat di dalam projek buku IRise ni adalah antara mereka-mereka yang sangat aku kagumi di dalam bidang penulisan, baik penulis cerpen atau penulis puisi. Buku IWeep ini sebenarnya buku kedua daripada projek buku bersiri IRise. Buku pertama ialah IFall yang tidak kurang hebatnya. Aku difahamkan, IRise ini bertemakan Kebangkitan Semula dari Perhubungan Yang Gagal. Jadi, ia sebenarnya membawa pembaca menyelami tentang fasa-fasa yang dilalui oleh seseorang pabila perhubungan yang tercipta terputus di tengah jalan. Dan, antaranya fasa yang terdapat ketika kita melalui detik-detik perpisahan ialah menangis. Dan buku ini berjaya menyelusuri fasa itu dengan baik sekali.
Cerpen yang menjadi kegemaran aku di dalam buku ini ialah hasil tulisan brader Sake yang bertajuk "Lelaki Yang Tidak Pernah Putus Cinta". Mungkin, membaca sesuatu yang pernah kita alami akan buatkan kita merasai apa perasaan penulis.
p/s : tengah draft novel kedua
cewah oleh pipiyapong
Pada satu pagi sabtu, gua berhajat nak pergi ke bandar. disebabkan gua baru darjah 6,gua pergi ke bandar dengan menaiki bas. baru nampak samseng, tambah lagi kalau duduk kerusi di belakang sekali. kangkang mesti kene buas. kasi nampak sikit dia punya rock. budak-budak tak rock biasanya keluar ke bandar dengan ayah dan ibu.
setelah puas meredah kebun getah, gua hampir tiba di perhentian bas bagi laluan syarikat bas Lin Siong. sebelum tunggu bas, gua singgah di rumah Chan Heng Fong. sebab gua dah janji dengan Chan Heng Fong nak pergi sekali. kalau gua buat sombong pergi seorang, nanti gua jadi tak berapa rock-lah di dalam bas. jadi pemalu, duduk pun kena rapat peha.
rumah Chan Heng Fong ni terletak di seberang perhentian bas saja.
gua pun intai-intai rumah Chan Heng Fong. Pintu tutup. anjing saja yang tengah tidur di hadapan pintu. gua pun terikan panggil Chan Heng Fong.
"chann.....ooooo...channnn...!!!"nyaris juga gua nak bagi assalamualaikum.
susah nak panggil Chan Heng Fong ni. rumah dia di tepi jalan. lori balak kadang-kadang sengaja lalu time gua tengah teriak panggil dia. zaman tu lori balak memang tengah berlagak. sekarang ni gua tengok dia orang macam dah slow down sikit.
"channn....oooooo.....chan....!!!"teriak gua lebih kuat. suara memang halus lagi pada masa tu.
pintu terbuka. tok wan Chan Heng Fong jenguk ke luar rumah. dia masuk semula. lepas tu mak Chan Heng Fong jenguk ke luar rumah. dia masuk semula juga. kemudian adik Chan Heng Fong yang muka bersepai baru bangun tidur jenguk ke luar rumah. dia pun masuk semula. kakak Chan Heng Fong pula. masuk juga.
akhir sekali baru Chan Heng Fonf keluar dari rumah dengan rambut sikat belah tengah.
"satu rumah aku nama Chan..."kata Chan Heng Fong lemah lembut.
Gua belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan gua di negara berbilang bangsa pada pagi itu.
kah kah kah,itu reaksi pertama aku lepas abes je baca cite tu. siyesly aku respect dengan cara penulisan brader pipiyapong ni ataupun nama sebenar firdaus abdillah hamzah. cerita yg korg baca kt atas aku copy paste dari buku kedua beliau iaitu cewah. buku ni sgt2 la limitednya,dan klu x silap aku buku ni hanya dicetak sekali je dan aku sgt bernasib baik sempat beli buku ni time pekan frinjan yg ke 25 di s.alam awal bulan 12 aritu. walaupun cerita yg terdapat dlm buku ni hanya di copy paste dari blog beliau,hilang punca,tapi siyesly sangat menarik. ceritanya adalah mengenai diri beliau sendiri,dan beliau menulis secara santai tapi ada point yg cuba disampaikan. bukti paling jelas menunjukkan ramai org suka dengan cara penulisan beliau ialah blog beliau.korg bygkan,walaupun die hanya aktif berblog stat bulan ogos tahun lepas,time aku tulis entri ni,blog die dah pon cecah 1094938,ha jgn maen2,sejuta lebih tu,jauh lagi byk dari blogger2 yg duk sibuk join segmen2 ben ashari tu. so,keep it up bro,dan yg lagi syok nya,pipiyapong ni sekampung ngn aku,kah kah kah so bukak la blog die ek.
p/s:welcome back our legend,paul scholes.
Subscribe to:
Posts (Atom)