Akhirnya...

hoh...akhirnya settle jgk nk apply ptptn...hoh walaupun gagal tuk apply dlm kelompok p'tama tp kire ok la janji dpt ptptn..tp jgn la lmbt sgt dpt duit ny...kang mati kebuluran lak ak kt puncak alam 2...btw info yg ak dpt bdk kls a xde la ramai sgt yg dpt kt puncak alam...yg amek health cm ak just nana,zai,acu n laila...n then ad la 2-3 org lagi yg amek os,event n customer service...sape tau bdk2 group b yg amek health??

Patut ke Ansara dibubarkan??

patut ke ansara dibubarkan???seperti yg kita smua maklum...ahli2 ansara skunk ni smuany dh b'taburan...ad yg dh abes stdy..ad yg xabes lg n ad yg gagal dikesan...wujudny ansara pn dh cm xde makna dh..tgk la kt blog ansara...dh setahun x berupdate...

Sengal!!

wargh...sengal giler...kesengalan ni b'mula dari nk cek result praktikal..melarat ke nk cek degree n berakhir kt portal ptptn..tp yg paling ak sakit ati kt ptptn...ad lebih kurang 3 hari ak try dftr...akhirny tgh malam 21hb baru blh masuk...bangang giler...ak rase elok ptptn guna cara manual je la...xde menyusahkan org...wargh!!!!

Terperanjat Beruk!!!

hoh terperanjat beruk ak..beruk pn xterperanjat mcm ak agak ny..cite die cmni..smlm 17hb 11,acu msj kt ak mintak no i/c,die ckp nk cek dgree tuk ak..ak dh cuak dh..pstu die msj smula n ckp ak n die xdpt..hoh rase cm nk jatuh jantung..bia betul..pstu die ckp bdk2 laen pn xdpt..eh bia btl..pelik ni..klu ak xdpt mybe la sbb pointer xkencang..tp klu bdk2 dekan pn xdpt ape kes???ak terus hilang mood..nk maen game pn dh mls..ak pn terus basuh motor ngn harapan esok nk g cc tuk cek sendiri...and ari ni ak pn pegi la kt cc tuk cek sndiri..ak pn msj membe ak yg apply jgk tuk cek sekali...bile ak cek mmg btl ak xdpt la..ak pn dh cuak...pstu ak bace btl instruction kt situ..n die bgtau yg student diploma uitm tahun akhir cume blh cek time minggu ke3 bln 12...hoh lega giler ak...n ak suh lak membe ak cek n die pn dpt...so mmg btl la yg kite cek 2 sbnrny tuk student matrik/stpm/diploma dari ipt selain dari uitm....huh lega rasa ny..tp risau gk sbb lmbt giler bru blh cek...means kne tnggu result praktikal kua dulu n bru leh cek..klu pas cek mybe dlm seminggu lebih je pastu terus sem dh stat..wa rush giler....wt ny dpt kt kampus yg jauh2 pening la..sempat ke stkt seminggu tuk wt preparation???

Finish My Diploma...

hohoho...akhirnya ak dh melengkapkan diploma ak..rase cm sekejap je kn..rupanya dh 3 thn berlalu...tp ak agk t'kilan jgk la sbb ak xdpt perform time present aritu..tah ape2 je ak present...seingat ak,sepanjang ak ad kt uitm, ni la presentation ak yg paling teruk...xsangka blh jd cmtu...mybe sbb ak amek mudah sgt presentation ni..lgpn dh lame xckp bhsa inggeris ni...btw kne lak ngn lecturer yg ak xbiase..so mmg truk la...byk soalan yg ak xdpt jwb ngn baik...tp nk wt cmne ...bnda dh lepas kan...so thanks kt syed coz bg ak tumpang kt bilik die...bile ak lepak kt bilik die nmpk la meriah ckit bilik die..hahaha..tp sedih gk coz xsempat jmpa achu n kimon..hopefully time degree t dpt jmpa dieorg..eh choop..dpt ke degree???hahahaha

Birthday Party..



Hohoho…pada hari khamis yg lepas satu birthday party tlh diadakan sempena besday ak..birthday party kali ini agk istimewa tuk ak coz seingat ak ni la 1st time org lain yg arrange besday party tuk ak…slalu ny parent s ak yg wt n ak pn just celebrate ngn parents ak je..tp this time ak celebrate ngn ofis mate ak..coz ak kn tgh praktikal…mmg seronok that time…n yg lebih seronok ak berkongsi tarikh lahir dgn seorg akak operator…hehehe ak genap 21 tahun n die genap 31 tahun..xsangka plak yg besday kiteorg same…ak ble xde keje mmg akn lepak kt tempat die..duk borak2 n sembang2…n mmg seronok klu lepak ngn die..mybe sbb kiteorg b’kongsi tarikh lahir so wujud chemistry..n die skunk ni tgh menghitung hari tuk melahirkan baby sulung die..wish kak G dpt baby yg comel n sihat hehe n pada sblh ptg plak ad meeting bout 5S..so smua staff kne masuk meeting 2 kecuali ak, akak operator n petugas kt kaunter…n pastu dieorgn tepon suh ak masuk gk meeting 2..ak ingtkn dieorg tipu je or nk kenakan ak sempena besday ak, biler mase je EO n CC ak terus panggil ak duk sblh dieorg, malu giler ak time 2..dh la segan coz smua staff pjbt tanah pn ad, so meeting pn start ngn EO ak bg briefing bout 5S..abes je briefing 2 EO ak ckp yg meeting ni skali ngn majlis tuk student praktikal yg akn abes praktikal pada 16hb…EO ak pn ucap terima kasih kt ak coz byk tolong masa ak wt praktikal kt cni n die anggap ak sbg kakitangan angkat..fuh agk t’haru la that time..naseb baek xnangis haha..n die bg pen n sijil kt ak..tp rugi coz xsempat nk amek gmbr..klu x blh ltk kt entry ni…btw 4 all staff PDTL, thanks 4 everything…..:p

21 Tahun


Pada 15 Oktober yg lalu, aku sudah genap berumur 21 tahun…yup 21 tahun…satu tempoh yang cukup lama dan sepatutnya cukup utk mematangkan seseorg itu…namun dh cukup matang kah ak pada usia 21 tahun??ramai para remaja yg cukup excited nk celebrate besday dieorg yg ke -21,sbb pada dieorg bile umur dh cecah 21 tahun dieorang akn mendapat kunci kebebasan means bebas untuk buat apa shj dan tidak lagi berada di bwh tanggungan ibu bapa…contohnya dieorg dh xperlu mintak izin ngn parents if nk kua n xperlu inform parents mane dieorg nk pegi and so on… and dieorg juga beranggapan pada umur yg sebegini, byk keputusan penting dlm hidup dieorg patut diputuskan oleh dieorg sendiri….parents dh xblh nk masuk campur lg..dieorg fikir dh cukup matang utk wt keputusan sendiri…contohnya dgn sape dieorg ptt kwn, kt mane dieorg ptt blaja, kt mane dieorg ptt spend duit dieorg,klu blh everything dieorg nk decide sndiri…but 4 me, walaupn kite dh b’umur 21 thn..kita masih lg mentah jika nk dibandingkan dgn parents kita..dieorg jauh lebih matured dr kita,jauh lebih berpengalaman dari kita,apa yg kita lalui skrg ni dieorg dh pn lalui dulu…so kita wlaupn dh dianggap matang dan bebas pada usia 21 thn, tp masih lagi memerlukan bimbingan dan nasihat from parents kita..kita xblh la just ignore apa yang parents kita ckp even kita rasa kita dh cukup besar and matang tuk wt keputusan..

Perempuan cantik sombong??

Betul ke bile perempuan itu cantik mereka akan jadi perempuan yg sombong??atau cantik itu dtg seiring dgn sifat sombong??atau sifat sombong itu mmg ad di dlm diri seorg perempuan cantik?? apabila seseorg perempuan itu cantik, so die akn mula sombong t’hadap lelaki..mereka xkn b’kwn ngn smua lelaki..sebalikny mereka akan pilih certain lelaki saje tuk jd kwn dieorg…contohny lelaki yg ensem, lelaki yg loaded, lelaki yg ad kete, lelaki yg penuh ngn janji manis,lelaki yg dtg dr bndar besar n dari family yg kaya…so cmne lak tuk lelaki yg xtergolong di dalam kategori di atas??ad ke perempuan cantik yg nk b’kwn ngn dieorg??usah kn kwn, kadang2 tegur pn xnk..apatah lg klu yg tegur 2 seorg lelaki yg x ensem, x b’duit, xde kete n xpandai guna ayat2 manis..confirm la perempuan cantik itu akan berlalu pergi begitu shj seolah-olah tiada pape yg berlaku…so lelaki itu akn merasa malu n merasa diri dieorg xguna…so betapa b’tuah ny perempuan cantik krn smua org nk kwn ngn dieorg n dieorg blh pilih sape yg ptt kwn ngn dieorg..n betapa sedihny kehidupan lelaki 2 sbb org yg die nk sgt jd kwn die telah tolak die cmtu je….

I love U

Dipetik dari sebuah buku psykologi... ... Kiter renungkan sesama... mungkin ade hikmah
disebaliknya.

"I LOVE U"

Description:

Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila
jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia.
Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi
sebagai penenang.
Ulasan:


anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak
menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya
sebagai kenyataan.




Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai
kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh
hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi
kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan:


seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya
sebenarnya
menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi
sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu
dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ... terimalah
kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah
membahagiakan kamu.
Ulasan:


Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan
bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada
di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya
kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan
teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu
itu.


Ulasan:


hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk
mencari orang yang menyayangi kita. yang paling
berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita
tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan
membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah
bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,
mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan:


Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah
bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia,
jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan
bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan
menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.
Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda
benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu
titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya
air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki
tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab
titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki
yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi
saya berlalu begitu sahaja."
Ulasan:


Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang
sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa
berusaha untuk mendapatkannyaatau mempertahankannya.
Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir
atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan
kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal
mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu
sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik
perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk
abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari
anda walau diamana sahaja anda berada.
Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin
bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat
bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu
sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg
bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita
tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali
daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan:


kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita
sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik
untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan
hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha
bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu
sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering
melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada
orang yg bertuah.
Ulasan:


Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai
anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano.
pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian,
lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan:


kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting.
Untuk
mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda
mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin
terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat
mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu
terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak
percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi
memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa
sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan
meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula
pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya,
sayaakan'court'(sentiasa cuba memenangi) anda
selamanya... "
Ulasan:


Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.
terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih
memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya.
Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan
berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun
akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai
kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal
mendatang.
Ulasan:


Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam
percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya
terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya,
kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda
tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan
kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam
mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda
bertangguh.
Ulasan:


Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada
orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan
biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu
perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa
penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda.
Dengan itu, anda akan merasa lebih yakin dan puas. Dan
anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda
telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan
hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana
akibatnya hanya anda yang akan sengsara; bukan orang
lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup
ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan
kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup
menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan:


Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan
pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan
anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih
menyayangi anda, maka andalah orang yang paling
bertuah! Dia layakmendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta
untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan:


Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda
sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana
keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.




Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu
disedari. Apabila anda bercinta... ... Ia bukan
'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda
memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu
dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk
anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah
untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk
anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2
atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai

People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel

2 buah filem digabungkan menjadi sebuah filem baru


Mesti korang dh tengok filem jangan pandang belakang congkak kn…so cmne best x???mula2 ak tgk promo die cm bez je cite ni, tp lepas tgk filem die, emm xde la bez mane, biase je..korang jgk mesti dh tgk kedua2 filem yg memberi idea kpd penghasilan filem ni iaitu filem jangan pandang belakang n congkak..pada ak, idea mencantum dua buah filem tuk menghasilkan sebuah filem yg baru agk menarik..mungkin sebelum ni org tak t’fikir pn nk wt cmtu..tp selepas kejayaan filem jangan pandang belakang congkak, maybe pas ni akan bertambah byk filem yg digabungkan utuk menjadi sebuah filem yg baru…so klu korang diberi peluang, filem mana yg korang nk gabungkan utk jadi sebuah filem baru?? Cadangan aku filem I’m not single digabungkan dgn filem bohsia, so jd la I’m not single bohsia..hahaha..xpn filem jangan tegur+bohsia=jangan tegur bohsia
ni ad beberapa lg contoh:

1. lang buana + maut = lang buana maut
2. cicakman + anak halal = cicakman anak halal
3. buli balik + man laksa = buli balik man laksa
4. salon + gangster = salon gangster
5. soalnya siapa + mukhsin = soalnya siapa mukhsin
6. congkak + budak kelantan = congkak budak kelantan
7. jutawan fakir + rock = jutawan fakir rock
8. cinta + zombi kampung pisang = cinta zombi kampung pisang
9. antoo fighter + sepet = antoo fighter sepet
10.diva popular + tangkai jering = diva popular tangkai jering

so,ape idea korang klu diberi peluang tuk mencantum dua buah filem menjadi 1 filem??

Wujudkan Sekolah Sukan Bola Sepak

Kegagalan demi kegagalan yang dialami oleh skuad bola sepak kebangsaan di kejohanan yang disertai mengundang seribu persoalan. Apakah benar kita sudah ketandusan pemain berbakat yang mampu mengharumkan nama negara atau ada sesuatu yang tidak kena sekaligus menghalang skuad kebangsaan kita melakar kejayaan. Walaupun baru-baru ini skuad kebangsaan kita di bawah bimbingan K. Rajagopal sudah mula menampakkan peningkatan dengan beberapa siri keputusan yang memberangsangkan namun harus diakui bahawa perjalanan masih jauh bagi skuad kebangsaan. Peminat masih lagi menanti pingat emas Sukan Sea yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1989.
Di sini saya ingin melontarkan idea agar diwujudkan sebuah sekolah yang khusus untuk bola sepak. Umum sedia maklum bahawa negara kita sudah mempunyai beberapa buah sekolah sukan, antaranya Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar. Namun, sekolah sukan yang diwujudkan ini tidak menjurus kepada sukan tertentu sahaja sebaliknya merangkumi semua jenis sukan. Keberkesanan sekolah sukan ini sudah terbukti dan menjadi sumber utama melahirkan para atlet kebangsaan. Jadi, kerajaan perlu memandang secara serius untuk mewujudkan sebuah sekolah sukan khas untuk bola sepak.
Memandangkan sekolah sukan ini hanya menjurus kepada bola sepak, bilangan pelajarnya tidak perlu seramai pelajar sekolah sukan yang lain, memadai dengan hanya 100 orang pelajar. Pastikan hanya pelajar yang layak dan berpotensi untuk menjadi seorang pemain bola sepak sahaja diserap ke sekolah ini. Di sekolah ini nanti, para pelajar akan didedahkan dari segenap aspek bagaimana cara untuk menjadi seorang pemain bola sepak professional. Memandangkan bilangan pelajar yang tidak ramai, kita boleh membekalkan mereka dengan makanan yang betul-betul berkhasiat dan sesuai untuk menjadi seorang atlet. Makanan yang betul ketika di peringkat awal amat penting untuk melahirkan seorang atlet yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Di sekolah ini juga kita boleh menyediakan padang latihan yang mencukupi dan berkualiti tinggi bagi membolehkan para pelajar menjalani latihan dalam keadaan yang selesa dan sempurna. Bekas pemain skuad negara boleh memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat kepada para pelajar atau menjadi tenaga pengajar secara tetap di sekolah ini. Pada hujung minggu, pihak pengurusan sekolah boleh mengaturkan perlawanan menentang skuad Piala Presiden yang terdapat di setiap negeri. Apa yang penting tujuan sekolah sebegini diwujudkan adalah untuk memastikan bakal pemain bola sepak ini mendapat pendedahan secara kerap pada usia yang muda. Jika pada peringkat awal lagi mereka sudah didedahkan dengan teknik bola sepak yang betul dan bermain bola sepak secara kerap, sudah tentu pada usia 20 tahun mereka sudah bersedia untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang professional. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan perlu berganding bahu jika ingin melihat apa yang dicadangkan ini berjaya dan mencapai objektifnya. Akhir kata, majulah bola sepak untuk negara.

10

10...kite skunk ni berada di bln 10..pd bln 10 byk perkara yg akn berlaku pada ak...
1. 7/10 - test muet(speaking)
2. 15/10 - cukup umur 21 thn
3. 16/10 - last day praktikal (bez giler)
4. 23@24/10 - maybe dh ad kt dungun

Bahaya Panadol

artikel ni bkn ak yg tulis..artikel ni ak amek dr blog org laen..just want to share...
JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA

GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Hullo..tinggal 3 minggu je lagi

hullo kwn2...xlame dh nk raya.n xlame dh nk abes praktikal..disebabkan ak amek cuti raya..lebih kurang seminggu so praktikal ak tinggal lebih kurang 3 minggu je lagi...xsbr rasany nk abes praktikal...n mintak2 lecturer pemantau 2 xdtg tgk ak kt cni...

5 Minggu Lagi

5 minggu je lagi…klu ak dpt cuti raya ni, tinggal lebih kurang 5 minggu je lg ak praktikal…hehehe xsbr ny la ak nk abes praktikal ni…ak dh borink praktikal ni…sejak ak praktikal byk giler cite yg ak t’lepas tuk tgk..hopefully abes praktikal ni blh la ak tgk semula cite favourite ak, grey’s anatomy n CSI, lame giler xtgk cite ni…smua ny sbb praktikal la ak xdpt tgk cite 2….so kwn2, diharap smua b’sbr ek…xlame dh kite nk abes praktikal…jgn lupe lak wt report…report 2 klu blh wt sendiri ek,jgn tiru dr senior, terutama sekali kimon,hahaha…ok kite celebrate abes praktikal kt dungun ek….

Puncak Alam Next Destination?

Skunk ni permohonan utk menyambung pelajaran ke peringkat degree @ ijazah sarjana muda sudah dibuka. Sudah tentu ketika ini para pelajar diploma yang berada di semester akhir sedang sibuk mengisi borang permohonan secara online bagi menyambung pelajaran. Mereka tentu sedang sibuk berbincang tentang kos yang ingin diambil. Ok, stop citer psl org,cmne lak ngan ak??dh apply ke blum??hehe ak dh apply sbnrny…ak amek kos pentadbiran kesihatan as a 1st choice n office system as a 2nd choice. Hehe so cmne kwn2 yg laen, korang amek kos ape??? Ak sbnrny nk amek kos office system..sblm ak g praktikal, time ak part 5 mmg dlm pale ak time degree t ak nk amek kos office system…tp pas dh beberapa bulan praktikal ak tuka fikiran n amek kos pentadbiran kesihatan as my 1st choice…knp ak tuka fikiran???sbb ramai org ckp yg kos pentadbiran kesihatan ni peluang pekerjaan die byk..ak pn xbpe sure bout that..hopefully btl la..n then org ckp kos office system ni dh ramai org yg amek..kebanyakkan student dr stpm akan amek kos office system compare ngn health admin…n lg 1 yg btl2 buat ak ubah fikiran n amek health admin ni ialah disebabkan ramai classmate ak amek kos ni..n classmate ak 2 plak kebanyakkannya bergelar student yg penah dpt dekan…so ak pn fikir, dieorg yg dpt dekan ni smua ny cerdik2 n mesti dh ad byk info bout kos mane yg ok…so ak pn ikut la dieorg amek health admin jgk…ad jgk bekas2 senior ak yg suh ak amek kos customer service…sorry la ak bkn nk hampakan korang tp ak xminat la kos 2…lgpn ak xsesuai la nk amek kos 2 sbb ak ni agk lemah dlm bab komunikasi ni…lgpn ak ni agk pendiam hehehe…xlarat la nk lyn kerenah org ni, penat…klu amek kos 2 confirm kne berhadapan dgn customer..n seriously ak xsuke benda cmtu…time praktikal ni pn ak dh feed up lyn kerenah org inikan plak nk keje dlm bidang 2…so skunk ni borang dh diisi, sbr je la tnggu result kuar…klu ad rezeki dpt la ak smbng degree dlm bidang pentadbiran kesihatan n ak akn berada di puncak alam next year..Amin…kpd kimon..elok la ko amek kos mass com.,ko sesuai amek kos 2, cube ko pikir klu ad something happen kt hasbullah awang,sape yg nk ganti die???ko la yg paling sesuai ganti die, badan n muka pn lebih kurang same je..hahaha jgn mrh ek encik kimon…

Another 2 Months

Aiyoo...tinggal 2 bulan lg ak kne praktikal..ak dh mula rase bosan ni..dh la next week dh stat puase..lg la b'tambah borink nyer..so kwn2 yg tgh praktikal camne,borink gk ke???

Sabtu Yang Dinanti

Emm ari ni dh ari sabtu..ari sabtu kali ni agk b’lainan..sabtu ni cukup istimewa..sbb ape ek??? Sbb malam ni dh start musim baru EPL..rase cm br je ak tgk team Man Utd pegang trofi EPL 2…skunk ni dh stat musim baru..dieorg pegang trofi 2 ujung Mei…emm sekejap je kn 2 bulan b’lalu…pasni ad la ckit hiburan ujung minggu selepas 5 hari duk terperap kt Pej. Daerah tu melayan kerenah org..pasni blh la ilang stress 2 dengan menonton bola…so, team mane yg akan m’jadi juara musim ni???of course la Man Utd…Chelsea,Liverpool,arsenal, man city blh blah ek…sori cik kimon..jgn arap la Chelsea blh jd juara..hehehe…

Never Regret

Never regret…walaupun tajuk tuk artikel kali ni tajuk die dlm bhs inggeris, tp artikel ni dlm bhs melayu je..xpandai la ak nk tulis dlm bhs inggeris..ak bkn ny kimon..hehehe jgn mrh ek en. Kimon…sbnr ny kali ni ak nk tulis bout course yg ak amek iaitu kos office management ataupn singkatan die OM….ad org yg tau dan ad yg xtau psl kos OM ni, ad yg respect kt student OM ni ad jgk yg ckp student OM ni t stkt jd kerani je…sbnrny sblm ak masuk UiTM n amek kos OM ni, ramai giler yg menentang keputusan ak 2..sbb that time ak jgk dpt offer dr politeknik tuk amek kos kejuruteraan mekatronik…so ramai la member2 rapat, parents member2, cikgu n saudara mara ak yg suh ak g poli drpd g UiTM…even ayah ak pn that time suh ak g poli sbb die kate kos OM ni sesuai tuk gurl yg nk jd secretary…klu x silap ak time 2 lebih kurang 4 org je yg bg support kt ak suh masuk UiTM iaitu mak ak, kaunselor sek ak, penyelia tingkatan 6 n bekas guru kls ak time form 5…mereka ini je la yg bg support kt ak suh masuk UiTM, yg lain smua nk ak masuk poli..time 2 mmg susah ak nk wt keputusan..bercelaru kepala ak…dua2 tempat ni ad advantage n disadvantages…tapi akhirny ak pilih UiTM…mule2 masuk tu takut gk..yela sbb xtau ape benda la kos ni…masuk2 je dh kne bljr menaip..lorh..masuk U tuk bljr menaip je ke???? Tp 2 mule2 je..lame2 ak dh mula fhm ape benda sbnr ny kos OM ni…sbnr ny kos OM ni ok la jgk…dan ak b’syukur amek kos ni..klu g poli dlu mybe ak dh kne buang kot..sbb ny ak xminat mate n benda2 kejuruteraan ni…klu xminat confirm xblh wt nye..dan skunk ni bile ak praktikal ak semakin paham ape itu kos OM..sblm ak praktikal ad org bgtau yg student OM ni blh jd Pen. Pegawai Tadbir..ak xtau pn ape benda 2…tp skunk ni bile ak praktikal br la ak tau ape jwtn yg boleh ak sandang dgn diploma ak…bile ak tgk kt organization chart 2 br la ak tau..not bad position Pen. Pegawai Tadbir ni…so, mybe ni la takdir ak..ak dh pilih kos ni dan selepas mengetahui ape jwtn yg boleh disandang dgn diploma ni ak xde pn rase menyesal amek kos ni dlu…mlh ak rase bangga sbb at least ak b’peluang tuk amek diploma dr certain kerani yg b’lagak je lebih tp belajar stkt SPM n PMR je…akhirnya ak percaya jgk ckp bekas cikgu ak, dlu cikgu ak penah ckp kt ak klu stkt nk jd kerani xpayah masuk U…btl 2 cikgu…Saya sokong……

1 Bulan

1 bulan, sudah 1 bulan ak praktikal...dlm mase 1 bulan ni dh byk yg ak tempuhi..dh byk yg ak pelajari..tentang kehidupan, pelajaran and etc...dari segi kehidupan, ak mula sedar yg org bkn semua ny same, mereka mempunyai gelagat mereka yg t'sendiri..ada kala ny menyeronokkan dan adakalanya menyakitkan ati...dari segi pelajaran byk bnda yg ak x pelajari di dungun dulu ak pelajari time praktikal ni...now dh abes sebulan praktikal...tinggal lg 2bulan lebih...

Summary 2nd week Practical

hohohoho...dh 2 minggu ak praktikal...lambat lg la nk abes..time 1st week agk borink la...tp skunk dh masuk 2nd week ak dh mula seronok praktikal..sbb org dh ramai yg knl n dh ad yg ajk ak lepak..n minggu ni jgk berlaku satu kejadian yg berpunca dari ak d tempat ak praktikal ni...rupanya kehadiran ak telah menyebabkan staff di jabatan ni berpecah kpd 2 puak..puak yg pertama ckp ak ni kne buli sbb byk keje yg ak kne wt, puak yg lg 1 lak kate ak tak dibuli pn, keje yg diberikan pn xla byk n baek bg keje kt ak klu x t ak borink gk...ak setuju ngn puak kedua 2 sbb ak rase dieorg xde niat pn nk buli ak..lgpn klu praktikal xde keje baik xyah pegi praktikal, btl x???

Siape jd YDP OMSA???

emm biaseny tiap kali awl sem, smua student OM akn sibuk tny bile agm OMSA akan diadakan, sbb ny inilah peluang nk tgk student part 1 yg br masuk n nk tau siape yg jadi Yang Dipertua OMSA...so sem ni ak xberpeluang tuk hadiri agm OMSA, tp bgs sbnr nya sbb sampai sekarang ak masih sgt betapa bodoh ny ak kelihatan pd agm OMSA sem lps...so korang agk2 sape yg akn jd ydp
omsa yg baru???pada ak, org yg nk jd ydp omsa mesti sedar bhw tanggungjawab yg dieorg pikul 2 berat, jawatan ydp omsa 2 bkn la tempat tuk mencari glamour atau platform tuk korang menambah kenalan...cm kite semua tahu, ramai student om yg b'masalah, tak kira dari segi study atau personal things..so why not OMSA mainkan peranan tuk bantu dieorg keluar dr probs dieorg 2...contoh ny grade on time..ramai student om yg xdpt grade on time walaupun sbnrny kos om xla sesukar mane jika nk dibanding kan dgn kos laen...tp nape masalah ni masih ad dlm om???
so di sini OMSA blh memainkan peranan ny, OMSA blh menganjurkan pelbagai program tuk membantu mereka ini..OMSA juga blh menjadi jambatan yg menghubungkan student dan para lecturer bg same2 menaikkan lg name kos om..skunk ni student om melihat OMSA sebagai persatuan yg akn menganjurkan pelbagai program yg memberi keseronokan dan hiburan semata-mata sedangkan mereka tidak memperoleh ape2 manfaat pn dr xtvt itu..so ak cadangkn OMSA supaya kurang kan xtvt yg bercorak hiburan sebalikny perbanyakkan xtvt bercorak akademik...contohny cm dinner dan lawatan 2 xyah la tiap2 sem buat..OMSA juga boleh jadikan PKA sbg contoh...cuba wujudkan PKA dlm OMSA di mana student om yg cemerlang membantu student om yg laen..jd same2 mendapat manfaat...

Finally...

Yup finally...huh legany rsny...akhirny result dh dikuarkan..dan Alhamdulillah ak pass smua paper
dpt la ak g praktikal...hehehehe...lps tgk result 2 sedih ad, gembira pn ad...yg gembira ny ak dpt g praktikal n graduate on time...1 pencapaian yg besar 2 especially tuk student laki..korang yg satu part ngn ak tau la kn cmne nasib student laki yg lain...yg sedih ny plak it means that ak dh xblaja dh kt dungun..mybe dlm ujung bln 10 je ak akn blk dungun tuk submit report praktikal..sedih nk tinggal kn dungun...sbb ak dh mula serasi ngn dungun 2...tp nk wt cmne..so pasni nk g praktikal lak
xtau la ape plak yg bkl menanti time praktikal t..hopefully smua ny ok la...pstu nk smbng degree..
nk smbung degree pn pening gk ni...sbb smpai skrg ak xtau nk amek kos ape time degree t...sblm ni ak plan nk amek marketing tp pas nk complete kn diploma OM ni pn nk pecah dh pale ak...klu pasni nk amek marketing lak xtau ape jd kt ak...so skunk ni pilihan t'baek mybe dlm OM gk kot..
mybe office system,or customer service or event managment...hohoho susa nk pilih ni...btw kpd kwn2 yg x g praktikal lg jgn la sedih, mybe ad hikmah ny korang g lmbt prktikal..pape pn yg penting study leklok k....

Selamat Pagi Gadis - Waktu Indah Itu


Di kala bulan yang menyinari
Lepasi malam hari ku
Sendirianku tanpa cinta mu
Nostalgia dulu berdua
Saat kau hampir pergi
Erat pelukan menanti pagi
Gugusan hatiku hancur tika berakhirnya
Mimpi-mimpiku dari lena

Oh Tuhan, kau bawa cahaya
Sayang cintanya menjauh
Ku masih menanti di sini
Sampai nantikan kembali

Inginku usai rambutmu
Namun tak tersentuh
Seperti waktu indah dahulu
Di kala bulan yang menyinari
Lepasi malam hari ku
Sendirianku tanpa cinta mu

p/s:bezz lagu ni..

Bencinta...

emm dari benci jd cinta...@ dr cinta jd benci???emm penah tak korang alami benda ni...dr perasaan cinta yg membuak-buak tetibe ia berakhir ngn perasaan benci yg teramat sgt???emm cam ni, mybe sblm ni korang mencintai seseorg tp disebabkan sesuatu tlh b'laku menyebabkan korang membenci sebenci-benciny kpd die sehinggakan korang letak die sbg org yg t'akhir dlm hati korang..korang akan ignore segala mcm benda yg blh buatkan korang ingt kt die, contohny lagu yg die minat, makanan yg die suke, tempat yg die suke lepak, semua ny akn korg lupekan disebabkn perasaan benci korang tu..tp adakah perasaan benci itu kekal selama-lamanya???atau boleh hilang sekelip mata sebaik shaja korang jumpa pengganti die???emm........

Borink...Nye

hohoho...borink ny cuti sem kali ni..+ ngn takut skali sebenarny..emm ye la result xlame dh nk kua
berbalik kpd tajuk di ats, knp ak ckp cuti sem kali ni t'amat borink???emm sbb pc ak yg ak harapkan dpt menghiburkan ak semasa cuti ni rosak plak...kne virus yg dibawa oleh adik ak...so t'pksala ak format sendiri pc ak,1st time tu format pc,sblm ni syed n piji je yg tolong format kn, tp kali ni t'paksa la buat sndiri..emm abis smua game ak..huhuhu...cuti ni jugak menjadi borink sbb ak kne amek lesen kete...dh lama dh t'tangguh...borink giler blaja bwk benda 4 roda tu, dh la ak ni tinggi n kaki ak panjang, kene lak blaja gune kete kancil, adoi sempit giler,so mendatangkan kesukaran kpd ak yg tinggi, so result ny tiap ak g amali bnda 4 roda 2 tiap kali 2 jugak la ak kne marah, klu ikutkan ati malas dh nk amek lesen kete ni, tp t susa lak nk pegi praktikal,lgpn tgk mak ak cm berharap sgt je nk tgk ak yg drive time blk kg, hopefully ak dpt la lesen kete 2...emm cuti sem ni 1st time ak dpt bwk blk moto ak,sblm ni letak kt umah pakcik ak kt dungun 2,tp ingtkn dh bwk blk moto blh la jalan2...emm tp ape nk wt moto 2 buat hal plak..emm nk repair ongkos ny xcukup lg,so t'pksala bersabar....huhuhu....

Minggu Terakhir....

Emm 5hb 4 2009...minggu terakhir masuk kls kt uitm dungun....emm xlame lg stdy week n final...n sem dpn InsyaAllah kite akn pergi praktikal klu xde paper yg sangkut sem ni....emm rasa sekejap je..pejam celik pejam celik dh 2 tahun setengah kite stdy kt cni...sepanjang kite stdy kt cni dh mcm2 yg kite lalui...ad suka, ad duka, ad ceria, ad hiba...semua ny tlh kite lalui bersama....slps ni smua ny bakal berakhir... smua akn membawa haluan sendiri...seiring dgn cita2....meninggal kan segala kenangan yg telah tercipta disini...namun di kala kita meniti saat2 terakhir kite di sini, cube kite toleh ke belakang sejenak, n cube kite fikir, sepanjang kite berada disini, apa yg tlh kite capai???apa yg boleh dibanggakan oleh kite sepanjang berada di sini????....ape pencapaian kite???apakah kite tlh berpuas hati dgn pencapaian kite atau masih ad sisi2 yg blh kite tingkatkn???pada ak, byk lg perkara yg belum dpt ak gapai sepanjang berada disini...segalanya bermula dgn baik utk ak di sini...namun ia menjadi buruk dari hari ke hari....bermula dr stdy hinggalah ke kehidupan seharian...stdy ak terus merosot n merosot, ak tidak terdaya utk mengulangi pencapaian ak semasa di part 1...ak terus mencuba tp tidak membuahkan hasil...dr aspek kehidupan byk yg ak pelajari disini...di sini ak mula mengenal erti kwn n lwn...siapa yg boleh dibuat kwn n siapa yg cume pandai mengambil kesempatan terhadap diri kite je...dan di sini juga ak mula bersetuju dgn frasa dunia itu kejam, tidak adil n penuh dgn pancaroba....sungguh byk ketidakadilan di dunia ini...contoh ny anda tidak dinilai sbg org yg baik walau sebanyak kebaikan yg anda buat tp cukup dgn membuat 1 kesilapan selama-lamanya anda akan dicop sbg org yg jahat....dan disini juga ak mula faham, utk hidup di dunia ini kite xblh lemah, jika kite lemah, kita akan selama-lamanya ditindas,org akan mengambil kesempatan terhadap diri kite, org akan memijak kepala kite, kite akan bertrusan menjadi mangsa...jd kite perlu tabah dan kuat utk hidup di dunia ni...kehidupan di kampus ni br sebahagian kecil dr dunia luar yg bkl kite tempuhi sebaik saje kite menamatkan pengajian..dunia di luar sane lg kejam, lg penuh dgn ketidakadilan,lg penuh dgn pancaroba..jd hopefully ape yg kite tempuhi semasa berada di sini akan menjadi bekalan dan azimat utk kite beraksi di dunia yg lebih luas pula selepas ini........