2022 : Kisah Masa Hadapan #4

cover kisah masa depan


Perempuan separuh umur yang baru memasuki restoran ini ialah Nana. Sahabat baik kepada Bonda dan juga Laila. Semua mata kini tertumpu ke arah Nana, atau lebih tepat lagi ke arah dua budak kecil yang memegang erat tangan Nana di sebelah kiri dan kanan. Muka anak kecil ini kelihatan seiras, sekaligus menimbulkan lebih banyak tanda tanya di kalangan kami ini, apa mungkin impian Nana yang terdahulu sudah tercapai?

"anak kembar nana??"Laila bertanya dalam keadaan yang agak terkejut.

"Yes,hihihi"Nana mengangguk sambil tertawa kecil.

"Wah,congrats Nana, tak sangka kau betul-betul dapat anak kembar kan,alaa tomeynya anak kau,meh sini meh,dekat auntie Erin" Erin mengucapkan sekalung tahniah sambil cuba bermain-main dengan anak kembar Nana.

"Dieorang ni pemalu sikit Erin,maklumlah ikut mak dia,hihihi" Nana cuba membuat lawak.

"Choi!!,pemalu la sangat,hahaha"Erin hanya mentertawakan Nana.

"Hey Nana,ko datang bertiga je ke,big boss nya mana,tak datang ke?"aku bersuara di tengah-tengah keributan ketawa itu.

"Tak datang la pepol,big boss kerja,hihihi" penjelasan dari Nana mengenai ketidakhadiran suaminya.

"Owh, teruja jugak nak tengok siapa big boss nya,hahahaha"

Kami semua bergelak tawa pada malam itu, dan mangsanya sudah tentu Nana. Bermula dari anak kembarnya, sehinggalah kepada siapa suaminya. Dua perkara itu menjadi benda yang sangat menarik untuk dibincangkan pada malam itu. Aku memerhati kepada mereka-mereka yang sudah sampai. Masih belum cukup. Ada yang masih belum sampai. Melihat mereka tertawa bersama-sama ini mengingatkan aku kepada apa yang sering terjadi pada 10 tahun lepas. 10 tahun lepas, kami semua duduk di dalam kelas yang sama, mengharungi suka duka bersama. Walaupun bilangan kami tidak seramai pelajar di kelas-kelas yang lain, tetapi kami selesa di dalam kelas ini.

Aku masih teringat akan kejadian di mana salah seorang ahli kelas kami sedang menghadapi masalah. Masalah itu agak berat baginya, malah aku dapat rasa dia tidak mampu untuk menahannya. Dan, kami semua bersatu ketika itu untuk cuba membantunya menyelesaikan masalah itu walaupun ada di antara kami yang tidak tahu dari pangkal akan permasalahan itu. Alhamdulillah, masalah itu berjaya diselesaikan dengan baik.

"Uncle"

Lamunan aku dikejutkan oleh panggilan manja dari Aleesya, anak perempuan Bonda.

"Ya Aleesya"

"Bila kita boleh makan uncle?" tanya Aleesya.

"Sekejap lagi Aleesya, ada lagi kawan-kawan ibu Aleesya yang belum sampai"

"Ok uncle" Aleesya tersenyum. Mungkin anak kecil ini sudah lapar.

Aku meninjau-ninjau kearah mereka yang masih lagi galak ketawa. Siapa lagi yang belum sampai?? Owh, baru aku teringat, Farhana. Farhana masih belum tiba. Patut la seperti kurang seorang perempuan yang bertubuh sederhana, rupanya Farhana masih belum tiba.

"Wei korang, mana si Farhana?"

Pertanyaan aku mengejutkan mereka. Semua mereka berpaling kepada aku. Barangkali mereka juga tidak sedar bahawa Farhana belum sampai di majlis Reunion ini.

"Ha ah kan, tak ingat langsung pasal Farhana,korang ada contact dia tak?"tanya Erin kepada mereka-mereka ini.

"Sebelum ni, ada jugak contact dia,tapi lepas dia follow suami dia,terus tak contact da" Bonda memberi respond terhadap pertanyaan Erin.

"Follow suami??means dia da kahwin la ek?"balas Erin.

"Yup,kenapa korang tak tahu ke?"

"Tak tahu......." kami semua menjawab secara serentak.

Bersambung...

p/s:so much i need to say, been lonely since the day, the day you went away...

12 coretan ikhlas:

Anonymous said...

bila la watak b-za nk kuar ni..ahahaha

pepol said...

hahahha,sabo2,ikut turn..

Musfira Mohaidin said...

best best =p

pepol said...

musfira..hehehe,bodek nampak..:p

Anonymous said...

waa...da kwin? cm xpcye..hoho

Anonymous said...

waa...da kwin? cm xpcye..hoho

Anonymous said...

luv ur p/s.. :p

Anonymous said...

zamir, awk dah lama ker wat cite nie?

pepol said...

cika...da lama da,thanks sbb ingat sinopsis cite ni

Musfira Mohaidin said...

hahahaha xde makne nk bodek2 lah u =D hey, ne character i ni? yg plg important k huhuhuhu boleh ke tidak? hahahahaha =D

Sky Before Pinky said...

best baca..tak sabr nak baca sambungan cerita..=)

pepol said...

sky...hehehe,tq