C.l.i.c.k : Batu dan Matahari

cover click

“b, speedlite ni da pasang da,da boleh buat shoot da”

Terdengar jelas suara manis Dyan memecah ruang sunyi tapak photoshoot pada petang yang sudah mula beransur malam ini. Dyan, gadis tinggi lampai, sudah lama berpacaran dengan Ijoy, sentiasa hadir menemani tatkala Ijoy mahu mencampak keluar ideanya untuk dijadikan realiti. Setahun yang lepas, di malam kelahiran Dyan, Ijoy hadir di muka pintu sambil membawa kek harijadi yang terselit sekeping gambar Dyan yang dieditnya dengan penuh kasih sayang. Dyan sendiri tidak menyedari akan kewujudan gambar itu, yang diambil secara curi-curi oleh Ijoy ketika jamuan kelas,lama dulu. Dan bersaksikan bulan, Dyan jatuh hati melihat seorang lelaki yang perwatakannya keras boleh membuat perkara comel hanya untuk memenangi hatinya,dan dari saat itu, mereka mengikat janji untuk bersama.

“Fizo,kau shoot dulu la,nak test setting speedlite ni da ok ke belom”

“eh nape pulak aku Ijoy,ko suruh la Dyan dulu,dia susah payah setting speedlite tu,aku jap-jap lagi pon boleh”

“ha syg pegi posing,b nak try shoot ni”

“yeay!!!”

Ketika Dyan sedang galak posing, Hariz memerhati sekeliling tapak photoshoot mereka. Tempat itu sunyi, jauh dari rumah orang, hanya ada mereka berempat yang membuat huru hara ketika itu. Seingat Hariz, belum ada photographer yang menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk memacakkan tripod mereka. Samada mereka terlepas pandang atau tidak yakin tempat ini mampu memberikan latar yang cukup indah, hanya mereka yang ketahui. Pemilihan tempat ini bukti jelas akan sentuhan magis dari Ijoy.

“Hariz,ko nak amek gambar yang macam mana?”

“dia tu minat gambar awan je,hahahaha” Fizo menyampuk.

“hahaha,gambar awan lain kali pulak,aku plan nak amek gambar sunset hari ni”jawab Hariz.

Entah mengapa sunset menjadi obsesi pada Hariz lewat ini. Sunset kuat mencengkam jiwa Hariz untuk sama-sama meneroka akan keindahannya yang belum ramai orang sedari. Sunset ini unik, unik kerana tiap-hari ia akan memunculkan diri,tapi tiap kali muncul, ia tidak pernah serupa. Hariz masih ingat akan pesanan seorang photographer dari negeri bawah bayu yang dikenalinya melalui medium blog.

“jangan pernah berhenti amek gambar sunset,kalau ada port lagi bagus,kerana gambar sunset tidak akan pernah sama”

Ya memang benar, sunset tidak akan pernah sama, yang muncul hari esok tidak sama dengan yang bakal meninggalkan kita pada hari ini, juga berbeza dengan yang sudah hilang ditelan pekat malam semalam.

“sambil tunggu sunset,mai amek gambar dekat batu dulu,ko kan terer posing,hahaha”Ijoy memanggil Hariz untuk menyertai Dyan yang sudah berpuas hati dengan gambar yang diperolehinya hari ini.

“ha boleh-boleh,kebetulan aku bawak spek hari ni, baru ada style”

Hariz memakai kacamata rayban yang baru dibelinya itu. Segak,walaupun sedikit senget. Hariz memang jarang memakai kacamata. Seingatnya, kali terakhir dia memakai kacamata adalah semasa bersekolah rendah dulu. Itupun, spek mata kanak-kanak.

“ok,terbaik ar”

Hanya itu yang terpacul dari mulut Ijoy tatkala melihat gambar Hariz. Ya memang ada style. Semua mula mengerumuni Ijoy dan kameranya untuk melihat dengan lebih dekat hasil tangkapan Ijoy, bukan menangkap ikan tetapi menangkap gambar. Gambar yang diambil dengan setting ISO sebanyak 100, bukaan aperture 5.6 dan kepantasan shutter 1/125 sec itu mendapat pujian. Hasil sentuhan ajaib dari Ijoy dan jugak posing hebat dari Hariz.

“ha da ada DP baru da si Hariz ni” Dyan cuba mengusik, mungkin sedikit jeles dengan gambar yang dimiliki oleh Hariz itu.

“hehehe”Hariz hanya ketawa sinis. Dia tau,itu bukanlah gambar yang paling diingininya pada petang yang hening itu. Dia percaya,ada sesuatu yang lebih besar menantinya selepas ini, sesuatu yang mengingatkan beliau kepada seseorang. orang yang selalu ada di hatinya, setapak kakinya melangkah, dua langkah ingatannya pada insan istimewa itu.

“saya suka tengok awan”

“saya pulak suka tengok sunset”

Itu dialog diantara mereka satu ketika dulu. Kedua-duanya saling mengagumi ciptaan Allah s.w.t yang berada di langit biru. Di hari pertemuan mereka itu, cuaca sungguh baik. Hariz kusyuk melihat awan yang sungguh cantik pada petang itu. Hariz sempat mengambil beberapa keping gambar awan yang maha cantik itu menggunakan kameranya untuk diedit di malam hari. Saat itulah, si gadis datang menyapa dengan anggapan bahawa si Hariz adalah seorang photographer.

“kalau ko nak tau Ijoy,si Hariz ni minat gambar sunset sebab dia ni tengah angau,hahaha” Fizo lantang bersuara.

“la yeke,dengan sapa Fizo?”

“arghh memandai je korang, jom la get ready,sunset idaman aku da nak keluar da ni”

Mereka semua tersenyum melihat sunset yang perlahan-lahan menginjak masuk ke ruang langit. Terasa seperti berada di syurga melihat agungnya ciptaan tuhan. Ketika Hariz menghalakan lensa kamera pada pemandangan indah itu,dia sempat berbisik.

“gambar sunset ini untuk awak”

p/s: fasa perubahan dalam hidup aku,ke mana aku juga kurang pasti

2 coretan ikhlas:

Ismail Fitry said...

Cerita yang best. Kena ambik masa sikit kalau nak repeat cerita cerita yang lain. Well done!

pepol said...

ismail...hehehe,thanks bro