2022 : Kisah Masa Hadapan #3

cover kisah masa depan

ketika semua mata tertumpu pada kereta audi tersebut, akhirnya pintu kereta dibuka. keluarlah seorang wanita yang agak tinggi. dari kejauhan, mereka sangat kenal akan wanita ini,yang tidak lain tidak bukan ialah erin. erin hanya datang seorang pada malam ini,sekaligus menimbulkan sedikit syak wasangka di kalangan kami.

"wahhh erin,dah makin cantik,amboi da pakai audi sekarang"sapa laila kepada erin.

"hye korang,lama giler kan tak jumpa korang,hahaha"erin membalas.

"eh erin,mana si suami dengan anak-anaknya?hehehe"bonda pula bertanya.

"si mamoo outstation,tak dapat datang,dia kirim salam dekat korang semua,anak-anak tinggal dekat bibik,malas nak bawak,hihihi"jawapan panjang lebar dari erin.

"woo,cantik kereta ko erin"

"hahaha,kereta mamoo la tu,aku drive je"

aku sedikit kagum melihat pencapaian erin dan mamoo. seingat aku dulu, sebaik sahaja menamatkan pengajian, erin mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta terkemuka di ibu negara. manakala mamoo pula membuka perniagaan di dalam bidang fotografi yang amat beliau minati. dan seingat aku, ada beberapa orang kenamaan dan jugak artis tempatan yang menggunakan khidmat mamoo bagi mengabadikan detik indah dalam kehidupan mereka. malah, baru bulan lepas aku menonton rancangan Entreprenuer di stesen tv berbayar yang mengetengahkan kejayaan mamoo mengembangkan operasi syarikatnya ke negara jiran,indonesia.

"hey pepol,ko datang sorang je ke?"

"bonda,laila,tolong jawabkan,aku dah tak larat da nak jawab,hahaha"

"ha ah erin,si pepol ni datang sorang je,tak kahwin lagi katanya,entah betul entah tidak,hahaha"bonda menjawab dengan sedikit kasar di situ.

"hahhaha,ko nih biar betik pepol,tak kahwin lagi,dekat blog bukan main lagi jiwang bagai,hahaha"erin cuba memerli aku.

"hahahah,chill la wei,enjoy dulu"

"banyak la ko enjoy,umur da berapa da ni,bukannya muda lagi"

"korang perempuan lain,memang ar kena kahwin awal,aku lelaki,nanti-nanti kahwin pon takpe,hahaha ko berapa orang anak da ni erin?"

"dua je,sorang lelaki dan sorang perempuan,hehehe eh korang jom masuk dalam dulu ar,nyamuk la kat luar ni"

"aku dah cakap tadi,bonda ni ha suruh tunggu kat luar"

"ha ye la,jom la kita masuk dulu, nak tunggu anak si mazlan ni,tak sampai-sampai lagi ni"

"nana ke?hahahaha tak sabar betul nak jumpa si nana ni"

bila bonda menyebut anak si mazlan, barulah aku teringat akan nana. rupanya aku tidak perasan geng mereka ini belum lagi lengkap. mereka iaitu nana,laila dan bonda memang kawan rapat. mereka berkawan rapat dari zaman belajar di uitm dungun lagi. pergi ke mana-mana pasti bertiga,tidak pernah berenggang, malah keputusan mereka juga hampir sama,setiap semester beroleh Anugerah Dekan. entah apa yang mereka makan sehingga jadi power macam tu pon aku tak tau. di dalam restoran keadaan menjadi lebih meriah sehingga ada orang yang mula menjeling ke arah kami.

aku membiarkan para ibu bersembang sesama mereka. maklumlah sudah 10 tahun tidak berjumpa,pasti banyak benda yang hendak disembangkan. selalunya cuti selama 2 atau 3 bulan sempena cuti semester pon sudah memberikan modal yang cukup banyak untuk mereka bersembang,inikan pulak tidak bertemu selama 10 tahun. aku pula seronok bermain bersama-sama Danial dan Aleesya. Danial lebih kuat berceloteh jika dibandingkan dengan Aleesya. Aleesya lebih banyak diam,berbeza sungguh dengan perwatakan ibunya, mungkin dia belum biasa dengan aku. aku mencuit pipi Aleesya yang wajahnya saling tak tumpah dengan wajah bonda. dia tersenyum dan mula menutup mukanya.

"uncle pepol,bila kita nak makan ni?"tanya Danial kepada aku.

"kejap lagi Danial, ramai lagi kawan-kawan ibu kamu yang belum sampai,Danial tunggu kejap ok?"aku cuba memujuk Danial yang nampaknya sudah mula lapar.

ketika aku sedang seronok melayan telatah Aleesya dan Danial, erin datang menghampiriku. ditepuknya bahu aku sehingga mengejutkan aku.

"weh,ko keje mana sekarang ni beb?"

"aku keje tempat lama lagi,asal?"

"tak boring ke keje situ?da lama kan ko keje kat situ,tak nak keje tempat lain pulak ke?"

"boring memang boring erin,tapi nak buat macam mana,situ je yang terima aku,kalau tak keje situ,mana aku nak keje,huh"

"ko nak keje dengan mamoo tak?bukan ape,macam ni,sekarang syarikat kiteorang dah bukak cawangan dekat Indon,so nak pakai ramai pekerja,kalau ko nak join jom ar"

ermm,join korang ek,aku bukan apa, aku da lama tinggal hobi main DSLR, gambar pon da lama tak amek"

"alaa,tapi ko still edit gambar sampai sekarang kan?aku selalu je tgk gambar-gambar baru yang ko edit dekat flickr ko,da makin power da"

"emm kalau edit gambar tu maybe boleh la kot"

"takpe takpe,nanti aku tanya mamoo dulu,then aku baru bagi tau kau,ok"

"wokeh"

pelawaan dari erin itu membuatkan aku berfikir panjang. adakah pilihan yang tepat untuk aku berhenti dari kerjaya aku sekarang ini dan menyertai syarikat mamoo yang bidang kerjanya merupakan minat aku?sungguh aku buntu memikirkannya. sedang aku mengelamun itu, aku dikejutkan dengan panggilan dari laila.

"erin,pepol, cuba tengok tu sapa datang,cepat-cepat,ahahha"

aku terus memalingkan pandangan ku kearah pintu restoran. terlihat kelibat seorang perempuan pertengahan umur sedang memimpin seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan. muka mereka hampir sama,kembar barangkali.

"Nana???"

Bersambung...

p/s:sisi gelap,coming soon...

2 coretan ikhlas:

. said...

tu ke epul yg awk ckp diorg berbincang psl anak tu?hoho...watak2 yg kawen tu ok la..tp yg x ok nyee watak penulis sndiri yg x kawen umo da 34 kot..hahaha...

pepol said...

bizah...kah kah kah,umur 40 baru kawen