Menipu untuk cinta???

menipu untuk mendapatkan cinta seseorg??ape pendapat korang....blh ke korang terima klu ad org yg wt cmtu??atau ad org yg wt cmtu kt korang???or kat membe korang ke??? emm...menipu untuk mendapatkan cinta dr seseorg sungguh tidak bertanggungjawab sebenarny, menipu itu pn sudah dikira salah ini kan pula menipu hati dan perasaan seseorg bg memastikan die menjadi milik kita, tp itulah yg sedang berlaku kini...emm klu dh ad pakwe pn, tanpa segan silu mengaku xde pakwe lg utk membolehkn diri 2 cr pakwe atau balak yg lain lak... emm klu dh ad awek xnak ngaku lak, atas tujuan blh la cr awek lain lak, blh la pasang lain....tp...yg wt menda2 cmtu x rase b'slh ke??? x fikir ke psl perasaan org lain???cube bayangkan klu org lain yg wt cmtu lak kt korang..mesti rase sakit ati kn??? korang kene ingat, sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jugak, mybe skrg ni blh la korang tipu, tp smpai bile???smpai bile korang blh tipu??
t dh kantoi mula la cr pelbagai alasan n br la nk mintak maaf, emm wktu dh x berguna dh...
lg pn korang kene ingat, menipu ni x berkat,korang akan sentiasa hidup dlm kerunsingan kerana takut tembelang pecah...emm so kpd sesiapa yg penah buat 2, insaf2lah...sebelum t'lambat,kpd yg belum penah buat,jgn sesekali nk cube tau, byk lg benda lain yg korang blh cube tau....

Sem Depan.....

Sem depan...emm sem depan....sem depan dh part 5 dh, mybe sem dpn merupakan sem akhir blaja kt cni, emm xlame lg dh nk tinggl kn tempat yg menyimpan pelbagai kenangan ni, emm nk tinggl kn cmtu je ke???mesti la x, sblm tinggal kn tmpt ni mesti la nk wt something yg blh dijadikan kenangan sepanjang hidup...emm tp nk wt pe ek???disebabkn skunk ni tgh blaja di sebuah negeri di mana alam semula jadi memayungi warisan, emm klu g bercuti kt pulau bez gk ni, asyik duk kt tanah besar semenanjung je bosan gk...tp nk g sorg2 ke???emm mesti boring ny, emm nk ajk sape ek???ha...ape kate ajk 1 kls g...bez gk ni...emm yela pasni smua mesti dh xdpt jumpa, mybe ni je la peluang tuk spend time together, right??? emm tp klu nk g 1 kls mesti belanja ny mahal kn???sape nk sponsor ni???emm masalah ni...cmne ek??? emm ape kate wt tayangan movie???emm byk untung tau, klu kne cara ny, blh dpt byk untung, emm duit 2 blh la gune tuk wt trip 2...
yg selebih ny blh tambah gune duit sendiri,jd xde la byk sgt duit sendiri kene kua...
cmne..aci x???

Terima Kasih!!!

Terima kasih....cukup simple...2 perkataan...2 perkataan yg membawa maksud yg cukup mendalam...terima kasih...xiexie...thank you....arigato....semuany sama,walaupun berlainan sebutan, tp ia membawa maksud yg same...boleh guna terima kasih, klu xnk gune terima kasih blh gune xiexie, klu xnk jgk blh thank you,tp kenapa xnk gune walau satu pn???susah ke nk sebut perkataan 2???ak jd hairan bile kite lebih mudah utk buat ayat utk mintak tolong ngn org drpd sebut perkataan terima kasih bile org 2 dh tolong kite.kite perlu ingat, bile seseorg 2 dh tolong kite, ad sesetengah ny mengharapkn balasan dan ade sesetengah lg x mengharapkan balasan, cukup lah dgn ucapan terima kasih, at least dieorg rase gk pertolongan dieorg 2 dihargai,tp klu nk ucap terima kasih pn susah, so cmne???jgn nk salahkan org lain bile xde org nk tolong k...
and then, ad lak yg dh ucp terima kasih, tp ucap kt org yg slh lak,org lain yg tolong tp die ucap terima kasih kt org lain lak,cmne 2???x blh la cmtu, kite kne pastikan bile org dh tolong dh kite, at least kite ucap terima kasih kt die, pstu pstikan kite ucap terima kasih 2 kt org yg btl, jgn salah org lak, t org lain yg berkorban, org lain lak yg dpt name......

4 Blossom ad blog???

4 Blossom ad blog???biar btl!!!ak mimpi ke ni,2 la khabar angin yg ak br dgr, xtau la btl ke x
tp ad yg ckp mmg btl, tp ak dh cube cr blog 2 tp stkt ni blm jmpa lg, kpd sesapa yg ad address blog 2 blh la bgtau kt ak, ak pn nk tgk ape yg dorang tulis kt blog 2, mane tau ad kutuk ak ke,hehehe gurau je, tp x mustahil kn???dan ak dgr gk sbnrnya rmai bdk OM yg ad blog sendiri, klu btl la jom la share, blh la b'tukar tukar pandangan melalui blog, korang tau la kn xkn smua benda nk ckp during class, so melalui blog la kite blh ckp ape yg kite x sempat nk ckp atau xblh ckp secara direct...
ok kpd membe2 yg ad blog 2, passing la address blog, blh la ak bukak....

Die dah berubah.....

Sebelum ni,ak ingat manusia susah nk berubah or mungkin xkn berubah langsung. tp ternyata ak silap, manusia sebenarny mudah utk berubah, tidak memerlukan masa yg lame pn utk berubah, ad yg berubah dr x elok menjadi elok, dan ad yg dlu elok skunk dh teruk, byk faktor yg menyebabkan mereka berubah, ad yg dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, faktor rakan, kehendak diri sendiri, tertekan atau stress dan juga ditipu. sepanjang ak berada di uitm, byk tlah ak lihat melakukan perubahan, jika dlu berpegang dgn prinsip tak mau amek gmbar dgn org yg b'lainan jantina, tp kini dh xde masalah tuk amek gmbr dgn org b'lainan jantina. klu dlu segan dgn lelaki, tp kini x kesah dikelilingi oleh lelaki, klu dlu rajin study, skrng study benda akhir sekali dlm kepala, klu dlu takut naik motor, skunk dh blh bwk motor, emm....
sememangny manusia 2 cepat berubah dan boleh berubah
mudah mudahan perubahan yg dilakukan membawa kpd perkara yg baik

15 Oktober 2008.......2 Dekad


Mungkin ramai yg x sedar, pd tarikh 15 Oktober yg lalu, genap lah umur ak 20 tahun ataupn 2 dekad, satu tempoh yg agak lame sebenarny dan cukup utk mematangkan diri seseorg itu. skrg ni aku telahpn berumur 20 tahun, sebenarny byk yg tlh ak capai dlm tempoh masa ini dan byk juga impian ak yg masih belum t'laksana. pencapaian t'baik ak stkt ni mestilah kejayaan memasuki UiTM, kejayaan yg tlh mengubah hidup ak sepenuhnya. byk yg aku pelajari disini samada melibatkan hal pelajaran dan juga hal-hal lain. disini, ak berpeluang melihat pelbagai ragam manusia. ada yg bagus dan ad yg membuat kan ak rase menyampah. ini mungkin disebabkan oleh pelajar di sini dtg dr seluruh negara. di usia 20 tahun ni, ak ingin memperbaiki diri ak agr ak dpt mengejar cita-cita ak. ak ingin menambah segala mcm ilmu pengetahuan tidak kire la ilmu berkaitan ape. mungkin 2-3 hari yg lps ak menyambut ulang tahun ke 20 tp belum tentu ak akn dpt menyambu ulang tahun yg ke 21, jadi ak mahu menggunakan masa yg ad ini dgn sebaikny mungkin.
in other hand, kpd yg wish besday ak, tq so much diucapkan, tapi sepatutnya wish korang 2 perlu disertakan dgn hadiah,hehehe
sesuatu yg menarik yg mungkin korang xtau ialah org yg wish besday ak thn lps dh x wish besday ak thn ni, n org yg xwish besday ak thn lps pulak yg wish besday ak thn ni,apakah member ak yg selama ni ingat kt ak dah lupakan ak dan peranan mereka akan diganti oleh member2 ak yg wish besday ak thn ni???sesuatu yg menarik utk dibincangkan
t ak cerita lg dlm buletin lain

Jersi??? Apa Salahnya......


Mungkin ad org yg t'tanya-tanya, apa maksudny 2??? tapi itulah dilema yg aku alami. org2 yg berada di sekeliling ak pasti sedar ttg tabiat ak yg suka memakai jersi. tapi, malangnya ramai org yg tidak suka b'banding suka t'hdp tabiat ak it yg mereka anggap "GILA". ak juga t'pksa tidak bertegur sapa dgn kwn ak semata-mata utk mengelakkan perkara ini drpd diungkit semula. jadi, kesempatan ini akan ak gunakan utk membuktikan yg ak tak buat salah pn. org tua2 slalu b'pesan, sebelum mengata org, tgk diri sendiri dulu. klu diri sendiri pun tak sempurna, tak payah la nk kutuk2 org ataupn nk betulkan org. ak nak tanya apa salahnya klu pkai jersi??? dlm Al-Quran ad sebut yg aurat lelaki adalah dri pusat sehingga lutut. setahu ak, semua jersi yg ak pkai memenuhi kriteria iaitu tidak sampai mendedahkan aurat. jadi, dari segi hukum agama, ak tak berdosa. jadi, apa hal lak dieorg yg mungkin tak tahu pasal aurat ni nk hukum ak lak??? jersi ak lgi bagus la drpd baju ketat, sendat n x cukup kain yg korang pkai 2. ad yg pkai baju elok2 tp pkai seluar pendek, same gk x ttp aurat. ak walaupun pkai jersi tapi xpernah pkai seluar pendek. jadi, ak ttp tutup aurat. ni ad yg tudung pn x pkai tp sibuk nk comment jersi ak. tgk dulu diri sendiri macamane pastu br comment org. lg 1, setahu ak jersi2 ak xde pn mengandungi unsur2 yg xelok atau gambar yg x senonoh ke, gmbar yg mempermainkan agama ke,setahu ak xde. so, ape yg menjadi masalah sgt ny klu pkai jersi???
lgpn ak bli smua jersi 2 gune duit ak sendiri, xde pn mintak kt korang ataupn curi dr korang. so, itu hak ak samada nk pkai jersi ke atau baju biase.

Citra Ramadan 4

Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka, berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Citra Ramadan 3

Ya Allah, bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya, jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya dan berikanlah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan.

Citra Ramadan 2

Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan, jadikanlah aku hamba Mu yang soleh.

Citra Ramadan

Ya Allah, janganlah aku dihina kerana maksiatku dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu.

30 Ogos 2008


Sedar atau tidak, tarikh ini cukup b'makna di dalam hidup aku. pada tarikh inilah ak n smua ahli kls ak akn menganjurkan event yg tlh lama kami rancang iaitu TEATER WARISAN ULUNG. Bukan mudah utk memastikan event yg kami rancang ini berjaya dilaksanakan. Pelbagai suka dan duka t'pksa dilalui bg memastikan ia berjalan dgn sempurna. byk yg t'pksa dikorbankan semata-mata ingin memastikan event ini berjaya. Namun, syukur kpd tuhan krn tlh memberikan kekuatan kpd ak utk menjayakan event ini. Dan, berkat usaha gigih smua ahli kls, event yg diadakan tlh berjaya tanpa mengalami sebarang masalah yg besar. rata-rata feedback yg diterima menyatakan penonton berpuas hati dgn event yg diadakan dan ternyata mereka t'hibur.
Kpd smua yg t'libat di dalam penganjuran event ini, sekalung tahniah diucapkan. semoga kejayaan yg dikecapi ini merupakan pemangkin kpd kejayaan yg seterusnya.

Petualang!!!

Setiap yg b'laku itu ad hadnya. jika di jalanraya, kita mempunyai had laju. jika kita melepasi had laju itu, sesuatu yang buruk pasti b'laku. Jika kita mengisi air di dlm bekas atau botol, ia turut mempunyai hadnya. Jika kita melepasi had itu, sudah pasti air itu akan tertumpah. Semua perkara ini juga mempunyai persamaan dgn setiap manusia. jika setiap perkara diatas mempunyai had, begitu juga dengan manusia. Setiap manusia dikurniakan oleh Penciptanya sifat sabar. Dan, kesabaran manusia ini juga mempunyai hadnya. Jika berterusan diasak, manusia itu akan hilang kesabarannya dan tidak mustahil akan bertindak di luar kawalannya. Meeting yg diadakan pada malam rabu telah mendedahkan atau membongkar rupa sebenar salah seorang drpd ank buah ak. Aku langsung tidak menyangka beliau sanggup menikam ak dari belakang. beliau mengatakan bhw beliau tidak membuat kerja kerana ak tidak memberikan beliau kerja. ingin aku jelaskan di sini bhw perkara itu adalah satu fitnah dan pembohongan yg nyata. untuk pengetahuan umum, ak tlh mengarahkan beliau utk membuat minit mesyuarat bg biro logistik. namun, beliau tlh menolaknya dan meminta ak menyiapkannya sendiri. kesannya, ak terpaksa menyiapkan minit mesyuarat itu secara "on the spot"krn tlh diminta oleh pem. setiausaha. jadi, bagaimana boleh timbul isu beliau tidak membuat kerja????kerja memang ada dan kini ia semakin bertimbun. malah, perkara ini menjadi semakin pelik krn isu itu tidak dibangkitkan oleh beliau sendiri sebaliknya telah dibangkitkan oleh org lain. Apakah ini menunjukkan beliau tlh mengadu kpd org lain dgn tujuan utk memburukkan nama ketua biro logistik??? mengapa beliau perlu menggunakan org lain utk menyuarakan hasrat hati beliau itu??? tidak cukup jantankah beliau utk berhadapan sendiri dgn ak selaku ketuanya??? jgn igt dgn kejayaan meracuni pemikiran beberapa org perempuan di dlm kls itu akn menyebabkan ak takut, gentar dan tunduk kpd beliau. TIDAK SAMA SEKALI!!!dan satu lagi, mengenai kenyataan beliau bahawa keretanya tidak boleh jalan jauh. ini satu lg pembohongan yg nyata. aku ad bukti yg kereta itu pd hari jumaat bersamaan dgn 18/7/2008, tlh pergi ke Kota Bharu dan Rantau Panjang. Yang lebih menariknya, kereta itu boleh pergi dan balik pada hari yg sama. ini menunjukkan betapa berkuasanya kereta itu. Bagaimana sebuah kereta yg mampu utk sampai ke Rantau Panjang tidak boleh dipinjamkan hanya utk perjalanan ke Kuala Terengganu???ketika org lain berhempas-pulas utk mengurangkan perbelanjaan event kita, ada org lain dgn tindakan bodohnya menyebabkan perbelanjaan kita terus meningkat. tindakan beliau yg enggan meminjamkan keretanya menyebabkan kita t'paksa menyewa kereta. Jadi kpd org yg berkenaan, ingat bhw sekarang ini segala tindak tanduk anda sedang menjadi perhatian. Dan ak selaku ketua biro logistik tidak akn teragak-agak utk menggunakan kuasa yg tlh diamanahkan kpd ak utk membawa perkara ini ke pihak atasan jika masih tiada perubahan yg berlaku.

Nantikan perubahan yg seterusnya........

Penumpang

penumpang membawa pelbagai maksud, pada syarikat pengangkutan ia beerti org yg akan membawa keuntungan kpd mereka, tp jika di dalam sebuah kelas yg sedang bertungkus lumus tuk menjayakan sebuah event, penumpang boleh dianggap sebagai seorg yg tidak melakukan kerja yg tlh diamanahkan kpd nya sebaliknya hanya menghrapkan org lain menyudahkan kerja bg pihak dirinya, malah mereka menyumbang langsung kpd progress event tersebut,
so kpd mereka yg BERKENAAN, berhentilah dr menjadi penumpang dan turun lah menghulurkan bantuan, sekarang kerja dah semakin bertambah, study pn dh stat, jgn nk arapkan ketua projek n penolong je tuk wt smua kerja, kite semua kena tolong dieorg tuk pastikan event kita berjalan lancar tanpa sebarang masalah, klu stkt nk dtg kls lpk2 n sibuk main anset je baik drop jela dlu subject event.......

Setiap yang bermula pasti Berakhir


setiap yang bermula pasti berakhir, itu adalah lumrah hidup, tiada siapa yang menolaknya malah mengubahnya, tanpa disedari, semalam 21hb 8 2008 merupakan hari terakhir seorang kwn baikku berada di uitm dungun, tentu kalian semua mengenali seseorang yg bernama mohd norhafizi @ fizie, beliau merupakan insan yg cukup peramah, baik, bertanggungjawab. beliau mempunyai begitu ramai sahabat, ramai org yang senang utk berkwn dgn beliau, beliau tidak pernah mempunyai musuh krn tidak pernah mencari musuh, pegangan hidup beliau ialah utk melihat semua org gembira, beliau mempunyai magik utk mengubah sesuatu keadaan dr hambar menjadi riang dan ceria, tidak pernah lokek ilmu dan sentiasa ringan tulang, jarang sekali kita melihat beliau menghampakan permintaan org lain, selagi terdaya beliau akan membantu, itulah ciri2 seorang rakan sejati, seorang rakan yg sanggup bersama di kala susah dan senang, bukan mudah utk mencari teman yg sebegitu lg di dunia ini, ak bertuah krn di uitm ini ak bertemu dgn beliau, walaupun beliau kurang berjaya di uitm,tp tuhan maha adil dan maha pemurah, tuhan membukakan pintu rezeki kpd nya, beliau akhirnya mendapat tawaran dr SPA di dalam bidang yg beliau amat minati iaitu komputer
jadi kpd fizie, ingat jgn berhenti menolong org,INSYAALLAH satu hari nanti tuhan akn tolong kita semula
teruskan sikap mu yg mulia itu, jgn silap pilih kwn, sekali tersilap, seluruh hidup akn binasa,
mulakan hidup baru di sana, kejar cita2 mu, berusaha dgn keras, pastikan satu hari nanti org akn berbangga dgn kejayaan mu,
sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan mu kekal mewangi di uitm dungun ini...............

Masa utk seronok???

ramai student om yg excited sgt dgn part 4
sbb ad subjek event
mereka ingat buat event sesuatu yang menyeronokkan
tapi tahukah mereka bhw buat event memerlukan ketelitian,kesungguhan,dan pengorbanan yang cukup besar
jika tersilap langkah,event yang dijalankan akan hambar,tidak menarik,tidak mendapat sambutan dan hanya memenatkan diri tanpa mendapat sebarang manfaat
justeru perancangan perlu dibuat dengan teliti dan pastikan semua terlibat dan menyumbang
kpd event tersebut
audience juga perlu diberi perhatian
pastikan mereka mendapat manfaat daripada apa yang kita anjurkan
jadi,kpd sesiapa yang merasakan event hanyalah utk berseronok dan berhibur,
lupakan saja krn ia melibatkan tanggungjawab yang cukup besar.......

Berakhir sudah....:p

hai....
jumpa lg slps lame tak online
kpd yg bc blog ak pd sem lps ribuan terima kasih diucapkan
utk pengatahuan korang,
ak skunk ni dh berada di part 4
dan yg lebih menarik ny ak tlh berjaya melalui sem 3
ak tlh melepasinya dgn jayanya
walaupun pointer tidak setinggi mana,tp ak berjaya clear paper
dan ak juga still dpt kolej tanpa perlu membuat rayuan
tidak seperti sesetengah member ak yg t'paksa merayu tuk duk kt kolej
hope sem ni pointer ak akn terus naik ,naik dan naik........

Hujung Sem

ketika artikel ini ditulis,hanya tinggal sehari sebelum ak menduduki paper terakhir tuk sem ni iaitu paper executive note taking
keesokan harinya ak akn pulang ke kg halaman yang sudah lame ak x jenguk
akhirnya sem ni akan berakhir juge
sem yang ak sgt2 takut sebelum ni akn berakhir tidak lame lg
tp....adakah ak telah mengharungi sem ni dgn baik???
stlh kejutan sem lps yang menyaksikan pointer ak turun dgn mendadak, mampukah sem ni menjanjikan peningkatan terhadap pointer ak???
sem 3 dilihat sem yang cukup mencabar kerana pd sem ni ak terpakse menempuh subjek mate yang sudah sekian lama menjadi perosak kpd result ak
tp berdasarkan kpd final yang telh ak lalui, ak yakin ak mmpu lulus subjek ini
yang menjadi kerisauan kpd aku sekarang ini ialah CTU
ini kerana ak merasakan ak tidak menjawab dengan baik final CTU tempoh hari
adakah ak akn menerima kejutan dengan repeat CTU???
jika ia benar2 terjadi, ia merupakan pencapaian terburuk ak di UiTM ini
namun ak percaya kpd qada dan qadar NYA....
ak percya kpd rezeki yang tlh ditetapkan oleh NYA...
mudah-mudahan sem dpn akan menjanjikan kejayaan yang lebih gemilang utk ak
AMIN........

Arsenal patah sayap

kepada peminat Arsenal, lebih baik korang pilih team lain musim dpn
seperti yang diketahui, Arsenal baru kehilangan miedfield berbakat mereka,Mathieu Flamini yang berhijrah ke AC Milan dan Alexander Hleb juga akan mengikut langkah yang sama ngn berpindah ke seteru kelab yang baru disertai Flamini iaitu Inter Milan,dan yang lebih memeningkan kepale Arsene Wenger ialah penyerang merka Emmanual Adebayor juga tlh memberi kata dua iaitu naikkan gaji beliau atau beliau akn berpindah.Adebayor inginkan gaji berjumlah 80,000 pound seminggu dimana sekarang ni dia cume dpt 35,000 pound je seminggu....

Abis ar Arsenal musim dpn......:p

Man Utd vs Chelsea

untuk kaki bola,mungkin semua dh tau yg esok merupakan
hari penentuan tuk team mane yang akan bergelar juara EPL
Man Utd akn menentang Wigan & Chelsea akn bertemu Bolton
Jika Man Utd menang,mereka akn ditabalkan sbg juara manakala jika mereka tercicir mata dan Chelsea mencatat kemenangan,Avram Grant akan memenangi trofi pertama beliau sebagai pengurus Chelsea
satu lg detik yang mendebarkan ialah pada 21 May ini
pada malam itu akn menyaksikan pertembungan 2 buah kelab Inggeris di final Liga Juara2 Eropah
siapa yang akn mencatat sejarah???
Adakah Man Utd akan menjulang kejuaraan buat kali ke-tiga???ataupun Chelsea akan bergelar juara buat julung kalinya???
same2 kita nantikan.....
hai kwn2...
slmt datang ke blog ak
mungkin ad diantara korang merasa pelik ape tujuan blog ni diwujudkn
sebenarnya ak wt blog ni ad sebabnya
byk benda sebenarnya yg nk ak share ngn korang
lgpn borink ar asyik lyn myspace n friendster je
kt blog ni, mcm2 benda yang boleh kite wt
ok...tuk blog ak ni ak akan cite tentang ak,benda di persekitaran ak,hal ehwal semasa dan ape2 saje senang kate, klu korang ad ape2 yang nk dibincangkan, boleh bincang kt blog ak ni
ok, akhir kate selamat melayari blog ak ni
cau cin cau....:p