Showing posts with label horizon cinta. Show all posts
Showing posts with label horizon cinta. Show all posts

Peplum Hijau untuk Dia

horizon cinta1

Aku punya impian, dan aku yakin, semua orang juga punya impian. Tapi, impian ini bukan hak milik diriku seorang. Aku bina impian itu bersama seseorang yang sentiasa buatkan hari-hariku cemerlang.  

“Abang, bila nak pergi tempat hari tu, ayang ada nak beli something la” itu suara manja yang terbit dari mulut kecil seorang perempuan yang sering jadikan hari-hariku cemerlang, seperti yang aku ceritakan di atas tadi. Dia ialah suri hatiku, yang sentiasa menjadi pelengkap kepada diriku.

“Eh ayang, bukan minggu lepas kita baru pergi sana ke, ayang nak beli apa lagi ni dekat sana” aku cuba mencungkil apa sebenarnya kemahuan isteriku yang masih belum tertunai.

“Alaa abang ni, ayang nak beli peplum warna hijau tu, cantik, ayang takde lagi peplum warna hijau, abang pon tau kan, kan kan” dia memberitahu tujuan utama ingin ke tempat itu semula. Aku cuba mengingat-ingat kembali semua baju peplum yang pernah aku belikan untuk dia. Ada merah, ada biru, ada kuning, ada jingga, tidak lupa warna pink. Semuanya sudah aku belikan, cuma satu warna yang masih tertinggal dari koleksi dia, warna hijau.  

“Ayang, abang bukan taknak pergi lagi tempat tu, tapi abang risau” aku meluahkan apa yang terbuku didalam hati.

“Apa yang abang risau, kan uptown je, ada apa-apa ke ni abang, meh share dengan ayang meh, ayang sudi mendengar” perempuan memang mampu mencairkan hati semua lelaki. Betul.

“Ayang tak ingat apa jadi masa kali terakhir kita pergi sana? Kereta kita nyaris kena langgar dekat simpang tu, bahaya la ayang, abang takut apa-apa yang kurang elok terjadi nanti”

“Hahaha abang ni, jangan la serius sangat, hari tu kan abang yang tak berhenti dekat simpang , itu yang nyaris kena langgar, kelakar la abang ni,hehehe”

Aku diam. Fikiranku ligat memikirkan apa yang terjadi pada minggu lepas. Ketika itu, kami sudah mahu pulang ke rumah. Tiba di satu simpang, muncul sebuah kereta yang hampir melanggar kenderaan kami. Sejak itu, aku semacam sedikit fobia untuk ke sana lagi.

“Esok kita pergi ye abang, sayang abang, hihihi”

Aku cuba tersenyum. Kelat. Berat hati aku untuk mengizinkan permintaan isteri aku kali ini, tapi sayang mengatasi segalanya. Aku memberi keizinan walau ada sedikit kerisauan di dalam hati.

Malam menjelang. Kami sedang bersiap. Dia tidak bersolek tebal dan buatkan mata aku tidak berkedip memandangnya.

“Cantik isteri aku ni”

Kami tiba di tempat yang menjadi kesukaan isteriku. Dia menghampiri gerai yang menjual aneka baju peplum. Terus dicapainya baju peplum hijau yang menjadi dambaannya. Aku Cuma tersenyum melihat telatahnya. Duit dihulur dan barang diambil.

Usai membeli beberapa barangan lain, kami mula bergerak pulang. Kenderaan tidak banyak pada malam ini, sekaligus melancarkan perjalanan pulang. Tiba di satu simpang, tidak semena-mena, muncul sebuah kereta yang dipandu dengan agak laju. Kereta itu bergerak ke kanan dan kiri, pemandunya seolah berada di bawah pengaruh alcohol. Kereta itu meluru laju kearah kenderaan kami. Aku cuba mengelak tetapi kereta itu menghentam dengan kuat sisi kiri kereta kami. Aku menjerit.


“Ayang!!!!!!” Dia sudah tidak bernyawa. Badannya dibaluti darah. Ironinya, kereta durjana itu berwarna hijau. 

p/s : kadang-kadang,terlalu berharap buat kita jadi sakit

Horizon Cinta : Ingatan

horizon cinta1

Jam 9 pagi. Aku bangkit dari tidur. Mata dikeroyok dengan kuat menandakan masih tersisa rasa mengantuk. Aku membetulkan bantal yang sudah menjauh dari anggota badanku yang paling atas. Tengkuk masih terasa kebas, mungkin disebabkan oleh kegagalan aku mengawal stress. Tangan meraba-raba mencari phone yang entah mana duduknya. Phone ditemui. Mata terus menangkap beberapa notifikasi yang kurang penting. Aku memejamkan mata kembali. Terasa fikiran aku kosong. Hampir seminit aku berkeadaan sebegitu, aku mencapai earphone yang berselirat di bucu katil. Aku betulkan  semula wayarnya dan sambungkan ia pada phone. Ibu jari giat bermain-main di atas skrin, mencari  icon pemain muzik. Muzik dimainkan, dan aku kenal benar akan intro lagu ini. Lagu yang menjadi kegemaran seseorang. Aku amati dalam-dalam lirik lagu ini. Lagu ini ada persamaan dengan dia, atau lebih tepat lagi, lagu itu menceritakan tentang dirinya. Kebetulan. Dia seorang gadis polos yang kelam kabut, tetapi amat teliti dalam memilih pasangan hidupnya. Mungkin, kisah silamnya banyak mengajar dirinya akan liku-liku di dalam perhubungan. Betapa kuatnya aku cuba menyakinkan dirinya bahawa aku insan yang tepat untuknya, semakin kuat rasa curiganya terhadap aku. Dan tidak keterluan, rasa curiganya itu yang telah memusnahkan segalanya. Hancur. Lagu yang dimainkan tadi tamat, dan aku bingkas bangun dari pembaringan. Tanpa aku sedari, mengalir air mata jantan yang amat mahal harganya itu di kedua pipiku. Aku kesat perlahan-lahan air mata itu sambil menepuk-nepuk dada untuk menguatkan semangatku. Aku kuat, cuma kadang-kadang, aku teringat....

p/s: tidak terlalu berharap

Horizon Cinta : Nyata Kita Berbeza

horizon cinta1

Kita memang berbeza, dari serba serbi, atas bawah, kiri kanan. Tapi, kita masih tegar bersama. Dan hari ini, kita meluangkan masa untuk bersama, hanya selepas beberapa bulan kita merancang, baru hari ini ia dimakbulkan oleh tuhan yang satu.

Aku tiba dengan menyarung kemeja biru kotak-kotak di badan dan seluar jeans biru lusuh. Ringkas. Aku duduk di atas bangku bersebelahan pancuran air sambil mengunyah Snicker yang dibeli di kedai serbaneka 24 jam sebelum aku tiba di sini. Ketika di kunyahan terakhir, aku terbayang akan kehadiran kau di hadapan aku. Lengkap berpakaian warna biru, sama seperti apa yang aku gayakan hari ini. Tidak perlu kotak-kotak, cukup sekadar kau memakai sepersalinan yang sama warna dengan aku. Dan tidak semena-mena, kau muncul di hadapan aku, mungkin untuk memeranjatkan aku. Jujur, aku terperanjat, tapi bukan kerana kehadiran kau, tetapi melihat warna baju yang kau pakai. Merah. Nyata kita berbeza.

Aku meneruskan langkah ke dalam pusat membeli belah sambil diiringi oleh kau. Kau masih pakai perfume yang sama, perfume pemberian aku. Aku masih ingat akan baunya, tidak terlalu keras dan nyaman untuk dihidu oleh hidung. Sepanjang berjalan di sebelah kau, kita tidak banyak berbual. Dan kadangkala, aku berasa agak sedikit kekok. Mungkin ini kesannya pabila kita lama tidak bersua. Aku menghampiri kaunter tiket. Kita sudah berjanji untuk menonton wayang bersama. Aku mencadangkan filem arahan Mamat Khalid, tetapi kau tegas ingin menonton aksi terbaru Bruce Willis. Dan akhirnya, kita membeli tiket berbeza dan menonton di hall berlainan. Nyata kita berbeza.

Cerita sudah ditayangkan selama 30 minit tetapi tiada satu babak pon yang melekat di dalam kepala aku. Ternyata, fikiran aku di tempat lain dan bukan pada wayang yang sedang dipertontokan. Aku bangun dari kerusi, membetulkan seluar dan terus keluar. Saat aku menolak daun pintu itu, hanya satu yang bermain di kepalaku.

"Aku tidak mau jumpa kau lagi, nyata kita berbeza"

p/s: tangga pertama sudah aku daki

Horizon Cinta : Lorong Cinta

horizon cinta1


Tap tap tap. Bunyi tapak kasut aku di lorong yang sunyi itu. Sudah jauh aku berjalan di lorong ini. Belum ada sesiapa yang aku temui. Terlihat di hujung sana, sekujur tubuh terbaring layu mengharapkan ehsan dari yang sudi. Aku menghampirinya perlahan-lahan. Bau busuk menusuk hidung. Aku lihat dirinya seperti seorang yang sakit jiwa. Apa sebabnya? Aku memandang sekeliling, jika ada tertulis dimana-mana akan jawapannya. 
Hampa. Tidak kelihatan. Sedang aku berkira-kira untuk pergi dari situ, lalu satu pasangan yang usia mereka sudah melewati separuh abad. Aku menegur mereka. Mereka berbisik-bisik kecil mengatakan itulah orangnya yang menjadi gila sesudah cintanya ditolak. Aku sedikit tersentak, tak sangka hanya kerna cinta, sampai begitu akibatnya.
3 bulan selepasnya, lorong itu masih sunyi. Tetapi, sudah ada dua tubuh yang terbaring layu. Sudah ada dua orang yang sakit jiwa hanya kerna cinta. Saat hari sudah mula gelap, pasangan separuh abad tadi kembali melalui lorong itu.
“Bang,da ada 2 orang gila dekat lorong ni,tapi yang sorang tu, bukan ke yang pernah kita tegur dekat sini dulu bang???”

p/s: InsyaAllah, projek Horizon Cinta ini akan menjadi kenyataan tahun hadapan, zine Horizon Cinta akan menjadi produk kedua Sen Studio, mudah-mudahan..

Horizon Cinta : Ohh Cucur Udang

horizon cinta


"tonight,we are young,so let's set the world on fire,we can burn brighter than the sun" .
Ringtone dari handset Maya memecah kesunyian pada petang itu. Maya hanya memandang acuh tidak acuh pada skrin telefon bimbitnya. Sudah ada 10 missed call dan 7 keping mesej dari orang yang sama. Azhar. Teman lelaki Maya. Azhar masih cuba untuk memujuk Maya. Azhar tidak menyangka perkara sekecil itu boleh membawa kepada perlakuan sebegini oleh Maya. Maya langsung tidak menjawab panggilan darinya malah mesej-mesej yang dihantar hanya memenuhkan inbox sahaja tanpa ada usaha untuk membacanya oleh Maya.


"tonight,we are young,so let's set the world on fire,we can burn...."

"Hey, apa lagi yg u nak ni??!!!" Maya akhirnya menjawab panggilan telefon itu.

"Maya, please Maya,maafkan i, seriously i terlupa Maya,bukan i sengaja...." Azhar cuba memujuk Maya.

"Terlupa?? dah berapa kali i ckp dekat u,jangan beli goreng pisang untuk i, i tak suka, dah berapa kali i cakap beli cucur udang,cucur udang,tu pon u tak boleh ingat ke?? Errr!!!" Maya menjelaskan punca kemarahannya.

"Sorry Maya, i tak makan cucur udang, i makan goreng pisang je,dats why i beli goreng pisang untuk u, i ingatkan u boleh into jugak dengan goreng pisang,rupanya tak boleh,sorry once again..."

"dah dah dah, cukup dengan sorry u tu,ni bile nak anta cucur udang i?" Maya bercakap dengan nada suara yang agak tinggi.

"Kejap lagi i antarkan cucur udang u ok.." Azhar cuba memujuk Maya dengan menghantar cucur udang yang menjadi kegemaran Maya.

Usai menamat panggilan telefon, Maya duduk kembali menghadap laptop Asus yang dibeli 2 semester lepas. Ada senyuman lebar di wajah Maya, senyuman yang jarang-jarang dapat dilihat pada wajah yang pernah dikatakan ada iras-iras Melissa Maureen itu. Senyuman itu diikuti dengan ketawa kecil. Perlakuan Maya itu turut menarik perhatian seekor cicak kubing yang sedang berlegar-legar diatas siling. Mungkin kerana berasa terlalu hairan melihat perlakuan Maya ketika itu, cicak itu pantas mengeluarkan apa yang digelar oleh ramai orang sebagai 'tahi cicak' dan benda itu menuju laju ke bawah tempat Maya berada. Mujur tembakan dari cicak itu tidak tepat, hanya sipi-sipi sahaja dari termasuk ke dalam cole berisi air Nescafe yang dibancuh oleh Maya kira-kira setengah jam yang lalu.

"Emm,sayang betul boyfriend aku dekat aku, aku buat-buat merajuk dengan marah terus je dia pujuk aku dengan cucur udang,hihihi" dialog ini tidak terdengar di luar sebaliknya hanyalah monolog dalaman oleh Maya.

Maya masih leka menghadap facebooknya. Maya asyik melihat beberapa keping gambar sempena minggu pameran motosikal dari serata Malaysia
yang diupload oleh rakan alam maya nya. Satu persatu gambar itu dilihatnya. Ada ketika terlihat gambar si empunya gambar bergambar bersama-sama motosikal yang rata-rata berkuasa tinggi. Maya hanya tersenyum melihat gambar orang yang pernah menjadi teman tapi mesranya itu. Itu kisah lama. Kini, Maya bahagia bersama Azhar.

Sudah setengah jam berlalu. Maya melihat ke arah jam di laptop yang berada di sudut kanan sebelah bawah. Terbit perasaan risau mengenangkan Azhar masih belum kunjung tiba. Sedang Maya berfikir ke mana Azhar, vibrate dari handphonenya menyedarkannya kembali. Ada satu mesej sampai, pasti dari kekasih hatinya, Azhar. Pantas butang ditekan untuk membaca isi kandungan mesej itu. Sangkaan Maya meleset. Begini bunyi mesej itu.

"Maya, boyfriend ko Azhar accident, dekat simpang tepi kedai cucur udang ni, ko datang sini cepat,kitaorg tengah tunggu ambulans ni,sorry aku takde kredit nk call ko"

p/s:Salam Ramadan buat semua pembaca blog ini..:D

Horizon Cinta : Kamu Hilang Begitu Sahaja

horizon cinta

Aku berdiri di atas sebuah bukit. Dihadapan ku terhampar pemandangan kotaraya Kuala Lumpur. Bangunan KLCC hanya ternampak samar-samar, jelas KL sedang dilanda jerebu. Di sebelah aku, berdirinya seorang gadis yang berambut paras bahu. Di tubuhnya tersarung t-shirt dan juga jaket denim berwarna biru. Cantik. Cantik seperti selalu. Sekali sekala, rambutnya terbuai ditiup angin.

"kamu masih ingat lagi saat kita pertama kali di sini?" aku bersuara.

"ya,masih jelas di kotak minda ini,momen indah itu" si dia bersuara. aku sempat menjeling ke arah tubuhnya. Sedikit berisi. Mungkin dia bahagia tika bersama aku.

"kamu masih malu-malu ketika itu,ketawa juga hanya kecil" aku masih mengusik dia.

"ya, sungguh aku malu ketika itu, kamu memang suka mengusik aku kan?" sambil jarinya mula mencubit tangan kiriku.

aku cuba menahan cubitannya, perlahan-lahan aku menggenggam tangannya. Kami kini berpegangan tangan. Sungguh erat. Terukir senyuman di wajahku, tapi ada sedikit kerisauan di hatiku. Entah sampai bila, aku mampu untuk menggenggam tangannya, mungkinkah bakal terlucut jua satu hari nanti? Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku sedar, aku tidak mampu untuk menghadapi semua itu. Dia sudah jauh tertanam di dasar hatiku. Masakan boleh dia dibawa lari sesuka hati oleh orang lain begitu sahaja?

Aku menggenggam tangannya lebih erat. Aku pandang wajahnya. Ketika kami saling berpandangan, badan aku ditolak kasar oleh seorang lelaki. Aku terjatuh dan dia juga turut terjatuh. Wajahnya penuh dengan kerisauan. Aku memandang ke arah lelaki itu. Ada 4 lagi lelaki lain di belakangnya. Semuanya berwajah bengis, seolah-olah sang singa yang menunggu masa untuk menerkam seketul daging.

Mereka menghampiri kekasih hatiku. Tangannya yang halus itu direnggut kasar oleh mereka. Aku cuba melawan. Aku bangun dan satu sepakan hinggap tepat ke arah perutku. Sakitnya bukan kepalang. Aku cuba bangun kembali, satu lagi sepakan hinggap di pipiku. Aku terjelupuk jatuh. Aku tidak berdaya lagi. Dari kejauhan, aku nampak mereka membawa pergi kekasih hatiku. Si dia masih meronta-ronta, air mata bercucuran laju dari kelopak matanya. Pandangan aku semakin kabur, dan aku rebah ke bumi.

Jun 2016. Genap 4 tahun. Aku berdiri di atas sebuah bukit. Dihadapan ku terhampar pemandangan kotaraya Kuala Lumpur. Bangunan KLCC hanya ternampak samar-samar, jelas KL sedang dilanda jerebu. Di sebelah aku, berdirinya seorang..seorang...seorang...tidak,di sebelah aku tiada sesiapa, hanya ada aku seorang diri di sini. Aku melihat di sebelahku. Ya memang betul, dia sudah tiada di sisiku. Air mata memenuhi ruang kelopak mataku. Dan di saat aku menyeka air mata itu dari jatuh ke pipi, ada satu persoalan yang sehingga kini masih belum terjawab.

"di mana kamu wahai si cantik, sungguh aku rindu pada kamu,kembalilah ke sini, tempat di mana kita bersua"

p/s: aku cuba sebaik mungkin

Horizon Cinta : Sekeping Kertas Hijau

horizon cinta

Aku duduk memerhati sekeping kertas hijau yang cantik terletak di atas lantai bermarmar sebuah stesen pengangkutan awam yang boleh tahan jugak sibuknya. dari kejauhan aku membulatkan mata memfokus pada kertas hijau tersebut. tiada siapa yang mengendahkannya. semua sibuk mengendong beg pakaian dan kepala ligat memikirkan destinasi yang hendak ditujui. lalu seorang amoi yang membawa luggage dengan selamba memijak kertas hijau tersebut. dan kertas hijau itu terselak sedikit langsung menampakkan gambar Yang di Pertuan Agong yang pertama.

"eh,tu bukan duit rm50 ke?"

hati aku membisikkan bahawa kertas hijau yang aku usha dari tadi itu merupakan sekeping wang kertas rm50. tanpa berlengah lagi,aku meninggalkan kerusi besi yang sudah 15 minit menabur bakti kepada aku. aku berjalan dengan langkah yang sedikit laju daripada biasa. aku menunduk untuk mencapai kertas hijau tersebut. ya memang betul, ia sekeping wang kertas rm50, yang kini sudah tidak mempunyai tuan,dan aku bersedia untuk menjadi pemilik baru kepada wang kertas ini. aku menuju kembali ke kerusi besi dengan muka dihiasi sengih kerang. bukan mudah untuk mendapatkan rezeki terpijak sebegini, tadi orang lain yang memijaknya tapi kini ia berada di dalam genggaman aku.kepala aku ligat memikirkan apa yang hendak dibeli menggunakan rezeki terpijak ini. makanan sudah awal-awal lagi aku tolak keluar, sungguh tidak beretika membeli makanan menggunakan "rezeki terpijak" ini. tiba-tiba, bayangan jersi pasukan - pasukan di euro 2012 nanti melintas laju di benak aku. terbayang jersi away pasukan england yang berwarna biru gelap disertai kolar berwarna biru muda. euuwww, inilah masanya untuk aku mendapatkan jersi idaman itu.


sedang aku berkira-kira dari supplier mana harus aku dapatkan jersi itu, aku terpandang akan kelibat seorang makwe bertudung bawal 3 tone yang sedang mundar mandir di kawasan aku kutip kertas hijau itu. dari pengamatan aku, makwe ini sedang mencari sesuatu, apa yang sedang dicarinya aku kurang pasti,mungkin sedang mencari kekasihnya,mungkin mencari kawannya atau mungkin juga mencari tiket basnya yang hilang. makwe itu mula menunduk seolah-olah sedang mencari sesuatu di atas lantai. hairan,apa agaknya dicari di atas lantai itu?memandangkan ketika itu tidak terlalu ramai orang yang berada di stesen,aku memberanikan diri menghampiri makwe tersebut, dengan harapan dapat la aku meleraikan segala kekusutan yang sedang melanda dirinya. kasihan juga melihat dia terpinga-pinga sebegitu, habis hilang keayuannya.

"hye awk,awk cari sesuatu ke?"

"owh camni,sy cari duit sy,rasanya tercicir,tadi sy ada lalu dekat-dekat sini"

"owh banyak ke tu duit tercicirnya?"

"emm sekeping rm50,mana la duit sy tu,huh!!"

aku sedikit tersentak mendengar makwe itu menyebut duit rm50. baru saje tadi aku pungut sekeping rm50 dari atas tempat kami berpijak ini. rupanya duit makwe ini yang sedang terselit di dalam poket seluar ku ini.

"rm 50??sekejap ye.

Aku meraba-raba di dalam poket seluar. Ya, apa yang dicari sudah ditemui. Aku keluarkan sebatang pen. Dengan sepantas kilat, aku membawa keluar duit rm50 itu tadi dan tanpa semena-mena, aku menulis no telefon aku di atas duit kertas tersebut. Makwe itu sedikit terpinga-pinga dengan tindakan aku ni.

“ini duit awak yang tercicir tu tadi, dan nombor-nombor tu pulak nombor ajaib yang jika awak dail, mungkin awak boleh mendengar suara sy nanti”

Makwe itu hanya tersipu-sipu malu.

p/s: ada yang bertanya Horizon Cinta ni perihal apa?