Showing posts with label cerita steady dari pepol. Show all posts
Showing posts with label cerita steady dari pepol. Show all posts

Peter AL Hamra : Tiga Pasangan Sejam

Kita biasa mendengar, ada perkara yang mudah, tetapi sengaja diubah menjadi sukar.  Ada perkara yang tidak perlu, tetapi diada-adakan, dan lebih teruk, ada pihak yang mengaut keuntungan.  Fokus Peter pada hari ni ialah mengenai hal perkahwinan.
Pada hari ini, Peter menghadiri dua majlis perkahwinan. Jika diikutkan pada invitation yang diterima di facebook, Peter AL Hamra ada lima majlis perkahwinan yang perlu dihadiri pada hari ini.  Namun, bila difikirkan akan masa dan jarak majlis yang agak jauh antara satu sama lain, maka Peter membuat keputusan untuk menghadiri dua majlis sahaja yang dirasakan praktikal dari segi masa dan jarak perjalanan.
Peter tidak pergi berseorangan, sebaliknya mengajak Zalina Winchester untuk menemaninya.  Pada Peter, adalah sangat “win” jika pergi ke majlis perkahwinan dengan membawa pasangan, lebih-lebih lagi jika pasangan yang dibawa itu berpernampilan menarik dan memang sesuai untuk dibawa ke majlis.
Zalina : Peter, kau bila pula nak kahwin?
Peter : Leceh ar kahwin ni, banyak sangat benda yang perlu dibuat.
Zalina : Leceh? Kau kena buat benda tu semua sekali je bro, bukan tiap-tiap hari.
Peter : Memang la, tapi kau tak rasa ke, yang benda kahwin ni sebenarnya mudah sahaja, tapi ditambah dengan macam-macam benda yang tak perlu?
Zalina : Hahaha, Melayu kan, biasa la penuh dengan adat, itu yang buat perkahwinan jadi macam terlalu rumit. Eh kau dah pergi kursus kahwin?
Peter : Kursus kahwin? Huh dengan kadar penceraian tiga pasangan dalam masa sejam di Malaysia, kau rasa benda tu betul-betul bermanfaat untuk pasangan yang bakal berkahwin atau diadakan untuk memberi peluang kepada orang Melayu untuk berniaga???
Zalina terkedu dan memilih untuk tidak menjawab pertanyaan Peter itu dan cuba untuk buat-buat sibuk memilih application di apps store.
p/s: aku akan bawa buku "Kenangan di Puncak" di acara Art 4 Grabs hujung minggu ini.

Peter Al-Hamra : Flat untuk Kita

Peter Al-Hamra baru sampai ke sebuah tempat yang belum pernah beliau jejaki sebelum ini, iaitu selatan tanah air.  Peter sungguh teruja mengenangkan bahawa beliau akhirnya menjejakkan juga kakinya ke sebuah negeri yang sudah lama beliau ingin lawati.

Peter hadir ke selatan tanah air ini bertujuan untuk menghadiri sebuah event yang menarik.  Kebetulan, beliau juga sudah lama tidak bertemu rakan karibnya di universiti dulu, Watt. Maka, Peter merasakan ini adalah peluang terbaik untuk beliau menyelam sambil minum air. 

Sebaik turun dari bas, Peter disambut oleh Watt.  Watt pantas mempelawa Peter agar menginap di rumahnya sepanjang Peter berada di sini.  Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, dengan deras Peter mengangguk tanda setuju. 

Keluar dari terminas bas, Peter dialu-alukan oleh bandar besar ini dengan satu kesesakan jalan raya yang gila.  Peter masih berlagak tenang, kerana beliau tahu itu adalah resam tinggal di bandar besar, lebih-lebih lagi jika ia bersempadan dengan sebuah negara maju. 

Ketika menuju ke rumah Watt, Peter melewati sebuah kawasan elit yang sedang dan bakal dilimpahi dengan pelbagai kemudahan, keselesaan dan kemewahan.  Peter biasa nampak kawasan elit ini dihebahkan di dalam berita jam 8, hampir setiap malam.  Peter berasa sedikit kagum mengenangkan beliau berjaya melihat dengan mata kepalanya sendiri akan kemegahan kawasan baru ini.  Untuk kepastian, Peter bertanya kepada Watt, samada betul atau tidak, kawasan ini yang sering dimomokkan di dalam berita itu? Watt memberitahu inilah kawasan itu, kawasan yang dijangka akan memacu negeri ini menjadi sebuah negeri maju satu hari nanti.  Peter terus berasa kagum.

Mereka kemudian melewati sebuah kawasan perumahan mewah yang serba cantik.  Peter memandang sambil tidak berkelip biji mata.  Peter bertanya kepada Watt, tidak teringinkah beliau untuk membeli rumah di kawasan ini.  Watt menjawab, hampir lapan puluh peratus yang membeli rumah di kawasan ini adalah bukan penduduk negara ini, ia milik warga negara jiran yang diketahui umum, lebih mampu membeli hartanah mewah. 


Setelah hampir satu jam memandu, akhirnya Watt dan Peter sampai ke sebuah rumah flat yang begitu sarat dengan penghuninya.  Watt memberitahu, bahawa di sinilah dia duduk menyewa.  Peter membuka pintu kereta sambil berfikir “warganegara sendiri hanya mampu tinggal di rumah flat, manakala rumah teres dan banglo didirikan untuk mampu dibeli oleh warganegara asing”.  

p/s : tulisan ini juga boleh dibaca di www.yespepol.tumblr.com

Zairo part 2


Jam 8.30 pagi. Di sebuah kawasan perumahan yang menjadi pilihan kepada para pelajar sebuah universiti awam terbesar di dunia untuk menyewa.

“Morning my sweetie” Zairo menghantar mesej kepada seseorang yang amat istimewa dalam hidupnya.

“Morning dear, awalnya bangun”

“Ye la, nak kejutkan my sweetie ni, tak bangun-bangun..:p”

“Hey dear, I dah lama bangun ok, dah siap basuh baju pon, you tu yang baru bangun kan, gedik..:p”

“Hahaha, okok I mengaku I baru bangun, terus hantar mesej dekat you, macam mana dengan date kita ,jadi tak?”

“Cepat you mandi dan bersiap, cepat la kita dapat keluar, I da siap da ni..:p”

“Hah serious you dah siap?? Okok give me 15 minutes, I nak mandi dan bersiap ni, take care my sweetie”

“Hahaha, I belum mandi pon lagi dear, ni baru nak mandi, take ur time ok, jangan rush sangat, nanti jatuh dalam bilik air..:p”

“Hahahaha, gedik..:p”

Zairo mula membuka pakaian dan mencapai tuala yang tergantung di jendela. Sambil masuk ke bilik air, Zairo tersengih-sengih kerang menandakan dia tidak sabar untuk berjumpa dengan si pengarang jantung hatinya pada hari ini. Pertemuan mereka pada hari ini bakal istimewa kerana ada sesuatu yang bakal diraikan oleh mereka berdua.

Sementara itu, dalam sebuah bilik air di sebuah rumah sewa yang hanya terpisah 5 lorong dari rumah sewa Zairo, terlihat seorang gadis berkulit putih mulus sedang ligat menggosok gigi. Julia, memang sering lambat bersiap. Tapi, hari ini, dia berazam untuk bersiap lebih cepat daripada biasa. Dia sudah tidak sanggup lagi menahan telinga tiap kali Zairo membebel kerana dia lambat bersiap. Hari ini dia nekad ingin membuat Zairo memujinya kerana sudah siap sebelum Zairo tiba di hadapan pintu rumah sewanya ini. 

Tepat jam 9.00 pagi, Julia membawa keluar blouse merah yang sudah di gosok sejak malam semalam lagi dari almari bajunya. Julia tersenyum melihat blouse merah pemberian Zairo ini, cantik. Blouse merah ini diberikan oleh Zairo semasa ulangtahun kelahirannya beberapa bulan lepas. Memang ada beberapa orang rakan baik Julia yang kurang senang dengan pemberian Zairo ini, kerana mereka berpendapat, tidak sesuai memberi baju kepada seseorang yang kita sedang menjalin perhubungan bersamanya, ini kerana, pabila warna baju itu mulai pudar, perhubungan itu juga akan turut pudar dan akhirnya terlerai di tengah jalan.

“Emm korang jangan la cakap macam itu, I sayang perhubungan ni, I tak nak terputus di tengah jalan, I nak bina masa depan I dengan Zairo” Julia bersuara.

“Iyee Julia, tapi kau kena hati-hati, selalunya kapel-kapel yang dapat present baju ni, hubungan dieorang tak kekal lama” Asmah cuba menambahkan cuak di hati Julia.

“Arghh mengarut la ko Asmah, aku dengan Johan ok je sampai sekarang, dah dua tahun kot kiteorang kapel, ok je takde apa masalah, kiteorang lagi la, 1st time jumpa pon Johan da bagi baju dekat aku, rileks je, takde clash-clash pon” Rozie menyampuk dan memberi sedikit kelegaan kepada Julia.

“Pray for you Julia” Asmah masih cuba menakut-nakutkan Julia.

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Suasana di luar masih lagi sunyi, memandangkan hari ni hari minggu.

“Emm mana si buah hati ni, lambatnya, da pukul 9.30 da” Julia bermonolog sendirian di dalam hati.

PIN PIN!!

Terdengar bunyi hon sebuah kereta dari luar rumah. Zairo sudah berada di hadapan rumah Julia. Julia terus mencapai beg tangannya dan mengangkat tangan kepada Zairo sebagai isyarat agar tunggu sekejap. Zairo sabar menunggu di dalam kereta sambil mendengar telatah Johan di dalam rancangan bual bicara pagi yang diberi nama Johara Pagi Era.

“Hey sweetie, awal you bersiap hari ni, selalunya bila I sampai depan rumah you ni, you tengah terhegeh-hegeh lagi bersiap,hehehe” Zarul agak hairan melihat Julia bersiap lebih awal hari ini.

“Hehehe, awal ke dear? Ye la da tak tahan da, asyik kena bebel je bila lambat, kalau orang tu yang lambat, I takde bebel pon” Julia cuba mengusik Zairo.

“Eleh, ada-ada je la you ni, mana ada I suka bebel, I Cuma beritahu you je, hey kita nak ke mana dulu ni?” Zairo membalas usikan dari Julia.

“Emm ikut you la dear, I tak kisah, lagipun you yang ajak keluarkan,hehehe” Julia memberi kebebasan kepada Zairo untuk membawa beliau ke mana sahaja.

“Ha kalau macam tu, kita pergi Siam la dear, menikah dekat sana, nak tak?hehehe” Zairo melontarkan idea yang tidak masuk akal.

“Hey, you ni,giler ke apa, sapa yang nak kahwin dengan you tu hah? Da la tak handsome, euww please la, dah jangan mengarut, cepat-cepat pergi, I dah lapar ni tau” Julia mula membebel.

“Ok dear, kita breakfast dekat mall la nanti, tak sesuai pulak nk breakfast dekat mamak bila tengok you pakai macam ni,hehehe” Zairo berterusan mengusik Julia.

“Hey kenapa pulak, tak cantik ke I pakai macam ni, you ni, saje tau, you tak ingat ke sapa yang bagi baju ni?” Julia mula merajuk.

“Hahaha, tak la dear, I gurau je, you look so beautiful today, my sweetie, hehehe” Zairo memuji kecantikan Julia.

“Ok dah-dah, cepat gerak, nanti housemate I pelik pulak tengok kita lama-lama dekat depan ni tak gerak-gerak lagi”

Begitulah ragam setiap hari pasangan ini, ada sahaja benda yang menjadi gurauan pada mereka. Hari ni, seperti biasa, mereka akan menghabiskan hujung minggu mereka bersama, tetapi, pertemuan mereka pada hari ini sedikit berbeza. Ada sesuatu yang bakal diraikan oleh mereka berdua, Zairo juga sudah merancang satu kejutan khas buat pengarang jantung hatinya, Julia.

Mereka berdua kini menuju ke sebuah pusat membeli belah yang terletak di Klang, bandar diraja Selangor. Memang pusat membeli belah ini sering menjadi pilihan warga universiti ini kerana pusat membeli belah inilah yang paling hampir sekali. Sampai sahaja di sana, sudah terlihat banyak kenderaan yang berpusu-pusu masuk. Zairo sedikit runsing memikirkan tempat letak kereta yang sememangnya agak terhad di pusat membeli belah ini.

“Tengok ni dear, awal pagi pon dah ramai orang yang datang, mampus la nak cari parking kalau macam ni” Zairo mengeluh pada Julia.

“Sabar la dear, hari minggu kan, memang hari ni la orang nak keluar tengok wayang, dating, shopping bagai, dear sabar k, ada tu parking nanti, jangan risau” Julia cuba memujuk Zairo.

Zairo meneruskan usaha mencari parking. Parking di luar sudah dipenuhi oleh kereta, maka Zairo terpaksa mencari parking di bahagian atas bangunan pusat membeli belah ini. Kali ini, nasib mereka baik. Masih banyak petak parking yang masih kosong di atas ini. Zairo terus parkir kenderaannya di dalam petak yang disediakan. Usai mengunci pintu kereta, mereka berdua jalan beriringan sambil berpegangan tangan.

“Dear, kita pergi makan dulu k, lepas tu baru kita tengok wayang” Zairo memberitahu rancangannya kepada Julia.

“Ok darling” Julia memberi persetujuan sambil tersenyum.

Mereka mengambil tempat di sebuah restoran makanan segera. Usai membuat pesanan dan membayar di kaunter, Zairo mengangkat makanan sambil ditemani Julia. Mereka memilih meja yang agak terpencil kedudukannya, di satu sudut restoran ini, mungkin mahukan lebih privacy. Sambil menikmati makanan, Julia menceritakan kepada Zairo perihal Asmah yang kurang senang dengan tindak tanduk Zairo yang menghadiahkannya sehelai blouse. Zairo mendengar dengan penuh minat. Sekali sekala Zairo mengangguk. Julia terus rancak bercerita.

“Kalau macam tu, cuba nanti dear bagi baju jugak dekat Asmah tu, tengok pudar ke tak relationship korang,hahahaha mengarutlah korang ni” Zairo memberi cadangan kepada Julia.

“You nak I bagi betul-betul ke? Boleh je kalau nak bagi, hahaha” Julia membalas.

“Hey dah-dah, cukup mengarut tu, makan cepat, kejap lagi wayang nak start dah, tiket tak beli lagi ni” Zairo memberi arahan kepada Julia.

“Ok dear, kejap ye”

Mereka menghabiskan makanan dan terus menuju ke tingkat atas. Di tingkat atas, kelihatan ramai orang sedang berbaris untuk membeli tiket menonton wayang. Zairo mula rungsing, jika dia turut beratur, sudah tentu mereka tidak berpeluang untuk menonton wayang yang bakal bermula sebentar lagi. Zairo mundar mandir sambil memikirkan jalan terbaik. Tiba-tiba, Zairo terpandang akan kelibat Hazwan yang sedang berbaris. Kedudukan Hazwan agak baik, cuma ada 3 orang sahaja lagi di hadapannya sebelum dia sampai ke kaunter tiket. Zairo menghampiri Hazwan.
“Bro, kau nak beli tiket ke?” Zairo menegur Hazwan.

“Yup, takkan nak beli boxer pulak dekat sini, nape bro?” Hazwan membalas.

“Hahaha, macam ni, aku nak mintak tolong ko sikit ni, nak mintak tolong kau belikan tiket untuk aku dengan awek aku, couple seat punya, wayang dah nak start kejap lagi ni, please please please bro” Zairo merayu kepada Hazwan.

“Takde hal, ko pergi la tunggu sana dulu, kejap lagi aku datang bawak tiket ko” Hazwan memberi persetujuan.

“Wokeh bro, trimas”

Zairo menunggu di satu sudut bersama-sama Julia. Hazwan datang menghampiri mereka bersama-sama makwenya.

“Nah tiket ko”

“Owh yeah, thanks dude, terbaik ar”

“Wei nanti borak, aku dah nak masuk ni,chow”

“Wokeh bro, thanks bro”

Zairo mengajak Julia untuk memasuki panggung. Tayangan bakal bermula sebentar lagi. Mereka berjalan beriringan. Di dalam panggung, keadaan agak sesak, hampir semua seat terjual. Mata Zairo tercari-cari akan couple seat yang masih kosong.

“Dear, dekat sini seat kita” Zairo memberitahu Julia yang kelihatan masih terpinga-pinga mencari seat.

Tidak sampai 3 minit mereka melabuhkan punggung di atas seat, wayang sudah bermula. Mereka menikmati filem ini bersama-sama. Sebuah filem cinta, yang sering menjadi pilihan untuk mereka yang sedang asyik dilamun cinta. Filem yang berdurasi sejam 30 minit itu dinikmati oleh mereka. Masing-masing berpuas hati dengan filem yang ditonton hari ni. Sebaik keluar dari panggung, Zairo dan Julia merayau-rayau di dalam pusat membeli belah ini. Julia ingin mencari sepasang kasut dan sehelai baju. Zairo turutkan sahaja.

Hari sudah menginjak petang. Julia juga sudah mendapat apa yang diidamkannya, sepasang kasut dan juga sehelai baju. Kini, Zairo merasakan sudah tiba masanya untuk dia mempersembahkan kejutan yang sudah dirancang terlebih awal.

“Hey dear, jom la pergi tempat lain pulak, dah boring la dekat sini” Zairo cuba memancing Julia.

“Ok dear, jom la”

Mereka sudah keluar dari pusat membeli belah dan kini Zairo sedang memandu menuju ke Shah Alam. Di dalam kepala Zairo, sudah terbayang akan Tasik Seksyen 7 Shah Alam yang terletak di belakang bangunan Kompleks Belia Selangor. Zairo ingin membawa Julia ke sini.

“Dear, kita nak pergi mana ni dear?” Julia bertanya kepada Zairo.

“Ada la dear, dear sabar tau, duk diam-diam situ,hehehe” Zairo masih cuba merahsiakan rancangannya.

“Eeii, tak suka la you ni, suka rahsia-rahsia dengan I” Julia mencebik.

“Sabar la dear, dah nak sampai ni” Zairo memujuk Julia.

Mereka sudah sampai di Tasik Seksyen 7. Orang agak ramai, ada yang bersantai, ada yang bersenam, dan ada juga yang sedang berdating. Zairo pula datang untuk berdating. Zairo mengeluarkan sebuah kotak yang agak besar dari bonet dari kereta.

“Kotak apa ni dear? Besarnya” Julia agak hairan dengan gelagat Zairo.

“Hehehe, meh sini dear, ikut I”

Zairo memimpin tangan Julia ke gazebo yang agak jauh sedikit. Sampai sahaja di gazebo, Zairo menyuruh Julia duduk. Julia masih lagi terpinga-pinga, tidak faham. Julia duduk dan Zairo mempersembahkan kotak itu kepadanya. Julia terus membuka kotak itu dengan seribu persoalan bermain di kepala. Usai membuka kotak itu, Julia menjerit sambil menutup mulut dengan kedua belah tangannya.
Di dalam kotak itu, terdapat kek berbentuk hati dengan di atasnya tertera “Genap 5 bulan kita bersama”.
Serentak dengan itu, Zairo mengeluarkan satu kotak kecil dari poket seluarnya. Penutup kotak itu dibuka. Di dalamnya terlihat seutas rantai lengkap dengan loket berbentuk hati berwarna merah jambu. Julia mengeluarkan air mata terharu. Zairo membawa keluar rantai itu dan memakaikannya di leher Julia. Mereka saling berpegang tangan sambil menikmati momen indah ini bersama.

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin aku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu                                                                            yuna – terukir di bintang

Bersambung...

p/s: aku sedang melalui fasa2 sukar dalam hidup aku, moga aku mampu mengharungi segalanya






Kiamat Diri

21.12.2012. Jumaat. Jam 11 pagi. Aku mencelikkan mata, dan memandang sekeliling. Segalanya masih serupa, tiada yang berubah. Aku bingkas turun dari katil doubledecker dan terus meninjau dari tirai kamarku. Hujan. Sejuk sampai ke tulang. Aku menghala ke ruang tamu. Ibu dan ayah tiada, mungkin bertandang ke rumah tok siak masjid untuk mengambil buah langsat, seperti yang dibebelkan oleh ibu malam semalam. Aku mencapai remote Astro yang kebanyakkan butangnya sudah tidak berfungsi. Jam 11, hari jumaat, tiada cerita yang menarik. Jemariku pantas menekan butang saluran berita yang disediakan oleh saluran televisyen berbayar ini. Besar harapanku untuk melihat Khairunnisa Kasnoon membaca berita pada pagi ini, tapi hampa, bukan dia, sebaliknya wartawan lelaki yang pernah hampir ditembak oleh askar Israel tatkala menyertai satu flotila antarabangsa sedikit masa yang lalu.

Mulutnya lantang membacakan berita perihal sekumpulan manusia yang terkenal dengan muzik k-pop sedang meraikan kejayaan berjaya mengelak kiamat di hadapan sebuah replika kuil Mayan. Ada yang menyanyi, ada yang melompat, ada yang sekadar tersengih. Tidak kurang, ada juga yang mengambil gambar berlatarbelakangkan kuil itu lengkap dengan persalinan jubah hari graduasi. Bangang apakah ini? Apa yang diraikan mereka? Ya aku tau, kiamat belum terjadi, filem 2012 yang memaparkan jahanamnya kotaraya New York sudah boleh diklasifikasikan sebagai filem jenaka, tapi apa benar dunia masih belum kiamat? Benar, dunia belum kiamat melalui bencana besar-besaran, tapi isi dunia itu sendiri iaitu kita semua, sudah lama kiamat. Anak-anak derhaka kepada ibu bapa, nyawa manusia boleh dicabut sewenangnya, kebenaran boleh ditutup dengan wang ringgit dan kuasa, yang korup dijulang semahunya, pasak bumi ditarah sesuka hati, apa ini semua bukan kiamat pada kita???

Aku tekan butang Off pada remote dan aku sambung tidur di sofa.

p/s: 21.12.2012, genap sebulan novel pertama, Kenangan di Puncak berada di pasaran, lekas dapatkan, stok sudah tidak banyak :)

Looser Abadi part 3


Kampung Ulu Gali. Terik mentari seolah-olah memberi gambaran apa yang bakal aku hadapi di rumah nanti. Kemarahan emak masih membahang, kecewa dengan pencapaian aku di universiti.
“Assalamualaikum” aku menghulurkan salam.
“Waalaikummussalam, sape tu?” suara lembut mak kedengaran dari dalam rumah. Mak menyelak daun pintu dan terpampang aku dihadapannya.
“Hah ko rupanya Azne, buat apa kau balik ke rumah ni?!!” mak menengking aku tepat di muka pintu. Aku tidak mempedulikan leteran mak sebaliknya terus masuk ke dalam rumah. Aku perasan ayah tiada di rumah, mungkin masih belum pulang dari bekerja. Aku masuk ke bilik aku. Sudah lama aku tinggalkan bilik ini. Cat di dinding bilik ini masih belum berubah. Gabungan warna coklat dan hijau lembut yang dicat dalam bentuk segi empat sama ala-ala papan dam nyata menggamit memori zaman menunggu result SPM.
Rindu.
Aku melabuhkan badan di atas tilam empuk. Rasa sengal-sengal badan akibat hanya tidur di atas lantai bilik di rumah Ikram masih lagi terasa. Mujur aku dihidangkan dengan pemandangan yang enak dari Liza, hilang sedikit rasa sakit di badan ini.
Di luar, emak sedang membebel kepada adik yang sering melengahkan solat. Dari kecil sehingga besar, aku dihidangkan dengan leteran dari emak. Tidak pernah berhenti. Betullah kata kajian yang aku baca dari sebuah majalah tempoh hari, wanita akan bercakap sekurang-kurangnya 7 ribu perkataan sehari. Perghh, tak penat ke?
Melihatkan keadaan di luar semakin tidak terkawal, aku keluar dari bilik. Aku tengok adik aku masih lagi terbaring di hadapan televisyen.
“Oi giler, bangun pergi sembahyang Zuhur, dah pukul berapa ni?!!”
Emak dan adik sama-sama terkejut melihat aku meninggikan suara. Juga mungkin terkejut melihat aku bertegas dalam hal ibadat yang aku sendiri ambil ringan sebelum ini.
“Yang ko ni, dah sembahyang ke belum?” satu ayat yang pedas tepat menuju ke muka aku dari emak.
“Belum mak,hehehe” aku tersipu malu menjawab pertanyaan emak.
“Dah, dua-dua pergi sembahyang sekarang jugak!! Nanti dua-dua kena dengan emak kang, tak kira besar ke kecik!!!” emak membebel dengan nada separa menjerit. Aku dan adik berlalu ke bilik air sambil menggelengkan kepala. Risau memikirkan emak yang mungkin terkena serangan jantung jika terus membebel dengan nada setinggi itu.
Aku sembahyang berjemaah bersama adik, sesuatu yang kali terakhir dilihat di rumah ini 8 tahun yang lalu. Ketika itu aku sedang bersiap untuk menghadapi peperiksaan PMR, tahun di mana aku berusaha bersungguh-sungguh dan tidak lelah meminta pertolongan daripada tuhan. Itu dulu, sekarang aku jauh berbeza.
Ketika di tahiyyat akhir, telefon rumah berdering. Sedikit sebanyak, ia menganggu tumpuan aku. Selesai memberi salam, aku dan adik dikejutkan dengan jeritan emak. Aku terus berlari mendapatkan emak yang sudah seperti terkena sawan.
“Ayah kau accident nak, accident…” emak tidak berupaya menghabiskan ayatnya dan dia mula lemah. Aku memapahnya sebelum dia terjatuh. Aku menjerit kepada adik untuk mengambil kunci kereta yang tersangkut di dinding rumah. Sambil aku masih cuba menenangkan emak, adik sudah menghidupkan enjin kereta. Ayah pergi kerja dengan menaiki motorsikal cabuk, keretanya hanya tersadai di garaj.
Aku memecut laju kereta Proton Wira kepunyaan ayah. Emak masih menangis di belakang sambil ditemani adik. Ini kali pertama emak tidak menegurku kerana memandu laju, mungkin dia sedar, kami bertarung dengan masa untuk bertemu dengan ayah. Jalan yang tidak begitu sibuk membantu kami sampai cepat di hospital.
Hospital. Aku benci hospital. Walaupun aku ada ijazah di dalam bidang berkaitan pengurusan hospital, aku sangat bencikan hospital. Hospital pada aku sebuah tempat yang penuh dengan rasa kecewa. Semua yang masuk ke sini dengan wajah yang sugul dan darah yang menitis. Jika ada kegembiraan sekalipun, hanyalah semasa menyambut kelahiran seorang bayi, itupun didahului dengan jeritan kesakitan.
Di hospital kami disambut oleh seorang nurse yang masih muda. Cantik. Matanya mengingatkan aku kepada mata Heliza Helmi. Mata besar yang seksi. Aku dimaklumkan bahawa ayah sudah dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Ayah hilang banyak darah semasa kemalangan itu dan pada usia veteran, dia tidak mampu untuk menanggungnya.
Aku dan adik masih cuba menenangkan emak. Emak tidak henti-henti menangis. Aku mengambil handset kepunyaan emak. Aku menghantar mesej kepada semua saudara-mara. Aku mahu mereka semua tau keadaan ayah. Walaupun ayah sering tidak dipedulikan oleh mereka, tetapi aku yakin benda sebegini tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Aku juga sempat mesej kepada Ikram. Ayah sering dipinggirkan oleh adik-beradiknya sendiri kerana ayah tidak belajar tinggi. Ketika adik-beradik lain semua tinggal di ibu kota, ayah hanya mampu membina rumah papan di atas tanah pusaka peninggalan arwah atuk. Ketika aku diterima masuk ke universiti dulu, ayah merupakan orang paling gembira. Kerana dia percaya, nasib keluarga akan berubah tidak lama lagi. Tapi, lihatlah sekarang ini, aku menghampakannya.
Sudah sejam lebih ayah di dalam, masih tiada khabar berita. Ayah sedang bertarung untuk hidup manakala kami bertiga di luar sedang bertarung dengan emosi. Emak sudah berhenti menangis. Kelihatan dia seperti sudah bersedia untuk menerima apa-apa perkara yang bakal terjadi.
Pasrah.
Telefon aku berdering, panggilan dari Ikram.
“Hallu bro, macamana ayah ko? Ok tak?”
“Belum tau lagi, still dekat dalam lagi”
“Owh yeke,takpe la,ko doa banyak-banyak,insyaAllah ok tu” Ikram cuba menguatkan semangatku.
“Thanks bro,mudah-mudahan takde pape la,aku tak sempat jumpa lagi ayah aku”
Aku terus sahaja matikan panggilan sebaik melihat doktor sudah keluar dari bilik pembedahan. Dari jauh aku tengok doktor itu hanya menunduk, seolah memberi isyarat tiada apa yang mampu dilakukannya. Aku memimpin tangan emak sambil kami bertiga menghampiri doktor. Doktor itu memandang tepat kearah mataku. Aku jadi kaget. Dia kemudian menggelengkan kepalanya sebagai tanda memberitahu bahawa ayah sudah tiada lagi di dunia ini. Seraya itu, emak terus menangis sekuat-kuatnya.
Aku cuma mampu menekup muka. Rasa sesal yang amat sangat. Aku tidak sempat untuk bertemunya buat kali terakhir. Yang lebih memeritkan, besar harapannya pada aku, tapi aku gagal untuk melunaskannya.
I could never have
Standing here with you
One regret, one mistake
Nothing we could do  

“Siapa waris si mati?” tanya pegawai yang bertugas di kaunter.
“Saya anak sulung dia, kenapa ya encik?”
“Ok, memandangkan ayah encik terlibat di dalam kemalangan, jadi jenazah seeloknya dikebumikan secepat mungkin, kerana allahyarham berdarah dengan banyak”
“Owh ok, saya akan uruskan pengkebumian secepat mungkin”
Telefon tidak henti-henti bordering. Semua panggilan masuk dari sanak saudara dan rakan-rakan. Orang kampung sudah mula berkumpul di rumah aku, untuk membantu menguruskan pengkebumian. Tok imam memberi cadangan kepada aku agar pengkebumian dijalankan sesudah solat Asar. Aku turutkan sahaja. Aku sebenar seakan masih tidak percaya dengan apa yang terjadi. Baru semalam aku menerima scroll untuk titik peluh aku selama 2 tahun belajar di universiti, dan hari ni aku di kampung untuk menguruskan pengkebumian ayah aku.
What the hell???
Sekelip mata hidup aku berubah. Aku bergelar seorang graduan dan seorang anak yatim dalam tempoh masa yang cukup rapat. Sekelip mata juga aku bergelar ketua keluarga, sesuatu yang aku tak tau mampu atau tidak untuk aku galas.
Selesai solat jenazah, aku mengetuai upacara mengusung jenazah ke tanah perkuburan. Walaupun aku jahil, tetapi aku mahu menyempurnakan pengebumian jenazah ini dengan tangan aku sendiri. Aku mahu berada sekali di dalam liang lahad untuk menguruskan jenazah ini. Aku cuba menahan kesedihan. Aku harus kuat. Harus, jika tidak, bagaimana aku ingin menjadi ketua keluarga?
Upacara pengkebumian sudah selesai. Syukur tiada apa-apa yang kurang enak seperti di dalam rancangan Tanah Kubur itu berlaku tadi. Orang ramai sudah mula meninggalkan tanah perkuburan. Aku juga sudah mula melangkah. Aku tahu, sebaik aku melangkah 7 langkah, malaikat akan mula menghampiri jenazah ayah, untuk menyoalnya.
Malam ini terasa sungguh sunyi. Walaupun ramai orang yang berkunjung untuk mengucapkan takziah, tetapi suasana rumah masih lagi sunyi sepi. Semuanya seakan tidak percaya ayah sudah tiada. Ketika semua masih lagi bersedih, aku mengajukan ini kepada emak.
“Emak, Azne nak pergi Shah Alam”
p/s: nantikan novel Kenangan di Puncak di pasaran tidak lama lagi. 

Looser Abadi part 2


Aku mengikut Ikram ke rumah sewanya yang terletak di Seksyen 6, Shah Alam. Dia hanya tinggal sendirian di flat usang ini. Flat yang menyeramkan. Flat ini tidak terurus dan kelihatan sudah lama tidak dibaik pulih. Lampu di tangga banyak yang tidak menyala. Pemegang di tangga sudah berkarat, sampah sarap bertebaran di tangga. Aku kurang selesa dengan keadaan ini, tetapi aku harus tumpang bermalam di rumah Ikram malam ini. Dan aku lebih seram bila Liza turut mengikut kami ke dalam rumah.
     “Minah ni memang duduk sekali dengan Ikram ke?” aku musykil dan sedikit gusar. Aku gusar jika aku tidak mampu menahan nafsu pada malam ini, maklumlah bila sudah duduk serumah ni, macam-macam boleh jadi.
     “Sayang, pergi la mandi dulu, ambil towel dalam bilik tu” Ikram bersuara. Liza hanya menurut sahaja dan masuk ke bilik Ikram lalu menutup pintu. Aku memandang kearah Ikram.
     “Bro, Liza ni memang duduk sini ke?” aku bertanya bagi merungkai segala pertanyaan.
     “Tak la, cuma dia tidur sini malam ni, sebab esok dia takde kelas, so dia nak lepak sini malam ni,hehehe” macam ada nada gatal dalam gelak si Ikram.
     “Owh belajar lagi, aku ingatkan dia dah keje” aku membalas.
     “Tak la, belajar lagi, ko jangan kecoh-kecoh pulak, rileks sudah, hehehe” Ikram cuba mengingatkan aku agar perkara ini tidak bocor.
     “Hah ko jangan risau ar, itu hal ko, aku tak campur”
Liza keluar dari bilik dengan hanya bertowel pendek berwarna putih. Mata aku terus sahaja melekat kearahnya. Dia memang cantik, dan badan dia menggiurkan. Kulitnya yang putih melepak seakan memanggil-manggil lelaki yang berada di hadapannya. Shit. Iman aku diuji.
Hey sexy lady
I like your flow
Your body bangin
Out of controoool…
    
Liza terus sahaja masuk ke bilik air. Keadaan kembali normal diantara aku dan Ikram.
     “Ko nak tidur dekat luar ke dalam bilik?” Ikram bertanya.
     “Dalam bilik la, aku nak privasi” aku membalas.
     “Butoh ko privasi, hahaha wei esok macamana ni? Apa plan ko?”
     “Ko hantar aku ke stesen bas esok boleh? Aku nak balik rumah”
     “Takde hal, boleh je, lagipun esok memang nak keluar jugak, nak kena hantar si Liza tu”
Aku menyusun barang di dalam bilik. Bilik ini sedikit berhapak, mungkin sudah lama tidak digunakan. Aku berbaring sambil memikirkan apa langkah seterusnya untuk aku. aku sudah habis belajar dan aku tanpa haluan. Aku tiada hala tuju. Aku perlu bekerja, tetapi di mana harus aku bekerja? Berbekalkan degree yang tidak seberapa, majikan mana yang sudi untuk menggajikan orang seperti aku?
Aku dikejutkan dengan bunyi pintu bilik air yang dibuka. Liza sudah selesai mandi. Aku memerhatikan sahaja anak gadis ini yang hanya bertowel pendek keluar dari bilik air. Aku nampak dengan jelas peha putihnya itu, sehingga menaikkan adrenalin di dalam badan aku.
“Pehal pandang-pandang, tak pernah tengok ke?” Liza marah-marah tatkala perasan yang aku memerhatikan tubuh badannya. Aku tidak menjawab, sebaliknya aku mengangkat jari tengah kepadanya. Dia mencebik lalu terus masuk ke bilik Ikram. Pintu bilik dihempas dengan kuat. Mungkin dia marah kerana aku menunjukkan jari tengah kepadanya. Biarkan.
Aku duduk bersandar di dalam bilik berseorangan. Aku memandang siling bilik. Kosong. Tiada kipas angin. Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan bunyi yang datangnya dari bilik sebelah. Kesunyian malam membenarkan aku mendengar dengan jelas apa yang sedang berlaku di bilik sebelah. Ada suara yang sedang mengerang kesedapan dan ada suara yang sedang puas.
Aku mula berbaring sambil bunyi dari bilik sebelah semakin kuat menganggu aku. perlahan-lahan aku memejamkan mata sambil bermonolog sendirian di dalam hati.
“Untunglar la ko Ikram”
Pagi tepat jam 10, pintu bilik diketuk oleh Ikram. Aku tersedar dan bingkas bangun.
“Bro, bangun la, pergi mandi pulak, kejap lagi aku nak hantar ko, lepas tu nak bawak si Liza ni pergi shopping” Ikram memberitahu rancangannya.
“Owh ok kejap-kejap, perghh macam meriah je semalam bro, hahaha” aku mengusik Ikram yang nampak gembira semacam pagi ini. Mungkin tak terkata nikmatnya malam semalam.
“Hahaha, biasa ar bro, nikmat woo, ko bila lagi nak rasa macam ni? Hahaha”
“Hahaha, ko takde ajak aku pon semalam, aku tunggu je,hahaha”
“Hahaha, siot ko, takkan aku nak ajak ko sekali giler”
“Amboi, makan sorang nampak, hahaha”
“Hahaha,dah-dah, pergi mandi cepat, Liza dah bersiap tu, kang bising pulak dia kalau ko lambat”
Selesai bersiap, aku terus turun ke bawah. Ikram dan Liza sudah menanti di dalam kereta. Cepat betul dieorang bangun. It’s a awkward moment. Hari minggu dan pukul 10 lebih, aku sudah bersiap untuk pulang ke kampung.
“Bro, ko nak makan dulu?” Ikram di kerusi hadapan bersuara. Aku di kerusi belakang cuma menggelengkan kepala. Liza di kerusi hadapan juga tidak bersuara. Suasana senyap seketika. Mungkin semua masih mengantuk. Sedang aku mengelamun sendirian di belakang, lagu Fallen Leaves nyanyian Billy Talent terngiang-ngiang di telinga aku.
I hitched a ride
Until the coast
To leave behind
All of my ghosts
Searching for something
I couldn’t find at home
Can’t get no job
Can you spare a dime?
Just one more hit
And I’ll be fine
I swear to God
This be my one last time!!

In a crooked little town
They were lost and never found
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves..On the ground
Run away before you drown
Or the streets will beat you down
Fallen leaves, fallen leaves, fallen leaves..on the ground

Kereta Myvi Ikram sedang mengharung kesesakan jalan raya menuju ke stesen bas Pekeliling. Jalan jem teruk. Hari minggu, jadi aku tidak hairan. Aku benci jalan raya yang sesak. Aku tidak faham, bagaimana orang Kuala Lumpur boleh tahan dengan masalah ini. Apa dieorang memang ultra sabar atau aku yang kurang sabar?
Kereta langsung tidak bergerak. Kami terperangkap di dalam kesesakan. Ikram menyalakan rokok dan Liza mula tarik muka. Aku masih steady di kerusi belakang.
Kami semua sampai di stesen bas Pekeliling tepat jam 12.15 tengah hari. Suasana di stesen bas agak sesak, memandangkan hari ini hari minggu. Kemudahan yang tersedia di sini agak menyedihkan, tiada tempat menunggu bas yang selesa serta berhawa dingin seperti yang terdapat di TBS. Keadaan di stesen bas ini tidak mencerminkan negara kita sedang menuju kearah menjadi negara maju. Ini membuatkan aku terfikir, apa dosa rakyat Pahang sehinggakan kerajaan memandang sebelah mata stesen bas yang menempatkan perjalanan ke Pahang sedangkan kerajaan kini diketuai oleh seseorang yang berasal dari negeri Pahang?. Aku tiada jawapannya. Mungkin rakyat Pahang tidak pandai untuk meminta-minta.
Aku membeli tiket untuk perjalanan ke Raub. Bas akan bergerak kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Ada kira-kira 10 minit lagi. Ikram mahu lekas pulang dan tidak mahu menunggu aku naik bas terlebih dahulu. Aku syak Liza yang menghasutnya. Bimbo ni memang nak kena dengan aku. Dia dah pisahkan aku dengan sepupuku yang paling rapat. Ikram berlalu pergi di celah-celah manusia yang setia menunggu bas. Liza mengekornya di belakang. Sedang dia berjalan, dia sempat berpaling kearah aku. aku mengenyitkan mata kepadanya. Dia terkejut, spontan dia menjelirkan lidahnya kepada aku. Siot.
Aku beratur untuk menaiki bas. Ada barisan panjang di hadapan aku. Cuma aku terperanjat melihat orang-orang yang beratur di hadapan aku. Ada 4 orang Cina, 3 orang India, 6 orang Indonesia dan 9 orang Bangladesh. Mana Melayu?? Aku sorang sahaja Melayu yang berbaris untuk menaiki bas ini. Celaka, Raub ni dah tak ada Melayu ke apa?


p/s: sabar menantikan kelahiran novel Kenangan di Puncak 





Looser Abadi part 1


“Mohd Azne bin Mohd Hazlin”

Nama aku bergema di dalam dewan baru serba indah ini. Aku sedang berdiri di atas pentas tatkala nama aku dipanggil oleh emcee. Aku meluru kearah Pro Canselor yang sedang duduk di atas kerusi sambil memegang skrol. Aku menunduk sedikit dan mengucapkan terima kasih sebaik sahaja skrol bertukar tangan. Aku sempat menjeling kearah pentas. Ada beberapa orang pensyarah yang sedang berbisik-bisik sambil menjeling kearah aku. Aku tahu, memang mereka sedang bercakap pasal aku. Tiada apa yang membanggakan pabila bergraduasi dengan hanya mendapat pangkat kelas kedua rendah.

Shit!!

Aku kembali ke tempat duduk. Beberapa orang pelajar yang mendapat Ijazah kelas pertama berbisik-bisik sambil ekor mata menghala kearah aku. Aku memandang tepat kearah mereka. Aku mengangkat jari tengah, mereka terkejut lalu terus memandang kearah lain. Tindakan aku tadi mengundang perhatian daripada orang di sekeliling. Aku diamkan sahaja, sambil cuba membelek-belek skrol yang baru aku terima ini. Aku cuma tidak faham, apa masalahnya jika aku mendapat Ijazah kelas kedua rendah? Atau kelas ketiga sekalipun? Apa yang mereka sibukkan? Bangga sangat dengan Ijazah Kelas Pertama mereka itu?

Puii!!
     
Kita hidup di dalam masyarakat yang terlalu memandang tinggi mereka yang mendapat keputusan baik di dalam peperiksaan. Mereka yang tidak berjaya di dalam peperiksaan sering dipandang serong dan tidak dipedulikan. Ini membuatkan ada di antara kita terlalu mengejar markah yang tinggi sehingga sanggup menggunakan cara yang salah. Mereka sanggup tidak keluar rumah dan menghafal setiap butir perkataan di dalam buku teks dan menulisnya kembali di atas kertas jawapan peperiksaan. Mereka tidak memahami apa yang dipelajari sebaliknya hanya menghafal bulat-bulat segala apa yang diajar. Hasilnya, keputusan mereka cemerlang, jawapan mereka tepat dan mereka dijulang.
     
Bagi yang tidak mahu menghafal, bersiap sedialah untuk menerima markah peperiksaan yang rendah. Bersiap sedialah untuk dipandang hina dan bermimpi sahajalah untuk menerima jemputan ke majlis penganugerahan. Aku tidak suka menghafal, dan tidak mengejutkan jika markah peperiksaan aku sering rendah. Sekurang-kurangnya aku jujur dengan diri aku dan tuhan, aku tidak meniru di dalam peperiksaan, banyak mana yang aku tahu, banyak itulah yang aku dapat. Bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang hasil daripada bantuan toyol, aku tidak mahu campur. Itu urusan kalian dengan tuhan, tuhan maha mengetahui apa yang kalian lakukan.
     
Aku sudah berada di luar dewan. Terlihat kelibat Ikram, sepupu aku sedang menunggu di tangga dewan. Di hari konvokesyenku, hanya sepupuku yang datang, kedua ibubapaku tidak mahu hadir, kerana malu anak mereka hanya mendapat Ijazah Kelas Kedua Rendah.

Sadis. Kalaulah mereka tahu betapa azabnya aku untuk mendapatkan segulung Ijazah ini, pasti mereka akan datang, sama seperti ibu bapa yang lain. Tetapi, mereka tidak faham, apa yang mereka tahu, belajar di universiti dan dapatkan markah yang tinggi. Bukan semua orang mampu.

“Hey bro, congrats bro, grad pon ko,hahaha” Ikram mengucapkan tahniah kepada aku. Ikram merupakan seorang photographer bebas, jadi aku merasakan tujuan dia hadir pada hari ini lebih kepada ingin improve kemahiran dia mengambil gambar, dan  bukan datang kerana aku.

“Ko tak payah nak congrats sangat la bro, aku bukannya cemerlang pon” aku membalas.

“Arghh rileks ar bro, cemerlang ke tak, at least ko ada degree bro, bukan semua orang boleh ada degree,hahaha” Ikram cuba memujuk aku.

“Arghh pergi mampus la dengan degree, ko datang sorang ke? Awek-awek takde ke?”

“Aku datang dengan awek aku la, tu dekat bawah tu” Ikram menunjuk kepada aku makwe dia yang sedang berehat di tangga luar dewan.

“Perghh, kemain steady awek ko, dah macam Nikita Willy aku tengok, pass dekat aku la”

“Kepala otak ko!! Awek aku tu giler, kalau ko nak awek, cari la lain, ni dekat sini pon ramai awek ni, ko pilih je nak yang mana” kata Ikram sambil menjuihkan mulut kearah seorang makwe yang memakai baby-t berwarna pink.

Ramai sungguh ahli keluarga yang datang pada hari ini. Sehingga membuatkan aku terfikir, apa sebenarnya yang membuatkan mereka begitu teruja dengan hari konvokesyen sehingga sanggup datang beramai-beramai? Ada yang datang dari utara tanah air dan tidak kurang juga yang sanggup menaiki pesawat dari Malaysia Timur.

Apa yang begitu istimewa dengan hari konvokesyen? Cuma sebuah hari di mana para pelajar yang sudah menamatkan pengajian akan berbaris panjang untuk mengambil skrol di atas pentas. Kemudian, akan ada satu sesi untuk bergambar di luar dewan, itu sahaja. Tiada apa yang istimewa.

“Azne, jom bergambar dulu” aku disapa oleh seorang pelajar perempuan bernama Ramnah. Ramnah ini merupakan budak pandai di dalam kelas. Maka, tidak hairan jika dia naik keatas pentas dengan memakai selepang di bahu.

“Wajib ke? Malaslah aku” aku cuba memberi alasan. Aku rimas memakai jubah lengkap dengan mortar hood ni. Aku mahu lekas pulang dan tidur.

“Jomlah dulu, buat kenangan, lepas ni dah tak jumpa dah” Ramnah masih cuba memujuk. Dengan berat hati, aku turutkan saja permintaan dia.

Setibanya di board gergasi yang diletakkan di luar dewan, sudah ramai rakan-rakan kelas yang menanti sambil memegang sejambak bunga di tangan. Ada kira-kira lima orang pelajar perempuan yang ada selepang di bahu, sudah ala-ala Jackson 5 pula.

Hebat. Mereka semua ni memang hebat. Bukan mudah nak dapatkan Anugerah Dekan bagi setiap semester. Aku kini berada di hadapan board gergasi yang tertulis Sidang Konvokesyen kali ke 77 dengan logo universiti dan gambar sebilah keris. Keris memang sinonim dengan universiti ini, memandangkan universiti ini hanya dibuka untuk golongan bumiputera.

Aku hanya tersenyum kelat pabila flash dari kamera DSLR memancar-mancar. Terasa sungguh janggal tatkala bergambar di kalangan mereka yang megah menerima Anugerah Naib Canselor. Aku rasa diri aku hina. Hina sangat-sangat. Selesai mengambil beberapa keping gambar, aku mula melangkah pergi. tetapi, langkah aku terhenti.

“Azne, ko buat apa sekarang?” aku disapa oleh Husna, classmate aku yang cemerlang.

“Lepak rumah je, asal?” aku jawab slumber.

“Owh, aku sekarang kerja dekat PM Care, ko tak kerja lagi la ek?” Husna cuba bermain api.

“Yup belum, so????” aku menjawab dengan nada sedikit tinggi sambil muka menjegil kearah Husna. Dia perasan aku tidak senang dengan pertanyaannya dan dia mula beransur-ansur hilang dari pandanganku.

“Bodoh! baru dapat kerja dekat PM Care, dah nak berlagak, belajar separuh mati, tapi gaji seribu lebih je, cina yang tak masuk u pon senang-senang boleh dapat 5K sebulan, bodoh!!” aku bermonolog sendirian di dalam hati, mentertawakan golongan yang belajar separuh mati hanya untuk mendapatkan kerja makan gaji yang tak seberapa.
     
“Beb, jom pergi minum, aku haus ar” aku mengajak Ikram membasahkan tekak dan meninggalkan keriuhan pesta konvokesyen. Ikram mengangguk dan memberi isyarat kepada makwenya, Liza. Aku sempat memandang kearah Liza. Mantap.
     
“Ko pandang apa tu beb?” Ikram menegur.
     
“Hahaha,takde apa la beb, eh jom la, dah lambat ni” malu juga aku kantoi usha si Liza tadi, tapi dia memang mantap, betul.
     
“Tapi aku datang sini nak ambil gambar ko konvo bro” Ikram menerangkan tujuan sebenar dia datang.
     
“Hah cepat la, ambil 2-3 keping, lepas tu blah la, aku rimas duduk sini” aku mengarahkan Ikram mengambil gambar aku dan kemudian beredar secepat mungkin.
     
Usai mengambil gambar, kami bertiga menuju ke kedai mamak. Aku memang lebih selesa untuk minum di kedai mamak. Ikram juga begitu, tetapi aku kurang pasti dengan Liza. Aku perasan Liza seakan terpaksa berada di situ. Hanya jasadnya terbentang di hadapan aku dan Ikram, tetapi jiwanya mungkin tersangkut di Old Town White Coffee. Aku tidak hairan, melihat cara dia dress up pon aku sudah tau, dia bukanlah gadis yang betah untuk minum di kedai mamak.
     
“Sayang, ok tak minum dekat sini, macam tak suka je ni?” Ikram bertanya kepada Liza. Liza cuma mengangguk berlagak ok sambil melemparkan senyuman plastik. Aku perasan dia tidak selesa di sini.
    
“Bro, ko duduk la dulu dengan Liza, aku nak pergi toilet kejap” Ikram meminta izin untuk ke toilet, meninggalkan aku kini berdua dengan Liza.
     
“Ko ok ke tak ni Liza minum dekat sini, aku memang suka minum dekat mamak” aku cuba memulakan perbualan dengan awek sepupu aku.
     
“Ok je, asal?” Liza membalas.
     
“Muka macam terpaksa je minum dekat sini” aku memerli dia.
     
“Takde la, aku ok je, ko ni sepupu Ikram ek?”
     
“Yup, asal, aku lagi hensem dari Ikram ek?”
     
“Euwww”

Bersambung...
p/s: cerita paling berani pernah aku tulis

Nisha, aku terima.....


Cuaca petang ini agak cemerlang. Langit terang benderang, tiada tanda-tanda ia akan memuntahkan hujan, memungkinkan aku untuk lepak seperti biasa di tasik itu. Aku menyusun langkah berseorangan menuju kearah tasik itu. Masih belum ramai orang, mungkin hari masih terlalu awal. Selepas putus dengan kekasihku 2 bulan lepas, aku sering menjadikan tasik ini sebagai tempat untuk mengasingkan diri. Aku anggap tasik ini sebagai pendengar setia kepada setiap masalah yang aku luahkan tika aku sendirian. Dan tiada bezanya dengan petang ini, aku akan duduk di satu bangku yang agak tersorok sedikit dan aku akan bermonolog sendirian dengan harapan tasik ini akan mendengar segala keluhan dan bersimpati akan nasib diriku.
Tetapi, petang ini semacam ada sedikit kelainan, sudah ada seseorang yang menetap dahulu di atas bangku itu. Seorang gadis, yang aku tidak kenal. Badannya langsing, rambutnya paras bahu dan kulitnya putih melepak. Gadis ini pantas mengingatkan aku kepada Cristina Suzanne, seorang pelakon baru yang berdarah kacukan, saling tak tumpah persamaan diantara mereka berdua. Terbit kemusykilan di benakku. Sepanjang 2 bulan aku menghabiskan petang aku di tasik ini, belum pernah mata aku tertancap akan kelibat gadis ini, menambahkan persoalan, dari mana dia datang dan mengapa tiba-tiba dia berada di sini?
Aku menghampirinya. Kerusi ini cukup panjang untuk memuatkan 2 orang dewasa di atasnya.  Dia di hujung sebelah kanan, dan aku mengorak langkah untuk duduk di hujung sebelah kiri. Aku memandang tepat kearah tasik yang terbentang luas di hadapan mata. Suasana masih suram, masing-masing hanya diam membisu. Perasaan ingin tahu semakin menebal. Aku memalingkan muka kearah dia, melihat dia dari sisi. Dia tertunduk, dan aku perasan, ada air mata yang sedang meluru laju di pipi kirinya. Dia tidak menyeka air mata itu, sebaliknya hanya membiarkan sahaja. Aku naik hairan dan ingin menegurnya.
“Kenapa kamu menangis, apa yang buatkan kamu bersedih?”
“Itu bukan urusan kamu” Aku perhatikan air matanya semakin laju mengalir, membenihkan seribu persoalan dalam diriku.
“Mungkin kita belum berkawan lagi, tapi tidak salah rasanya jika aku mengetahui perkara sebenar, kerana aku tau, orang yang bermasalah akan merasa lebih lega jika dia meluahkan masalah yang melanda dirinya itu”
“Aku kecewa..aku kecewa”
“Kecewa kerana apa, cinta??”
Dia hanya mengangguk, sekaligus merungkai segala persoalan yang bermain di fikiran aku beberapa tika tadi. Rupanya gadis ini ada masalah dengan cinta.
“Siapa nama kamu?” aku bertanya.
“Nisha, kamu?” dia membalas.
“Aku Amirul, panggil saja Mirul”
“Di mana kamu tinggal?, aku tidak pernah nampak kelibat kamu sebelum ini di kawasan ini”
“Aku tinggal di rumah besar di hujung jalan sana, kenapa?”
“Maksud kamu rumah banglo itu? huh”
“Yup, mengapa kamu mengeluh?”
“Owh, tiada apa, Cuma aku kasihan akan kamu, kamu punyai segala, lahir di dalam keluarga mewah, dikurnia rupa paras menawan tapi masih menangis di sini kerana cinta”
“Kamu tidak faham Mirul, memang aku akui, aku punyai segala, tapi apa makna semuanya itu jika hidup aku tersia kerana cinta?”
“Apa sebenarnya yang terjadi pada kisah cinta kamu?”
Nisha sudah mula menangis kembali, memberi gambaran betapa terseksanya dia. Aku menanti dia membuka ceritanya.
“Begini, setahun yang lepas, aku menemui seorang lelaki, yang aku rasakan sangat tepat untuk aku, seorang lelaki yang begitu memahami aku, aku cukup selesa bila berada bersamanya sehinggakan aku berasakan tiada apa lagi yang aku perlukan di dalam ini, melainkan hanya dia seorang sahaja, hampir 3 bulan kami berkenalan, aku dan dia mengambil keputusan untuk bersama, kami mengikat janji, ingin sehidup semati, mulai saat itu, aku merasakan aku tidak akan mampu hidup jika dia tiada di sisiku”
Nisha mengesat air mata yang bercucuran. Aku masih menanti dia menyambung ceritanya semula.
“Perhubungan kami dihidu oleh kedua orang tua. Aku mengambil keputusan untuk memperkenalkan dia kepada keluargaku. Aku menjemputnya datang ke rumah. Mujur, kedua ibu bapaku dapat menerima dia seadanya, walaupun sebelum ini, pernah bapaku berkata bahawa ingin menjodohkan aku dengan anak seorang kenalannya di luar negara, anak seorang Konsulat Negara di Italy. Tetapi, di hari pertemuan itu, aku berasa curiga, aku berasa curiga terhadap kakak aku sendiri. Aku perasan yang kakak aku seakan berminat dengan kekasih aku. Pada mulanya, aku cuba buang tanggapan itu jauh-jauh, tidak manis bagi seorang adik untuk mencurigai kakaknya sendiri. Lagipun, aku berfikir, mana mungkin kakak aku sanggup melakukan perkara itu terhadap aku, adiknya sendiiri, aku tahu dia sangat sayangkan aku”
“Kemudian, apa yang terjadi?” aku seolah tidak sabar untuk mengetahui kisah seterusnya.
“Pagi tadi, aku mesej padanya, mengatakan aku ingin berjumpa dengannya, tapi dia mengatakan yang dia tidak sihat, dia minta agar aku tidak mengacaunya. Aku memang tidak mahu mengacaunya, tapi memikirkan dia tidak sihat, aku berhasrat ingin menghantar sedikit ubat kepadanya. Jadi, aku terus pergi ke rumahnya dengan membawa ubat di tangan. Aku lihat pintu hadapan tidak berkunci. Aku terus sahaja masuk ke dalam rumah dengan tujuan untuk memberi kejutan padanya. Tetapi, aku yang terperanjat terlebih dahulu. Pintu biliknya terkuak dan aku nampak dengan jelas dia dan kakak aku sedang tidak berpakaian, hati aku hancur Mirul……”
Nisha menangis dengan sekuat-kuatnya. Aku faham akan perasaan dia. Cinta yang diharapkan tulus, rupanya hanya mainan. Cinta itu boleh menjadi syurga, dan cinta juga boleh menjadi neraka kepad kita. Curang itu sudah cukup memeritkan, apatah lagi jika sang kekasih curang dengan ahli keluarga sendiri. Aku faham akan kesedihan hati Nisha. Aku cuba menenangkannya. Dia kini meletakkan kepalanya diatas bahuku. Aku biarkan sahaja. Tangisnya sudah mula berkurangan.
“Mirul, kau boleh tolong aku?” Nisha bertanya.
“Pertolongan yang bagaimana kamu perlukan Nisha?” aku membalas pertanyaan Nisha dengan pertanyaan juga.
“Emm begini, aku ada sedikit wang simpanan dan sebuah kereta”
“Jadi??” aku masih lagi kurang mengerti.
“Jadi, aku mahu kau bawa aku ke satu tempat, satu tempat di mana aku dan juga kau boleh melupakan segala kisah sedih yang kita alami ni” Nisha menjelaskan rancangannya.
“Mengapa kamu mengajak aku?” aku masih tidak faham, mengapa dia dengan berani mengajak aku, seseorang yang baru dia kenal tidak sampai setengah jam.
“Kerana aku terlalu sedih Mirul untuk membawa diriku sendiri pergi dari sini, kau harus tolong aku Mirul, aku merayu”
Aku memandang wajah Nisha. Lama. Akhirnya aku mengangguk. Aku memimpin tangan Nisha dan mula menuju kearah keretanya yang diparkir di seberang jalan. Aku duduk di tempat duduk pemandu dan Nisha duduk di sebelah. Aku menghidupkan enjin kereta. Gear satu dimasukkan. Kereta kini bergerak perlahan-lahan. Maka bermulalah perjalanan aku dan Nisha ke satu tempat yang diharapkan mampu menghilangkan segala kekecewaan yang terbuku di dalam hati ini. 
p/s: cerpen gagal yang aku tulis..