C.l.i.c.k : Aduh Saleha

cover click


Kau biarkan aku sendiri, melewati sepi dalam hidupku saleha,ohh saleha, terngiang-ngiang bait lagu Aduh Saleha nyanyian Raja SMS yang kini kerjayanya sudah suam-suam kuku tatkala mendengar gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Saleha. Kagum juga pada mulanya melihat masih ada gadis yang bernama sedemikian rupa, tapi aku tau,dia berbeza dengan gadis bimbo lain yang biasa aku lihat di kampus. Ada semacam ketenangan pada wajahnya, tetapi redup matanya seolah menyembunyikan sebuah kisah silam yang menyakitkan. Aku perlu lebih dekat lagi dengan gadis ini, mungkin ada kisah yang tersembunyi di sebalik matanya itu.

Aku sendirian pada petang itu, sendirian keluar mengambil gambar di sebuah kampus UiTM yang khabarnya akan menjadi kampus utama UiTM sedikit masa lagi, jika tiada perubahan pada tampuk pemerintahan negara pasca PRU13 nanti. Aku pada asalnya ingin mengajak Fizo, tapi tidak sampai hati pula ingin mengejut kawan yang tertidur kepenatan itu. Biarlah dia berehat, dan aku bebas mengeluarkan idea sendirian. Saat aku bersendirian itulah, aku disapa oleh Saleha, yang nampaknya sedang berjogging. Rakannya jauh ditinggalkan di belakang, ternyata Saleha berstamina tinggi. Dari pertemuan pertama itu,aku dapat tau memang sudah menjadi rutin pada Saleha untuk berjogging, boleh menguruskan badan,menambahkan stamina dan menghilangkan stress katanya. Dia ada mengajak aku untuk menyertainya tapi aku tolak secara berhemah, aku ada cara yang tersendiri untuk menghilangkan stress dan aku tidak gemuk.

Selepas pertemuan itu,banyak masa petang aku dihabiskan dengan mengambil gambar di dalam kampus dengan harapan dapat la aku bertemu dengan Saleha. Ada semacam perasaan aneh tiap kali aku berjumpa dengannya, entah la,bukan perasaan cinta, mana mungkin perasaan cinta itu hadir hanya dengan pertemuan sesingkat itu. Aku belum mengenalinya dengan lebih dekat,walaupun bila kami berjumpa,aku memang duduk dekat dengannya. Arghh celaka betul perasaan ini,aku datang untuk mengambil gambar, bukan mengambil dia menjadi permaisuri di hati. Buatnya si Saleha ni sudah berpunya, tidak ke itu menganggu hak orang lain namanya?

Hari ini hari kedua aku mengambil gambar di dalam kampus, dan hari kedua juga aku berjumpa dengan Saleha. Sengaja aku memilih laluan joggingnya sebagai pot untuk aku mengambil gambar, dengan harapan boleh berjumpa dia lagi. Sambil menyelam minum air bak kata pepatah lama melayu. Dari jauh lagi, aku sudah nampak kelibatnya. Maklumlah orang cantik, dari kejauhan lagi kehadirannya dapat dihidu, berbeza betul dengan yang tidak berapa cantik, sudah di depan mata pon dibuat dek je. Hari ini Saleha hanya mengenakan t-shirt berwarna biru, berseluar track dan bertudung bawal. Manis seperti biasa. Ketika dia semakin menghampiri aku, jantung aku berdegup kencang.

“Hai Hariz, amek gambar lagi hari ni?”

“Hai Saleha, ha ah amek gambar, eh hari ni sorang je?mane geng-geng jogging?”

“haa hari ni sorang2 je, yang lain semua keluar dengan bf dieorang”

“owh camtu,kesian la cik Saleha jogging sorang2, kalau cik Saleha pon ikut bf jugak, tak de la cik Saleha jogging sorang2 camni,hehehe”

“hahaha,memandai je la awk ni Hariz, kalau sy ada bf sekalipun,sy tak kua petang2 cmni,petang ialah masa untuk sy jogging”

“ehh kalau awk ada bf??means awk ni takde bf la ek?”

“sy tak bertuah macam member2 sy tu”

“yes!!”

“ehh apa dia awk cakap?”

“ehh2, takde pape”

“hari ni awk amek gambar apa pulak?”

“macam biasa,gambar awan”

“minat betul awk ek amek gambar awan”

“yup,sangat minat,lain la orang tu,minat amek gambar sunset je kan”

“hahaha,amek pon guna kamera handset je,tapi memang suka tengok sunset”

“jiwang kan,lalalala”

“hey takde kaitan tau jiwang dan sunset”

Perbualan itu berterusan itu sehinggalah Hariz lupa akan tujuan asalnya pada petang itu dan Saleha juga tidak la terlalu berpeluh berjogging jika dibandingkan dengan hari semalam. Banyak juga yang mereka bincangkan pada petang itu. Burung-burung yang melintas laju di atas kepala langsung tidak dihiraukan. Makwe-makwe yang lalu lalang juga tidak dihiraukan mereka. Mereka asyik di dalam dunia mereka sendiri. Sekali sekala, ada warna merah yang timbul pada pipi Saleha, mungkin ada pertanyaan dari Hariz yang membuatkan Saleha tersipu malu. Perbualan mereka terhenti tatkala jarum jam menunjukkan tepat pukul 7. Tidak manis seorang teruna dan seorang dara duduk berdua-duaan di kala senja sudah menjengah ni. Time-time senja ni syaitan berkeliaran, jadi bagi mengelakkan perkara buruk, mereka mengambil jalan masing-masing.

Sampai di rumah, aku melihat Fizo sudah bangun dari tidur, duduk menghadap laptopnya sambil memegang segelas Nescafe. Dia memandang tepat ke arah aku. Risau jugak takut-takut dia marah kerana tidak mengajaknya sekali pergi mengambil gambar.

“Hariz,tak lama lagi ada contest photography,jom ar join”

Bersambung..

p/s:segalanya mungkin

7 coretan ikhlas:

hanaahmad said...

berjogging hanya untuk orang gemuk ke? haha. berjogging untuk jaga kesihatan la.

*Kemain aduh Saleha dia. haha

pepol said...

hana..hahhaa,lebih kurang je la tu,hahhah saleha saleha

hazanis said...

pergh..menarik.....hewhew xsabar tunggu sambungannya....

pepol said...

hazanis..hehehe,sabar2,x lama lagi kua part 4 punya..:D

pepol said...

yuyu...ok

Amelia Hamyza said...

best la baby punye blog .. yesbebal..sweet..

pepol said...

achoy..yesbebal ek