Lirik Lagu Farique Nadzir - OST Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Hanya-aku-cinta-kau-seorang1

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi......

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi.......

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan,

Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan..

Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu.......

p/s:kadang-kadang,ada lagu yang kena dengan apa yang kita sedang lalui

Travelog Kuantan - Lipis - Puncak Alam : Bahagian 2

cover travelog

Hentian Bas Klang Sentral, 25 April

Selesai mendapatkan tiket yang dikehendaki dan juga cukup yakin bahawa tiada kesilapan pada tiket yang dicetak, aku bergegas pulang ke tempat praktikal. Jam sudah menunjukkan pukul 2.15 petang, aku harus cepat. Walaupun aku tau boss tiada selama seminggu, tapi aku takut jika ada mulut-mulut yang sukar ditutup ini terlepas cakap kepada boss mengenai sikap aku yang masuk lambat ini.

Unit Kesihatan UiTM Puncak Perdana, 25 April

Sampai sahaja di klinik, masih tiada pelajar atau di dalam konteks sebuah klinik, perkataan “pesakit” selayaknya. Perkara ini memang sudah aku jangka, kerana pelajar degree sedang bersenang lenang di rumah menikmati cuti pertengahan semester, jika ada pelajar yang berbaki di sini, mungkin mereka-mereka ialah pelajar diploma yang sedang mengambil intersesi. Suasana di dalam klinik masih senyap sunyi. Staff yang bertugas juga masih belum kelihatan. Mungkin masih berehat di dalam wad sementara yang sememangnya menjadi port untuk melepaskan lelah semasa waktu rehat.

Aku duduk di kaunter. Memang ini tempat aku sepanjang menjalani latihan praktikal. Fikiran aku menerawang memikirkan akan majlis yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini. Satu majlis yang istimewa, yang pernah dirancang satu masa dulu. Lama dahulu. Dan tidak sangka, dengan izin Yang Maha Pencipta, majlis itu akan berlangsung pada hari sabtu ini. Mudah-mudahan. Aku mengeluarkan tiket yang dibeli tadi. Aku memandang dalam-dalam tempat yang bakal aku tujui. Terminal Bas Makmur. Sudah lama sebenarnya aku tidak ke sana. Jika dulu, semasa aku masih belajar di UiTM Dungun, memang itulah tempat yang sering menjadi persinggahan aku. Usai belajar di UiTM Puncak Alam, aku sudah tidak ke sana lagi kerana sudah tiada keperluan lagi untuk ke sana. Jadi kunjungan aku ke sana nanti merupakan kunjungan pertama selepas 2 tahun. Kali terakhir aku ke sana adalah semasa aku pergi untuk menghantar report praktikal dan juga melakukan presentation. Terminal Bas Makmur semasa kunjungan aku itu masih lagi dengan imejnya iaitu suram. Kadang-kadang aku terpikir, mengapa tiada usaha untuk mengindahkan atau memberi nafas baru kepada terminal bas terbesar di negeri Pahang ini?

Bangunan Fakulti UiTM Puncak Alam, 26 April

Cuaca agak panas. Aku dan housemate,Chee Boong menapak menuju ke bangunan fakulti sesudah selesai meletakkan motorsikal di tempat yang sewajarnya. Ada kerja yang perlu dibereskan dahulu petang ini sebelum aku bertolak ke Kuantan. Suasana di fakulti agak lengang, tiada hiruk pikuk pelajar yang menunggu lif di bawah. Dengan mudah aku dan Chee Boong menaiki lif dan terus menuju ke tingkat 16 yang mana terletaknya pejabat akademik. Ada surat yang perlu dicetak dengan menggunakan letter head dari fakulti. Aku maju ke kaunter dan meminta izin untuk memasuki ruang pejabat sekaligus memudahkan aku dan Chee Boong untuk menyiapkan tugasan kami. Selesai urusan di pejabat akademik, aku dan Chee Boong terus menuju ke bawah. Jam di pergelangan tangan menunjukkan baru pukul 3.15 petang. Masih terlalu awal. Bas aku akan bertolak pada pukul 5 petang. Jadi, masih ada banyak masa.

Bersambung...

p/s:kita nampak yang jauh,dan kita tak nampak yang dekat

Horizon Cinta : Kamu Hilang Begitu Sahaja

horizon cinta

Aku berdiri di atas sebuah bukit. Dihadapan ku terhampar pemandangan kotaraya Kuala Lumpur. Bangunan KLCC hanya ternampak samar-samar, jelas KL sedang dilanda jerebu. Di sebelah aku, berdirinya seorang gadis yang berambut paras bahu. Di tubuhnya tersarung t-shirt dan juga jaket denim berwarna biru. Cantik. Cantik seperti selalu. Sekali sekala, rambutnya terbuai ditiup angin.

"kamu masih ingat lagi saat kita pertama kali di sini?" aku bersuara.

"ya,masih jelas di kotak minda ini,momen indah itu" si dia bersuara. aku sempat menjeling ke arah tubuhnya. Sedikit berisi. Mungkin dia bahagia tika bersama aku.

"kamu masih malu-malu ketika itu,ketawa juga hanya kecil" aku masih mengusik dia.

"ya, sungguh aku malu ketika itu, kamu memang suka mengusik aku kan?" sambil jarinya mula mencubit tangan kiriku.

aku cuba menahan cubitannya, perlahan-lahan aku menggenggam tangannya. Kami kini berpegangan tangan. Sungguh erat. Terukir senyuman di wajahku, tapi ada sedikit kerisauan di hatiku. Entah sampai bila, aku mampu untuk menggenggam tangannya, mungkinkah bakal terlucut jua satu hari nanti? Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku sedar, aku tidak mampu untuk menghadapi semua itu. Dia sudah jauh tertanam di dasar hatiku. Masakan boleh dia dibawa lari sesuka hati oleh orang lain begitu sahaja?

Aku menggenggam tangannya lebih erat. Aku pandang wajahnya. Ketika kami saling berpandangan, badan aku ditolak kasar oleh seorang lelaki. Aku terjatuh dan dia juga turut terjatuh. Wajahnya penuh dengan kerisauan. Aku memandang ke arah lelaki itu. Ada 4 lagi lelaki lain di belakangnya. Semuanya berwajah bengis, seolah-olah sang singa yang menunggu masa untuk menerkam seketul daging.

Mereka menghampiri kekasih hatiku. Tangannya yang halus itu direnggut kasar oleh mereka. Aku cuba melawan. Aku bangun dan satu sepakan hinggap tepat ke arah perutku. Sakitnya bukan kepalang. Aku cuba bangun kembali, satu lagi sepakan hinggap di pipiku. Aku terjelupuk jatuh. Aku tidak berdaya lagi. Dari kejauhan, aku nampak mereka membawa pergi kekasih hatiku. Si dia masih meronta-ronta, air mata bercucuran laju dari kelopak matanya. Pandangan aku semakin kabur, dan aku rebah ke bumi.

Jun 2016. Genap 4 tahun. Aku berdiri di atas sebuah bukit. Dihadapan ku terhampar pemandangan kotaraya Kuala Lumpur. Bangunan KLCC hanya ternampak samar-samar, jelas KL sedang dilanda jerebu. Di sebelah aku, berdirinya seorang..seorang...seorang...tidak,di sebelah aku tiada sesiapa, hanya ada aku seorang diri di sini. Aku melihat di sebelahku. Ya memang betul, dia sudah tiada di sisiku. Air mata memenuhi ruang kelopak mataku. Dan di saat aku menyeka air mata itu dari jatuh ke pipi, ada satu persoalan yang sehingga kini masih belum terjawab.

"di mana kamu wahai si cantik, sungguh aku rindu pada kamu,kembalilah ke sini, tempat di mana kita bersua"

p/s: aku cuba sebaik mungkin

Lirik Lagu Mojo - Andai ku Bercinta Lagi

MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

p/s:detik itu makin hampir,dan aku tidak tahu apa penamatnya..

Horizon Cinta : Sekeping Kertas Hijau

horizon cinta

Aku duduk memerhati sekeping kertas hijau yang cantik terletak di atas lantai bermarmar sebuah stesen pengangkutan awam yang boleh tahan jugak sibuknya. dari kejauhan aku membulatkan mata memfokus pada kertas hijau tersebut. tiada siapa yang mengendahkannya. semua sibuk mengendong beg pakaian dan kepala ligat memikirkan destinasi yang hendak ditujui. lalu seorang amoi yang membawa luggage dengan selamba memijak kertas hijau tersebut. dan kertas hijau itu terselak sedikit langsung menampakkan gambar Yang di Pertuan Agong yang pertama.

"eh,tu bukan duit rm50 ke?"

hati aku membisikkan bahawa kertas hijau yang aku usha dari tadi itu merupakan sekeping wang kertas rm50. tanpa berlengah lagi,aku meninggalkan kerusi besi yang sudah 15 minit menabur bakti kepada aku. aku berjalan dengan langkah yang sedikit laju daripada biasa. aku menunduk untuk mencapai kertas hijau tersebut. ya memang betul, ia sekeping wang kertas rm50, yang kini sudah tidak mempunyai tuan,dan aku bersedia untuk menjadi pemilik baru kepada wang kertas ini. aku menuju kembali ke kerusi besi dengan muka dihiasi sengih kerang. bukan mudah untuk mendapatkan rezeki terpijak sebegini, tadi orang lain yang memijaknya tapi kini ia berada di dalam genggaman aku.kepala aku ligat memikirkan apa yang hendak dibeli menggunakan rezeki terpijak ini. makanan sudah awal-awal lagi aku tolak keluar, sungguh tidak beretika membeli makanan menggunakan "rezeki terpijak" ini. tiba-tiba, bayangan jersi pasukan - pasukan di euro 2012 nanti melintas laju di benak aku. terbayang jersi away pasukan england yang berwarna biru gelap disertai kolar berwarna biru muda. euuwww, inilah masanya untuk aku mendapatkan jersi idaman itu.


sedang aku berkira-kira dari supplier mana harus aku dapatkan jersi itu, aku terpandang akan kelibat seorang makwe bertudung bawal 3 tone yang sedang mundar mandir di kawasan aku kutip kertas hijau itu. dari pengamatan aku, makwe ini sedang mencari sesuatu, apa yang sedang dicarinya aku kurang pasti,mungkin sedang mencari kekasihnya,mungkin mencari kawannya atau mungkin juga mencari tiket basnya yang hilang. makwe itu mula menunduk seolah-olah sedang mencari sesuatu di atas lantai. hairan,apa agaknya dicari di atas lantai itu?memandangkan ketika itu tidak terlalu ramai orang yang berada di stesen,aku memberanikan diri menghampiri makwe tersebut, dengan harapan dapat la aku meleraikan segala kekusutan yang sedang melanda dirinya. kasihan juga melihat dia terpinga-pinga sebegitu, habis hilang keayuannya.

"hye awk,awk cari sesuatu ke?"

"owh camni,sy cari duit sy,rasanya tercicir,tadi sy ada lalu dekat-dekat sini"

"owh banyak ke tu duit tercicirnya?"

"emm sekeping rm50,mana la duit sy tu,huh!!"

aku sedikit tersentak mendengar makwe itu menyebut duit rm50. baru saje tadi aku pungut sekeping rm50 dari atas tempat kami berpijak ini. rupanya duit makwe ini yang sedang terselit di dalam poket seluar ku ini.

"rm 50??sekejap ye.

Aku meraba-raba di dalam poket seluar. Ya, apa yang dicari sudah ditemui. Aku keluarkan sebatang pen. Dengan sepantas kilat, aku membawa keluar duit rm50 itu tadi dan tanpa semena-mena, aku menulis no telefon aku di atas duit kertas tersebut. Makwe itu sedikit terpinga-pinga dengan tindakan aku ni.

“ini duit awak yang tercicir tu tadi, dan nombor-nombor tu pulak nombor ajaib yang jika awak dail, mungkin awak boleh mendengar suara sy nanti”

Makwe itu hanya tersipu-sipu malu.

p/s: ada yang bertanya Horizon Cinta ni perihal apa?