Showing posts with label best friend wedding. Show all posts
Showing posts with label best friend wedding. Show all posts

Wordless Wednesday : Congrats Friend..

252664_10150917511108773_27104209_n


p/s:congrats my friend,sowi tak dapat datang,semoga dipanjangkan jodoh sehingga ke akhir hayat,amin..

Raikan Cinta

57922_1466167307933_1646065049_1552803_2830412_n

tatkala menerima satu notification yang berupa satu invitation bagi meraikan satu hari kemenangan bagi pasangan bercinta,aku tersenyum sendirian,di dalam hati terbit perasaan gembira yang melimpah ruah dan tidak semena-mena,timbul satu azam dalam diri untuk sama-sama menghadirkan diri di majlis tersebut, bagi meraikan hari bahagia kedua sahabat baik aku ini. aku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi bila mengenangkan kisah percintaan yang bermula ketika di bangku sekolah ini bakal diikat dengan satu ikatan yang sah. sapa kata percintaan di bangku sekolah hanyalah cinta monyet atau cinta olok-olok sahaja?kedua sahabat ku ini akan membuktikan bahawa frasa itu tidak terpakai kepada semua orang. kalian sendiri yang akan menentukan samada cinta itu cinta monyet atau cinta yang bakal disertai dengan acara persandingan di atas pelamin.akhir kata,aku mendoakan sahabatku,mazwan mohamad mazlan dan pasangannya,nisa shafie agar berkekalan jodohnya dan mengecapi kebahagiaan sehinggalah ke hembusan nafas terakhir. Amin...

p/s:pada usia sebegini,aku juga seharusnya perlu mula memikir untuk membina sebuah keluarga