Showing posts with label cerita klasik. Show all posts
Showing posts with label cerita klasik. Show all posts

10 Hari Mencari Cinta #1

cover 10 hari

Hari ini hari isnin. Terasa malas hendak ke sekolah. Mengapa tidak saja diberi cuti 3 hari seminggu?arghh manusia,jika diberi 3 hari,nanti akan diminta 4 hari,diberi 4 hari,diminta pula 5 hari,manusia mana pernah puas,sentiasa meminta lebih. Kadang-kadang, meminta yang bukan-bukan. Usahanya sedikit,tapi mau ganjaran serba mewah.puii.

Mentari pagi ini bersinar terang. Kicau-kicau burung jelas kedengaran. Hari yang baik untuk mengadakan perhimpunan. Semua pelajar mula menuju ke-arah padang dengan hati yang berat,dan tidak lupa dengan muka yang sedikit boring. Yang perempuan berlenggang kangkung sambil membicarakan perihal konsert mentor malam semalam. Katanya suara Fiq tak sedap mana,hanya menumpang populariti Amy Search.

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Pahang dan lagu sekolah. Kemudian sedikit report daripada guru yang bertugas minggu lepas. Tiba giliran guru yang bertugas pada minggu ini pula memberi sedikit kata alu-aluan. Sebarang permasalahan boleh diajukan kepadanya. Tapi aku kurang pasti jika masalah kerja sekolah yang sering aku gagal siapkan boleh diajukan juga kepadanya.

Usai guru tersebut memberi ucapan, kini tiba kepada detik kemuncak perhimpunan ini. Tuan pengetua sudah bangun dari kerusi empuknya sambil memegang sebuah buku nota kecil. Di dalamnya tertulis isi-isi penting amanat yang bakal disampaikan kepada para pelajar yang dicintai sebentar lagi.

Tuan pengetua memulakan bicara dengan menegur tahap disiplin pelajar yang sedikit menurun. Sudah ramai pelajar lelaki yang berambut panjang dan menyisir rambut mereka dengan pelbagai fesyen yang boleh kita lihat di dalam majalah hiburan. Ini perlu diperbetulkan. Sekolah adalah tempat memupuk professionalism di dalam diri pelajar supaya apabila dewasa kelak,akan menjadi orang yang patuh kepada undang-undang. Itu apa yang tuan pengetua ucapkan, aku hanya mengangguk walaupun aku kurang bersetuju sebenarnya.

Selepas saja upacara spot check dijalankan, maka semua mula menuju ke kelas masing-masing. Aku tidak terkecuali. Sepanjang perjalanan ke kelas tadi, aku sempat singgah di sebuah pondok yang terletak di hadapan tandas. Situ memang jadi pot bagi pelajar lelaki untuk melihat-lihat pelajar perempuan yang cantik. Pelajar perempuan ini biasanya sesudah habis perhimpunan akan ke tandas dulu. Jadi, memang murah rezeki la kalau duduk di pondok itu.

Aku mula melangkah ke dalam kelas sesudah boring di pondok tadi. Ada yang sudah masuk ke kelas, ada yang hilang entah ke mana. Cikgu juga belum masuk lagi ke kelas. Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi. Aku memandang ke hadapan kelas. Ada satu meja kosong. Selepas pemergian Farah ke MRSM,belum ada pelajar yang duduk di situ. Tiba-tiba, guru kelas muncul di pintu kelas dan menyebabkan kelas sedikit kelam kabut. Aku juga tidak terkecuali,mula membetulkan duduk ku. Sebaik cikgu melangkah, ada seorang pelajar perempuan yang berjalan di sisinya. Semua pelajar seolah tergamam dan terkedu melihat kejadian ini. Ini cerita dongeng. Seorang pelajar perempuan yang cantik manis sedang berada di hadapan kelasku dan mula mengambil tempat yang Farah tinggalkan itu.

Bersambung...

p/s:kita tidak pernah tau bila dan di mana kita akan jatuh cinta

Tadika dan Teka-Teki

klasik 93
klasik 93

hari sudah tengah hari. matahari tegak di atas kepala. namun,bahangnya tidak la seterik hari ini. mengimbau kenangan di tahun 1993, ketika aku masih di tadika.aku masih kecil dan terlalu naif dengan dunia ini. setahun sebelumnya, pahang menjadi juara berganda,liga dan jugak piala malaysia,pencapaian yang sukar untuk diulangi sehingga ke hari ini.

aku gelisah menantikan detik kami semua dilepaskan pulang ke rumah. aku menjeling ke arah mathan yang kelihatan konfident. mathan merupakan kawan baik aku semasa kecil. ini disebabkan rumah kami yang terletak di level sama. sebelum dilepaskan balik,kami semua perlu melalui apa yang aku panggil sebagai azab di zaman kanak-kanak. semua pelajar di tadika ini diwajibkan untuk menjawab teka-teki sebelum boleh balik.

benda ni cukup azab bagi aku. dan sampai sekarang,aku memang tak minat jawab teka-teki. kalau ada orang yang bagi teka-teki kat aku,awal2 lagi aku akan cakap "surrender". dan hari itu,seperti biasa, ada sesi teka-teki. aku dah mula menggeletar. soalan pertama ditanya dan sepantas kilat sume budak2 angkat tangan untuk menjawab. tangan aku masih di bawah. soalan kedua ditanya dan seterusnya. seorang demi seorang dilepaskan untuk pulang. sehingga ke satu soalan, mathan mengangkat tangan dan berjaya menjawab dengan betul.

aku mula panik. mathan pantas mengambil begnya untuk pulang. aku melihat sekeliling.terlihat hanya 2 orang yang tinggal. ketika mathan mula memakai kasut sekolah,aku dengan pantas mencapai beg sekolahku dan sepantas kilat aku berlari menuju pintu keluar. cikgu menjerit memanggil nama aku. aku meneruskan larian aku. walaupun tidak laju,tapi tetap berjaya meloloskan diri dari tadika itu.

sampai di rumah,aku cuba membuka pintu rumah. berkunci. aku mula rasa cuak. berkali-kali aku mengetuk pintu rumah. masih tiada jawapan. tanpa disedari, air mata mula jatuh bercucuran. aku duduk sambil menahan kesedihan. pada usia sebegitu kecil, aku masih belum mampu menyelesaikan masalah sebegitu. tiba-tiba, emak kesayangan sampai. beliau memujuk anak kesayangannya ini dan pintu rumah dibukakan.

"macamane sekolah hari ni,ok?"tanya ibuku.

"ok,cikgu bagi balik awal hari ni"jawab aku selamba.

p/s:ada peristiwa berlaku di hujung tahun 2011 yang membuatkan..........emm entahlah