Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

3 Budak

Euro-2012-uefa-euro-2012-30407938-1024-768

Petang yang agak panas. sesuai untuk menjemur baju. Kelihatan seorang pemuda sedang menuruni tangga di sebuah kawasan apartment. Agak laju juga langkahannya, mungkin sedang rushing. di satu sudut, terlihat 3 orang budak sedang menyepak-nyepak bola di atas jalan tar. mereka tidak bermain secara bersungguh-sungguh, sekadar menyepak ringan sahaja. budak pertama memakai jersi berwarna oren yang sinonim dengan pasukan Belanda. budak kedua menyarung jersi serba putih three lions yang diketahui umum jersi pasukan England. dan budak terakhir memakai jersi biru dengan tertera nama "Zidane" di belakang,peminat pasukan Perancis barangkali.

Budak pertama : euro kali ni mesti Belanda menang, aku minat Arjen Robben.

Budak kedua : arggh ko, England lagi kuat dari Belanda, England ada Rooney.

Budak ketiga : hey tolong sikit, Perancis pasukan paling kuat dekat Euro, Neelofa pon sokong Perancis tau.

Pemuda itu hanya tersengih tatkala mendengar perbualan itu tadi sambil berlalu pergi dengan ada satu persoalan besar yang bermain di kepalanya.

"kemain advance lagi bebudak zaman sekarang,pasal bola tau,pasal Neelofa pon tau,ish"

p/s: smart pulak jersi Poland warna merah.

Liverpool Power!!!

IMG_5951
bukan dengan team liverpool


London,26 Februari - Kelab terbaik dunia,Liverpool FC telah berjaya memenangi piala yang menjadi idaman kelab-kelab terbaik di dunia iaitu Piala Liga atau juga dikenali sebagai Piala Carling atas sebab-sebab penajaan selepas menewaskan kelab biasa-biasa sahaja,Cardiff City. Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley itu dihadiri oleh puluhan ribu penyokong dari kedua-dua belah kelab yang bertanding. Stadium Wembley dipenuhi dengan lautan biru dan merah walaupun di akhirnya, peminat yang berjersi merah bersorak kegembiraan manakala yang berjersi biru tertunduk sedih.

Perlawanan ini ternyata berat sebelah apabila perlawanan jelas dikuasai oleh kelab terbaik dunia,Liverpool FC. sampai ada satu ketika, bola langsung tidak berjaya dikuasai oleh pemain Cardiff City, seolah-olah hanya pemain Liverpool FC sahaja yang berada di atas padang. semenjak dari awal permainan, pasukan Liverpool FC melakukan serangan bertali arus yang menyebabkan barisan pertahanan Cardiff City berhempas pulas mempertahankan gawang gol mereka dari dibocori.

sementara itu,gol pertama yang dijaringkan Joe Mason dari Cardiff City ternyata merupakan gol belas ihsan dari Liverpool FC. bagi mereka yang menonton di stadium atau di kaca televisyen boleh melihat dengan jelas bagaimana pemain-pemain pertahanan Liverpool FC membiarkan sahaja para pemain Cardiff City membawa bola dan menjaringkan gol. Malah,penjaga gol Liverpool FC, Pepe Reina sengaja membiarkan bola lalu di celah kakinya bagi memberi sedikit kegembiraan kepada pemilik Cardiff City,Tan Sri Vincet Tan yang baru-baru ini melepaskan jawatannya selaku pengerusi B-Group.

sebaik sahaja gol pertama yang dijaringkan oleh Cardiff City itu, pasukan Liverpool FC terus meningkatkan serangan mereka. namun, mereka ternyata mempermainkan perasaan para peminat mereka yang sedia menanti di hadapan kaca televisyen walaupun hari sudah larut malam. hanya pada minit ke-60 barulah mereka menjaringkan gol walaupun sebelumnya mereka dihidangkan dengan deretan peluang keemasan untuk menjaringkan gol. gol jaringan pertahanan kental Liverpool FC, Martin Skrtel membawa para penyokong Cardiff City kembali berpijak di bumi yang nyata.

Sementara itu, kapten pasukan Liverpool FC, Steven Gerrard berkata, beliau sengaja tidak menjaringkan gol semasa penentuan sepakan penalti kerana ingin menambahkan elemen dramatik pada penentuan sepakan penalti itu. Gerrard dipetik berkata"jika saya jaringkannya,pasukan kami akan menang lebih awal,sy tidak sanggup lakukan itu kepada penyokong Cardiff City,mereka datang dari jauh,mereka berhak untuk nikmatinya". kenyataan Gerrard itu turut disokong oleh rakan sepasukan,Charlie Adam. Adam yang turut gagal menjaringkan sepakan penalti senada dengan Gerrard bahawa jika kedua mereka menjaringkan gol melalui sepakan penalti itu, perlawanan akhir itu akan hilang debarannya.

Kenny Dalglish,pengurus pasukan Liverpool FC,nyata tidak teruja dengan kemenangan ini sebaliknya berasa sedikit kecewa dengan tindakan FA Inggeris yang tidak membenarkan mereka menurunkan hanya 10 pemain ketika menentang pasukan Cardiff City. Dalglish berkata"mengapa kami perlu menurunkan sehingga 11 pemain,sedangkan kami mampu memenangi perlawanan ini dengan hanya 10 pemain,kami pasukan hebat,bukan pasukan picisan seperti arsenal,chelsea ataupun spurs,mungkin kami kelihatan sedikit bongkak tapi para peminat yang menyaksikan kami bermain pada malam ini boleh menilai sendiri apa yang sy cakapkan ini"

diharapkan dengan kemenangan ini, ia akan menjadi motivasi terbaik pasukan Liverpool FC. rata-rata para peminat yang ditemui di perkarangan Stadium Wembley percaya selepas ini akan ada banyak lagi piala yang bakal mereka menangi dan mereka perlu mengumpul duit untuk menghadiri perlawanan akhir yang lebih kerap selepas ini. mereka juga percaya pasukan tebaik dunia ini perlu memperbaiki kedudukan mereka di dalam Liga Perdana Inggeris, kerana hanya pasukan dari tangga pertama hingga tangga keempat yang akan diberi kelayakan bermain di dalam kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, bukan kepada pasukan di tangga ketujuh liga seperti yang dinikmati mereka sekarang ini.

sekian dari pepol yang melaporkan dari wembley,untuk Kilau Harian.

p/s:entri ini entri yang penuh dengan elemen sarkastik,harap pembaca semua paham,wink

Kisah di Tahun Baru

136293307
"maen betul2 la woi"

pada malam sambutan tahun baru,aku sempat meninjau-ninjau pertunjukan bunga api di tempat aku duduk menimba ilmu ini. terlihat ramai warga tempatan membawa keluarga masing-masing bagi menikmati percikan bunga api di udara. seraya esok hari minggu, jadi tidak timbul masalah untuk tidur sedikit lewat pada malam ini demi menikmati detik 12 tengah malam. ketika aku sedang menikmati percikan bunga api tersebut,telefon bimbit aku berdering. tiada no kelihatan,hanya tulisan "private number". pasti panggilan ini dari seseorang yang kaya ataupun berpangkat.

pepol : hello,sape bercakap??
abramovich : ni abramovich,owner chelsea
pepol : owh ho,apa macam bos,ada baik ka?
abramovich : kurengg la bro,lu ada tengok games kelab gua tadi?
pepol : xde la,gua tgk games team setan merah je tadi,apasal?
abramovich : team gua kalah lagi la,da 4 games epl team gua x menang ni
pepol : la ye ke,teruk betul team lu,abes tu nape lu tepon gua ni?
abramovich : gua nk mintak pendapat ckit,gua tengok Andre Villas Boas tu cam tak blh blah je
pepol : hahhaa,lu nk pecat die ke?leklu,jangan terburu-buru
abramovich : nk rileks kepala hotak kau!!team gua da turun no 5 da ni
pepol : kah kah kah,lu ni cepat gelabah la,lu kene bagi die masa,die baru lagi,umur pon muda lagi
abramovich : boleh caya ke cakap lu ni?gua ingat nk angkat m. karathu ganti die
pepol : kah kah kah,baik lu amek karl heinz weigang
abramovich : gua serius ni bro,jgn memain
pepol : hahaha,rileks ar bro,ari ni dah 1 januari kn,da boleh beli player,lu bli defend sorg,attacking midfielder sorg,extend kontrak drogba dan jual torres tu,konpem team lu power punya
abramovich : owh camtu ke?ok bos nanti gua try dlu,nanti kalau ada pape lagi gua kontek lu lagi,ok bos adios
pepol : okok

begitulah cerita sambutan di tahun baru 2012 untuk aku.

p/s:tahun 2012 tahun naga ek?

Kemeriahan Derby

Salam sume, dah lama x tulis sal bola,ok dis weekend mcm bese ar,ad bola sepak hebat dari england nuh, bola sepak berkualiti tinggi walaupun hanya team dari manchester je yg berkualiti tinggi dlm liga tu. minggu ni,xde games yg besar mcm games manchester united lwn chelsea,dua minggu lepas. reasons knp ak ckp games manchester united lwn chelsea games besar coz dua2 team ni adalah juara2 epl terkini,last seasons man utd menang,last 2 seasons,si chelsea yg menang,so fair la tuk team2 cmni digelar team besar,team merah satu lagi tu yg da puluh tahun x menang liga xkn ak nk panggil team besar lagi kot, team merah yg penuh budak2 dan da 6 tahun x menang liga xkn ak nk panggil team besar jgk kot.

tapi minggu ni,ad kemeriahan yg melanda team2 separa besar ni. minggu ni adalah pertemuan derby, dua derby yg besar woo,iaitu derby merseyside ngn derby london. derby merseyside akan menemukan everton dgn liverpool dan derby london pulak menemukan tottenham hotspurs dan jgk arsenal.

everton vs liverpool
derby merseyside

derby pertama menemukan everton dan jgk liverpool, dan derby ni mmg sentiasa hangat,kerana kedua-dua kelab ni saling berkait sebenarnya. kelab merah tu asal usulnya dari kelab yg biru tu. dlu hanya ad kelab si biru shj,namun selepas pertelingkahan dan pergaduhan, maka wujud lah sebuah kelab baru yg berwarna merah. dan kelab merah itu pernah menggunakan nama yg sama dgn kelab biru itu tetapi terpaksa menukarnya selepas F.A England tidak membenarkannya,dan terhasil lah kelab penuh dgn sejarah lampau,liverpool f.c. kali terakhir everton menang liga ialah pada tahun 1986-87, dan kali terakhir liverpool menang liga ialah pada tahun 1989-90, so ak xphm knp org excited sgt nk tgk games team yg da puluh2 tahun x menang liga.

spurs vs arsenal
derby london

derby kedua utk minggu ini ialah derby london, yg menemukan team tottenham hotspur(sebut spurs sudah) dgn team bwh umur,arsenal f.c. derby ni dipanggil derby london kerana kedua-dua kelab berpangkalan di london. derby ni jgk sehangat dgn derby kt atas tu, adalah menjadi satu kebanggaan bg peminat spurs utk menang ke atas arsenal,x menang piala pon xpe asalkan dpt menang dgn arsenal, dan dari tahun ke tahun,derby ni da jadi semakin menarik coz da makin ramai yg minat spurs. klu sblm ni,shebby singh je yg hafal nama player2 spurs ni,tapi skrg ni da ramai yg knl sape tu gareth bale,luka modric malah younes kaboul. arsenal pulak, aku mls nk tulis lebih2,sume da tau sal arsenal ni pas dieorg menang besar 8-2 aritu. last time spurs menang liga ialah 1960-61 dan arsenal lak 2003-04. so,nk pegi tgk jgk ke games team2 cmni?

p/s: selepas 8 tahun,ak bli jgk jersi everton,last time ak bli jersi everton tahun 2003,time tu rooney rambut lebat lagi.

Seorang Budak Naif

akob

Akob seorg budak lelaki yg naif. walaupun bergelar seorg budak lelaki, namun beliau langsung xtau pasal bola, ketika budak laen seusia ny sibuk berbincang pasal kaka,ronaldo,sneijder dan juga rooney,akob langsung x amek pot. beliau langsung xknl sape mereka itu. malah penyerang tersohor negara, safee sali dipanggil safee sani oleh beliau. sungguh sadis.

namun segala ny berubah pada satu hari. akob diterima masuk ke universiti. akob menginap di sebuah rumah sewa berdekatan dgn u tempat beliau belajar. di umah sewa nya, sume housemate ny giler bola, sumenya mempunyai team kegemaran masing2. ad yg menyokong man utd,mecester siti,cesie,arsenal,liverpool dan tidak ketinggalan skuad kejor yop kejor(red warrior dikecualikan). akob mula resah melihat housemate ny galak bercerita pasal bola,sedangkan beliau hanya terpinga-pinga.

keadaan menjadi bertambah buruk. gadis2 yg berselindung di sebalik solekan tebal di fb yg sering dijadikan rakan chat oleh akob juga sudah mula mengajak akob utk sembang pasal bola. akob sedar,peluang beliau tuk mengorat gadis2 tersebut akn tipis jika beliau tidak tau pasal bola.

"xblh jadi ni,ak mesti pilih satu team" bisik akob.

selepas membelek beberapa majalah bola kepunyaan khairul, akob tertarik dgn poster sorg pemain memakai jersi warna biru dgn rambut perang.

"team ape ni,torres,chelsea,"bisik akob

"yes,ni lah team ak,chelsea dan ak minat torres" bisik akob lagi.

sejak hari itu, akob mula mencari-cari info team chelsea. akob mula mencari tempat menjual jersi chelsea di fb. walaupun bertubuh gempal, die nekad utk membeli jersi chelsea bersaiz M. jersi yg diorder selamat sampai, akob menjerit kegirangan. disarungnya jersi team kesayangannya itu, walaupun agak sendat, akob cuba berlagak baju itu muat dgn tubuhnya.

di satu ptg,ketika akob sedang asyik berchatting di fb dgn skandalnya, dtg faizal menyapa akob.

"Kob, jom ar mlm ni tgk bola,mecester utd lwn cesie" ajak faizal.

"hah betul ke?kul bpe match mlm ni??"soal akob

"kul 10,jom ar,xkn takut kot,ak pakai baju ad tulis nama chicharito,ko pakai baju cesie ko,ad bran??" faizal mencabar akob.

"ok,xde hal,mlm ni ek kul 10" jwb akob.

faizal berlalu pergi. akob tersengih sendirian. akhirnya,hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. pasukan kesayangannya akan berentap dgn musuh tradisi. tepat pukul 10 mlm,akob sudah duduk di kerusi hadapan warung kak zong. matanya tepat memandang ke arah tv lcd yg dibeli di sen heng. para pemain kedua pasukan mula masuk ke dlm padang. akob mula tidak keruan. mata nya tajam memandang tv. mampukah akob pulang dgn kegembiraan sambil meraikan kemenangan pasukan nya ataupun blk dgn penuh kehinaan diejek sekumpulan red devils malaysia?? tunggu.....

Flying high, up in the sky,
We'll keep the blue flag flying high
From Stamford Bridge to Wembley
We'll keep the blue flag flying high

p/s:glory2 man utd..:D

Hari Ulangtahun tak semestinya Indah

arsenal berusia 125 tahun ini

Setiap org amat menantikan hari ulangtahun, tidak kira lah hari ulangtahun ape,ulangtahun kelahiran,ulangtahun perkahwinan,ulangtahun percintaan,xpon ulangtahun tamat belajar. sumenya akan disambut dgn meriah,xkira lah disambut secara sendirian,bersama org tersayang,bersama keluarga atau bersama rakan-rakan.

dan tahun ini,kelab bolasepak arsenal menyambut ulangtahun penubuhan yg ke 125. satu jangkamasa yg begitu lama. dan apabila berjaya mencapai satu tempoh sepanjang itu,sudah tentulah ulangtahun ini akan diraikan secara besar-besaran. antaranya, logo arsenal mengalami perubahan tahun ni(blh tgk gambar kt atas).

tetapi,selepas menonton game arsenal vs liverpool, membuatkan ak tertanya,mcm inikah mereka menyambut ulangtahun mereka yg ke 125?satu permainan yg tidak berinspirasi,disusuli layangan kad merah kpd si hitam manis frimpong, gol sendiri dari aaron ramsey dan ujan yg membungkam arsene wenger.

klu lah ak seorg penyokong arsenal,ak akan amat sedih melihat keadaan kelab ak skrg, satu tahun yg cukup istimewa seharusnya dihiasi dgn kejayaan,tapi dua games tanpa kemenangan,perginya seorg kapten berinspirasi,dan samir nasri juga bakal pergi(si durjana bendter juga),arsene wenger bakal dihukum oleh UEFA,dan kemungkinan gagal layak ke peringkat kumpulan champions league(jika klh dgn Udinese pagi khamis nanti) bakal menjadi satu ulangtahun yg cukup perit utk arsenal.

dan jika ak seorg penyokong arsenal,ak amat mengharapkan beliau dpt membeli seorg pemain yg cukup berpengalaman,pemain yg sudah biasa menggenggam piala,seorg pemain yg akan memberi direction kpd skuad muda arsenal. tidak slh membeli pemain muda,yeah utk masa depan tapi bukan lah kesemuanya. setiap pasukan yg dibentuk perlulah balance,perlu ad seorg general utk memacu pasukannya,memberi inspirasi kpd pasukannya,perlu ad pemain berpengalaman utk menjadi tonggak kpd pasukan,dan juga perlu pemain muda utk menambahkan kesegaran dan idea2 baru. jika benda ni diadun dgn baik,maka terhasil lah sebuah pasukan juara.
mungkin tiba masa utk berundur??

so,dgn transfer window berbaki lagi seminggu lebih,diharapkan arsene wenger dpt menggunakan nya dgn sebaik mungkin bg memastikan hari ulangtahun arsenal tahun ini disambut dgn meriah dan bukan dgn tangisan hiba para penyokong di seluruh dunia. wasalam

p/s:ak sgt x setuju dgn org yg nilaikan player bolasepak berdasarkan "kecomelan" dieorg, player bolasepak dinilai berdasarkan performance dieorg beb

Liverpool,Arsenal,Chelsea cukup bersederhana puasa kali ini

Assalamualaikum sume,hye ok entri kali ni adalah mengenai review 1st week english premier league(EPL),klu korg ad bace entri ak yg ni, ak ad tulis yg epl ad 5 team besar, so kt cni ak nk review ckit ape yg team2 besar ni dah lalui tuk 1st game epl ni, review akn dimulakan dgn team liverpool dan di akhiri dgn team bakal juara, man utd, dan review ni akan dibuat ala2 sokernet.

amek kau

Liverpool

1. pemilikan baru,John W. Henry,kepulangan raja kop, Kenny Dalglish dan perbelanjaan mega menyebabkan para peminat liverpool merasakan sudah tiba masanya utk trofil epl kembali ke anfield, tetapi satu libasan dari sebastian larsson segera melenyapkan mimpi indah itu. perbelanjaan sebanyak 100 juta pound (luis suarez+andy carroll+charlie adam+stewart downing+jordan hendersson+jose enrique)hanya mampu memberikan 1 mata pada perlawanan pembukaan, jadi penyelesaian terbaik utk liverpool adalah berbelanja lagi 200 juta pound utk mendapatkan lagi 2 mata.

gervinho

Arsenal

2. arsene wenger akan gunakan alasan yg sama tahun ni,"skuad arsenal adalah skuad muda,dan blm matang",dan akan menyaksikan fans arsenal terpaksa menanggung malu utk setahun lagi tanpa sebarang piala. ketika fabregas sudah pon menyarung dan mencium jersi berbelang barca, wenger hanya membeli negro yg berusia 18 tahun(alex oxlande chamberlain)utk menggantikan fabregas. jika nasri pergi ke mecester siti, selepas ini arsenal akan dikenali sbg kelab penyumbang pemain kpd mecester siti(kolo toure,adebayor,clichy)

torres andre villas boas

Chelsea

3. melantik pengurus yg seusia dgn drogba nampaknya bakal menjadi kesilapan yg terbesar pernah abramovich buat, dan jurulatih pahang,dollah salleh sudah berkira-kira utk menggantikan andre villas-boas yg dijangka bakal dipecat menjelang hari raya aidiladha nanti. dan torres akan terus menjadi duri dlm daging kpd chelsea,klu diturunkan,tak score gol, klu x diturunkan, rasa cm rugi coz gaji mahal tu.

sergio aguero

Manchester City

4. sukar utk ak tulis ni,tapi itulah realitinya,mecester siti kini merupakan pencabar utama utk kejuaraan epl. kelab yg dimiliki oleh dato' siti ini(maaf,sheikh mansour sebenarnya)memiliki barisan pemain yg lengkap jika dibandingkan dgn team besar yg laen. limpahan kemewahan yg diberikan oleh sheikh mansour kpd roberto mancini sepanjang bulan puasa ini memungkinkan mancini membuat persediaan raya terbaik tuk mecester siti. dan tidak menghairankan jika sheikh mansour mampu tersenyum lebar di pagi lebaran nanti melihat team nya berada di puncak epl. membawa masuk sergio aguero menjadikan mecester siti kini setaraf dgn kelab besar laen.

ashley young

Manchester United

5. ini team bakal juara, mungkin akan ad suara2 sumbang yg ckp,"eleh,menang pon coz nasib je,gol deflected". tapi ape yg pasti,ak amat konfiden dgn masa dpn utd. satu away game yg sukar,ditambah dgn memek muka roy hodgson yg jelas bersungguh nk mengalahkan man utd, kejayaan man utd dlm 1st game ditunjangi player muda. bayangkan tuk 15 minit terakhir,barisan belakang hanya ad smalling(22thn),phil jones(19thn),jonny evans(23thn),fabio da silva(21thn),david de gea(21thn),tapi tetap west brom xmampu utk menang, so i can see the bright future of man utd.

david de gea
kau jgn nk happy sgt,performance ko x bagus pon lagi

so,inilah aje review dari ak mengenai big 5 epl di dlm minggu pembukaan epl, nanti klu ad masa, aku akan buat review tuk relegation candidates plak, dan jgn lupe,piala malaysia start bulan depan ok.

p/s: nak pakai jersi team mane raya ni ek?

Sape Menang Plak Kali ni?

cartoon epl
who will win this seasons??

yeah akhirnya
apa yg ditunggu sekian lama
telah tiba
epl akn membuka tirainya hari ni
mula2 takut jgk yg epl akn postponed
coz korg tau la britain tgh kacau bilau
tapi nasib baik
cuma satu game je yg postponed

ok klu tgk gambar kt atas
ad wakil dari 5 team
yakni team2 besar kt epl ni
dan ak percaya
5 team ni lah yg berpeluang utk menjuarai epl kali ni
(walaupun ak agak sangsi dgn keupayaan libepul)
dan spurs x masuk senarai kali ni
coz ak x rase spurs berpeluang nk menang seasons ni
btw, pape pon
same2 la kita nantikan di akhir seasons nanti
kite tgk team mane yg menang ok

p/s: kuih "almond london" effect x dgn kejadian rusuhan kt london tu?

Only One Team in Manchester

rooney community shields
wayne rooney

hahahhahaha
cian mecester siti
siyesly
pas dieorg leading 2-0 tadi
ak rasa team ak
menyu akan klh mlm ni
dgn chicharito pon xde
tapi
apakan daya
menyu is menyu
mecester siti tetap mecester siti
so thumbs up to menyu
dan jgk tom cleverly
siyesly lu bagus bro
blh ganti scholes ni,tapi shooting kene perbaiki lagi
pape pon, congrats la menyu ek
coz dpt 1st trophy mlm ni
hehehee

p/s:nk beli ke xnk jersi away man utd??emm...

Boleh Menang ke Mecester Siti??

alex ferguson,roberto mancini
sir alex ferguson, roberto mancini

Salam sume
game pembuka tirai season ni
di antara team ak
menyu menentang mecester siti
selalunya
piala sumbangsih versi mat saleh ni
menyu akan lwn cesie
tapi memandangkan cesie hampeh
dan x menang piala season lepas
so bg can mecester siti
la plak lwn menyu kali ni

dan walaupun chicarito x maen game ni
kemenangan akan tetap berpihak kpd menyu
BELIEVE!!

(fan cesie,asenel ngn libepul pon blh tgk game ni, jgn asingkan diri k)

p/s::ak xphm nape org minat sgt super junior,klu Girls Generations tu ak phm ar knp,hehehe

Kita Semua tau "Negaraku"

qiu li durjana

Assalamualaikum sume
result sume da tau kn
yg malaysia klh pada singa'pura'
walaupun kita klh
tapi ada satu benda yg ak bangga
dgn team kita

sume player team kita tau lagu "Negaraku"
tapi
player Singa'pura' blm tentu tau lagu kebangsaan dieorg
korg phm kn apa maksud ak..
ok la bubye

p/s:team kita rindukan norshahrul idlan..

Jersey Hunter

lyon 2011/12(home), marseille 2011/12(away), arsenal 2011/12(away)

Assalamualaikum sume, satu lagi entri yg ad hubung kait dgn sepak bola(di indonesia begini panggilan ny). tapi ini entri bukan cerita pasal bola, tapi baju yg dipakai oleh pemain bola atau dlm bahasa mudahnya jersi. kpd peminat jersi(termasuk ak), bila start ny season baru, di samping sibuk bincang pasal transfer news, antara perkara lain yg dibincangkan ialah jersi2 baru.

sudah menjadi kebiasaan utk team2 mengeluarkan jersi baru apabila musim baru bermula. so same je la dgn musim baru kali ni, kebanyakkan team2 dah keluarkan jersi2 baru dieorg, dan ak dah dpt kn beberapa jersi musim baru ni, jersi ape tu xblh ar nk bgtau. klu nk compare kn dgn season lepas, jersi season ni ok cikit ar. byk jersi2 yg menarik. dan bile sebut jersi2 menarik, ak ad 3 jersi yg pada ak agak "cantik". ha gambar2 die ad kt atas tu. kiranya jersi2 ni wishlist ak ar tuk season baru ni, so hopefully dpt ar beli jersi2 sume.

p/s:buruk ar jersi away man utd, dh ar belang2...

Bulan Meriah Bola Sepak Malaysia



Assalamulaikum sume,ok kali ni cite sal bola lak, da lama kn x cite sal bola kt blog ni, xkn nk sembang sal bersih@ambiga yg x abes2 tu. ok berbalik kpd tajuk di atas, bulan ni merupakan bulan yg meriah tuk peminat bola sepak di malaysia.

ini kerana ad 3 buah kelab besar EPL dtg serang malaysia bermula minggu ni. 3 buah kelab famous, arsenal,liverpool,dan chelsea(xde la femes sgt kelab2 ni, man utd kelab paling famous ok), akan mengadakan jelajah di asia. sudah menjadi kebiasaan kpd kelab2 besar di eropah utk mengadakan jelajah2 seperti ni sbg persiapan pra musim mereka dan jgk peluang utk mengaut keuntungan.

kelab yg pertama tiba di tanah air ialah arsenal. mereka dijadualkan menentang skuad harimau kita pada 13 julai ni. walaupun hadir tanpa beberapa pemain utama yg sedang dlm rundingan utk berpindah, diharapkan arsenal mampu utk menyaingi skuad harimau kita dan memperoleh keputusan seri sekurang-kurangnya(gurau jek)

kelab yg kedua pula ialah liverpool. hadir tanpa kelibat captain marvel dieorg, steven gerrard dan jugak penyerang hebat dieorg, luis suarez, liverpool akan menggunakan peluang bertemu skuad harimau malaya ini utk menguji formasi yg sepatutnya mereka gunakan utk menghadapi saingan EPL nanti.

kelab yg terakhir pula ialah chelsea. hadir bersama pengurus muda mereka yg seusia dgn frank lampard, mereka jgk bakal membawa striker mahal mereka yg x menjaringkan gol iaitu fernando torres. mungkin perlawanan dgn skuad harimau malaya ni akan dijadikan "benchmark" oleh para pemerhati utk menilai akan keupayaan andre villas - boas(pengurus termuda di EPL nanti).

pasukan keempat yg bakal ditentang skuad harimau malaya kita pula bukanlah kelab EPL, tapi sebuah pasukan yg dlu nya pulau negara kita tapi kini jauh meninggalkan kita dari segi kemajuan. mampukah kita menundukkan pasukan dari seberang tambak ni di dlm perlawanan pusingan kedua kelayakan piala dunia dan sekaligus mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga?sama-sama kita nantikan pada 23 dan 28 julai ini.

p/s:ak rasa entri ni da mcm berita bola sepak la plak, tu la effect die bile da lama xbuat entri panjang2.

Kau Memalukan!!

mood : emm
tempat : umah sewa puncak alam
lagu : aiman - cinta terakhir

gambar ni bukti ak sokong real madrid

Assalamualaikum sume, ok entri kali ni sembang sal bola la plak, ok pagi tadi ak sempat ar tgk perlawanan bola sepak separuh akhir liga juara2 antara barcelona dan jgk real madrid, honestly ni bukan team ak coz ak sokong man utd. tapi ak pegi jgk tgk dan ak sokong real madrid, reasons why i choose real madrid rather than barcelona, emm ak rase sape yg tgk game pagi tadi mesti tau knp org dan termasuk ak benci kt barcelona, siyesly korg poyo ar barcelona.

mmg diakui ar style korg maen mmg power, short pass korg mmg superb dan korg punya passing mmg berkualiti, tapi siyesly korg menang secara tidak adil, blh nmpk dgn jelas kot referee mmg berat sblh kt korg dan jgk korg kuat berlakon tuk dptkn ehsan pengadil, bile korg kene tackle je,abes sume player korg g ngadu kt referee.

x bez ar menang cmtu dude, sepatutnya team mane yg kuat, team tu ar yg menang, xbez ar klu menang sbb maen tipu, skrg korg da masuk final, klu la referee sekali lagi berat sebelah, confirm mmg korg ar angkat piala champions league tu. dan bagi ak ar, cuma sorg je yg blh kalah kn si barcelona ni, dan org itu ialah jose mourinho, tapi syg ny, time real madrid maen pagi tadi, jose mourinho xde coz digantung, klu la jose mourinho ad,mesti result die laen, tgk ar last seasons cmne, dgn team inter milan, jose mourinho berjaya klh kn si barcelona ni, dan harapnya la, sir alex ferguson blh jadi org seterusnya tuk klh kn barcelona ni, glory2 man utd!!!

p/s:final champions league bile ek?

Man Utd paling hebat??

mood : upset
tempat : umah sewa puncak alam
lagu : awie - cinta kristal, hantu kak limah blk rumah OST

Assalamualaikum sume, hye entri kali ni sal bola la plak, da lame kn ak xbuat entri sal bola ni, so rindu lak nk tulis sal bola, ok smlm ak sempat la tgk game epl, arsenal vs liverpool, what the dramatic game. smpai 100 minit tu dieorg maen, dan jgk ad dua penalti dlm masa 3 minit time nk abes. mmg agak dramatik la game smlm, mula2 ak bajet game ni draw je da, last2 minit arsenal dpt lak penalti dan score lak tu, so ingtkan game da abes la. emm last2 liverpool dpt jgk penalti, so final result draw 1 - 1. sbg die hard fan man utd mmg ak suka la dgn result ni, walaupun ak lagi suka arsenal klh sbnrnya, tapi dgn keputusan seri ni, means jarak man utd ngn arsenal skrg 6 mata. hehehe so nmpak ny peluang man utd nk dpt EPL semakin cerah la kn.


so smlm ak duk la tgk status membe2 ak kt fb, ramai jgk la yg post sal game smlm tu, dan antara byk2 tu, tertarik dgn post membe ak ni, die ni mmg peminat arsenal ar, ni ak letak kt bwh ni apee yg die tulis, korg baca la ek.

all for nothing. you can't defend Wenger anymore. Congrats Sir Alex for the 19th title, hands down United always the champion to beat and Arsenal can never write you off in anyway. Credits to Liverpool for that result. and Chelsea, you deserve the 2nd place. can't really see we getting back from this. End of season, more drama to come.
ha da baca kn, ak tertarik yg die congrats sir alex ferguson sbb da menang epl tuk kali ke 19. dari ape yg die tulis ni, nmpak sgt yg die da give up dan xyakin yg team die, arsenal mampu tuk menang epl. btw, ni opinion ak ar, klu la man utd menang epl dis year, bukan la sbb man utd kuat sgt, siyesly. man utd masih lagi terasa kehilangan cristiano ronaldo, dan man utd x sekuat dlu. man utd menang sbb team laen gagal amek kesempatan.

korg tgk je la awal season ni,team mane yg lead, chelsea kn? tapi pas dieorg pecat ray wilkins ngn beberapa key players injured, terus dieorg merosot dan kene potong ngn man utd. korg tgk arsenal plak ek, dieorg da bpe kali lead dlm games, tapi last2 draw je. yg paling ak ingt time dieorg lwn newcastle, dieorg dah lead 4 - 0 kot, last2 draw 4 -4. yg paling latest smlm ar, da lead 1 -0 dgn masa ad 2 minit je lagi, last2 draw jgk 1 - 1.

so blh nmpk kn, dieorg yg x amek kesempatan. man utd plak, dieorg slalu menang pada masa yg betul, means dieorg slalu menang time team laen klh, so dkt la situ dieorg blh pintas team laen dan akhirnya dpt duk tangga teratas. so itu je sbnrnya, btw hopefully my team dpt menang double la dis year ek.chayok2.

p/s:ak da lame x update status fb ak, pape ak tulis kt blog je, kenapa ek? t ak cite.

Man Utd ke, Chelsea ke, Man City ke, Arsenal ke, Liverpool ke??

gambar yg amat mengarut

hye sume, terima kasih kerana sudi membaca blog yg buruk ini, ok kali ni kite sembang bola la plak. ok kite akan sembang pasal EPL. korg yg minat bola mesti da tau benda yg paling hot minggu lepas, bile liverpool klh kn man utd. perghh riuh rendah page ak kene serbu ngn membe2 yg anti man u. so nampak sgt la mmg ramai yg duk tunggu man u klh, dan minggu lepas mmg minggu yg bez tuk fan yg xsuke man u coz man u klh dua game berturut-turut, ngn chelsea n liverpool. ak sempat tgk dua2 match tu dan ak dpt notice something. kite mmg fanatik terhadap team pilihan kite,mybe bukan sume, tapi almost ny fanatik. dan ad yg sanggup ilang membe sbb dieorg minat team yg berbeza. dan skrg ni jgk, da jadi trend, abes je satu game epl, fans team yg menang akan kutuk fans team yg klh, dan benda ni cm giler2 last week coz yg klh team man u, dua kali lak tu. so fans man u ni tahan telinga je la dgr kutukan dari fans team laen.

btw kt cni ak nk sembang sal fanatik dan kutuk mengutuk. ok sblm tu ak nk bgtau yg ak sbnrnya die hard fans man u, walaupun korg slalu nmpak ak pakai byk jersi2 team laen, tapi team ak ialah team man u. ak pakai jersi team laen coz ak mmg suke pakai jersi, itu aje, so jgn la ckp ak pengkhianat ke,lalang ke,ok. ak agak fanatik jgk la dgn team man u, tapi xdela fanatik sgt sampai buat benda2 yg blh memalukan diri ak sendiri, so setakat ni ak xde la hempas meja ke,sepak kerusi ke even team man u klh, rilex ar beb, jgn la emo sgt, biasa la tu klh, nk wt cmne klu team klh kn??so jgn la kite ilang kwn kite just semata-mata team membe kite tu menang dan team kite klh. x chill la klu cmtu.

dan trend kutuk mengutuk di fb, honestly ak pon one of them yg suke kutuk2 member ak yg dari team laen, tapi tu dulu la, skrg ak da insaf ckit(betul ke??). dan klu blh ak nk benda ni dihentikan la, bkn x blh kutuk, tapi cube try usik membe2 kite tu dgn cara ingin bergurau,dan bukan dgn cara nk memalukan atau mengutuk. cube korg letakkan diri korg kt tempat org yg kene kutuk tu, mesti korg akn rase upset jgk kn bile membe korg sendiri kutuk korg.

so pada ak la, kite hentikan la benda2 negatif cmni. kn bez klu dpt lepak same2 tanpa kire korg sokong team mane, lepak same2 sambil bincang pasal bola, tu lagi manis bagi aku. daripada duduk same2 membe man u tapi duk kutuk2 membe yg sokong team laen, xbez ar cmtu. so xkire la korg man u ke,arsenal ke, man city ke, chelsea ke, liverpool ke, kite sume peminat bola dan marilah kite bersatu dan hentikan budaya kutuk mengutuk team laen.chill

p/s:papepon man utd yg akan menang epl dis year..muktamad..btw my classmate yg ad blog da bertambah..next time ak review blog die


Malaysia : Menang Lagi

malaysia vs hong kong

hye hye hye. bertemu kembali kite di blog yespepol. ok kali ni sembang bola lagi. smlm ak sempat la pegi ke stadium shah alam tuk tgk game antara malaysia ngn hong kong. walaupun harga tiket agak mahal la bg ak coz game ni friendly je, tapi utk pasukan kebangsaan ak merelakan je. dan penonton pon x bpe ramai sgt smlm coz friendly je kn, btw hope next game lwn pakistan t ramai la yg dtg. ok berbalik kpd game smlm, pade ak la, malaysia blh perform lagi bagus dari tu, mybe sbb game friendly je dan jgk coz risiko kecederaan, so dieorg xbpe perform smlm, tapi ape yg penting team kite menang smlm. btw kt sini ak nk highlightkn dua org player team kite la. ok yg 1st ialah safee sali.

lambaian safee sali

korg sume mesti tau kn yg penyerang terbaik kite ni akn bermain tuk kelab indonesia x lame lagi. last game die tuk selangor ialah game lwn kuala lumpur sabtu ni. mula2 dlu bile die ckp yg die nk maen ngn club indon, ak agak kurang bersetuju la. coz kite da klh kan team indon, means player2 yg terhasil dari liga super kite lebih bagus dari player kt liga indon tu. so knp plak kite nk pegi maen kt liga yg bwh dari liga kite?tapi bile dipikirkan blk dan selepas tgk perpindahan torres ke chelsea,ak mula faham knp safee perlu ke indonesia dan knp selangor perlu melepaskan beliau. safee ni mmg da plan nk maen kt luar negara, so xde gune kite nk halang die, biarlah la die buat ape yg die suke, xgune kite paksa die buat ape yg die x suke, klu kite paksa jgk, t benda ni blh effect performance die, so sape yg rugi? kite jgk yg rugi. lagipun biarlah die collect seberapa byk ilmu yg ad kt sane, kite sume tau yg approach bola sepak kt sane laen ngn yg ad kt negara kite, dan kita jgk blh mengharapkan safee ni jadi spy tuk intip player2 terbaik indon kt sane, sedikit sebanyak benda tu blh digunakan di dlm skuad kebangsaan kite. so wish u luck and all the best la safee sali.

aidil zafuan

ok player kedua yg ak nk highlightkan ialah aidil zafuan. korg sume tau yg si aidil x maen piala suzuki aritu coz injured. dan korg sume tau yg time piala suzuki aritu performance defence kite iaitu mohd fadhli shas ngn muslim ahmad teramat la baik. siyes ak rase si aidil ni cm da xde masa depan ngn team kebangsaan lepas tgk performance dua org player muda kite tu. tapi bile tgk game smlm di mana si aidil ni maen, ak rase tetap antara defend terbaik yg ad kt negara kite. btw sume org tau yg si aidil ni skrg tgh ad masalah dgn rumah tangga die, so ak harap la die blh settle elok2 probs die tu, xnk la benda2 cmtu effect performance die nanti. lagipun skrg ni die da ad pesaing utk tempat dlm skuad kebangsaan, so kene kerja keras la beb tuk dptkn blk tempat tu. so all the best la tuk ko aidil k.

p/s:bola sepak malaysia ad masa depan, tapi perjalanan tuk tgk team kite sebaris ngn team laen masih panjang lagi, btw sape nk pegi tgk game malaysia vs pakistan?

Torres : Sebuah Kisah

fernando torres : chelsea new player

ini satu kisah, bukan cerita dongeng dulu kala, ini kisah nyata, tentang pertemuan torres dgn chelsea, bla bla bla...(ni lirik lagu yg tlh dirojak kn oleh ak, lirik lagu ape??hah cari sendiri). ok salam sume, entri kali ni pasal bola sepak la plak. sowi la pembaca pompuan blog ak ni, tapi entri kali ni sal torres, so pompuan pon mesti bacakan, klu ad yg xsuke jgk t la ak buat entri pasal bola jaring plak(joke is fun). ok ujung bulan 1 dan awal bulan februari dihangatkan dgn berita perpindahan torres ni. aku pon cuak dow duk tunggu benda ni, tah jadi tah tidak, tah jadi tah tidak, tapi akhirnya da jadi kenyataan. akhirnya torres da selamat jadi player chelsea, dan memecahkan rekod perpindahan epl dan jugak buat roman abramovich kene cari ang pow byk2 raya cina ni(joke is fun).


sebenarnya chelsea ni mmg da lama mengidam si torres ni. Mr. Ancelotti, pengurus chelsea mmg peminat torres ni, so no wonder la die kepingin sgt nk sign si torres ni. dari season lepas lagi chelsea nk bli torres, klu korg x caye blh bukak blk majalah wisel edisi 197, keluaran 15hb februari 2010, dkt situ mmg jelas la yg torres ni jadi sasaran 60 juta pound oleh chelsea. dan akhirnya dieorg dpt torres dgn harga yg lebih murah iaitu sekitar 50 juta pound.


btw ak nk ulas ckit la pasal perpindahan ni, sowi klu ulasan ak x seummphh shebby singh. ak akn ulas dgn style pepol singh(joke is fun). ok mula2 nk ucap tahniah dlu kt chelsea coz dpt bli torres. hope pas bli torres blh la kejar man u kt ats ek. (ayat provokasi dari seorg red devil). torres sememangnya diperlukan oleh chelsea coz chelsea sbnrnya x ramai striker. dieorg just ad dua org striker yg da berumur 30an(drogba n anelka) dan striker muda yg blm terbukti kemampuannya(sturridge). ok so satu penambahan yg bagus dari chelsea. penambahan torres jgk mengurangkan beban drogba tuk cari gol. siyesly chelsea merosot coz drogba x score gol. btw transfer ni akn bg tekanan la kt torres. tekanan hasil dari tag harga 50 juta pound tu. bukan senang nk perform bile terlalu ramai org beri perhatian kt kite. bile da berpindah dgn harga sebanyak tu, of coz la org akan duk perhatikan kita. peminat chelsea mesti akan ingat cmne gagalnya andriy shevchenko dgn tag harga 30 juta pound, robinho gagal di man city jugak dgn harga 30 juta pound, dan kaka dgn tag 56 juta pound turut gagal. so torres akn dibebani tekanan utk menjustifikasikan harga perpindahan die tu.

selain itu jgk, mr. ancelotti pon tertekan dgn transfer ni. benda pertama yg die kene pikir ialah cmne nk letak torres ni kt first eleven. dan mybe la chelsea akn terpaksa merombak keseluruhan sistem skuad dieorg tuk masukkan torres ni. dieorg xblh just replace anelka @ drogba tuk masukkan torres ni. selain tu jgk, dgn perpindahan ni, ancelotti da xde reason tuk gagal season ni. korg tau la kn chelsea no. bpe skrg dlm liga, sblm ni ancelotti blh la bagi alasan ramai player die injured dan jgk die xdpt player yg die nk. so skrg player yg injured pon da ok dan die jgk da dpt player yg diidam idamkn. so now up 2 u la ancelotti, cmne lu nk handle chelsea seasons ni, peluru da ad kt tangan, skrg tinggal nk bidik je, kena @ xkena same2 kite nantikan.

p/s:sape nk lepak ngn ak tgk bola ahad ni, chelsea vs liverpool??jom la, jom la, hehehe

Jersi Pahang 2011

Salam sume. malaysia juara piala AFF. sume org da tau la wei benda tu. Liga Super 2011 da stat. xsume org yg tau benda tu. ok kt cni aku nk bgtau yg liga super da stat. so yg duk dkt ngn stadium tu blh la pegi stadium ek. yg slalu ak tgk penyokong red warrior je duk penuhkan stadium, penyokong team laen xnmpak batang hidung. ok bile bermula season baru ni, antara benda yg ak duk usha2 sudah semestinya jersi. hehehe member2 rapat ak mesti tau yg ak suke pakai jersi ni. so jersi yg pertama ak duk usha mesti la jersi team negeri ak iaitu team pahang.

jersi pahang 2011
(sumber tokgajah.com)

ok so ni la jersi team pahang bagi tahun 2011 ni. ak da order da tapi blm sampai lagi. so korg yg nk order tu blh pegi kt fanpage tokgajah.com kt fb dan blh order kt sane. utk tahun ni ak order yg away lak coz last year ak da bli home pnya. so nk try pakai away lak. tapi klu korg byk duit ape slh nya bli dua2 kn. asyik bli jersi team luar je, ape kata try support team negeri masing2 plak. bola sepak malaysia pon bagus ape, sampai blh menang piala AFF lagi.

p/s:final piala malaysia tahun ni, pahang lwn kelantan,amacam??N9 bagi la can kt pahang plak taun ni.

Malaysia menang,tapi...........

Harimau Muda terbaru

Malaysia menang piala AFF Suzuki,tapi......................................(lengkapkan slogan ini dengan tidak melebihi 15 patah perkataan)

ehh2...nk maen slogan2 plak...ni slogan saya...Malaysia menang piala AFF Suzuki,tapi Indonesia langsung tak menang apa-apa,dari team bola hinggalah kepada maruah dieorang sendiri.
Tahniah kepada team Malaysia coz menang piala AFF, ni kemenangan utk seluruh rakyat malaysia..sy berkesempatan menonton final mlm tadi,dan siyes pas ni xnk tgk da..coz 90 minit tgk bola ibarat duduk 5 jam dlm dwn exam...pergghh sungguh menyeksakan ok..tapi Alhamdulillah akhirnya kemenangan berpihak kpd malaysia..from my view la,game mlm tadi da jadi bukan game bola da..tapi lebih kpd menjaga maruah...mcm mak sy ckp,"kalau malaysia menang mlm ni,kite dpt tebus blk maruah negara kita yg teruk dihina oleh dieorg"(pergghh skima ayat mak ak)...dan diharapkan dgn kemenangan ni dpt la menutup mulut dieorg yg x abes2 kutuk malaysia..

honestly,sy berbangga dgn team ni..coz rata2 masih muda lagi..dari seawal usia 19 tahun da bermain utk negara dan menang!!so skrg ni la baru nmpk hasilnya dari inisiatif Presiden FAM, Sultan Haji Ahmad Shah yg anta player2 muda kite maen kt liga slovakia...1st dlu sy agk x bersetuju la coz sy prefer dieorg ni di hantar bermain di Jepun @ Korea(dasar pandang ke timur beb)utk menimba pengalaman dan bermain di tahap yg lebih tinggi..tapi selepas dpt hasil cmni,sy cadangkan FAM teruskan rancangan ni dan anta tiap2 tahun player kite tuk maen kt lua..
penyokong tegar team kebangsaan

disamping kite bergembira meraikan kemenangan malaysia,mybe ad org dlm kesedihan skrg ni..yg sy maksudkan ialah player2 senior kite seperti Aidil Zafuan,Zaquan Adha,Norhafiz Zamani dan Baddrol Bakhtiar...bkn dieorg xsuke team malaysia menang,tapi dgn kemenangan ni,bermakna team malaysia skrg da ad kesebelasan terbaik yg mampu utk menyerlah..so dieorg yg senior ni kene kerja keras la tuk dpt semula tempat dieorg dlm team kebangsaan..klu x..emm x merasa da la maen team kebangsaan...

btw, ni entri terakhir la kot pasal AFF ni..nxt year nk kene hadap Sukan Sea plak..yg xbez nya klu xsilap indonesia tuan rumah Sukan Sea tahun dpn..emm hopefully team harimau muda kite dpt la pertahankan emas sukan sea yg kite menang tahun lepas...Aminn

p/s:smart jgk team malaysia pakai jersi biru ngn seluar hitam..nampak mcm team inter milan