Showing posts with label sen studio. Show all posts
Showing posts with label sen studio. Show all posts

Peter Al-Hamra : Flat untuk Kita

Peter Al-Hamra baru sampai ke sebuah tempat yang belum pernah beliau jejaki sebelum ini, iaitu selatan tanah air.  Peter sungguh teruja mengenangkan bahawa beliau akhirnya menjejakkan juga kakinya ke sebuah negeri yang sudah lama beliau ingin lawati.

Peter hadir ke selatan tanah air ini bertujuan untuk menghadiri sebuah event yang menarik.  Kebetulan, beliau juga sudah lama tidak bertemu rakan karibnya di universiti dulu, Watt. Maka, Peter merasakan ini adalah peluang terbaik untuk beliau menyelam sambil minum air. 

Sebaik turun dari bas, Peter disambut oleh Watt.  Watt pantas mempelawa Peter agar menginap di rumahnya sepanjang Peter berada di sini.  Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, dengan deras Peter mengangguk tanda setuju. 

Keluar dari terminas bas, Peter dialu-alukan oleh bandar besar ini dengan satu kesesakan jalan raya yang gila.  Peter masih berlagak tenang, kerana beliau tahu itu adalah resam tinggal di bandar besar, lebih-lebih lagi jika ia bersempadan dengan sebuah negara maju. 

Ketika menuju ke rumah Watt, Peter melewati sebuah kawasan elit yang sedang dan bakal dilimpahi dengan pelbagai kemudahan, keselesaan dan kemewahan.  Peter biasa nampak kawasan elit ini dihebahkan di dalam berita jam 8, hampir setiap malam.  Peter berasa sedikit kagum mengenangkan beliau berjaya melihat dengan mata kepalanya sendiri akan kemegahan kawasan baru ini.  Untuk kepastian, Peter bertanya kepada Watt, samada betul atau tidak, kawasan ini yang sering dimomokkan di dalam berita itu? Watt memberitahu inilah kawasan itu, kawasan yang dijangka akan memacu negeri ini menjadi sebuah negeri maju satu hari nanti.  Peter terus berasa kagum.

Mereka kemudian melewati sebuah kawasan perumahan mewah yang serba cantik.  Peter memandang sambil tidak berkelip biji mata.  Peter bertanya kepada Watt, tidak teringinkah beliau untuk membeli rumah di kawasan ini.  Watt menjawab, hampir lapan puluh peratus yang membeli rumah di kawasan ini adalah bukan penduduk negara ini, ia milik warga negara jiran yang diketahui umum, lebih mampu membeli hartanah mewah. 


Setelah hampir satu jam memandu, akhirnya Watt dan Peter sampai ke sebuah rumah flat yang begitu sarat dengan penghuninya.  Watt memberitahu, bahawa di sinilah dia duduk menyewa.  Peter membuka pintu kereta sambil berfikir “warganegara sendiri hanya mampu tinggal di rumah flat, manakala rumah teres dan banglo didirikan untuk mampu dibeli oleh warganegara asing”.  

p/s : tulisan ini juga boleh dibaca di www.yespepol.tumblr.com

Peter Al-Hamra : Tumpuan Perempuan

Setelah berminggu-minggu makan nasi bungkus, hari ini Peter mengambil keputusan untuk mengubah selera.  Dia berhajat untuk makan di sebuah medan selera yang sering menjadi tumpuan kakitangan kerajaan yang terlibat di dalam perkhidmatan kesihatan. 

Sampai sahaja di medan selera berkenaan, Peter nampak akan sebuah meja yang masih belum disinggahi oleh sesiapa.  Pantas, Peter melabuhkan punggung di atas kerusi plastik yang tersedia.
Selesai memberi order kepada pelayan yang bertandang, Peter mencapai senaskhah surat khabar yang berada di atas meja.  Nasib Peter baik, pelanggan-pelanggan yang berada di meja-meja sebelah lebih berminat bersembang sesama mereka berbanding membaca surat khabar.

Peter membuka halaman depan surat khabar arus perdana yang sering menyiarkan berita berat sebelah dan lebih memihak kepada satu pihak sahaja.  Peter membaca dengan teliti berita-berita yang disiarkan.

Peter tertarik akan sebuah berita yang memberitahu seorang pelakon lelaki berwajah tampan yang pernah digilai ramai gadis satu ketika dahulu sudah bernikah untuk kali kedua di selatan Thailand.  Peter pantas membuka akaun facebook di telefon pintarnya.  Seperti yang dijangka, berita itu sudah hangat di rangkaian social ini.  Peter dapat melihat, perempuan cukup terusik dengan berita ini.  Mereka memaki hamun, mencerca dan melemparkan perkataan yang bukan-bukan kepada si pelaku. 
Peter membelek pula di muka surat sebelah.  Ada satu berita yang menarik perhatian Peter.  Kisah seorang artis yang berkahwin dengan seorang pemain bola ternama.  Namun, rumah tangga mereka berantakan.  Lebih memilukan, si isteri ditinggalkan begitu sahaja oleh sang suami tanpa sebarang nafkah zahir atau batin selama hampir 2 tahun. Memeritkan.


Usai membaca kedua-dua berita itu, membuatkan Peter berfikir.  Peter berasa sedikit sangsi.  Mengapa perempuan berapi-api membela nasib seorang perempuan yang dimadukan di dalam berita pertama, tetapi diam membisu terhadap nasib seorang perempuan yang menjadi mangsa suaminya sendiri di dalam berita kedua? Pada pandangan Peter, sekurangnya perempuan di dalam berita pertama itu masih punyai suami, kesakitannya cuma perlu berkongsi kasih dengan orang lain, itupon dengan kaum sejenis dengannya. Berbanding nasib perempuan di dalam berita kedua, yang dibiarkan hidup terkontang kanting seorang diri, ternyata beliau lebih memerlukan pembelaan dari kaum sejenis dengan beliau.  Jujur, Peter tiada jawapan untuk itu.

p/s: cerita ini juga boleh dibaca di www.yespepol.tumblr.com    

Penjenamaan

IMG-20130519-WA001

Apabila kita memulakan sesuatu, kita pasti berharap agar ia akan berkekalan selama-lamanya. Tetapi, pabila sudah sampai satu tempoh masa tertentu, kita dengan rela atau secara kurang rela, perlu untuk melakukan sedikit perubahan atau penyesuaian bagi memastikan ia kekal relevan dan berdaya saing. Satu nafas baru perlu disuntik bagi meningkatkan profil sesuatu perkara itu.

Sehubungan dengan itu, kami dari Sen Studio setuju untuk melakukan transformasi terhadap logo kami, selaras dengan prinsip transformasi yang sering diuar-uarkan di seluruh saluran televisyen milik parti pemerintah. Kami dengan berbesar hati dan dengan penuh sifat tawaduk, ingin memperkenalkan logo baru untuk Sen Studio. Insyaallah, selepas ini, setiap produk atau bahan bacaan yang steady dari Sen Studio akan menggunakan logo baru ini. Bagi mereka yang belum kenal atau masih kurang pasti akan apa itu Sen Studio, bertenang dan usah khuatir. Di sini ada penerangan ringkas mengenai Sen Studio. Sen Studio itu ditubuhkan untuk menjadi pengeluar buku yang steady, menghasilkan buku-buku dan zine yang steady, untuk bacaan masyarakat madani yang steady dan juga bagi melahirkan kelompok masyarakat yang steady.

Niat kami tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyemarakkan semangat membaca di kalangan kita semua. Tidak salah untuk bermula dengan membaca bahan bacaan yang bersifat ringan terlebih dahulu sebelum beralih kepada bahan bacaan yang bersifat berat dan menagih fikiran yang tajam untuk memahaminya. Sedarlah kalian bahawa membaca itu jauh lebih mulia daripada menonton video Bobo atau gadis-gadis comel yang berhot pants. Nauzubillah. Jadi, kepada mereka yang ada facebook, ada twitter, boleh mula mengenali Sen STudio dengan berpandukan link di bawah. Klik sahaja dan follow apa yang patut dan nikmatilah hidup yang lebih steady. Power  power!!!

www.facebook.com/SenStudio
www.twitter.com/SenStudio1

Logo Baru Sen Studio

official sen

Selari dengan perkembangan semasa, kami di Sen Studio, merasakan logo di atas perlu diganti dengan satu logo yang lebih steady dan berketrampilan, bagi menonjolkan imej kami sebagai sebuah syarikat penerbitan yang berketrampilan dan juga tenang menghasilkan karya yang steady. Jadi, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan dan berkemahiran untuk mencuba nasib menghasilkan logo baru Sen Studio bagi menggantikan logo di atas. Jika kalian berminat, boleh pm di page Sen Studio atau boleh pm pepol bagi berbincang secara mendalam, kriteria apa yang kami mahukan untuk logo baru Sen Studio. Ayuh, hantar karya anda dan jadi sebahagian daripada sejarah Sen Studio.

p/s : aku juga mungkin memerlukan seorang photographer dan juga seorang graphic designer untuk novel baru aku nanti

Cara Untuk Membeli Novel Kenangan di Puncak

pix novel

Anda ingin membeli novel Kenangan di Puncak, tulisan brader pepol?  Anda berminat untuk membaca novel ini tetapi tidak tahu cara untuk membelinya? Hah mudah sahaja, turuti sahaja langkah mudah ini.

1. Mula-mula klik page "Sen Studio"

2. Kemudian, 'pm' atau 'message' sahaja pihak "Sen Studio" dengan menaip frasa ini "Saya nak Kenangan di Puncak"

3. Kemudian, tunggu mesej anda dibalas oleh seorang pemuda pengumpul jersi yang juga pemilik "Sen Studio". Dia akan menerangkan kepada anda apa yang perlu anda buat.

4. Selepas menerima no akaun dari pihak "Sen Studio", anda perlu terus lari ke stesen ATM atau kaunter bank terdekat untuk membuat bayaran. DIINGATKAN, HARGA SEBIJIK NOVEL INI BESERTA KOS  PENGHANTARAN IALAH RM 25, TANDATANGAN PENULIS JUGA AKAN DISERTAKAN SEKALI.

5. Selesai membuat pembayaran, simpan slip ATM anda, ambil gambar atau scan slip itu, dan kemudian attach kan sekali pada mesej anda di page "Sen Studio". DIINGATKAN, JANGAN HANTAR MESEJ BARU SEBALIKNYA REPLY MESEJ YANG TERDAHULU, INI UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN DAN KEROSAKAN YANG MAHA DAHSYAT.

6. Semasa anda attach gambar slip bayaran itu, sertakan sekali nama penuh anda, alamat, dan juga no telefon semasa anda.

7. Selesai membuat semua langkah di atas, anda tunggu sahaja di rumah anda, tidak lama nanti, akan ada seorang jejaka dari pos malaysia datang mengetuk pintu rumah anda untuk menghantar novel Kenangan di Puncak.

8. Baca novel ini sambil menghirup segelas tea-o suam. Selesai. 

p/s: sebarang pertanyaan, blh saja pm atau inbox fb Saiful Zamir, jangan takut, dia baik dan kacak orangnya, perghh perghh perghh.

Wordless Wednesday : Kenangan di Puncak menjelajah negara

5

p/s : tempahan untuk membeli novel Kenangan di Puncak masih dibuka

Sen Studio dan Novel Kenangan di Puncak

cover pmu

Salam buat pembaca semua, ini adalah entri yang akan menerangkan secara lanjut berkaitan novel Kenangan di Puncak. Bagi yang sudah lama membaca blog yespepol ini, pasti perasan akan kehadiran sebuah cerita yang bertajuk "Kenangan di Puncak". Cerita ini mula dipublishkan di blog ini pada 3 September 2011 dan bahagian terakhir dipublishkan pada 20 Februari 2012. Aku telah menulis 15 bab keseluruhannya di blog. Dan untuk pengetahuan, cerita ini masih ada pembaca sehingga ke hari ini. Ada rakan-rakan aku yang menyarankan cerita ini dijadikan sebuah novel, mula-mulanya aku kurang yakin, kerana siapa la aku hendak menulis novel? Tetapi aku percaya, jika tidak cuba, mana kita akan tahu hasilnya. Jadi setelah berfikir panjang, aku nekad untuk menjadikan cerita yang aku tulis di blog ini kepada sebuah novel. Dengan bantuan daripada Percetakan Mutalib Uthman dan Dubook Press, akhirnya sebuah novel bertajuk "Kenangan di Puncak" bakal dihasilkan. Kenangan di Puncak versi novel ini mempunyai beberapa perubahan besar daripada versi di blog. Antaranya ialah aku telah edit semula bahagian 1 sehingga bahagian 15 dan juga dua watak utamanya, Gadis Berjilbab dan Nikita Willy bakal mempunyai nama di dalam versi novel nanti. Bagi peminat watak Kudi, lebih banyak cerita pasal Kudi bakal dimuatkan di dalam Kenangan di Puncak versi novel, dan tidak lupa juga akan ada beberapa watak baru yang bakal dimuatkan.

Sekarang kita beralih pula kepada Sen Studio. Sen Studio ini merupakan penerbit novel Kenangan di Puncak dan merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjual novel dan membuat promosi novel Kenangan di Puncak ini. Sebab itulah, aku kemain beria-ria menyuruh kalian untuk like page Sen Studio, kerana aku tidak mahu ada diantara kalian yang terlepas pandang sebarang maklumat terbaru berkaitan novel Kenangan di Puncak. Bagi mereka yang tertanya-tanya bilakah novel ini bakal mula dijual,aku masih lagi mencari tarikh yang sesuai sebenarnya. Tetapi besar kemungkinan, paling awal novel ini akan mula dijual ialah pada 22/11/2012. Sebarang maklumat terbaru akan dimaklumkan di fb aku atau page Sen Studio. Semoga para pembaca blog ini dapat memberi sokongan yang padu kepada penerbitan novel Kenangan di Puncak, segala kerjasama dan perhatian dari kalian pembaca semua aku dahului dengan ucapan terima kasih.

p/s: Jika novel Kenangan di Puncak ini berjaya, insyaAllah novel kedua pula bakal menyusul, dan terima kasih aku ucapkan kepada Fatin Suhana kerana sudi like dan share pasal Sen Studio :)