Kenangan di Puncak Part 10

cover kenangan di puncak

"aku nampak makwe yg ko nk usha tu tadi"jwb housemate aku.

"owh ye ke,die sorg je ke?"tanya aku.

"x la,dia ngn membe2 dia pastu ada laki"balas housemate aku.

"hah laki??,owh okok"aku terperanjat tapi cuba sembunyikan.

pada sebelah malam aku on9 seperti biasa. laman sesawang mark zuckerberg menjadi pilihan,mana ada org maen friendster da sekarang ni. aku memerhati penuh teliti setiap kawan aku yang on9. aku mencari-cari nama nikita willy,namun masih belum kelihatan. mungkin menonton tv agaknya. setengah jam kemudian, orang yang ditunggu-tunggu akhirnya on9. aku terus membuka langkah yg seterusnya.

"hai awk,ingat sy lagi x?"

"hai,mestilah ingat,da byk kali jumpa awk,hihihi"

"hehehe,awk da mkn da?"

"da mkn da,bli makanan kt pasar malam tadi,wink"

"eh pasar petang la awk,kan awk pegi ptg..:p"

"hahaha,kelakar la awk ni,ye la sy pegi pasar ptg,awk tak pegi?"

"tak pegi la awk,sebab awk tak ajak sy..:p"

"hahaha,ngade la awk ni..:p"

"hehehe,awk pegi ngn bf awk tadi ek?huhuhu"

"eh x la awk,sy pegi ngn membe n classmate sy,ada2 je la awk ni..:p"

"owh ye ke,ingtkan pegi ngn bf awk tadi,hehehe"

"hahaha,apalah awk ni,sy xde bf la awk,single lagi,hihihi"

"la ye ke,hahahhaa...:p"

aku dan nikita willy asyik berbalas chat. dan kejadian ini berlarutan hingga larut malam. pelbagai perkara yg dibincangkan,dari perkara remeh,perkara besar,perkara aneh,perkara serius dan pelbagai. sume ini hanya lebih mengeratkan aku dan jugak nikita willy. terasa seperti diri aku semakin memahami dirinya dan harapnya begitulah jugak di pihak sebelah sana. saling faham memahami diantara satu sama laen.

perbualan di ruangan chat fb terhenti di saat nikita willy meminta izin untuk mengundur diri kerna sedar akan kelas pagi keesokan harinya. aku sempat bertanya kelasnya di tingkat berapa. agak menghampakan kerna tidak sama level dengan kelas aku,tapi tidak mengapa. satu pintu yang tertutup akan membuka satu pintu yang laen, kalau berkehendakkan sesuatu,haruslah berusaha untuk mendapatkannya,tidak kisah lah sesukar manapon.

pagi esk nya aku bangun lebih awal dari biasa. bangun dengan senyum meleret-leret sampai ke telinga. kudi sempat memerli aku dengan mengatakan yang aku sedang angau. angau ke,tungau ke ,langau ke,itu bukan persoalan,yang penting sekarang ini ialah aku ingin melakukan sesuatu yang istimewa pada nikita willy. aku merancang ingin memberi "suprise" kepadanya. tapi tidak la sampai datang dengan menaiki helikopter seperti yang pernah dilakukan oleh seorg anak vip kepada seorg artis popular satu masa dulu, itu poyo namanya.

ketika aku sedang bersiap-siap,aku menerima sekeping sms dari gadis berjilbab. pendek saja sms nya tapi telah merosakkan segala perancangan aku pada pagi itu.

"kelas pagi ni cancel,lec m.c"

terasa sebak jgk di hati tatkala membaca msj itu. aku sudah terbayang akan aksi aku singgah di 7 eleven, membeli beberapa keping coklat yang menjadi kegemaran nikita willy,kemudian pergi ke kelas,dan abes saja kelas,terus meluru ke kelas nikita willy,duduk terpacak di hadapan kelas dia sambil menunggu dia keluar dan bila tiba saatnya,akan aku hulurkan coklat itu kepadanya,dan dia akan menerimanya,di saat aku menghulurkan coklat itu,tangan saling bersentuhan dan masing2 mula tersipu malu. arghhh semua itu telah dipunahkan oleh mesej dari gadis berjilbab tadi.

aku melihat jam baru pukul 8 lebih. aku melihat kudi sudah bangun,lapar katanya. aku menceritakan segala perancangan aku tadi kepada kudi. kudi mendengar dengan penuh kusyuk. kepakaran kudi di dalam hal2 sebegini sememangnya diperakui,malah ada beberapa aspek di mana kudi lebih pakar jika dibandingkan dengan Dr. HM Tuah,namun disebabkan kudi tidak membukukan segala hipotesis dan hasil kajiannya berkaitan cinta,maka nama kudi tidak semegah Dr. HM Tuah.

"arghh,kalau ko gentle,ko pegi je pul time die abes kelas jap lagi,byk coklat tu"cabar kudi.

"ko biar betul,malas lah aku"balas aku.

"kalau nak malas2,sampai sudah la every weekend ko lepak kat umah je"tajam dari kudi.

aku tersentak dengan ayat tajam dari kudi itu. tiba2, peribahasa kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya berlegar-legar difikiranku. semakin lama,semakin kuat pula. betul jugak apa yang kudi cakap itu. selama ini,aku tidak pernah bersungguh di dalam hal2 sebegini,jadi mana mungkin aku akan dapat hasilnya. setelah berkerut dahi untuk beberapa ketika,akhirnya aku membuat keputusan. aku mencapai kunci motor dan helmet apolloku. motor di"start"kan dan gear dimasukkan. dari kejauhan,aku mula nampak kedai serbaneka yang dibuka 24 jam itu.

Bersambung......

p/s:patutkah aku tamatkan cerpen gadis pinky?

17 coretan ikhlas:

efa nur said...

terus bace part 10 nie..hehe ^^
nice story :)



Blog Efa Nur :)

pepol said...

efa..hehehe

Azreen Shafila Abdullah said...

nice story..sweet :)

pepol said...

azreen...thanks..:D

Anonymous said...

untung la nikita willy..name gadis berjilbab satu dua je yg kuar...kesian kt gadis berjilbab..watak die macam bakal dimansuhkan je...

Anonymous said...

what a nice story... i follow ur story diam2 tau.. ;)

sofea.db

Verrine's said...

sumpah aku geli!! =p

falynee said...

wah, romantik sungguh!
It would be a great gift if my husband-to-be mcm dlm cerita ni..hikhik

pepol said...

bizah...watak gadis berjilbab bukan dimansuhkan,tapi skrg ni tgh kisah nikita willy,dun worry

pepol said...

sofea...hehehe,good2

pepol said...

verine..kah kah kah

pepol said...

falynee..hehehe

ked said...

alamak! aku baru bace cite ni, so jgn tamatkan riwayat gadis pinky..eh?

pepol said...

ked..lambatnya ko baca,kah kah kah

FaiZaH Fyn said...

untunglaa kalau ade org sanggup buat mcm ni

pepol said...

faizah...hehehe,untung woo

Misz Ma said...

Baru je jumpa blog ni..tgk2 ade cerpen best..leh thn bro..hehe