2022 : Kisah Masa Hadapan #1
Posted In
2022 kisah masa hadapan,
cerpen
- 11:50 PM - 0
coretan ikhlas
2022. sudah sepuluh tahun berlalu selepas kenangan di puncak. jika dikira dari tahun, memang sudah lama, tapi sebenarnya 10 tahun tidak la lama mana, masa kini bergerak pantas,jumaat bertemu jumaat tanpa kita sedari. aku juga sudah hampir terlupa akan apa yang telah terjadi 10 tahun yang lepas. nikita willy entah ke mana menghilang, gadis berjilbab juga sudah lost contact dengan aku, mungkin sudah berkahwin dengan anak orang kaya.
aku duduk di hadapan laptop sambil melayari blog-blog politik. baru sebentar tadi aku melihat video kempen dari Pengerusi Parti Dacing, Dato' Wan Hamizi. ohh yeah, negara kita tidak lagi diperintah oleh Parti Dacing, sebaliknya oleh parti lagi satu itu. sudah dua pilihanraya berturut-turut Parti Dacing tewas dan Wawasan 2020 sudah berkubur. negara semakin tunggang langgang, agama berterusan dijadikan modal politik dan perpaduan diantara kaum sudah lama renggang. pada tahun depan,bakal diadakan pilihanraya umum ke 15, Dato' Wan Hamizi yakin dia akan mampu membawa kemenangan pada Parti Dacing sekaligus memerintah negara. harapan aku padanya hanya sedikit,agar dia dapat menyediakan pelan kesihatan dan struktur gaji yang lebih baik untuk pekerja bawahan seperti aku ini,itu sahaja.
aku menutup laptop. aku melihat jam di dinding,sudah pukul 7 malam. aku harus bersiap, malam ini ada perkara besar bakal berlaku. pada pukul 8 malam nanti,bakal diadakan satu reunion bagi mengeratkan kembali silaturahim di antara seluruh classmate aku. aku masih ingat ketika mereka merancang reunion ini 10 tahun lepas. macam-macam ramalan yang keluar. yang perempuan semestinya sibuk meneka-neka bilangan anak mereka bila tiba hari reunion nanti. tapi entah mengapa,aku tidak rasa excited dengan reunion ini, mungkin aku malu dengan diri aku sendiri. sepanjang 10 tahun ni, tiada pencapaian yang membanggakan dari aku, masih di takuk lama. jauh bezanya dengan mereka, ada yang sudah menjadi pengarah di hospital, ada yang sudah kerja di Dubai sana dan ada juga yang sukses dengan bisness sendiri.
jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. aku menyerang jersi yang sudah menjadi trademark sejak dari dulu lagi. selesai mengerjakan solat maghrib,aku menghidupkan enjin kereta proton Tuah warna putih milikku. sudah 6 tahun aku pakai kereta ni, itupun aku beli secondhand dari rakan sekerja aku. hajat di hati memang ingin bertukar kepada kereta lain, tapi apakan daya, beban hutan PTPTN masih lagi menghantui aku setiap hujung bulan. aku sudah tidak larat untuk menghantar kereta ini ke bengkel, ada sahaja problemnya, aku ingatkan proton sudah berubah,tapi yang berubah hanya nama model kereta,masalahnya tetap kekal diwarisi dari model yang terdahulu.
tepat jam 8 malam,aku sudah sampai di restoran yang bakal menjadi venue pertemuan pertama kami selepas 10 tahun. restoran ini tidak la terlalu mewah dan tidak pula terlalu rendah martabatnya. restoran apa yang dipilih tidak la menjadi hal kepada aku, ini kerana tujuan asal lebih kepada ingin berjumpa semula rakan seperjuangan, bukannya hendak makan,ambil gambar dengan mulut muncung dan kemudian upload di facebook, itu semua kerja budak-budak yang baru nak up. kami semua da berumur 34 tahun,jadi itu bukan lagi keutamaan kami. sudah banyak kereta memenuhi parking di luar. tapi aku masih belum ternampak wajah-wajah yang dulunya pernah aku gelakkan kerana bersungguh-sungguh membuat presentation di hadapan. mungkin aku antara yang terawal sampai.
aku nyalakan sebatang rokok sambil menunggu mereka sampai. di celah samar-samar malam,aku nampak wajah yang biasa aku lihat di dalam kelas dahulu. wajah seorang pelajar cemerlang,yang sering duduk di hadapan kelas, begitu tekun mendengar lecturer mengajar. perlahan-lahan dia berjalan menghampiri aku.
"hye pepol,awalnya ko sampai?"
"hye laila,yup dari dulu lagi aku selalu sampai awal,pegi kelas pon aku yang selalu sampai awal,eh ko cam lagi aku ek?"
"hahaha,banyak la ko sampai awal,selalu lambat je,hahaha mesti ar cam,ko tak banyak berubah pon,camtu jugak"
"aku dari dulu maintain,hehehe"jawab aku sambil menghembuskan asap rokok.
"eh kau hisap rokok sekarang ni?sebelum ni tak hisap kan?"
"kadang-kadang je,yeah rokok boleh hilangkan stress"
"asal ko nih,stress sangat ke?tak elok la hisap rokok,bahaya la"
"hey chill laila,ko ape cite sekarang ni,dengar kata dah kawen da"
Bersambung..
p/s: takut mengenangkan masa depan yang tidak menentu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 coretan ikhlas:
Post a Comment