Kenangan di Puncak Part 7

cover kenangan di puncak

"sebenarnya saya ada probs dengan bf sy"mesej dari gadis berjilbab.

"hah bf???selama ni awk ada bf ke??"aku terperanjat giler b***.

"ye la,awk tak tau ke??"bls die.

mesej yang baru diterima tu betul2 meremukkan hati aku. hancur luluh mengenangkan gadis yang selama ini ada di hati sudah mempunyai kekasih hati. aku cuba kuatkan semangat untuk membalas msg tersebut. aku cuba.

"yup,tak tau pulak,so kenapa dengan bf awk tu??"aku bls konon2 aku tengah ok.

"die curang dengan sy,huhuhu"gadis berjilbab memberi penjelasan.

selesai membaca msj tersebut,aku mencampakkan handset aku. tak la sekuat mana,nak mampos kalau campak kuat2,memang jahanam la handset aku. aku langsung tak berminat nak reply msj tu.

"lantak ko la,tu hal ko ngn bf ko,takde kaitan langsung dengan aku"jerit aku di dalam hati.

hari tu terasa sangat kelam bagi aku. kalau diikutkan hati,nak je aku pergi jauh,jauh dari sini,pergi ke satu tempat yang hanya ada aku dan satu kisah gembira,tanpa kisah kecewa. namun,mampukah aku untuk melupakan kisah duka ini??arghh

malam ini terasa panjang bagi aku.sejuk,menikam tubuhku. aku sempat menjeling ke arah handset aku. ada 7 missed call dari gadis berjilbab. aku terus off kan handset yang da 3 tahun aku pakai tu. aku cuba menggembirakan hati aku dengan menonton sitkom how i met your mother yang da lama aku simpan dalam laptop aku ni.

aku kagum dengan kehandalan barney stinson dalam mencari makwe. walaupun hubungan yang dibina lebih kepada hubungan berasaskan nafsu,tapi die tetap berjaya menakluk hati makwe yg diinginkan. sebaliknya,aku melihat diri aku tak ubah macam ted mosby yang masih kucar kacir dalam mencari gadis idamannya.

aku cuba melelapkan mata,tapi tak boleh. aku melihat ke arah kudi. sedan bersiap-sedia untuk bergayut. handset berbunyi,bukan handset aku tapi handset kudi. kudi memulakan perbualannya. tak sampai 5 minit,aku mula rasa mual,sumpah rasa nak muntah mendengar perbualan kudi dengan skandalnya. daripada mendengar perbualan tu,aku gagahkan jugak diri ini untuk tidur.

sebelah paginya,terasa berat untuk pergi ke kelas. takde mood,menyampah,sakit hati,semuanya silih berganti. aku stat enjin moto dengan muka masam mencuka. sampai di kelas,sepasang mata memandang ke arah aku. gadis berjilbab memandang aku dengan seribu tanda soal. aku memalingkan muka. aku duduk di satu sudut yang agak terpencil di dalam kelas tu. aku buat2 sedang membelek buku teks. jelas perang dingin sudah bermula.

seperti biasa,lecturer masuk,mengajar,bukak slide dan keluar tepat pada masanya. aku keluar dari kelas dengan sepantas kilat. turun tangga dan terus menuju ke motor. chee bong mengekori di belakang. stamina selaku seorang atlet membolehkan chee bong mengejar aku dengan mudah.

"bro,jom pegi makan dekat kedai biasa"soal chee bong.

"beres bos"ringkas jawabku.

sampai di kedai makan,aku terus order nasi ayam. nasi ayam kedai ni memang superb. so, aku harap dengan makan nasi ayam ni sedikit sebanyak boleh memulihkan semangat aku. sedang aku kusyuk melantak,tangan aku dicuit oleh chee bong.

"bro,tu bukan ke makwe yang ko usha tu?tanya chee bong.

"ha ah la,betul la"jawab aku.

nikita willy rupanya. die landing dekat meja sebelah. ada 4 orang lagi makwe bersama die. aku menjeling ke arah nikita willy. aku menghabiskan nasi ayam aku. aku memandang ke arah nikita willy sambil meneguk air kordial yang diberi secara percuma di kedai itu. jimat. aku menunggu dengan sabar nikita willy habiskan makanan die. aku tengok die cuma makan separuh dari nasi yang diambil. on diet kot. die bangun untuk membasuh tangan. sesudah selesai, aku bangun dan mula menghampiri die.

"hai awk"aku memberanikan diri menegur die.

"hai..."die membalas dengan wajah sedikit hairan.

Bersambung..........

p/s:tahukah anda,kisah kenangan di puncak bukan sahja blh dibaca di blog ni,tapi blh jugak dibaca di blog secret7writer,klu x silap aku slot die ari sabtu ngn ahad,korang bukak dan baca sendiri la kat tepi blog tu,malas aku nk tulis kat sini. btw, tak lama lagi merosot la business org jual loket burung hantu,wakakaka.

12 coretan ikhlas:

CintaZulaikha said...

sambung la pulak..aduhaiii, tak sabar kut nak tgu episod yg lain..cpat2 sket taipnya..(paksa2 plak aku nih..nak kena pelempang ker..hehe)

Gimi said...

la...maknenye x post dah kat sini? baca kat 7 writer?

pepol said...

cintazulaikha...hehehe,sabar tau..:D

pepol said...

gimi..eh x la,still post kt sini,kat 7 writer tu kenangan di puncak part yg sebelum2 ni..:D

Schaza Abieyza said...

hahahaha..untung larr nikita willy tu...ksian kt gadis bjilbab sebb epol xmo lyn da..part seterusnya cite kt kels je la epol...

pepol said...

bieyza...hehehe

Sue Niera said...

Lagu background ne apa ek?

pepol said...

sue..selamat pagi cinta violin..:D

ainasuhana said...

first time baca.. menarik lahh..!

pepol said...

aina...hehehe,thanks,jgn lupa baca dari part 1 ok..:D

Ann Zickler said...

emmmm... bwahahah.
kau singgah rumah aku, aku singgah umah kau.

pepol said...

ann zickler...gua segan penulis hebat mcm ko singgah umah gua ni,ahhaha