Zairo part 1


“Amin…”
Selesai bacaan yasin, doa selepas membaca yasin dan jugak sedikit doa tanda ingatan buat hamba Allah yang sudah tiada. Malam jumaat sebegini memang akan dihiasi dengan bacaan yasin untuk disedekahkan kepada insan yang telah pergi lebih awal daripada kita. Zairo hanya memandang sayu tikar sembahyang tempat dia melabuhkan punggung. Sayu dan rindu. Sayu mengenangkan ahli keluarga yang sudah tiada dan rindu akan senda tawa mereka. Zairo bangun dari tikar sembahyang dan menyeka air yang bergenang di kelopak mata. Entah mengapa pabila selesai membaca yasin pada setiap malam jumaat, perasaannya bertukar menjadi hiba. Hiba yang teramat sangat. Mungkin Zairo masih belum mampu bangkit dari kisah sedih yang berlaku kira-kira setahun yang lalu. Peristiwa yang mengubah keseluruhan dirinya. Peristiwa yang menyebabkan dia hilang kehidupannya.  Zairo masih berasa sesal kerana dia tidak berada hampir dengan kedua ibu-bapa dan kedua adik beradiknya semasa peristiwa itu berlaku. Zairo kecewa kerana dia tidak berpeluang berjumpa mereka buat kali terakhir. Peristiwa itu seolah satu tusukan padu di dalam hidup Zairo. Tiap kali dia melalui jalan itu, pasti ingatannya tidak dapat lari dari memikirkan kedua ibu-bapanya dan adik beradik yang sudah tiada.

Malam makin larut. Angin semakin kencang bertiup. Mungkin hujan sedang menunggu giliran untuk menyimbah bumi Tuhan ini. Zairo memusing kepala kearah kanan.  Memandang sepi sebuah bungkusan makanan yang seperti tidak dihiraukan itu. Ada seketul ayam goreng, sedikit kuah kurma ayam, dan nasi kira-kira satu mangkuk setengah di dalamnya. Di tepinya terlihat satu bungkusan yang diikat di bahagian tepi dengan air limau ais di dalamnya.  Zairo ingin mengisi perut yang sudah berkeroncong dari petang tadi. Sejak peristiwa sedih itu berlaku, rutin makan Zairo turut seiring berubah. Beliau tidak lagi makan seperti dahulu, iaitu makan 4 kali sekali. Sekarang beliau hanya makan sekali sehari, buktinya boleh dilihat pada tubuh badannya yang semakin melidi.  Jika tidak petang, malam baru Zairo akan makan. Untuk makan tengah hari seperti manusia lainnya memang sudah menjadi perkara ganjil dalam hidup Zairo, malah cocoklah dengan kehidupannya kini yang bila azan Asar berkumandang baru celik biji mata. Mungkin memikirkan dirinya kini seorang penganggur, jadi tiada keperluan untuk bangun awal pagi seperti orang lain. 

Zairo menghampiri bungkusan makanan yang dibelinya di gerai tepi jalan yang hanya 10 langkah dari pintu pagar sebuah sekolah rendah. Hari ini, makcik pemilik gerai itu bermurah hati memberi nasi lebih banyak dari biasa kepada Zairo. Mungkin makcik ini juga perasan akan perubahan badan Zairo yang semakin melidi sejak akhir-akhir ini. Hanya ucapan terima kasih yang mampu Zairo lafazkan tatkala melihat makcik itu menyenduk nasi lebih ke dalam polisterinenya.

“Nak,makan banyak sikit nak,dah makin kurus makcik tengok kamu tu”

“InsyaAllah makcik, saya akan cuba, makcik sorang je ke hari ini, anak makcik ke mana?”

“Owh anak makcik ke bandar, buat apa tu orang panggil medical cek ke apa entah, tak reti makcik nak menyebutnya, alah yang suruh doktor cek tu, nak tengok ada penyakit ke tidak”

“Owh itu medical check-up makcik, kenapa dia buat medical check-up,ada nak sambung belajar ke mana-mana ke makcik?”

“Ha ah, dia dapat sambung belajar ke UiTM, syukur Alhamdulillah, tak sangka dapat jugak dia sambung belajar, harapnya nanti dapat dia ubah nasib keluarga kami ini”

“InsyaAllah makcik, InsyaAllah” Zairo hanya mengukir senyuman.

Zairo membuka bungkusan itu dan menyuap nasi ke dalam mulut. Sedap, sedap seperti biasa. Namun, kunyahan Zairo terhenti seketika. Dia terkenangkan perbualan bersama makcik itu. Dari perbualan itu, dapat disimpulkan oleh Zairo betapa besarnya harapan makcik itu terhadap anak perempuannya itu. Sama seperti besarnya harapan kedua ibu-bapanya dulu semasa beliau dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM.

“Nanti bila abang dah masuk UiTM, abang belajar rajin-rajin, kejar impian abang, ummi tak mintak abang tanggung ummi, asalkan nanti abang dapat tanggung keluarga abang sendiri pon ummi dah cukup bahagia dah”

Terngiang-ngiang pesanan arwah ibu di telinga Zairo. Sebelum dia masuk ke UiTM dulu, memang besar harapan keluarga diletakkan di atas bahunya. Dan selepas 6 tahun berhempas pulas di UiTM demi mengejar segulung diploma dan ijazah, akhirnya Zairo dapat apa yang diidamkan. Tapi, adakah impiannya tercapai? Apakah impiannya adalah untuk menjadi seorang pengganggur yang hidup bergantung kepada duit insurans yang diperolehi selepas kematian kedua ibu bapanya?

Lamunan Zairo dikejutkan dengan getaran dari telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja. Jarang-jarang ada orang menghantar mesej pada tika waktu sebegini. Mungkin mesej ingin bertanya khabar dari kenalan lama. Telefon bimbit berjenama Nokia itu dicapai dengan sebelah tangan sambil Zairo ligat memikirkan siapa yang menghantar mesej kepadanya.

“Cehh, promosi dari Celcom rupanya, buang karan betul,huh!”

Zairo hanya mencebik melihat mesej yang baru dibaca itu adalah dari Celcom. Usai memadam mesej itu, terlihat Zairo seperti mengetip bibirnya yang kering itu. Mungkin tidak terlihat pada wajahnya, tapi jauh di sudut hati, Zairo amat menantikan mesej dari seseorang, seseorang yang pernah membahagiakan dia satu ketika dahulu. Tapi, itu cerita lama dahulu.

Zairo menghampiri kembali bungkusan makanan yang ditinggalkan sebentar tadi. Zairo ingin menyambung semula makan selepas terganggu oleh mesej yang diterima oleh Celcom tadi. Walaupun menyambung semula makan selepas berhenti seketika amat tidak menyeronokkan, tetapi terasa sayang pula untuk membuang makanan yang masih berbaki separuh itu. Zairo mengambil keputusan untuk menyambung semula makan walaupun nikmat kesedapan itu sudah berkurang sedikit. Sedang menguyah-nguyah makanan di dalam mulut, Zairo dapat merasakan malamnya begitu sunyi sekali. Dahulu, ketika peristiwa itu belum berlaku, rumah di pinggir kampung ini cukup meriah. Pukul 8.30 malam, semua sudah duduk berkumpul di hadapan meja untuk menikmati makan malam bersama.  Ummi sentiasa riuh ketika menghidangkan makanan. Ada sahaja bebelan yang keluar dari mulutnya. Ummi seringkali lupa untuk meletakkan sudu di dalam setiap hidangannya, dan tanggungjawab itu biasanya akan dibereskan oleh Zairo. Mimi, adik perempuan Zairo, pula sering bertelagah dengan Zamri, adik lelaki Zairo.

“Mimi, kau buatlah air tea-o, dekat rumah ni semua minum tea-o, kau sorang je yang minum milo”

“Ahh takde takde, adik nak buat milo jugak, angah nak minum tea-o, angah buat sendiri”

“Sudah, jangan bergaduh, ayah nak minum fresh orange hari ni, semua kena ikut,ummi!! buat fresh orange malam ini” Ayah, selaku ketua keluarga, mula bersuara.

“Hahahahaha” kami semua ketawa serentak. Akhirnya, tiada milo atau tea-o pada malam itu,sebaliknya semua kena minum fresh orange.

Mata Zairo mula bergenang pabila teringat akan kenangan itu. Kenangan makan bersama-sama keluarga. Di meja makan itulah tempat di mana semua ahli keluarga berkumpul, bergurau senda dan sekali sekala berselisih faham. Ayah, selalu ada untuk meleraikan pergaduhan diantara adik beradik ini.

Tetapi, kini meja makan itu hanyalah sebuah perabot usang yang langsung tidak terusik. Tiada lagi makanan yang dihidangkan di atasnya, tengah hari atau malam, sebaliknya kini menjadi tempat untuk cicak yang berada diatas sana untuk melepaskan apa yang digelar tahi cicak. 

Zairo bangun menghampiri meja makan usang ini. Terlihat beberapa ketul najis cicak yang mampu membantutkan selera makan. Zairo hanya menggelengkan kepala. Tidak sanggup melihat meja makan yang sering menjadi tempat sekeluarga berkumpul itu kini berada dalam keadaaan yang menjijikkan.  Perlahan –lahan Zairo mengelap dan membuang segala kotoran yang terdapat di atas meja makan itu menggunakan kain buruk yang baru sahaja diambil oleh beliau di dapur sebentar tadi. Sedang leka mengemas meja makan itu, telinga Zairo tertancap akan deringan daripada telefon bimbitnya.

“Arghh Celcom ni,banyak pulak hantar mesej malam ni”

Zairo membuka inbox telefon bimbitnya dan terlihat sekeping mesej yang belum dibaca. Tatkala membuka mesej itu, wajah Zairo berubah serta merta. Mesej ini memang mengejutkannya, bukan isi kandungannya tetapi….pengirimnya. Seseorang yang pernah membuat dia khayal dalam alam cinta.

Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku kan terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan terhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu                                                       tomok – bagaikan bidadari

p/s: cerita yang dah lama aku tulis, novel Kenangan di Puncak sudah tidak banyak, boleh order jika tidak mahu terlepas



Looser Abadi part 4


Hentian bas Pekeliling. Jam 11 pagi. Aku turun dari bas dengan wajah yang sugul. Ayah baru dikebumikan semalam dan hari ini, aku sudah berada di Kuala Lumpur. Aku tinggalkan begitu sahaja emak dan adikku terkontang kanting tanpa nakhoda. Aku lari dari tanggungjawab, tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi menggantikan ayah.
Mana hala tuju aku selepas ini? Ke mana aku harus pergi? Rumah Ikram. Aku perlu menumpang teduh di rumahnya terlebih dahulu sebelum aku menentukan langkah seterusnya. Aku menaiki tangga stesen monorail Titiwangsa. Tidak ramai orang, maklumlah belum tiba lunch hours.
Lagi 5 minit monorail akan sampai. Aku duduk menunggu di satu sudut. Terlihat sepasang kapel sedang berpelukan setentang dengan tempat aku berdiri. Melayu, mungkin budak sekolah barangkali, yang ingin melampias nafsu tanpa ada rasa serba salah. Melihatkan si gadis dalam pelukan si jejaka itu, aku teringat akan Liza, kekasih Ikram. Busy kah dia, kalau tak, boleh dia temankan aku hari.
“Bro, aku ada Titiwangsa ni, nak pergi rumah kau, kau ada tak?”
Sekeping mesej dihantar kepada Ikram. Tak sampai seminit, Ikram membalas.
“Aku takde dekat rumah la, kau try contact Liza, dia ada kunci rumah aku”
“Liza? Minah tu bukan study shah alam ke? Camne aku nak jumpa dia?”
“Boleh tahan jugak pendingnya kau ni, kau kan dari KL nak ke shah alam, nanti jumpa la dia dulu dekat seksyen 2, amek kunci dulu, bangang!”
“Hahaha, celaka sorry bro, aku tengah kacau, wokeh bakmai no tepon Liza”
Aku terus menyimpan nombor telefon Liza. Sedang monorail dari Titiwangsa ini mula bergerak perlahan meninggalkan stesen, aku berkira-kira untuk menghantar mesej kepada Liza. Menghantar mesej kepada makwe orang ni, lain pendekatannya. Kalau tersilap cara, boleh menimbulkan rasa cemburu di sebelah pakwe dan rasa tidak mau layan di sebelah makwe.
     “Hai si cantik, ada masa untuk saya tak?”
5 minit berlalu. Liza masih belum membalas. Mungkin gadis secantik dia biasa mendapat mesej sebegini saban hari, yang dihantar oleh ratusan lelaki yang kepingin kasih sayang. Monorail mula melewati stesen Bukit Bintang, stesen yang menjadi tumpuan selain KL Sentral. Aku memerhati orang yang keluar masuk dari monorail ini sambil terasa getaran di dalam telapak tangan. Satu mesej diterima.
     “Nak main-main, aku takde masa,okbai”
Mesej dari Liza membuatkan aku tersenyum sinis. Makwe yang garang, dan sukar dijangka. Aku suka.
     “Oi Liza, ni Azne, aku nak mintak tolong kau sikit ni” aku berterus-terang memberitahu siapa aku.
     “Azne?? Jangan nak main-main la, bila masa pulak mamat tu tau nombor aku???”
Perempuan, memang tinggi sifat curiganya, tidak mudah percaya, tetapi sekali dia sudah percaya, faham-faham sendiri la. Memandangkan Liza masih belum percaya yang aku Azne, sepupu Ikram, aku harus menelefonnya.
     “Hai Liza, Azne sini”
     “Hello, la betul-betul Azne ke? Mana kau dapat nombor aku ni? Kau spy aku ke?”
Belum apa-apa, dah macam-macam dia tuduh aku, biasa la perempuan.
     “Aku mintak dekat Ikram la, aku nak mintak tolong kau ni, kau ada kunci rumah Ikram kan?”
     “Ha ah, ada, asal, kau ada dekat mana ni?”
     “Aku dalam monorail ni, dah nak sampai dekat KL Sentral, nanti aku nak jumpa kau kejap dekat Shah Alam, nak amek kunci rumah Ikram”
     “Owh ok, nanti pape mesej je, aku dah habis kelas ni, nak jumpa lecturer kejap”
     “Wokeh si cantik”
     “Bangang”
Perbualan bersama Liza tamat, dan aku sudah sampai di KL Sentral. Jalanraya yang sibuk menyukarkan aku untuk menyeberang jalan. Kini, hanya tinggal satu step sahaja lagi untuk aku sampai ke Shah Alam, iaitu dengan menaiki bas rapid bernombor U80. Memandangkan hari ini bukan hari minggu, maka tidak terlalu ramai yang menunggu bas. Aku pasti akan mendapat tempat duduk di dalam bas nanti.
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi penumpang. Tidak ramai penumpang, hanya ada beberapa orang gadis yang aku bilang pelajar sebuah universiti di Shah Alam dan beberapa orang lelaki warganegara Bangladesh. Bas perlahan-lahan melewati sebuah kawasan warna-warni yang digelar Little India. Sebuah kawasan yang didominasi oleh masyarakat India. Dulu, kawasan ini tidak secantik sebagaimana sekarang, tapi segalanya berubah pasca PRU 12 selepas menyaksikan sokongan masyarakat India beralih kepada pembangkang. Kerajaan cuba mengembalikan sokongan dengan pelbagai cara dan salah satunya dengan memperindahkan semula kawasan ini. Bangang. Masih banyak lagi isu tertunggak yang menjadi permasalahan masyarakat India yang perlu dipandang kerajaan, dan mereka bukanlah mendambakan hiasan indah di tepi jalan seperti yang dinikmati mereka sekarang ini.
Ketika bas sudah mula melewati kesibukan bandaraya Kuala Lumpur, aku termenung sendirian, memikirkan pintu rezeki yang masih belum terbuka untuk aku.  Ayah sudah tiada untuk menyara makan minum aku. Mak tidak bekerja, mana mungkin dia mampu untuk menghulurkan wang. Aku mengeluarkan skrol ijazah yang aku bawa bersama. Besar pengharapan aku pada dua keping sijil yang tertera nama aku ini. Apakah dua helaian sijil ini mampu memberikan senyuman kepada aku kelak?
What will I be years from now
What will I wear, how will I look?
I think too much, I think too much

Celaka. Aku perlu menentukan hala tuju hidup aku sekarang. Aku tidak lagi berada di dunia yang serba serbi mudah. Dulu, hendak makan, guna sahaja duit pinjaman. Hendak berhibur, guna sahaja duit pinjaman. Kini, semuanya sudah berakhir, yang baru bermula ialah hutang aku bersama PTPTN. Satu bentuk penindasan terancang dari kerajaan tersayang.

Monolog aku terhenti tatkala bangunan Shah Alam Convention Centre mula menjengah pandangan mata. Aku sudah semakin hampir dengan Seksyen 2. Aku membetulkan duduk, dan menarik beg ke sisi.

“Aku dah nak sampai seksyen 2, kau dekat mana?” mesej ringkas untuk Liza.

“Aku dah sampai seksyen 2” juga ringkas dari Liza.

“Celaka, cepatnya kau sampai, tak sabar betul nak jumpa aku”

“Woi giler, aku pergi print assignment dekat belakang ni la tadi”

Liza sudah berada di Seksyen 2 rupanya. Cergas minah ni. Aku turun di Seksyen 2 yang di sebelah kirinya terdapat banyak kedai makan. Sebaik turun, mata melilau-lilau mencari gadis genit yang berjaya menambat hati sepupu aku ini.

Nah itu dia Liza, sedang menanti aku dengan skuter Yamaha Ego. Gadis genit yang tampak selesa memakai blouse pink polka dot. Terserlah kecantikan di dalam persalinan ringkas itu. Aku berjalan menghampirinya. Mata jantanku meliar memerhati tubuhnya atas bawah. Badannya menggiurkan, itu kesimpulan ringkasku.

“Jauh kau datang print assignment” aku menegurnya.

“Dekat sini murah, lagipun aku jumpa member kejap tadi, cepat betul kau balik sini?”

“Emm sini murah ye, pastu kos kau isi minyak semua, jadi lebih kurang je kan, dengan tengah panas terik ni, buat gelap kulit kau je nanti”

“Tak payah nak caring sangat ye, aku dah ada bf, sepupu kau pulak tu”

“Aku just cakap apa yang semua laki akan cakap bila ada makwe cantik macam kau depan dieorang, eh mana kunci rumahnya?”

“Dah sudah, tak payah kunci, jom naik dengan aku, aku pon nak lepak sana jugak”

“Siot!! Motif kau nak lepak dengan aku pulak? Ikram kan takde”

“Peduli apa Ikram takde, aku memang nak lepak situ, dah la jom cepat, panas ni”

Aku menurut sahaja kehendak si Liza ni. Rezeki yang datang jangan ditolak. Dapat juga aku berseronok dengan makwe orang di dalam rumah kosong itu. Line clear beb line clear!!

Take a look at my girlfriend
She’s the only one I got
Not much a girlfriend
I never seem to get a lot

Aku membonceng di belakang Liza. Kelakar. Sepatutnya,aku yang berkromosom XY ini membonceng Liza, yang berkromosom XX. Tapi, ini sudah terbalik pula. Mata-mata liar di tepi jalan mula menjeling aneh kearah kami. Persetan mereka, kini aku selasa duduk membonceng di belakang gadis secantik Liza. Terbit juga rasa bangga.

Aku merapatkan badanku dengan Liza. Aku dapat menghidu baum perfumenya. Mukaku dirapatkan ke kepalanya. Aku dapat mencium bau rambutnya dan boleh meneka syampu apa yang digunakannya. Sedang aku di khayal sendiri, Liza menyergah.

“Oi apahal kau rapat sangat dengan aku ni? Belakang sikit la giler”

Liza mula tidak selesa dengan tingkah laku aku. Mungkin. Di dalam hatinya kita tidak tahu apa yang sedang dia rasakan. Kami mula memasuki kawasan Seksyen 6, Shah Alam.

“Wei, tapau makanan dulu, aku dari pagi tak makan, lapar” aku mengarahkan Liza agar singgah membeli makanan terlebih dahulu.

“Aku pon tak makan lagi ni”

Kami berhenti membeli makanan di sebuah kedai yang aku sifatkan agak murah. Satu stategi yang bijak dari pemiliknya. Menjual dengan harga yang murah di kawasan yang dimonopoli dengan pelajar ini, hasilnya, kedai makannya penuh sehingga ke belakang.

Kami sudah sampai di flat usang yang menjadi tempat Ikram berteduh. Cuaca di luar masih panas. Selesai mengunci skuter, aku dan Liza mendaki anak tangga menuju ke rumah Ikram di tingkat 4. Liza membuka grill dan pintu, sambil aku membuka kasut.

Aku meletakkan beg yang dibawa dari kampung ke dalam sebuah bilik kosong di dalam rumah ini. Liza meletakkan makanan yang dibeli tadi di ruang tamu, atau lebih tepat ialah di atas lantai. Rumah ini tiada meja makan. Bukan semua photographer hidupnya senang. Itu realiti. Mungkin hanya mewah pada musim cuti sekolah.

“Letak la dulu Liza beg kau tu” aku menegur melihat beg sandang Liza yang masih erat di bahunya.

Ketika Liza menunduk untuk meletakkan beg sandangnya, aku terpandang sesuatu yang sering menjadi igauan kepada mereka yang digelar lelaki.

p/s: boleh contact aku kalau nak beli novel Kenangan di Puncak

Kiamat Diri

21.12.2012. Jumaat. Jam 11 pagi. Aku mencelikkan mata, dan memandang sekeliling. Segalanya masih serupa, tiada yang berubah. Aku bingkas turun dari katil doubledecker dan terus meninjau dari tirai kamarku. Hujan. Sejuk sampai ke tulang. Aku menghala ke ruang tamu. Ibu dan ayah tiada, mungkin bertandang ke rumah tok siak masjid untuk mengambil buah langsat, seperti yang dibebelkan oleh ibu malam semalam. Aku mencapai remote Astro yang kebanyakkan butangnya sudah tidak berfungsi. Jam 11, hari jumaat, tiada cerita yang menarik. Jemariku pantas menekan butang saluran berita yang disediakan oleh saluran televisyen berbayar ini. Besar harapanku untuk melihat Khairunnisa Kasnoon membaca berita pada pagi ini, tapi hampa, bukan dia, sebaliknya wartawan lelaki yang pernah hampir ditembak oleh askar Israel tatkala menyertai satu flotila antarabangsa sedikit masa yang lalu.

Mulutnya lantang membacakan berita perihal sekumpulan manusia yang terkenal dengan muzik k-pop sedang meraikan kejayaan berjaya mengelak kiamat di hadapan sebuah replika kuil Mayan. Ada yang menyanyi, ada yang melompat, ada yang sekadar tersengih. Tidak kurang, ada juga yang mengambil gambar berlatarbelakangkan kuil itu lengkap dengan persalinan jubah hari graduasi. Bangang apakah ini? Apa yang diraikan mereka? Ya aku tau, kiamat belum terjadi, filem 2012 yang memaparkan jahanamnya kotaraya New York sudah boleh diklasifikasikan sebagai filem jenaka, tapi apa benar dunia masih belum kiamat? Benar, dunia belum kiamat melalui bencana besar-besaran, tapi isi dunia itu sendiri iaitu kita semua, sudah lama kiamat. Anak-anak derhaka kepada ibu bapa, nyawa manusia boleh dicabut sewenangnya, kebenaran boleh ditutup dengan wang ringgit dan kuasa, yang korup dijulang semahunya, pasak bumi ditarah sesuka hati, apa ini semua bukan kiamat pada kita???

Aku tekan butang Off pada remote dan aku sambung tidur di sofa.

p/s: 21.12.2012, genap sebulan novel pertama, Kenangan di Puncak berada di pasaran, lekas dapatkan, stok sudah tidak banyak :)

Horizon Cinta : Lorong Cinta

horizon cinta1


Tap tap tap. Bunyi tapak kasut aku di lorong yang sunyi itu. Sudah jauh aku berjalan di lorong ini. Belum ada sesiapa yang aku temui. Terlihat di hujung sana, sekujur tubuh terbaring layu mengharapkan ehsan dari yang sudi. Aku menghampirinya perlahan-lahan. Bau busuk menusuk hidung. Aku lihat dirinya seperti seorang yang sakit jiwa. Apa sebabnya? Aku memandang sekeliling, jika ada tertulis dimana-mana akan jawapannya. 
Hampa. Tidak kelihatan. Sedang aku berkira-kira untuk pergi dari situ, lalu satu pasangan yang usia mereka sudah melewati separuh abad. Aku menegur mereka. Mereka berbisik-bisik kecil mengatakan itulah orangnya yang menjadi gila sesudah cintanya ditolak. Aku sedikit tersentak, tak sangka hanya kerna cinta, sampai begitu akibatnya.
3 bulan selepasnya, lorong itu masih sunyi. Tetapi, sudah ada dua tubuh yang terbaring layu. Sudah ada dua orang yang sakit jiwa hanya kerna cinta. Saat hari sudah mula gelap, pasangan separuh abad tadi kembali melalui lorong itu.
“Bang,da ada 2 orang gila dekat lorong ni,tapi yang sorang tu, bukan ke yang pernah kita tegur dekat sini dulu bang???”

p/s: InsyaAllah, projek Horizon Cinta ini akan menjadi kenyataan tahun hadapan, zine Horizon Cinta akan menjadi produk kedua Sen Studio, mudah-mudahan..

Kenangan Di Puncak menjelajah negara

15

13

12

11

10

9

8

7

5

4

3

1

p/s: novel Kenangan di Puncak kini memasuki fasa-fasa akhir jualan, order cepat sebelum kehabisan, boleh pm aku ye