2022 : Kisah Masa Hadapan #5

cover kisah masa depan

"kah kah kah"


"dah kenapa ko ni pepol, gelak tak tentu pasal ni, apa yang kelakar sangat tu?" bonda ternyata pelik melihat perlakuan aku yang ketawa secara tiba-tiba.

"kah kah kah,kahwin jugak dia ek,macam kelakar je,kah kah kah" aku terus ketawa sambil cuba membayangkan Farhana duduk bersanding di atas pelamin.

"La apa yang kelakarnya pepol oi, biasa la, da sampai jodoh, kahwin la dia, tak kelakar pon, yang kelakarnya ko tu, entah bila nak kahwinnya, umur dah tua dah, dok layan sangat frust tu, cari la pengganti wei" Erin menempelak aku.

"Pfuhhhh!!!" tersembur aku sebaik sahaja mendengar bebelan dari Erin disusuli dengan gelak tawa dari mereka semua.

Dikatanya aku terlalu melayan perasaan sehingga tidak kahwin sampai sekarang. Ahh, menempelak memang mudah. Tapi, mereka tidak tahu apa sebenarnya yang aku lalui sepanjang 10 tahun ini. Bukan aku tidak mahu mendirikan rumah tangga, tapi...tapi..semacam ada sesuatu yang menghalang aku dari terus mengatur langkah untuk ke gerbang perkahwinan. Mungkin, aku masih terkesan dengan kenangan lalu.

"Pastu, si Farhana ni datang ke tidak?" aku cuba untuk mengalih topik perbualan.

"Datang, kejap lagi sampai la tu, katanya datang dengan si Bizah" Bonda menjawab pertanyaan aku.

"Hah Bizah pon datang?perghh mabeles, tokey besar pon datang, dengar cerita, galeri tudung dekat seksyen 7 tu dia punya sekarang ini, betul ke Bonda?"

"Ha ah, betul la tu, kemain kaya da si Bizah tu sekarang ni, ha ko kalau nak start buat business boleh tanya dia pepol, kalau setakat nak harap duit gaji, memang tak kaya pepol,hihihi"

"Huh, boleh dipertimbangkan jugak tu, tak larat jugak da aku ni, asyik kerja makan gaji je, da la tiap-tiap hari kena marah"

"Ha kenapa tiap-tiap hari kena marah, ko buat apa?"

"Takde buat ape pon, dia takut aku ngorat bini dia kot,kah kah kah"

"Sabor je la dengan ekau ni pepol, tak berubah langsung, dari zaman study sampai la dah kerja, camtu la jugak perangai ekau ni" Nana bersuara sambil menjaga kedua anak kembarnya.

"kikiki, eee lambat la bebudak ni, aku dah lapar ni, dulu zaman belajar pon dieorang ni selalu lambat jugak"

"Oi oi oi, aku rasa, sepanjang 2 tahun kita belajar dekat puncak alam, muka yang selalu lambat datang kelas ko tu ha, si chee bong pon awal dari ko, tau tak?" Erin terus mengasak aku.

"Eh yeke, tak perasan pulak, maybe time aku datang awal tu, korang tak datang kelas kot,kah kah kah" aku cuba membalas.

"udah-udah la tu mengarutnya pepol, tunjuk sikit contoh baik dekat budak-budak kecil ni, budak-budak ramai ni ha" Bonda memberi nasihat seperti biasa.

"Wokeh bonda, ha tu macam bunyi kereta, si Farhana dengan si Bizah la kot"

Bersambung...

p/s:keep praying..

4 coretan ikhlas:

Wadi AR said...

novel kau ke? Menarik beb

pepol said...

wadi AR..hahaha,berangan nk tulis novel

ghost writer said...

leh tahan juga kau nulis, pol. patut kau teruskan juga ni, kalau dapat, buat dalam bentuk buku terus.

pepol said...

ghost writer..thanks bro,yup klu ikutkan perancangan mmg nk serius menulis,tapi belum ada peluang lagi..:D