10 Hari Mencari Cinta #3

cover 10 hari

Rabu. Ada perhimpunan Kokurikulum pada pagi ini. Semua segak memakai pakaian beruniform masing-masing. Aku seperti biasa menyarung sepersalinan baju Pengakap. Ramai sungguh yang menyertai persatuan Pengakap ni,tapi dalam ramai-ramai ni, aku percaya,berapa ketul je yang hafal at least Persetiaan Pengakap. Sedang berbaris itu, aku terpandang akan kelibat Izah, ya Izah student baru yang cantik manis itu. Dia memakai uniform berwarna ijau dan berseluar biru hitam. Maka aku tau bahawa dia seorang ahli Pandu Puteri. Satu yang aku musykil berkenaan dengan Pandu Puteri ini, mengapa para pemimpinnya memakai uniform lain iaitu sepersalinan biru penuh manakala para ahlinya memakai uniform kaler hijau?nampak sangat mereka cuba membezakan diantara pemimpin dan juga ahli biasa. Para pemimpin ada kelas tersendiri dan tidak boleh disamakan dengan ahli biasa. Owhh dari peringkat sekolah lagi rupanya kita sudah diasuh untuk mengagungkan para pemimpin.

Perhimpunan pada hari itu habis agak lewat kerana ada sesi pertunjukkan kawad kaki dari ahli Pandu Puteri. Ada beberapa muka yang aku kenal di dalam pertunjukkan kawad kaki ini. Tapi ada satu muka yang aku kenal tidak membuat persembahan pada hari ini. Izah hanya duduk berbaris di kalangan ahli Pandu Puteri. Dari kejauhan, aku nampak wajahnya agak teruja menyaksikan persembahan itu, sekali sekala dia tersenyum dan ketawa langsung menampakkan sebaris gigi yang memutih. Mungkin dulu di sekolah lamanya, dia juga biasa membuat persembahan sebegini, tapi di sini,dia orang baru, perlu masa sebelum diberi kesempatan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama yang lain.

Di dalam kelas, suasana agak hiruk pikuk. Geng Pandu Puteri masih lagi sibuk bercerita perihal persembahan mereka di perhimpunan tadi. Masing-masing ada pandangan tersendiri, ada yang bangga, ada yang kurang berpuas hati dan ada juga yang jeles kerana tidak terpilih untuk membuat persembahan. Izah pula aku lihat sedikit sugul di tempat duduknya. Mungkin dia juga teringin untuk membuat persembahan dan berkongsi detik itu bersama geng Pandu Puteri yang lain. Sedang kelas masih lagi berada di dalam keadaan hiruk pikuk, kami semua dikejutkan dengan utusan yang dibawa oleh ketua kelas.

“pagi ni sampai rehat,takde kelas sebab semua cikgu mesyuarat”

Pengumuman separa kuat itu disambut dengan gegak gempita oleh seluruh ahli kelas. Mereka yang pernah bersekolah pasti tau akan rasa “heaven” nya bila cikgu tak masuk ke kelas. Ini peluang baik untuk aku cuba mendekati Izah. Ketika keadaan kelas masih lagi gegak gempita, perlahan aku menghampiri Izah lantas menarik kerusi kayu dan duduk di hadapannya. Tangan diletakkan di atas meja dan mulut mula bersuara.

“hye Izah, boleh saya duduk dekat sini?”

“ko ni pehal nak duduk depan aku nih??!!!”

Aku sedikit terperanjat dengan apa yang keluar dari mulut si cantik ini. Boleh tahan garang minah ni, tapi aku suka.

p/s:kini aku nampak sendiri apa yg pernah kawan baik aku ceritakan pada aku satu masa dulu

8 coretan ikhlas:

eva said...

wahhh!! first time masok blog ni, baca mencari cinta episod 3 sgt menarik, trus bukak episode 1 dan 2.. dah habis bc! wahh!! suka bc.. pernah buat novel ker?? interesting story awak ni

xsbr episode yang ke 4!!! hehe.. ur blog masok dlm list blog segak bergaya sy utk lelaki hehe..

Nong Andy said...

"garangnya minah ni, tapi aku suka"

aku suka yg itu :)

pepol said...

eva...hahaha,xpernah buat novel la,just suka menulis,owh thanks coz letak kt blog list,really appreciate it..:D

pepol said...

nong andy...hehehe,tq..:D

eva said...

xper..hehe harap satu hari nanti plss buat novelll!!...

pepol said...

eva..hehehe,thanks btw jemput singgah baca kenangan di puncak
http://yespepol.blogspot.com/2012/01/kenangan-di-puncak.html

ghost writer said...

dah tentulah pimpinan yang paling atas dalam organisasi yang ajar kita semua tentang perbedaan tuh.

pepol said...

ghost writer..yup,contohnya berada di kepimpinan teratas