Kenangan di Puncak Part 9

cover kenangan di puncak

"eh awk buat ape kt cni,tgh hari baru je jumpa kt kedai nasi ayam tu kn"aku memulakan bicara.

"hahaha,sy jalan2 ngn housemate sy,then singgah kt sini,awk dtg sorg je ke?"bls nikita.

"eh x la awk,xkn la dtg sengsorang,sangat aneh tu,sy pon dtg ngn housemate sy,tapi dieorg da jalan ke mana tah,sy kat sini tengok guinea pig,comey"bicara aku.

"owh camtu,eh awk minat guinea pig ke?sy suka la guinea pig,sgt comey,hihihi"nikita membalas.

"emm minat2,tapi dia gigit kn?"aku bertanya.

"eh x la awk,dia x gigit la,ni mesti takut ni kn2,hihihi"nikita mula bergurau.

"eh mane ada,sy x takut la awk,hahaha,sy rileks je dgn benda alah ni tau"aku cuba berlagak.

"ececece,ye la tu,hahaha eh awk k la,sy nk pegi tgk2 baju jap,nanti jumpa lagi"nikita meminta mengundur diri.

"ok awk,eh awk cmne sy nk contact awk ek?"cubaan aku tuk mendapatkan no telefonnya.

"hihihi,fb kn ada,awk blh contact sy guna fb kn,k la awk,tata"nikita cuba mengelak.

"owh okok,tata si cantik"aku membalas sambil tersenyum.

ada dua keseronokan yg aku dpt dalam masa sehari. aku langsung tidak menyangka,di saat aku sedang menguatkan diri aku menghadapi detik sukar bersama gadis berjilbab,aku dipertemukan dengan seorang gadis yg seolah-olah ditakdirkan utk aku,bukan sekali,tetapi dua kali.arghh ini memang gila.bagi gadis berjilbab pulak,argghh biarkan la dia,biarkan dia menghadapi sengsara itu berseorangan. mengapa harus libatkan aku??dia yang meletakkan dirinya di dalam lubang masalah,mengapa perlu aku terjun sekali ke dalamnya dan membawa beliau keluar??

"pul,jom pegi kedai spek kt ujung tu,org ckp makwe yg jaga kedai tu cantik"kudi memecah khayalan aku.

"arghh ko,x abes2 dengan makwe,tapi betul ke cantik?"aku membalas.

"la betul la,jom la pegi,sambil tu blh beli spek"kudi memulakan rancangan dia.

"jom2"ringkas dari aku.

selepas selesai membuat beberapa pembelian bijak di uptown,kami semua menjamu selera. selesai menjamu selera,kami bergerak pulang kerana merasakan sudah tiada apa lagi yg blh dibuat di saat jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. jalan raya yg agak lenggang memungkinkan kami tiba di puncak alam dengan lebih cepat. walaupun keadaan jalan di meru agak teruk,namun kami masih sampai awal di rumah.

sampai sahaja di rumah,aku terus mencapai laptop dan membuka laman sesawang yg diasaskan oleh mark zuckerberg. tanpa berlengah, page nikita yang paling awal aku jengah. terlihat beberapa keping gambar yang baru diambil oleh rakannya semasa di uptown tadi. nikita terlihat manis dengan blouse warna purplenya. sungguh cocok dengan potongan badannya yang slim. aku sempat komen gambar2 nya. komen di saat awal pagi sebegini lebih selamat kerana tidak ramai yang membaca timeline di tepi tu. berbeza jika kita on9 pada waktu puncak seperti pukul 10 malam,dengan mudahnya segala aktiviti kita seperti memuji makwe,meng'like' gambar makwe,atau "add" makwe hot dengan mudahnya akan dapat dikesan.

selesai aktiviti meng'komen' gambar nikita,aku membelek handset aku. aku set alarm ke satu waktu yang aku rasakan sesuai untuk aku bangun dan kemudian meneruskan hari sibuk aku. kemudian,aku membuka inbox handset aku. terlihat beberapa keping mesej dari gadis berjilbab. usai membaca mesej2 itu,terbit rasa ingin tahu akan apa keadaan dia sekarang. aku terus menaip namanya di ruangan search pada fb aku. last status nya adalah 5 jam yang lalu. sudah menjadi kelaziman pada gadis berjilbab untuk tidur awal dan bangun awal. satu ciri yg semakin menghilang pada anak gadis di zaman sekarang ini. siapa yg bersalah di dalam hal ini??

aku membaca dengan teliti status2 nya. agak menyedihkan dan boleh disimpulkan dia sedang menghadapi ujian yang maha dahsyat di dalam hidupnya. mau aku tulis di sini statusnya itu tapi tidak baik kita mengaibkan orang,jadi biarlah status itu menjadi rahsia antara aku,dia dan jgk rakan2 fb nya. kalau nk tau jgk,pegi tanya dia,jgn tanya aku. habis membaca segala status gadis berjilbab,aku mengambil keputusan untuk tidur. tidur kali ni agak berbeza kerana kenangan dua kali bertemu dengan si nikita willy pasti akan muncul di alam mimpi aku. dan aku mengharapkan,dia akan muncul di dalam mimpiku, sama2 melalui detik indah bersama. untuk dating pertama kali ini,aku merasakan taman tasik titiwangsa sesuai untuk menjadi latar scene cinta aku ni. 5 minit kemudian, aku tertidur.

aku bangun di saat alarm handset aku berbunyi. aku menoleh dan terlihat kudi masih berdengkur. sudah menjadi kelaziman untuk aku bangun lebih awal dari kudi. tapi satu benda yang aku puji tentang kudi,dia masih sudi memasak untuk aku walaupun aku selalu sepak dia dalam usaha untuk mengejutkan dia dari tidur. walaupun tendangan aku agak kuat,namun aku percaya,dia tidak merasa sebarang kesakitan hasil dari badan comel yang beliau miliki. namun hari ni,aku tidak sampai hati untuk menyepaknya,terbit rasa kasihan di hati ini. aku mengejutnya penuh lembut,seperti seorang ibu yang mengejutkan anaknya dari tidur untuk bersiap pergi ke tadika. percubaan kali pertama tidak berjaya,percubaan kali kedua diteruskan,dan masih belum berjaya. sampai percubaan kelima,nak tak nak aku mengambil keputusan untuk menyepak jugak si kudi ni. serta merta dia bangun dan sedar akan kewajipannya. namun hari itu,aku membantu dia memasak di dapur,dan itulah yang pertama dan terakhir.

tiada aktiviti pada hari ini. aku dan kudi hanya on9 di bilik yang paling besar di rumah sewa ini. mungkin keesokkan harinya baru ada aktiviti yang boleh dilakukan. pada hari sabtu sebegini aku biasanya hanya pergi ke pasar malam yang terletak di shah alam 2. benda yang wajib dibeli ialah air kelapa dekat gerai makwe comel tu. aku sempat menjeling ke arah jam,baru pukul 5, masih terik untuk aku keluar mencari makanan di pasar malam itu. kelihatan beberapa orang housemate aku sudah mula bersiap untuk pergi ke pasar malam. aku membiarkan mereka pergi dulu,dan aku akan menyusul kemudian.

20 minit kemudian,mereka pulang sambil membawa pelbagai juadah di tangan. ada yang membeli murtabak,bakso,pau,ayam uncle bob dan tak lupa jagung manis. sedap katanya jagung manis yang dibeli itu.

"pul,aku rasa aku nampak someone la tadi"beritahu seorg housemate aku .

"hah sapakah??"

Bersambung....

p/s: di samping cabaran final exam,mencari tempat utk praktikal pon blh tahan jgk mencabar nya

6 coretan ikhlas:

hanaahmad said...

sempat lagi..exam dah habis? keh3

pepol said...

hana...kah kah kah

Schaza Abieyza said...

untung larr nikita willy...tp mane satu ek die?saje nk wat org mencari2 ek..

pepol said...

biza...hahah,tadi ada dlm exam hall

Verrine's said...

Nice...bab yg status gadis jilbab tu klaka.haha

pepol said...

fira..hehhee