Kisah di Tahun Baru

136293307
"maen betul2 la woi"

pada malam sambutan tahun baru,aku sempat meninjau-ninjau pertunjukan bunga api di tempat aku duduk menimba ilmu ini. terlihat ramai warga tempatan membawa keluarga masing-masing bagi menikmati percikan bunga api di udara. seraya esok hari minggu, jadi tidak timbul masalah untuk tidur sedikit lewat pada malam ini demi menikmati detik 12 tengah malam. ketika aku sedang menikmati percikan bunga api tersebut,telefon bimbit aku berdering. tiada no kelihatan,hanya tulisan "private number". pasti panggilan ini dari seseorang yang kaya ataupun berpangkat.

pepol : hello,sape bercakap??
abramovich : ni abramovich,owner chelsea
pepol : owh ho,apa macam bos,ada baik ka?
abramovich : kurengg la bro,lu ada tengok games kelab gua tadi?
pepol : xde la,gua tgk games team setan merah je tadi,apasal?
abramovich : team gua kalah lagi la,da 4 games epl team gua x menang ni
pepol : la ye ke,teruk betul team lu,abes tu nape lu tepon gua ni?
abramovich : gua nk mintak pendapat ckit,gua tengok Andre Villas Boas tu cam tak blh blah je
pepol : hahhaa,lu nk pecat die ke?leklu,jangan terburu-buru
abramovich : nk rileks kepala hotak kau!!team gua da turun no 5 da ni
pepol : kah kah kah,lu ni cepat gelabah la,lu kene bagi die masa,die baru lagi,umur pon muda lagi
abramovich : boleh caya ke cakap lu ni?gua ingat nk angkat m. karathu ganti die
pepol : kah kah kah,baik lu amek karl heinz weigang
abramovich : gua serius ni bro,jgn memain
pepol : hahaha,rileks ar bro,ari ni dah 1 januari kn,da boleh beli player,lu bli defend sorg,attacking midfielder sorg,extend kontrak drogba dan jual torres tu,konpem team lu power punya
abramovich : owh camtu ke?ok bos nanti gua try dlu,nanti kalau ada pape lagi gua kontek lu lagi,ok bos adios
pepol : okok

begitulah cerita sambutan di tahun baru 2012 untuk aku.

p/s:tahun 2012 tahun naga ek?

2011 dan Kisahnya

tumblr_kvjgk2cl4v1qaxd1go1_500

2011. bakal berlalu dan tidak akan kembali lagi. tahun yg diibaratkan seperti roller coaster di dlm hidup aku. ada kala aku tersenyum lebar mengenangkan kenangan yg berlaku di sepanjang tahun ini,namun adakalanya muka langsung tidak blh diangkat melambangkan masalah yg menggunung di kepala. 2011 bg aku blh la dipecahkan kepada dua bahagian iaitu awl tahun dan akhir tahun. awal tahun merangkumi dari januari hinggalah ke jun dan akhir tahun pula meliputi julai sehinggalah disember.

aku memulakan 2011 dengan minat yg berbunga-bunga terhadap fotografi. sampai ke hari ini,aku masih bergelumang dengan hobi namun aku mula memperlahankan rentak aku di dalam bidang ini, hasil kesibukan menghadapi hari2 ku di kampus dan cuaca yang kurang baik semenjak dua menjak ini. terus terang aku ckp,detik antara januari hingga jun 2011 merupakan antara saat terburuk dalam hidup aku,aku melalui antara saat-saat sukar dalam hidup aku. apa benda yang aku alami itu tidak perlu dinyatakan di sini,cukup la sekadar aku nyatakan ia memang memeritkan dan kalau boleh,aku tak mahu secebis memori pon melekat di dalam ingatan aku.

separuh kedua 2011 pula,ada beberapa petanda positif mula muncul. selepas sekian lama bercuti,aku memulakan semester baru dengan sedikit rasa kurang bersemangat,hasil keputusan semester lepas yang barai. namun,perubahan yang berlaku di dalam kelas aku setidaknya memberi sedikit sinar yang mana mungkin akan ada satu anjakan di dalam pelajaran aku di semester ini. separuh kedua 2011 juga aku mula melibatkan diri di dalam dunia baru. dunia yang pernah menjadi minat aku semasa aku kecil tetapi mula menghilang ketika aku meniti usia dewasa. namun,kini aku kembali menyalakan minat itu dengan harapan ia mampu memberi kepuasan kepada diriku. apa dia dunia itu tidak lah perlu dinyatakan di sini.

dan mengenai 2012 pula,sejujurnya aku takut menghadapi tahun di mana yusri dan lisa surihani bakal bernikah ini. seawal januari aku bakal diuji dengan satu ujian besar yang bakal menentukan samada aku mampu menamatkan pengajian aku tepat pada masanya atau tidak. dan jika berjaya mengharunginya, pada bulan mac aku bakal diuji pula dengan kehidupan sebagai seorang pelatih di sebuah tempat yang sebenarnya aku tak suka pergi iaitu hospital. dan menjelang julai,kemungkinan besar aku bakal hilang status yang sudah sekian lama aku pegang iaitu "pelajar".

bakal tiba masanya di mana aku akan membawa resume dan pergi ke "interview". antara saat yang paling menakutkan dan paling bermakna di dalam kehidupan seseorang. bila memperkatakan tentang pekerjaan, semestinya kalau boleh aku nk kerja secepat mungkin,memikirkan hutang dari PTPTN yang sudah siap sedia menanti. namun, benda-benda macam ni banyak bergantung kepada rezeki dan nasib seseorang. kalau ditakdirkan rezeki datang awal, maka sudah bekerja la aku pada tahun 2012 nanti, dan andai ditakdirkan rezeki itu lambat tiba,maka di rumah ibu dan bapa la tempat menumpang teduh nanti.

"pada hari gelap,kita memasang mimpi,pada hari terang,kita jadikan ia realiti"

p/s:yang sambut tahun baru tu,jaga perangai ek,aku xnk dengar ada insiden mengandung luar nikah

Wordless Wednesday : Rindu Sekolah

rindu sekolah

p/s:di sekolah lah gua blaja menulis

Gadis Pinky Part 2

GADIS PINKY COVER


"emm hai,emm sapa ni ek"pinky membalas dalam kehairanan.

"owh lupa nk kenalkan diri,nama sy zarul,awk ni pinky kn"zarul memperkenalkan diri.

"yup,member2 sy panggil sy pinky,tapi sy tak kenal awk,sowi"pinky membalas.

"yeah sebelum ni mmg awk tak kenal sy,tapi skrg da kenal kn"zarul masih mencuba.

"owh ok,nice to know you zarul"pinky membalas sambil tersenyum.

"owh yeah,awk nk pegi mkn kn,jom sy belanja"zarul mula menunjukkan belangnya.

"eh xpe la awk,sy da janji nk mkn ngn siti ni ha,owh ya ni kwn sy,kenalkan siti"pinky cuba mengalih topik.

"hye siti,sy zarul,awk best friend pinky kn"

"yup,sy siti dan jgk best friend pinky,ngee"bls siti yg mula tersengih-sengih.

"jom siti,ajak kwn awk,si pinky makan dengan sy dekat cafe"zarul masih mencuba.

"eh xpe la awk,buat susah awk je,lagipun sy dah janji dengan siti,next time ok"pinky menolak secara baik.

"emm next time ek,promise??"zarul masih belum berputus asa.

"okok,promise"pinky membalas dan tersenyum menampakkan lesung pipit.

pinky berlalu pergi bersama siti dan meninggalkan zarul keseorangan. zarul lantas membatalkan niatnya untuk makan di cafe tersebut lalu bergerak menuju ke arah bangunan fakulti. selesai membayar makanan,pinky dan siti mengambil tempat di meja makan.

"hei pinky,nape kau tolak camtu je org nak belanja tadi, rugi tau"siti mencemuh.

"awk,kita kan tak kenal die,baru 1st time jumpa,takkan terus nak mkn dengan die??mane boleh macam tu awk"pinky cuba menerangkan pada siti.

"ahh ko ni,makan je kot,bukan nya buat pape pon,tapi kn,zarul tu ensem la,kn2??hihihi"siti mula menggedik.

"tengok tu awk ni,kita baru kenal die la awk,kena hati-hati tau"pinky membalas.

"ok la,tak nak sudah,rugi betul tolak rezeki,da la jom makan"siti makan sambil memuncungkan mulut.

"awk jgn la ckp camtu kt sy,sedih sy,tak pe,hujung minggu ni sy belanja awk tgk wayang ok??"pinky cuba utk memujuk siti.

"ok"jawab siti selamba.

mereka menghabiskan makanan sambil diselangi dengan gelak tawa. nyata hubungan yg sedikit berkocak tadi disebabkan oleh zarul mula pulih. keakraban mereka sungguh jelas kelihatan,mungkin kerana mereka saling melengkapi. yg seorangnya cukup lemah lembut dan bersopan santun manakala seorang lagi tegas,kasar tapi berhati baik.

hujung minggu yang dinanti pon tiba. mereka berdua menuju ke pusat membeli belah. mengikut perancangan asal, mereka sepatutnya keluar berempat,tapi memandangkan dua lagi sahabat ada komitmen laen,jadi mereka hanya keluar berdua sahaja. sampai sahaja di sana, mereka mula menuju ke arah panggung wayang. mereka membeli tiket filem yg dinanti-nantikan. memandangkan tayangan hanya bermula dalam masa sejam lagi,mereka mengambil keputusan utk shopping terlebih dulu.

mereka mula masuk dari satu outlet ke satu outlet yg laen. pinky sempat menyambar sehelai dress. dan seperti yg dijangka,dress yang dipilih masih tidak dapat lari daripada minatnya iaitu pink. dress pink itu dibeli dengan senyuman lebar sehingga ke telinga. selepas selesai membeli belah, mereka menuju ke eskalator utk pergi ke tingkat atas. sedang mereka berada di atas eskalator,mereka terpandang kelibat seseorang yg amat mereka kenali.

"eh pinky,tu shima kn,tapi sape laki kt sebelah die tu??"

Bersambung...

gadis pinky part 1

p/s:gua dah tgk video bercinta selepas kawen tu,kudi siap nangis2,gua cool je

Malam Pra Graduan

tumblr_ltfi8vfbV41qgng3do1_500

malam itu gua pakai sepasang baju melayu lengkap dengan samping,tanjak dan jgk tersemat keris di pinggang. gua sempat menjeling ke arah cermin. nampak dengan jelas gua jauh lebih hensem dari adlin aman ramlie time die jadi sultan melaka dlm filem termahal malaysia satu ketika dulu. gua menjeling ke belakang. terlihat kudi sedang berhempas pulas untuk mengikat samping. faktor badan yang comel memberi kepayahan yang bukan kepalang kepada kudi untuk mengikat samping.

gua dan budak2 umah bersiap-siap utk ke dewan agung tuanku canselor(DATC) tempat berlangsung nya malam pra graduan ni. sampai sahaja di sana, sume sibuk mencari pasangan masing2. barulah grand berjalan di karpet merah jika ada pasangan,katanya lah,gua tak tau pon. gua tercari-cari princess gua. dari bbm yang gua dpt tadi,katanya da sampai. sedang gua tercari-cari tu,bahu gua ditepuk dari belakang.

"eh awk,sy kt sini lah"

"eh awk kat belakang sy ek,puas sy cari tau,ingtkan princess sy ni tak dtg"aku tersenyum.

"eh mane blh tak datang,sy kena la temankan prince sy ni"jwb princess gua tersipu-sipu.

gua pon merangkul tangan princess gua dan mula menuju ke arah karpet merah yang sudah terbentang. dari jauh gua da blh nampak ramai couple2 yg sedang berbaris untuk melintasi karpet merah. ada yg dah lama couple,ada yg baru couple,ada yg buat2 couple,dan ada yg sekadar teman tapi mesra.

gua memimpin tangan princess gua di karpet merah. seperti yg dijangka,kehadiran gua dilimpahi dengan sinaran dari lampu flash DSLR. sume photographer yg bertugas berebut-rebut hendak amek pix gua dgn princess. al-maklumlah,ini kali pertama gua bwk princess gua ni di majlis rasmi. gua melangkah dengan penuh yakin di karpet merah dan terus menuju ke ruang makan.

makanan sudah siap terhidang. gua dengan princess mengambil tempat. acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis. gua kesian melihat pengacara majlis yg terlalu bersungguh untuk membuat lawak. ko rileks je la der, lawak tak boleh dipaksa-paksa,biar ia dtg secara semula jadi. tiba giliran Dekan memberi ucapan. habis saja ucapan, persembahan pon dimulakan.

gua mula menjamu selera. sekali sekala,gua sempat berbisik-bisik dengan princess gua. walaupun bermuka lejen,elemen romantik tu masih ada dlm diri gua. dari jauh gua nampak kudi duduk bersebelahan dengan princess die. boleh tahan jugak,die bayar ke ape untuk princess tu lepak sekali dengan die.

selesai persembahan dari mereka2 itu, tibalah masa untuk bergambar. ini merupakan masa yg paling dinantikan oleh makwe2 yg menghadiri majlis2 sebegini. dan keesokkannya,timeline fb akan dipenuhi dengan seribu macam gambar yg diupload. gua membawa princess gua utk mengambil gambar. gua memilih photographer yg paling berbakat utk mengabadikan kisah dongeng gua bersama princess gua di malam yg bakal diingati selamanya.

sedang gua asyik bergambar,tangan gua ditarik ke belakang. gua berpusing ke belakang.terlihat seorg makwe dengan habis bengis sedang mencekak pinggang sambil menjeling tajam ke arah gua. makwe itu mencapai segelas air oren di atas meja dan dengan lajunya die menyimbah air oren itu tepat ke muka gua. gua tergamam,segalanya berlaku dengan begitu pantas. princess gua terkejut sambil membuka mulut seluas-luasnya. semua org di sekeliling juga turut terkejut.

"berani kau curang dengan aku!!!"jerit makwe itu kepada gua.

gua mula konpius. bila masa pulak gua curang dengan die. giler ke ape makwe ni,atau die rabun malam??sume pertanyaaan itu berlegar di ruang sempit otak gua. dan tidak semena-mena,satu tendangan padu hinggap di perut gua. makwe itu mengangkat tinggi kakinya. gua terpelanting ke belakang. kepala gua terhentak di atas lantai. gua mula merasa pening hasil hentakan yg kuat itu. princess gua dtg menghampiri. air matanya jatuh menitik di atas pipi gua. saat gua memandang ke arah matanya, gua mengenggam erat tangannya,dan di saat itu,mata gua mula kuyu dan akhirnya tertutup habis.

gua bangun bila terdengar azan maghrib berkumandang. gua menoleh ke arah jam dinding. jam menunjukkan pukul 7 malam. dan gua sedar,bahawa sume itu adalah mimpi gua belaka. wakakaka

p/s:klu org provoke kita,kita diam je...:D

Seminggu 2 Kali

tumblr_lj2ymbkpok1qbh9beo1_500

jam menunjukkan pukul 8 malam. gua tgk kudi tgh tersengih-sengih di depan laptop. apa benda yg menggelikan hati sgt pon gua tak tau. perut gua da mula berbunyi. makanan yg dimakan tgh hari tadi dah abes dihadam.

"kudi,jom pegi pasar mlm,aku lapar ni"

"tunggu kejap,lagi 15 minit"

gua tak suka betul time lapar2 cmni,die blh nk bertangguh-tangguh pulak. satu sepakan manja hinggap di belakang kudi, disusuli dengan satu pulasan di telinga.

"okok,tunggu aku pakai baju kejap"jawab kudi.

gua turun ke bawah sambil menunggu kudi bersiap. gua berdiri di hadapan rumah. terlihat 3 org makwe melintas di hadapan rumah gua. gua pon senyum2 kambing dekat dieorg. hampa. takde sorg pon yg balas,ada sorg tu siap buat muncung lagi. gua sabar je,kalau ikutkan hati,memang da hinggap selipar saiz 9 da dekat makwe yang buat mulut muncung tu.

hari ni hari rabu. sudah menjadi kewajipan utk gua pergi ke pasar malam dekat umah gua ni. gua pon tumpang moto kudi. sampai di pasar malam, kelihatan ramai orang sedang rancak membeli juadah untuk dibawa pulang. ada yg beratur panjang utk membeli ayam uncle bob,ada pula memilih yong tau fu dan tidak lupa kepada yg sekadar membeli jagung. sedap dan manis katanya.

gua memilih lauk yg sedap utk dimakan. selepas membayar,gua pon duk mengekor di belakang kudi. terlihat beberapa makwe menegur kudi. ini jelas menunjukkan kudi lebih femes dari gua. mungkin faktor badan yg comel membuatkan kudi lebih menonjol di kalangan makwe jika dibandingkan dengan gua.

gua singgah di satu gerai yg gua tak penah miss utk pegi. gua keluarkan duit seringgit,balance duit isi minyak motor petang tadi.

"awk nk air ape?"tanya makwe jual air tu dekat gua.

"sy nk air kelapa la awk,satu tau,hehehe"jwb gua penuh manja.

ketika makwe itu sedang menuangkan air ke dlm bekas,gua memandang ke arah bajunya. kali ni die pakai baju kotak2. sabtu lepas,die pakai baju hitam,rabu lepas pulak baju merah. sampai camtu sekali gua ingat pasal makwe ni.

"ni dia air kelapa awk"

"owh ok awk"jwb gua.

"nanti datang lagi tau"ckp makwe tu sambil tersenyum manis.

"mestilah,nanti dpt jumpa awk lagi"jwb gua penuh confident.

gua berlalu dari gerai tersebut dengan hati bunga-bunga. terasa seolah dunia ini dibawah tapak kaki gua. gua mencari-cari di mana kudi. gua pusing ke belakang dan ternampak kudi sedang berjalan menghampiri gerai jual air tadi. gua pon pergi ke arah kudi. sampai di situ,gua mendengar dengan jelas perbualan kudi dengan makwe tersebut. saling tak tumpah dengan apa yang gua bualkan sebelumnya. rupanya, itu memang dialog yg digunakan untuk semua customer die.

dan hari itu gua blaja "something" tentang cinta.

p/s:ribuan terima kasih diucapkan kpd korg sume yg sudi membaca kisah kenangan di puncak,dan bertambah syok klu korg sudi share kan entri kenangan di puncak tu dekat fb atau twitter korg,supaya lebih ramai org blh membacanya,thanks korg sume..:D

Kenangan di Puncak Part 7

cover kenangan di puncak

"sebenarnya saya ada probs dengan bf sy"mesej dari gadis berjilbab.

"hah bf???selama ni awk ada bf ke??"aku terperanjat giler b***.

"ye la,awk tak tau ke??"bls die.

mesej yang baru diterima tu betul2 meremukkan hati aku. hancur luluh mengenangkan gadis yang selama ini ada di hati sudah mempunyai kekasih hati. aku cuba kuatkan semangat untuk membalas msg tersebut. aku cuba.

"yup,tak tau pulak,so kenapa dengan bf awk tu??"aku bls konon2 aku tengah ok.

"die curang dengan sy,huhuhu"gadis berjilbab memberi penjelasan.

selesai membaca msj tersebut,aku mencampakkan handset aku. tak la sekuat mana,nak mampos kalau campak kuat2,memang jahanam la handset aku. aku langsung tak berminat nak reply msj tu.

"lantak ko la,tu hal ko ngn bf ko,takde kaitan langsung dengan aku"jerit aku di dalam hati.

hari tu terasa sangat kelam bagi aku. kalau diikutkan hati,nak je aku pergi jauh,jauh dari sini,pergi ke satu tempat yang hanya ada aku dan satu kisah gembira,tanpa kisah kecewa. namun,mampukah aku untuk melupakan kisah duka ini??arghh

malam ini terasa panjang bagi aku.sejuk,menikam tubuhku. aku sempat menjeling ke arah handset aku. ada 7 missed call dari gadis berjilbab. aku terus off kan handset yang da 3 tahun aku pakai tu. aku cuba menggembirakan hati aku dengan menonton sitkom how i met your mother yang da lama aku simpan dalam laptop aku ni.

aku kagum dengan kehandalan barney stinson dalam mencari makwe. walaupun hubungan yang dibina lebih kepada hubungan berasaskan nafsu,tapi die tetap berjaya menakluk hati makwe yg diinginkan. sebaliknya,aku melihat diri aku tak ubah macam ted mosby yang masih kucar kacir dalam mencari gadis idamannya.

aku cuba melelapkan mata,tapi tak boleh. aku melihat ke arah kudi. sedan bersiap-sedia untuk bergayut. handset berbunyi,bukan handset aku tapi handset kudi. kudi memulakan perbualannya. tak sampai 5 minit,aku mula rasa mual,sumpah rasa nak muntah mendengar perbualan kudi dengan skandalnya. daripada mendengar perbualan tu,aku gagahkan jugak diri ini untuk tidur.

sebelah paginya,terasa berat untuk pergi ke kelas. takde mood,menyampah,sakit hati,semuanya silih berganti. aku stat enjin moto dengan muka masam mencuka. sampai di kelas,sepasang mata memandang ke arah aku. gadis berjilbab memandang aku dengan seribu tanda soal. aku memalingkan muka. aku duduk di satu sudut yang agak terpencil di dalam kelas tu. aku buat2 sedang membelek buku teks. jelas perang dingin sudah bermula.

seperti biasa,lecturer masuk,mengajar,bukak slide dan keluar tepat pada masanya. aku keluar dari kelas dengan sepantas kilat. turun tangga dan terus menuju ke motor. chee bong mengekori di belakang. stamina selaku seorang atlet membolehkan chee bong mengejar aku dengan mudah.

"bro,jom pegi makan dekat kedai biasa"soal chee bong.

"beres bos"ringkas jawabku.

sampai di kedai makan,aku terus order nasi ayam. nasi ayam kedai ni memang superb. so, aku harap dengan makan nasi ayam ni sedikit sebanyak boleh memulihkan semangat aku. sedang aku kusyuk melantak,tangan aku dicuit oleh chee bong.

"bro,tu bukan ke makwe yang ko usha tu?tanya chee bong.

"ha ah la,betul la"jawab aku.

nikita willy rupanya. die landing dekat meja sebelah. ada 4 orang lagi makwe bersama die. aku menjeling ke arah nikita willy. aku menghabiskan nasi ayam aku. aku memandang ke arah nikita willy sambil meneguk air kordial yang diberi secara percuma di kedai itu. jimat. aku menunggu dengan sabar nikita willy habiskan makanan die. aku tengok die cuma makan separuh dari nasi yang diambil. on diet kot. die bangun untuk membasuh tangan. sesudah selesai, aku bangun dan mula menghampiri die.

"hai awk"aku memberanikan diri menegur die.

"hai..."die membalas dengan wajah sedikit hairan.

Bersambung..........

p/s:tahukah anda,kisah kenangan di puncak bukan sahja blh dibaca di blog ni,tapi blh jugak dibaca di blog secret7writer,klu x silap aku slot die ari sabtu ngn ahad,korang bukak dan baca sendiri la kat tepi blog tu,malas aku nk tulis kat sini. btw, tak lama lagi merosot la business org jual loket burung hantu,wakakaka.

Wallet RM 50

cute-domo-wallet-Favim.com-197957

gua membuka wallet gua. terlihat sekeping duit rm50. duit kaler laen langsung takde. gua terus membelek kalendar dekat dinding. gua kira2,ada lebih kurang dua minggu lagi sebelum elaun dari PaMa gua nk masuk. gua mula risau. mcm2 yg gua pikir,mane cukup rm5o nk hadap tuk dua minggu.

"nak tak nak gua kene blk umah jgk minggu ni,klu tak,masak gua"bisik gua dlm hati.

gua dgn cergas terus meluru ke stesen bas. tak nampak muka2 yg wajib blk tiap2 minggu. mungkin busy sangat dengan assignment sampai tak sempat nak balik.

"kak,tiket untuk hari jumaat malam ada lagi tak?"soal gua.

"ada,nak bape keping?"bls kakak jual tiket.

"kalau sy dtg dengan girlfiend sy nak dua keping,tapi datang sorg je ni,bagi sekeping je la"jawab gua selamba.

gua boleh nampak kakak tu tarik muka. peduli apa gua,bukan nya tiap2 minggu gua kena jumpa kakak ni. gua naik bas dgn penuh pengharapan. kalau2 gua dapat duduk sebelah awek cun hari ni. hampa. seorang makcik bertudung labuh sudah pon landing baek punya sebelah seat gua. sebagai jejaka yang masih ada nilai ketimuran,gua lemparkan senyuman yang cukup menawan kepada makcik tersebut.

gua terus pakai earphone sambil pasang lagu ombak rindu. gua da pon sampai bila gua tersedar. gua da nampak wajah seorang wanita yang melahirkan gua 23 tahun yang lepas. gua terus menuju ke rumah. di rumah,gua hanya menghabiskan masa menonton tv. sekali sekala gua hadap pes 2009. gua mmg malas nak on9 time kat umah. tenet lembap.

selepas dua hari di rumah,akhirnya tiba masa untuk gua pulang ke tempat gua mencari ilmu. lepas je gua cek tiket, gua terus bersalaman dengan mak gua. ketika bersalam tu,gua perasan ada kertas kat tangan mak gua. gua kait kertas tu guna tangan. gua mula tersengih bila nampak ada dua keping duit rm50.

gua naek bas dgn senang hati. gua langsung tak pandang awek yang duduk sebelah gua ni. dalam hati,gua amat yakin dengan duit rm1o0 ni, cukup la untuk belanja dua minggu. sampai di rumah sewa, gua terus on9 facebook. dua hari tak on9 time kat umah memang menyeksakan.

tengah kusyuk on9,gua tertarik dgn design jersi team tony fernandez ni. gua cek size die,mmg ada size gua. tanpa berfikir panjang,gua terus order nk angkat sehelai. lepas isi sume details yg diperlukan,gua gagahkan diri idup enjin moto then pegi cash deposit untuk buat bayaran.

lepas buat bayaran,gua sengih macam kerang busuk. tak sabar rasanya nak tunggu jersi ni sampai. mane ada orang pakai lagi jersi team QPR ni,memang rare sungguh. gua terbaring kepuasan sambil berangan memakai jersi. selepas setengah jam terbaring,gua mula terpikir something.

"cukup ke duit balance rm50 untuk belanja selama 2 minggu??LOL!!!"

p/s:lepas repeat baru kita sedar,sedar yg memang x mungkin kita akan dapat dekan..

Jom Beli Online

tanpa kita sedari,kita menghabiskan kebanyakkan dari masa kita dgn melayari internet. mcm2 yang kita bukak,dari laman sosial,blog,website2 ilmiah,website download lagu,movie mcm2 lagi la. semua info yg kita nak blh didapati dari internet. dan skrg ni, sudah menjadi trend pulak,utk kita membeli barang melalui internet. bukan sahaja menjimatkan masa,malah kita blh membeli tidak kira masa,x kisah la da pukul 2 pagi pon,kita masih blh membuat order kn?so,ini ada satu website yg dibangunkan oleh sekumpulan pelajar uitm puncak alam di mana kita blh membeli beberapa jenis barang yg berbeza seperti baju,tudung,shawl,produk kesihatan,pelbagai jenis kek dan jgk muffin.

nani6
alaa comey ny

nani1
yang ni pon ada

di samping korg membeli,website ni jgk memberi peluang kpd korg utk menjual barang2. so kpd sesiapa yg berminat utk memulakan business ataupun memang da ada business dan ingin mengembangkan lagi business korg blh la menjadikan website ni sbg platform. so jom la kita sama2 melayari website www.jombeli.biz. akhir kata,selamat membeli...:D

p/s:kisah kenangan di puncak bakal disambung tak lama lagi,so dun worry ok..:D

Gadis Pinky Part 1

GADIS PINKY COVER
gadis pinky

Gadis pinky. cantik,manis,berseri,sesuai dgn gelaran yg diberi. masih asyik duduk di hadapan cermin, sedang gigih memasukkan contact lense ke dlm mata, sbg elemen terakhir dlm menyerlahkan lagi penampilannya. kulit yg putih gebu, hidung yg mancung, pipi yg tembam, bibir yg mungil menjadikan gadis pinky idaman setiap lelaki.

"cepat la pinky,kita da lambat ni,nanti nk berebut lif lagi" jerit siti.

"kejap la awk,kita tgh betulkan shawl kita ni, kejap awk tau" balas si pinky.

pinky bukan lah nama sebenarnya, tapi hanya kerna obses terhadap warna pink, maka melekat la gelaran pinky. seluruh teman baiknya, di kolej penginapan dan jugak di kls lebih selesa memanggilnya sebagai gadis pinky. hari itu, seperti biasa, si pinky menyarung shawl berwarna pink dan berbaju kurung pink.

"hye pinky,cantik hari ni"sapa izah kepada pinky.

"hye izah,thanks awk,awk pon nampak cantik jugak"balas si pinky sambil tersipu-sipu.

pinky menuruni anak tangga dgn penuh cermat. terserlah keayuannya yg membezakannya dgn gadis lain. sampai di lif,sudah ramai yg menunggu. ketika gadis2 sedang masam mencuka menunggu lif, pinky masih mampu melemparkan senyuman.

"pinky, ko nih asyik tersenyum je,tak panas ke tunggu lif ni?"tanya siti.

"walaupun pelbagai dugaan dtg,kita kena hadapi dgn senyuman siti, cewaahhh..."jawab pinky.

pinky menaiki lif dan siti menekan butang tingkat 10. di dlm lif, terlihat beberapa pelajar seolah berbisik sesama mereka selepas melihat pinky. pinky hanya membalas dengan senyuman manis. pintu lif terbuka dan pinky melangkah keluar bersama siti.

"pinky,aku rasa bebudak tu tadi kutuk kau la"getus siti.

"jangan la cakap camtu siti,kita tak dengar pon apa yang dieorg bincangkan, tak baik berprasangka buruk tau"balas pinky.

"dieorg mesti jeles sebab ko cantik pinky"ckp siti kepada pinky.

"hahaha,awk pon cantik siti"balas pinky.

pinky berjalan menuju ke kelas. pinky melihat jam tangan pink di tangan kirinya. jam sudah menunjukkan pukul 8.30,tapi kelibat lecturer masih belum kelihatan.

"hai pinky,cantik la awk punya shawl"puji niki.

"eh shawl biasa je ni awk,sy beli kt member saya,byk shawl yang die jual,murah2 dan cantik pulak tu"jwb pinky.

pinky membetulkan shawlnya dan mengeluarkan buku dari begnya. sedang pinky membelek-belek buku teks nya, kelihatan shima mula bangun dari tempat duduknya dan datang menghampiri pinky.

"eh pinky,aku ada something nak cakap kat ko ni"soal shima.

"awk nk cakap apa shima?"bls pinky.

"ni ada member aku ni nk berkenalan dgn ko,die nk no tepon ko,blh x?"soal shima.

"emm,kawan shima tu kenal sy ke?bls pinky.

"emm tak kenal kot,tapi die ada nampak pinky dekat lif,sebab tu die nak kenal dengan pinky"terang shima panjang lebar.

"emm camni awk,sy bukannya tak nak bagi,tapi sy kurang selesa la bagi no tepon sy dekat orang yang saya tak kenal,sowi tau awk"jawab pinky penuh sopan.

"emm tak pe la kalau camtu,nanti aku ckp dekat member aku"bls shima.

pinky hanya membalas dengan senyuman. terlihat jelas dua lesung pipit yg diwarisi dari ibunya. lecturer sudah pon masuk ke dalam kelas. kelas pagi itu hanya selama dua jam. namun, pelajar dilepaskan lebih awal dari biasa kerna lecturer ada meeting.

"pinky,jom pegi mkn,aku lapar la"siti membuat muka.

"alolo,cian nya kat kawan sy yg cute ni lapar ek,jom sy temankan pegi makan ok?"pinky membalas.

mereka menuju ke cafe yg sering menjadi tumpuan para siswi di kampus ini untuk makan. sambil berjalan, mereka sempat berbincang tentang "plan" hujung minggu ini. sudah tentu menonton filem cinta di panggung wayang menjadi pilihan sambil membeli belah di outlet2 terkenal. sedang mereka berbual-bual dan tiba-tiba...

"hai si gadis pinky"

pinky memalingkan mukanya dan terlihat seorg jejaka sedang berdiri.

Bersambung....

p/s: Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Nafsu Durjana

tumblr_l9o013V4of1qzcd3bo1_500

jam menunjukkan pukul 10 malam. malam masih muda. lelaki itu membuka laptop vaio nya. sambil menunggu laptop di "on" kn, lelaki itu mencapai rokok dunhill lalu dinyalakan. terlihat segelas kopi di sisi laptopnya. hidup yg serba lengkap. berjawatan besar, memandu kereta toyota camry dan tinggal di banglo mewah. lelaki dambaan wanita,gelaran selayaknya.

lelaki itu pantas membuka "facebook"nya. lelaki itu membalas beberapa komen dan msj dari skandal2 nya. sedang meneliti beberapa status di "home" facebook nya,lelaki itu tertarik kpd satu pix yg diupload oleh gadis yg sekian lama menjadi impiannya. diamatinya dlm2 pix itu, cantik,sexy,mengancam.

"u bidadari paling cute dlm dunia ni". lelaki itu komen pix tersebut. si gadis yg masih menuntut di ipt dan berusia awal 20an mula membalas dgn komen yg sedikit nakal. "alaa u ni,suka puji i cmtu,bile u nk blanje i?hihihi". lelaki itu mula rasa bergelora, nafsu mula membuak-buak, saat itu, isteri dan anak2 adalah org terakhir berada di dlm fikirannya.

"i sentiasa di sini utk menggembirakan u,esk i bwk u kuar ok?". lelaki itu mula memasang jerat.
"ok u,nanti u contact i ok,u ada kn number i,hihihi"si gadis membalas. lelaki itu terus mencapai iphone miliknya lalu menaip msj yg dipenuhi ayat2 manis. selang beberapa ketika, lelaki itu tersenyum sinis,menandakan jerat sudah mula mengena.

mlm keesokkannya, toyota camry milik lelaki itu meluncur laju menuju apartment si gadis. 5 minit menunggu, terlihat susuk tubuh si gadis begitu menawan disaluti dress merah menyala. rambut blonde dan potongan dress yg seksi di bahagian dada menggiurkan lelaki itu. pintu sebelah kiri dibuka dan si gadis duduk sambil melemparkan senyuman.

lelaki itu membawa si gadis ke mkn malam impian di hotel mewah. saat keluar dari kereta, terpancar kebahagiaan seolah mereka sedang hangat bercinta. lelaki itu mengambil tempat di meja mkn bersama si gadis. mereka bergurau senda,kadang2 lelaki itu cuba menyelitkan lawak berunsur lucah,dasar hidung belang.

selesai menikmati makanan, lelaki itu mempelawa si gadis utk naik ke bilik. atas alasan mahu berehat sebelum pulang ke rumah. mereka berpegangan tangan sambil menuju ke bilik. saat itu, mereka sudah hanyut dilanda asmara, si gadis lupakan keluarga di kg dan lelaki itu lupa akan anak bininya. mereka melangkah ke dlm bilik, dan di saat lelaki itu menutup pintu bilik,kita semua tahu apa habuan yg dinikmati lelaki itu di malam penuh dingin.

p/s:korg nk pegi tgk "Ombak Rindu" tapi xde shawl nk pakai?ha jom cek sini.