“Fizo, makeup artist dieorang sediakan ek?”Tanya Dyan.
“yup, hari pertandingan nanti,kita pilih ar makeup artist mana yang kita minat then dia akan makeup model kita,kita just explain makeup macam mana yang kita nak”
“owh ok,so sekarang ni,team kita ada bape orang? Ijoy,aku,ko,Hariz ngan Saleha,so 5 orang la ek,takpe ke 5 orang,bukan syarat dia nak 4 orang je ke satu team?”
“takde la,aku da discuss aritu ngan organizer dia,dieorang tak kisah bape orang pon satu team,tapi photographer dengan model mesti sorang je,tak boleh lebih”
“owh ok,so bila kita nak discuss ni?nak bincang baju semua,aku Saleha tu pon tak pernah tengok lagi ni,cantik ke wei?”
“hey,ko macam tak tau Hariz punya taste macam mana,cantik la wei,aku da tengok gambar dia,itu yang Hariz duk angau sampai kemain duk amek gambar sunset,ahahha”
“hihihi,tau takpe,gelabah mamat tu,mula minat amek gambar awan,sekarang minat amek gambar sunset pulak,hihihi”
Keesokkan harinya, mereka duduk berkumpul untuk pertemuan julung kalinya bagi membincangkan persiapan bagi menghadapi contest mendatang ini. Hariz datang bersama Saleha, Dyan datang bersama Ijoy, dan Fizo datang bersama…err sorang. Mereka duduk berbincang dengan focus diberikan pada pakaian dan makeup.
“pakaian sapa nak handle ni?”Tanya Ijoy sedikit keras.
“bab pakaian sy boleh uruskan,sy ada kenal kakak owner butik baik punya”jawab Dyan sambil mengangkat tangan.
“Fizo,ko biasa tak area taman tasik shah alam ni?aku tak biasa sangat”Ijoy bertanya pada Fizo.
“biasa ar jugak,aku selalu lepak dekat situ dulu,time dengan ex aku”
“Ex???woahhh kiteorang tak pernah tau pasal ko ngan ex ko Fizo,share ar,share ar”
“arghh malas la aku,barang yang lepas usah dikenang”
“Saleha,diam je,ok ke tak ni?”Ijoy menegur Saleha yang dari tadi hanya diam membisu sambil kadang-kadang tersenyum.
“dia ok,Cuma segan je”Hariz menjawab.
“aku tanya dia,bukan tanya ko Hariz,sibuk je”
“hahahahahahahahahaha”masing masing ketawa melihat telatah Hariz yang cuba melindungi gadis yang membuatkan dirinya angau itu. Saleha hanya tersenyum malu. Comel.
“sy ok je Ijoy,Cuma takut jugak la nak join contest ni,sebab 1st time kan”
Dan mereka terus berbincang yang diselang selikan dengan berbual kosong. Tepat jam 10 malam, mereka beransur pulang dengan satu tekad di hati, untuk melakukan yang terbaik di hari pertandingan ini. Mereka tau, kesilapan pada pertandingan yang pertama dulu tidak harus diulangi lagi, mereka perlu lebih matang kali ini dan bijak dalam merencana keputusan. Jangan sampai pisang berbuah dua kali.
Tiba hari pertandingan, taman tasik shah alam dipenuhi dengan pelbagai orang. Ada yang datang mengendong DSLR, ada yang menggalas aneka baju dan tidak kurang juga yang hadir saja-saja untuk memberi sokongan.
Fizo mencari-cari pot yang dirasakan sesuai untuk mendapatkan shot terbaik. Sesudah jumpa, Fizo melambai-lambai tangannya kepada mereka. Ijoy dan Dyan mula menapak ke-arah Fizo. Hariz juga mula menapak tapi langkahnya terhenti tatkala tangannya dipaut oleh Saleha.
“awak,sy takut la”
“awak,awk jangan takut k,sy ada dekat sini,sama-sama dengan awk,tiada apa yang perlu dirisaukan k”Hariz cuba memujuk Saleha.
“sy takut nanti gambar tak cantik”
“hahahaha,gambar hari ni mesti cantik punya la,believe me ok”kata Hariz sambil menyentuh pipi Saleha.
Saleha hanya mengangguk. Hariz tau Saleha sedikit takut. Ini pengalaman pertamanya, sudah tentu dia sedikit nervous. Apa-apa pon yang kita buat, jika ia pertama kali, pasti debarannya terasa.
Barisan photographer dan pasukan mereka sudah mula memenuhi ruang taman tasik shah alam. Datang dengan pelbagai gaya. Terlihat kelibat beberapa orang photographer yang sudah diketahui umum memang pro. Memang mereka ini favourites untuk memenangi contest ini. Tapi, apa-apa pon boleh terjadi bukan? Dyan pergi mendapatkan makeup artis yang dijanjikan. Fizo pula sibuk membantu Hariz memasang tripod dan speedlite. Hariz pula sedang menenangkan Saleha yang terlihat sedikit gementar. Peluh dingin membasahi dahi Saleha. Pantas Hariz mengeluarkan sarung tangannya untuk mengesat peluh itu. Sedang mereka menikmati momen itu, mereka dikejutkan dengan suara dari belakang.
“amboi Saleha,da ada bf baru sekarang”
“ehh Jai, apa awak buat dekat sini?”
“sukati aku la,kau mari sini kejap,aku ada benda nak cakap dengan ko”
“ehh tak nak la,pergi dari sini”
“owh sombong ek kau sekarang,kau jangan lupa Saleha, apa yang pernah kita buat dulu”
p/s:nampaknya,ada benda yang menghantui diri aku...
0 coretan ikhlas:
Post a Comment