Enak ke Karipap itu?

karipap karipap cinta
karipap karipap cinta, gambit saifullah


Assalamualaikum sume,hye bertemu kembali,ok kali ni nk sembang sal filem lak, walaupun ak jarang sebenarnya sembang sal filem kt blog ni, ok selepas dilambakkan dgn filem terbitan david teo, akhirnya keluar jgk filem2 yg bukan terbitan metrowealth. antara filem2 tersebut ialah filem karipap karipap cinta(cute je tajuk). filem ni bakal ditayangkan pada 30 Ogos ni, means hari raya pertama(klu anak bulan syawal kelihatan pd mlm sblm ny). so memandangkan filem ni blm kua, so blh la baca dlu sinopsis die kt bwh ni ek.

Karipap-Karipap Cinta’ yang mengisahkan dua perihal hati yang jauh berbeza. Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah merupakan seorang lelaki yang sempoi, gemar melepak bersama rakan-rakannya dan sering dimarahi bos tempat kerjanya kerana kualiti kerjanya manakala Sarah pula ialah seorang dari Universiti Al-Azhar, berasal dari keluarga yang berada dan merupakan seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Ali mula jatuh hati pada Sarah selepas terpandang wajah ayu Sarah yang sedang berjalan keluar dari tempat kerjanya. Hubungan mereka kemudiannya makin erat selepas cubaan Ali menyelamatkan beg tangan Sarah yang telah diragut walaupun pada akhirnya Sarah sendiri yang berjaya menewaskan peragut tersebut.

Keadaan menjadi semakin lucu, apabila Ali mengaku pada Sarah dan keluarganya bahawa dia juga merupakan bekas graduan universiti Azhar kerana tidak mahu kalah kepada seorang ustaz yang ingin dijodohkan dengan Sarah. Pelbagai kejadian telah berlaku akibat pembohongan si Ali ini sehingga huru-hara jadinya. Namun untuk mententeramkan perasaan serba salahnya itu, Ali bertekad mahu mencuri dokumen penting yang disimpan bosnya bagi menyelamatkan maruah keluarga Sarah. Tetapi Sarah tetap kecewa dengan penipuan Ali. Harapan terakhir Ali adalah untuk menghasilkan karipap yang tersedap di dunia untuk Sarah yang sememangnya pakar dalam membuat karipap. Namun adakah cinta mereka dapat bertaut kembali?

btw, ak agak excited nk tgk pencapaian movie, coz korg tau2 je la kn,yg pelakon utama filem ni pernah terbabit dgn kontroversi aritu, dan kontroversi tu menyebabkan beliau secara tidak langsung telah mengumpul musuh dan haters yg x kurang ramainya, so ak nk tgk,samada benda tu blh mempengaruhi orgatau x tuk menonton filem ni, so same2 la kita nantikan ek.

p/s:xdpt da tgk ketika cinta bertasbih the series coz pratonton indo pek dah abes,huhuuhu

14 coretan ikhlas:

hazanis said...

ada jgk eh cite karipap karipap cinta....:)

pepol said...

hazanis...yup,ad2,ari raya ni kua,tgk la nanti ek,hehehe

Aisyah Sanip said...

hahaha! ritu aku tngok melodi ke hape ntah kot ade pasal karipap cinta ni. suwittt je

pepol said...

aisya humaira...in the making filem ni da kua aritu time awl2 puasa..

ain akasyah said...

haha mcm xde name laen agy nak letak..karipap jugak yang dipilih ^_^

pepol said...

ainol akasyah...support kuih tempatan,hehehe

balqiis azman said...

SWEET.....

pepol said...

balqis azman..ape yg sweetnya tu?hehehe

cik jannah said...

waa.. karipap. sedap dimakan panas2 lah !

pepol said...

cik jannah...yup,mmg sedap dimakan time berbuka puasa ni,hehehe

Cik 373 said...

kenapa karipap?
hahax...

pepol said...

Cik 373...sbb karipap bez,hehhehe

Einaz Shah Rizal Thomas said...

la ingatkan respi bak buat karipap , rupanya nama cerita dia karipa ya ? hahaha .

pepol said...

Einaz.....ni filem la einaz,xkn la epul nk tulis sal resipi buat karipap,hahaha