Seorang Budak Naif

akob

Akob seorg budak lelaki yg naif. walaupun bergelar seorg budak lelaki, namun beliau langsung xtau pasal bola, ketika budak laen seusia ny sibuk berbincang pasal kaka,ronaldo,sneijder dan juga rooney,akob langsung x amek pot. beliau langsung xknl sape mereka itu. malah penyerang tersohor negara, safee sali dipanggil safee sani oleh beliau. sungguh sadis.

namun segala ny berubah pada satu hari. akob diterima masuk ke universiti. akob menginap di sebuah rumah sewa berdekatan dgn u tempat beliau belajar. di umah sewa nya, sume housemate ny giler bola, sumenya mempunyai team kegemaran masing2. ad yg menyokong man utd,mecester siti,cesie,arsenal,liverpool dan tidak ketinggalan skuad kejor yop kejor(red warrior dikecualikan). akob mula resah melihat housemate ny galak bercerita pasal bola,sedangkan beliau hanya terpinga-pinga.

keadaan menjadi bertambah buruk. gadis2 yg berselindung di sebalik solekan tebal di fb yg sering dijadikan rakan chat oleh akob juga sudah mula mengajak akob utk sembang pasal bola. akob sedar,peluang beliau tuk mengorat gadis2 tersebut akn tipis jika beliau tidak tau pasal bola.

"xblh jadi ni,ak mesti pilih satu team" bisik akob.

selepas membelek beberapa majalah bola kepunyaan khairul, akob tertarik dgn poster sorg pemain memakai jersi warna biru dgn rambut perang.

"team ape ni,torres,chelsea,"bisik akob

"yes,ni lah team ak,chelsea dan ak minat torres" bisik akob lagi.

sejak hari itu, akob mula mencari-cari info team chelsea. akob mula mencari tempat menjual jersi chelsea di fb. walaupun bertubuh gempal, die nekad utk membeli jersi chelsea bersaiz M. jersi yg diorder selamat sampai, akob menjerit kegirangan. disarungnya jersi team kesayangannya itu, walaupun agak sendat, akob cuba berlagak baju itu muat dgn tubuhnya.

di satu ptg,ketika akob sedang asyik berchatting di fb dgn skandalnya, dtg faizal menyapa akob.

"Kob, jom ar mlm ni tgk bola,mecester utd lwn cesie" ajak faizal.

"hah betul ke?kul bpe match mlm ni??"soal akob

"kul 10,jom ar,xkn takut kot,ak pakai baju ad tulis nama chicharito,ko pakai baju cesie ko,ad bran??" faizal mencabar akob.

"ok,xde hal,mlm ni ek kul 10" jwb akob.

faizal berlalu pergi. akob tersengih sendirian. akhirnya,hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. pasukan kesayangannya akan berentap dgn musuh tradisi. tepat pukul 10 mlm,akob sudah duduk di kerusi hadapan warung kak zong. matanya tepat memandang ke arah tv lcd yg dibeli di sen heng. para pemain kedua pasukan mula masuk ke dlm padang. akob mula tidak keruan. mata nya tajam memandang tv. mampukah akob pulang dgn kegembiraan sambil meraikan kemenangan pasukan nya ataupun blk dgn penuh kehinaan diejek sekumpulan red devils malaysia?? tunggu.....

Flying high, up in the sky,
We'll keep the blue flag flying high
From Stamford Bridge to Wembley
We'll keep the blue flag flying high

p/s:glory2 man utd..:D

10 coretan ikhlas:

cix z said...

sedih betol akob nie, old skool ke??? hahaha. kira nie ada sambungan ek???

pepol said...

hahaha,old skool abes,emm xde kot,tgk la nanti cmne,hehehe

Adlin Nazifa Mahadi said...

eeii geramnya , tapi tak tahu geram kat sapa , akob ke writer ;)

pepol said...

adlin nazifa...hahaha,cool beb

Fadzmie Mohamad said...

Peh. Aku ada member sebijik macam Akob ni. Tapi masalahnya member aku ni jenis tak pandai nak mengaku. Hahahahaha.

sofeafaudzi.photography said...

akob oh akob pepol --'

Fathin Fazila Razali said...

mcm cerita tentang diri sendiri. but its oky.. nice story...:")

pepol said...

fadzmie...hahaha,plak da,kebanyakan fans chelsea mmg cmtu beb,hahaha

pepol said...

sofea...oh akob sofea

pepol said...

fathin..actually,cite ni mmg berdasarkan kisah benar,tapi sy dah olah ckit2,hehehe