Liverpool Power!!!

IMG_5951
bukan dengan team liverpool


London,26 Februari - Kelab terbaik dunia,Liverpool FC telah berjaya memenangi piala yang menjadi idaman kelab-kelab terbaik di dunia iaitu Piala Liga atau juga dikenali sebagai Piala Carling atas sebab-sebab penajaan selepas menewaskan kelab biasa-biasa sahaja,Cardiff City. Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley itu dihadiri oleh puluhan ribu penyokong dari kedua-dua belah kelab yang bertanding. Stadium Wembley dipenuhi dengan lautan biru dan merah walaupun di akhirnya, peminat yang berjersi merah bersorak kegembiraan manakala yang berjersi biru tertunduk sedih.

Perlawanan ini ternyata berat sebelah apabila perlawanan jelas dikuasai oleh kelab terbaik dunia,Liverpool FC. sampai ada satu ketika, bola langsung tidak berjaya dikuasai oleh pemain Cardiff City, seolah-olah hanya pemain Liverpool FC sahaja yang berada di atas padang. semenjak dari awal permainan, pasukan Liverpool FC melakukan serangan bertali arus yang menyebabkan barisan pertahanan Cardiff City berhempas pulas mempertahankan gawang gol mereka dari dibocori.

sementara itu,gol pertama yang dijaringkan Joe Mason dari Cardiff City ternyata merupakan gol belas ihsan dari Liverpool FC. bagi mereka yang menonton di stadium atau di kaca televisyen boleh melihat dengan jelas bagaimana pemain-pemain pertahanan Liverpool FC membiarkan sahaja para pemain Cardiff City membawa bola dan menjaringkan gol. Malah,penjaga gol Liverpool FC, Pepe Reina sengaja membiarkan bola lalu di celah kakinya bagi memberi sedikit kegembiraan kepada pemilik Cardiff City,Tan Sri Vincet Tan yang baru-baru ini melepaskan jawatannya selaku pengerusi B-Group.

sebaik sahaja gol pertama yang dijaringkan oleh Cardiff City itu, pasukan Liverpool FC terus meningkatkan serangan mereka. namun, mereka ternyata mempermainkan perasaan para peminat mereka yang sedia menanti di hadapan kaca televisyen walaupun hari sudah larut malam. hanya pada minit ke-60 barulah mereka menjaringkan gol walaupun sebelumnya mereka dihidangkan dengan deretan peluang keemasan untuk menjaringkan gol. gol jaringan pertahanan kental Liverpool FC, Martin Skrtel membawa para penyokong Cardiff City kembali berpijak di bumi yang nyata.

Sementara itu, kapten pasukan Liverpool FC, Steven Gerrard berkata, beliau sengaja tidak menjaringkan gol semasa penentuan sepakan penalti kerana ingin menambahkan elemen dramatik pada penentuan sepakan penalti itu. Gerrard dipetik berkata"jika saya jaringkannya,pasukan kami akan menang lebih awal,sy tidak sanggup lakukan itu kepada penyokong Cardiff City,mereka datang dari jauh,mereka berhak untuk nikmatinya". kenyataan Gerrard itu turut disokong oleh rakan sepasukan,Charlie Adam. Adam yang turut gagal menjaringkan sepakan penalti senada dengan Gerrard bahawa jika kedua mereka menjaringkan gol melalui sepakan penalti itu, perlawanan akhir itu akan hilang debarannya.

Kenny Dalglish,pengurus pasukan Liverpool FC,nyata tidak teruja dengan kemenangan ini sebaliknya berasa sedikit kecewa dengan tindakan FA Inggeris yang tidak membenarkan mereka menurunkan hanya 10 pemain ketika menentang pasukan Cardiff City. Dalglish berkata"mengapa kami perlu menurunkan sehingga 11 pemain,sedangkan kami mampu memenangi perlawanan ini dengan hanya 10 pemain,kami pasukan hebat,bukan pasukan picisan seperti arsenal,chelsea ataupun spurs,mungkin kami kelihatan sedikit bongkak tapi para peminat yang menyaksikan kami bermain pada malam ini boleh menilai sendiri apa yang sy cakapkan ini"

diharapkan dengan kemenangan ini, ia akan menjadi motivasi terbaik pasukan Liverpool FC. rata-rata para peminat yang ditemui di perkarangan Stadium Wembley percaya selepas ini akan ada banyak lagi piala yang bakal mereka menangi dan mereka perlu mengumpul duit untuk menghadiri perlawanan akhir yang lebih kerap selepas ini. mereka juga percaya pasukan tebaik dunia ini perlu memperbaiki kedudukan mereka di dalam Liga Perdana Inggeris, kerana hanya pasukan dari tangga pertama hingga tangga keempat yang akan diberi kelayakan bermain di dalam kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, bukan kepada pasukan di tangga ketujuh liga seperti yang dinikmati mereka sekarang ini.

sekian dari pepol yang melaporkan dari wembley,untuk Kilau Harian.

p/s:entri ini entri yang penuh dengan elemen sarkastik,harap pembaca semua paham,wink

0 coretan ikhlas: