aku duduk bersandar di sofa empuk pembelian ibuku beberapa tahun dulu. di hadapan aku ada satu kotak televisyen dari zaman 70an. aku memandang dengan penuh hairan. dari mana datangnya benda old school ni. tidak mungkin benda ini datang sendiri,pasti ada orang yg meletakkannya.
di bahagian kanan ada beberapa butang kecil. aku mencari-cari remote televisyen ini. arghh ini keje giler, televisyen pada zaman itu mana ada remote lagi. aku memulas butang paling besar pada televisyen itu dan ia dihidupkan. hanya terdengar bunyi bising pada awalnya,sebelum perlahan-lahan keluar gambar di skrinnya. aku aneh melihat gambar yang keluar itu berwarna, dan bertambah aneh bila melihat gambar aku yang terpampang.
aku semakin pelik,terasa ada sesuatu yang tidak kena atau aku sedang bermimpi. tidak,aku yakin aku tidak bermimpi,bau kari hasil dari makan tengah hari tadi masih kuat melekat di telapak tangan kananku. aku memerhati penuh minat pada skrin televisyen itu. itu adalah paparan kehidupan aku semasa aku berusia 2 tahun. terlihat aku sedang dimandikan oleh ibuku. hingus mengalir deras tanpa disedari. ibu mengesat hingus tersebut sambil mencebok segayung air lalu dijiruskan ke badan aku. aku menggigil kesejukan. aku tersengih melihat gelagat aku ketika itu. serba serbi aku harapkan ibu aku,hatta mandi pon.
paparan di skrin televisyen terus berjalan. kini aku memakai seragam kotak2 tadika kemas. rambut disisir rapi ke tepi. ini di zaman aku berusia 5 tahun. aku duduk di dalam kelas. sudah tiba masa untuk pulang,tapi ada halangan besar perlu dilepasi terlebih dahulu. rakan2 berlumba-lumba mengangkat tangan utk menjawab teka-teki. aku seperti biasa tidak mengangkat tangan. bila pelajar sudah berkurangan,seperti biasa,aku cabut lari dari kelas. ketawa berdekah-dekah melihat telatah aku ketika itu. sampai ke hari ini,aku tak boleh blah jawab teka-teki.
paparan diteruskan lagi. kini aku sudah berada di sekolah rendah. dengan songkok di kepala,aku menuju ke kantin dengan berbekalkan duit belanja sebanyak satu ringgit. pada ketika itu,ada duit belanja sebanyak satu ringgit sudah dikira mewah,jauh bezanya dengan hari ini. aku berbaris panjang untuk membeli makanan. dari jauh,aku sudah nampak nasi ayam tersusun kemas di dalam pinggan. nasi ayam di kantin sekolah ini memang sedap,sampaikan aku kena turun lebih awal ke kantin jika berhajat untuk membelinya. aku tersengih melihat betapa kusyuknya aku menikmati nasi ayam yang dibeli itu,dan aku terpikir,mungkin inilah sebabnya sehingga ke hari ni nasi ayam sentiasa menjadi pilihan pertama aku bila mencari makanan tika waktu tengah hari.
paparan di televisyen bergerak laju. aku kini berada di sekolah menengah. muka yang sebelumnya suci bersih kini sudah mula dihinggapi parasit jerawat. di sekolah ketika itu, budaya hip hop mula mengganas. sapa yang tak kenal malique ngan joe flizzow memang tak ikut peredaran betul time tu.banyak group hip hop yang tumbuh time tu. mizz nina pon tengah selenge lagi kat teh tarik crew. member2 aku yang jiwang2 layan exist time tu. habis sume lagu exist di hafalnya,sanggup bli kaset original sebab nak dapat lirik lagu. member2 laen yang bajet omputih layan linkin park time tu. sapa yang tak tau lagu "in the end" time tu ye dak?
paparan diteruskan dengan aku kini sudah selesai menjawab paper SPM aku. ada cuti yang panjang di hadapan aku. aku mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah kedai handset kepunyaan tokey cina. tapi,banyak yang dipelajari sepanjang tempoh aku disana,terutama mengenai sifat manusia. sifat manusia ini ada macam2,dan kita takkan mampu untuk memahami kesemuanya. bekerja di kedai ini juga membuatkan aku lebih faham bagaimana cara kaum cina menjalankan business,patut la mereka jauh meninggalkan kita. korg rasa ada tak kedai handset melayu yang bukak pukul 8 pagi??
suara di televisyen kian perlahan. owh kini rupanya aku sedang duduk di tepi pantai hadapan uitm dungun. aku berada di sini kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. buat pertama kali aku keluar dari negeri kelahiran aku dan duduk berjauhan dengan kedua ibubapa tercinta. duduk di negeri orang,memahami cara hidup dan budaya yang berbeza, bergaul dengan rakan2 dari seluruh negara, membuatkan aku lebih matang. aku tersengih bila melihat seorang lecturer memuji aku kerana dapat markah highest utk kuiz, satu memori yang sangat aku rindu sehingga ke hari ini.
tiba-tiba,suara di televisyen agak kuat. owh rupanya itu bunyi hiruk pikuk di hari pendaftaran student degree di uitm puncak alam. macam2 kerenah,aku mengusung laggage sambil menaiki lif utk ke kolej kediaman aku. duduk di kolej yang ala2 apartment ni memang seronok. satu rumah ada 4 bilik,lengkap dengan internet. internet yang tanpa had ni la menyebabkan aku belajar apa itu on9 sampai lebam.tapi langit tak selalunya cerah,aku hanya berada satu semester di kolej sebelum aku ditendang keluar untuk menginap di rumah sewa pulak.
kini suara di televisyen perlahan. terdengar bunyi ayam berkokok. owh suasana di pagi hari. agak aneh visual aku di televisyen ketika ini. aku cuba memahami apa yang sedang berlaku. owh rupanya aku sudah pon tamatkan pengajian di uni dan kini sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerja. enjin kereta dihidupkan,dan aku duduk di tempat duduk pemandu. 5 minit kemudian, kereta aku sudah meluncur menuju ke tempat kerja. sampai di tempat kerja,aku menerima mesej dari si isteri. ketika baru hendak membaca mesej itu,tiba2 televisyen terpadam. tiada lagi visual,hanya gelap gelita. aku menepuk nepuk televisyen itu beberapa kali,tapi masih tidak berhasil.
"Dem,aku tak sempat nak tengok sape yang jadi isteri aku!!"
p/s:da ramai yg stat panggil aku retis,aku bukan retiss la wei,aku blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 coretan ikhlas:
laggage tu ape epol??hahaha luggage la....
bizah..kah kah kah
Post a Comment