Langit Vanilla

Langit Vanilla
langit vanilla

aku suka jadi perempuan. tapi aku sedih perempuan semakin murah. yang cantik (semata-mata) mendapat lesen untuk berbuat apa saja dan berkata apa saja. bodoh bodoh begitu kerana mereka cantik. pandangan stereotaip telah memberi lesen besar pada golongan ini. ramai yang berebut mahu jadi cantik, tidak ramai pula yang berebut mahu jadi cerdik. hasilnya? terwujudlah selambak si comel jelita otak sifar, bersepah-sepah seperti botol kosong di pasar. tak ada apa yang nak dihairankan.

(melainkan kau duduk bawah tempurung) perempuan yang punya akal dan hati boleh dikira dengan jari. dan bila mereka ini kurang cantik pada pandangan stereotaip tadi, mereka terus jadi...ghaib.

kecantikan dalaman cuma terlihat oleh mata hati. kecantikan luaran terlihat oleh mata kepala dan mata celah kangkang. itu majoriti.

kesilapan manusia. pandai bikin sejuta jenis berlian, tapi belum mampu membeza kaca dengan intan. teknologi bukan main tinggi, tapi fikiran paras buku lali.

kau memang malas baca buku kan?
kau lihat muka depannya saja.
kau ingat kalau aku ceraikan isi buku dengan kulit luarnya,dan aku jual,mana yang lebih mahal?
kau nak beli kulit?

Tolol.

ini adalah satu petikan dari karya wani ardy iaitu Langit Vanilla. Langit Vanilla ini ialah kumpulan puisi,prosa dan catatan peribadi oleh wani ardy. siyesly,ini adalah buku kedua yg awesome bagi aku selepas cewah oleh pipiyapong. aku suka cara wani ardy menulis,dan aku terasa dekat dengan penulisannya. kebanyakkan apa yg ditulis oleh beliau mmg berlaku di alam realiti. aku sempat bertemu wani ardy di BOCO tempoh hari di mana beliau membuat pelancaran rasmi Langit Vanilla. kepada yg ingin mendapatkan senaskah Langit Vanilla, blh dapatkan di sini,harganya cuma rm20,dan siyesly korg tidak akan merasa rugi,siyesly.

7 coretan ikhlas:

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

pergh..well post!

pepol said...

fatin..hehehe

Rafidah B. said...

Langit Vanilla sangat best. baca sekali, tak puas. and i'm big fan of Wani Ardy... Cewah pon best gak. Tapi sayang sebab sy x de buku Kacip, buku first Pipiyapong

pepol said...

rafidah...yup,setuju ngn kamu,rugi kn xdpt bli kacip

adinda_pelangi said...

I need this book !!! How? Anyone help me?

Email me : putriabbaleza@gmail.com

adinda_pelangi said...

I need this book !!! How? Anyone help me?

Email me : putriabbaleza@gmail.com

Harley Reeves said...

Thanks greatt post