Lagu untuk Kita-Kita

IMG_021ddd9

aku duduk sendirian di dalam bilik ditemani kipas yang berpusing ligat. dari tadi aku menekan-nekan handset hitam merah aku. tiada mesej,tiada call,tiada apa2,untuk tempoh 48 jam,cukup membuatkan aku lemas. apa mungkin ada silapku yang menjurus perlakuannya meminggirkan aku sebegitu rupa. aku capai gitar kapok di bucu bilik. aku petik beberapa kali. arghh sumbang.

15 minit berlalu, aku terus memetik gitar. arghh jiwa aku kacau,betapa aku merinduinya. aku ingin dekat di sampingnya. setiap denyut jantungku pasti dia ada bersama. aku mengintai ke arah jendela. pekat malam tidak mampu menutup wajahnya yang bersinar-sinar di hadapanku. betapa aku mengharapkan dapat di genggam sinar itu,seraya itu,terasa angin membuai-buai diriku.

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

aku terus memetik gitarku. dengan penuh cermat aku alunkannya agar dia dapat sama2 merasai gejolak yang melanda diriku ini. besar harapanku agar dia amati bait2 indah ini sejujurnya yang hanya dicipta bagi meluahkan rasa rinduku yang cukup mendalam pada dia.

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

aku kini semakin rancak. alunan ku kini turut dinikmati sekalian alam. mereka amatinya dalam2,cuba menyelami perasaanku, tapi ini semua bukan nukilan untuk mereka,tapi hanyalah secebis dari kisah hati aku untuk dihadam oleh si dia. aku mahu dia tau bahawasanya kisah kita ini setinggi kejora di langit, indahnya tidak terkata dan ianya hanyalah milik kita berdua.

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

aku mencapai sekeping kertas putih,dengan gitar masih di tangan,aku tuliskan kembali tentang perasaanku itu,tidak terlalu berjela,tapi berkesan dalam menyatakan apa itu rasa yang bersarang di dalam hati. dari perkataan pertama deras sehingga ke penutupnya kita,maka lengkaplah ia menjadi satu naskhah indah yang bisa menjentik hati. dan dari itu,tercipta la
LAGU KITA.

p/s:rasmi aku umumkan cerpen gadis pinky ditamatkan. jgn tanya aku kenapa,klu aku rajin,nanti aku buat gadis pinky the return.

2 coretan ikhlas:

Einaz Shah Rizal Thomas said...

EH hai. nak cakap tu je ;D

pepol said...

einaz...amboi,tu je?hahaaha