Konklusi??
Posted In
basah kuyup,
cerpen,
invigilator comey,
merokok kurangkan stress??
- 1:46 PM - 8
coretan ikhlas
pagi itu aku bangun lebih awal dari biasa. aku menjenguk ke luar tingkap, hujan turun renyai-renyai. alangkah nikmatnya jika boleh menarik selimut dan berdengkur lagi. tetapi hari ini tidak boleh,aku ada pelbagai komitmen yang perlu dibereskan pada hari ini. yang paling besar ialah menduduki peperiksaan akhir untuk salah satu paper aku semester ini pada petang nanti.
memikirkan carry mark yg tak seberapa jika dibandingkan dengan para "DEAN LIST",aku mengambil inisiatif menggandakan usaha untuk paper ini. jika diikutkan, paper petang ni tak la sesukar mana, tapi akibat lebih gemar membaca muka buku dibandingkan dengan buku,menjadikan paper yg semudah ini pon menjadi amat menakutkan.
aku membelek helaian nota2 kecil yang aku siapkan malam tadi. masih banyak yang belum aku hafal. memandangkan hanya tinggal beberapa jam sebelum aku melangkah masuk ke dewan peperiksaan, aku mula merasakan yang aku tidak akan sempat untuk hafal kesemuanya. maka bermula la scene target soklan mana yang bakal keluar. selepas selesai menanda benda2 penting yang dijangka keluar pada petang ini,aku memulakan proses menghafal.
aku menyebut berulang-ulang kali nota di tangan aku,dengan harapan aku mampu untuk menghafalnya. di permulaan,segalanya tampak berjalan lancar. namun,lama-kelamaan bila jumlah nota yang perlu dihafal semakin bertambah,fikiran aku mula berserabut. apa yang dihafal mula2 tadi entah hilang ke mana. aku mula risau, jumlah nota yang hanya suku dari silibus penuh itu pon aku gagal untuk hafal. jam dinding pula bergerak terlalu pantas. sedar tak sedar,aku kini hanya ada masa 1 jam sebelum peperiksaan bermula.
dengan hati yang cuak,aku bersiap untuk pergi ke dewan peperiksaan. aku memilih baju yang aku rasakan mampu memberi tuah kepada aku pada petang itu. sampai di dewan, terlihat sebaris makwe sedang kumat kamit menghafal nota sambil duduk bersila. pada saat itu, kawan2 sudah tidak dihiraukan. semua cuba memanfaatkan sisa masa yang tinggal dengan sebaik mungkin.
di dalam dewan peperiksaan, aku membuka kertas soklan yang diberikan oleh invigilator bertudung shawl purple. jarang dapat melihat invigilator yang memakai shawl dan berwajah manis seperti yang dapat aku lihat pada petang ini. di seberang sana pula terlihat invigilator "chinese look" juga sedang mengedarkan kertas soklan. aku membuka kertas soklan yang diberikan. apa yang paling ditakutkan akhirnya terjadi. apa yang dibaca pagi tadi langsung tidak terkandung di dalam kertas soklan berwarna oren itu. aku mula stress, mcmana boleh secalit pon apa yang aku baca pagi tadi langsung tak sangkut dalam kertas soklan ni.
aku mula menjeling kiri dan kanan. aku dapat merasakan satu dewan itu seakan-akan bersetuju dengan aku bahawa soklan yg keluar itu langsung tidak masuk akal. namun, kena hadap jugak. walaupun setiap kali exam invigilator akan annouce yang klu ada pape masalah,sila angkat tangan,tapi dalam kes ni,tak kan aku nak angkat tangan dan cakap "saya langsung tak tau nk jawab soklan ni". sepanjang 3 jam menjawab paper ni,aku cukup stress. stress memikirkan apa yang hendak dihentam pada answer booklet. kalau soklan objektif atau true false tu logik lah lagi untuk dihentam,tapi bile soklan subjektif ni,dia lebih kepada menjerut diri klu nak main hentam2 ni.
tamat saja peperiksaan, sume berebut-rebut untuk keluar dari dewan. di luar dewan,sudah ternampak beberapa wajah kecewa. aku tidak menghiraukan mereka,sebaliknya terus melangkah laju. guruh mula kedengaran menandakan hujan bakal turun. langit sudah mula gelap, satu igauan ngeri bagi kami2 yang bermotosikal ini. aku menunggang motosikal aku dengan penuh laju sehingga terasa seolah-olah sedang menunggang superbike. aku kini berperang dengan hujan yang bakal turun. jika aku tewas,maka basah kuyup pada petang itu.
guruh semakin kuat,menandakan hujan semakin hampir untuk turun. aku kesuntukan masa, motosikal aku sudah sampai ke tahap maksimum. dan akhirnya, aku tewas. ketika sampai di satu roundbout,hujan turun dengan lebatnya. aku mengharung hujan dengan penuh penyesalan. kalaulah aku keluar awal dari dewan peperiksaan tadi,mesti aku tak basah kuyup. hujan terus mencurah-curah, melengkapkan hari penuh duka ini.
sampai di rumah,aku melihat baju dan seluar sudah basah kuyup. kasut yang dipakai juga sudah digenangi air. aku mengeluarkan handset aku, hanya gelap paparan di skrin. aku cuba menekan-nekan keypad, masih tiada perubahan. aku duduk membungkam di hadapan rumah. aku mula mengimbas kembali apa yang telah aku lalui sepanjang hari ni. cukup menyeksakan dan cukup stress.
dan tiba2,aku rasa macam nak merokok.
p/s:kenangan di puncak akan ditamatkan pada part 15,mudah mudahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 coretan ikhlas:
No smoking please! Tak perlu merokok untuk hilangkan stress :)
falynee...kadang2 mcm terasa nak ke arah tu
jgn zamir..sekali cuba,nanti ketagih..
dah elok2 tak merokok skrg ni, so jgn merokok k..blh cari aktiviti lain utk hilangkan perasaan nak merokok tu. Tak baik utk kesihatan + duit pun habis.
Kau perokok ke? Klau tak,pelik la kau terasa nak merokok
falynee..yup,insyaAllah sy xkn merokok
fira..aku x merokok,tapi aku slalu dgr org ckp bile isap rokok blh ilangkan stress,sbb tu statement tu blh muncul dlm entri ni,hehehe
so dont start :)
fira..ok bos
Post a Comment