Kita hanya Kawan

tumblr_lljmuwrl0Q1qjck12o1_500

Shahrul hanya menatap sayu sekeping kad kahwin yg baru diterimanya. tidak terungkap olehnya tatkala melihat nama pengantin perempuan yang tertera di atas kad berbau harum itu. tidak pernah beliau menyangka, seorang gadis yang pernah bertakhta di hatinya dulu kini menghitung hari untuk bergelar seorang suri. ya benar,izara tidak pernah menjadi kekasih hatinya namun jauh di sudut hati,beliau pernah menyimpan hasrat bahawa izara lah cinta hatinya. namun,itu cerita 5 tahun yang lalu. sudah lapuk dan perlahan-lahan hilang bersama garisan masa.

jika diimbas kembali saat pertemuan pertama mereka dulu,pasti menerbitkan tawa kecil. pertemuan yang tidak dijangka, sama2 menyarung uniform kokurikulum yang sama, sambil mencari padang kawad yang sama. dan dari detik itu, mereka berkenalan. walaupun berlainan kelas dan hanya bertemu sekali seminggu di padang kawad,sudah cukup menggembirakan hati shahrul.

pertemuan itu tidak berakhir di situ. shahrul memberanikan diri meminta no tepon izara dari kwn baiknya. walaupun sukar pada mulanya,akhirnya apa yang dihajatkan berjaya jugak diperolehi. bermula dari situ,hari-hari shahrul terisi dengan msj2 dari izara. seorang jejaka yang dulunya tidak amek kisah sangat pasal handset kini tidak boleh berenggang langsung dengan handset. selang seminit,pasti ringtone lagu justin timberlake akan berkumandang.

selepas agak lama bermesej,shahrul memberanikan diri menghantar mesej yang agak berbau peribadi. shahrul tertanya-tanya akan status hubungannya bersama izara. hanya teman biasakah,teman istimewakah,atau hanya peneman di kala kesunyian.

"awk,sy nk tanya la,da lama kita bermesej,kalau boleh sy nk tau la,apa status hubungan kita"

"emm awk nk tau ke,kita hanya kawan"

balasan mesej dari izara itu bagaikan halilintar yang membelah hati shahrul. walaupun hanya ringkas mesej yang diterima,tapi jelas menyatakan di mana letaknya shahrul pada mata izara. tidak lebih dari sekadar kawan. shahrul mula melihat pada dirinya. apa kurangnya dia sehingga izara hanya memandang dia sebelah mata. owh dia tersedar,seorang pemuda yang hanya bermotor buruk tiada tempat di hati gadis secantik izara.

mulai dari detik itu, shahrul memperlahankan rentaknya terhadap izara. perlahan-lahan shahrul mula menghilangkan diri dari hidup izara. shahrul mula sedar tiada gunanya untuk terus mengejar sang bidadari tatkala dia sedar dirinya hanyalah insan kerdil tanpa punyai harta keluarga untuk dibanggakan.

shahrul membelek penuh teliti kad jemputan kahwin itu. shahrul mengeluarkan handset dari poket kiri seluarnya lantas menaip mesej dan dihantar kepada izara.

"sowi izara,sy tak dapat hadir di hari bahagia awk,actually sy masih terkejut dengan berita perkahwinan awk ni,walaupun kita da lama lost contact,tapi sy masih ingat dekat awk,dan berita perkahwinan awak ni sedikit sebanyak memeranjatkan sy,sy hampir hilang kata-kata,masih teringat di kala kali pertama kita bertemu dulu, hahaha lupakan je la,benda tu da jadi sejarah,btw selamat pengantin baru untuk awk izara..:D"

"its ok la awk klu awk x dpt dtg,hahaha sy pon ingat lagi 1st time kita jumpa dulu,kat padang kawad kan,kelakar je time tu,sweet memory ever,hahaha btw thanks awk,kita hanya kawan kn??"

Shahrul menekup mukanya...............................................

p/s:duit jgk yg dipandang,puii!!!

5 coretan ikhlas:

hanaahmad said...

aku tak nampak tang mana yang dia pandang duitnya. hehe. tiada jodoh namanya tu. sebenarnya perempuan bukannya memandang duit semata-mata, kau harus tahu, perempuan ini takutnya kuat, dia hanya mahukan lelaki yang kukuh hidupnya untuk dijadikan bakal suami. kalau tak bekerja dan tak berusaha untuk berjaya, perempuan pun tak suka. bermotor cabuk bukan alasan untuk tidak dapat apa yang kita mahukan. kalau sudah bekerja, adakah sampai habis usia pun kita masih mahu naik motor? mesti ada perancangan ke arah lain kan. yang penting, perlu nampak usaha ke arah itu, bukan hanya membuat tanggapan kasar. ;)

. said...

huhu...izara...nama awek baru...good job!well done!!!wat smbungan cecepat..

Nisa_Hardzir said...

fuh....sadis -.-

pepol said...

nisa..fuhh

Anonymous said...

--god job...sentap bce ayat tu''kite hnye kwan'',