Kenangan di Puncak Part 11

cover kenangan di puncak

aku membuka pintu 7eleven. terus aku meluru ke bahagian aneka coklat. aku meneliti coklat yg disusun rapi di atas rak,ada pelbagai bentuk,semuanya sedap,cuma sediakan duit,bayar di kaunter, dan dapatlah nikmati keenakkannya. ketika asyik meneliti coklat,aku konpius coklat yg mana satu menjadi kegemaran nikita willy. ada dia beritahu semasa chat semalam,tapi hasil kuat terminum air yg dimasuki semut,benda semudah itu pon gagal untuk aku ingat.

"arghh,belasah je la,aku rasa dia minat toblerone"

aku mencapai dua ketul coklat toblerone yg di paketkan dalam bentuk 3 segi, sungguh unik,sama seperti setem berbentuk 3 segi yang jarang2 kita jumpa.aku membuat bayaran di kaunter dan meneruskan perjalanan aku ke kampus. aku sempat menilik jam tangan adidas yang sudah setahun menjadi peneman setia pergelangan tangan kiri aku. aku berasa lega kerana aku masih di landasan yg betul untuk sampai tepat pada waktunya sekaligus memberikan kejutan kecil untuk nikita willy.

sampai di kampus, dari jauh lagi sudah kedengaran hiruk pikuk di lif. lif yg asalnya ada 6, ditolak 1 utk kegunaan lecturer,ditambah pula dengan 2 lif yg selalu rosak,kini tinggal hanya 3 yg beroperasi. manakan tidak berlaku perebutan yg maha dahsyat jika bangunan setinggi 16 tingkat hanya mempunyai 3 lif yg berfungsi. aku mengambil keputusan menggunakan tangga sambil tangan sebelah lagi mengenggam erat coklat toblerane. peluh jantan yg membasahi dahi dikesat oleh aku. aku sampai di tingkat di mana nikita willy menimba ilmu yg bermula dua jam sebelumnya. hati aku berdebar-debar, risau memikirkan apa reaksi nya nanti melihat seorg jejaka dengan potongan rambut ala2 shaz jaszle berdiri di hadapannya lalu menghulurkan coklat yg menjadi kegemarannya. apakah mukanya akan merah sambil terkejut atau dia langsung berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga??aku cuba berfikiran positif.

pintu kelas dibuka,dada aku berombak-ombak. dia punya takut tu lagi kuat dari masa berkhatan dulu,sungguh. seorang demi seorang pelajar keluar dari kelas. orang yang ditunggu masih belum kelihatan. aku sabar menanti, benda-benda macam ni tak boleh gelojoh. sehinggalah ke orang yang terakhir,barulah si jantung hati memunculkan diri. memakai blouse berwarna hijau zamrud pada hari itu,nikita willy masih lagi tidak perasan akan kehadiran aku. perlahan-lahan aku menghampiri dia.

"hai awk,saya ada surprise utk awk"pantas aku hulurkan coklat padanya.

"eh awak,awk buat apa kat sini??"nikita masih bingung dengan apa yg dilihatnya.

"sy dtg nk jumpa awk,ni ada something utk awk"aku hulurkan toblerone utk kali kedua.

"owh dtg jumpa sy?eh awk bwk toblerone utk sy?"nikita masih lagi kehairanan.

"yup sy bwk utk awk,hehehe"aku masih mencuba.

"hahaha,alahai,sweetnya awk ni,thanks awk,bez nya dpt coklat,tapi kn awk,sy tak minat sgt toblerone"jawab nikita.

"heh tak minat toblerone ek,rasa cam awk cakap aritu awk suka toblerone,aduhh cmne la boleh silap pulak ni,hahaha"aku cuba ketawa dalam ketika cuba menahan malu.

"tak la awk,sy suka coklat laen,ni mesti tak pay attention time kita chat semalam kn,tapi its ok,toblerone pon sy mkn jgk,thanks tau awk,awk amek la satu,sy amek satu"balas nikita.

"eh tak pe la awk,awk mkn la dua2,memang sy beli untuk awk,eh awk,awk nk blk terus ke lepas ni?"tanya aku kepada nikita.

"tak la,sy nk pegi shah alam,teman classmate sy buat kad matrik baru,nape awk?"

"owh takde pape,ingatkan awk free tgh hari ni,blh ajak awk lunch sama2,emm takpe la"aku senyum penuh kelat.

"so sorry,next time ok,hari ni sy ada hal,btw thanks tau 4 the toblerone,really appreciate it"nikita tersenyum.

"hehehe,benda kecik je la awk,next time sy bawak coklat kegemaran awk ok,sy pon tak tau macamane sy boleh terbeli coklat laen ni,hahaha"aku masih cuba menahan malu.

"hahaha,kelakar la awk ni,ok la awk,i got to go,see u next time k,tata"nikita melambai.

"ok awk,see u next time"aku turut melambai.

perlahan-lahan bayangan nikita hilang dari bayangan. aku masih belum berganjak. mata tidak berkelip. kemudian,aku bersandar di dinding. aku mengetuk-ngetuk dahi beberapa kali. dalam otak aku,sebaris ayat ini berlegar-legar dengan lajunya,"macamana aku boleh salah beli coklat untuk die????"terasa seperti orang bodoh pulak bila memikirkan benda semudah itu pon aku boleh failed. macam mana aku nak complete kan degree aku yang jauh lagi susah dari membeli coklat yang menjadi kegemaran utk sorg gadis impian??

aku berjalan longlai menuju ke motor. misi hari ini kurang berjaya,bukan lah tidak berjaya langsung,at least hati dia pasti tersentuh melihat usaha aku yang bersusah payah datang menemui dia semata-mata nk bagi dua keping coklat. bak kata org, effort tu da ada,yg selebihnya kita serahkan pada Maha Pencipta. setibanya aku di rumah,terlihat kudi baru saja memulakan aktiviti makan nasi. aku duduk menghadap kudi. habis aku ceritakan segala yang baru terjadi tadi tanpa sebarang tokok tambah pon. kudi mendengar penuh teliti sebelum memberi pandangan apa langkah seterusnya untuk aku.

"aku puji apa yg ko buat hari ni,ko jgn anggap apa yg ko buat ni failed,benda ni ada hikmah di sebaliknya"kudi mula bicara ala2 pakar.

"hikmah celah bedahnya"aku membalas.

"ko nih,cmni cite die,hari ni ko bg coklat salah kat die,so lepas ni ko boleh jumpa dia lagi untuk betulkan silap ko tu,ko bawak coklat yang betul pulak,ko nampak tak point dia kt situ?bermakna ko ada reason tuk jumpa dia buat kali kedua,ape da"panjang lebar dari kudi.

"ha ah la,ye tak ye jgk,lepas ni boleh la aku jumpa dia lagi,untuk bagi coklat yang betul,perghh hebat betul la ko ni kudi,ko betul2 lejen la"puji aku kepada kudi.

"arghh ko,benda2 cinta ni semua ada dalam poket seluar aku je"kudi cuba berlagak.

"arghh poyo ar,dah la,aku nak naik tido"aku membalas sambil naik ke tingkat atas.

baru hendak melabuhkan badan atas tilam,terasa getaran di dalam poket seluar. aku mengeluarkan handset aku. mesej dari gadis berjilbab lagi. entah ini mesej yang ke berapa selepas insiden di depan kelas tempoh hari. aku membuka mesej itu.

"salam,awk sy nk sgt2 jumpa awk,ada byk benda yang perlu kita bincang,ada byk salah faham yang perlu diperbetulkan,ada byk benda yang awk perlu tau,please..."

hampir 7 kali jgk aku baca mesej yang baru diterima ini. aku cuba memahami apa maksud isi kandungannya. apa lagi yang hendak dibincangkan?apa lagi yang nak diperbetulkan?apa benda yang perlu diberitahu??semuanya telah jelas dengan apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri tempoh hari. tidak mungkin mata aku sendiri akan menipu aku,lain lah jika yang melihat perkara itu kudi,dan cerita itu disampaikan kepada aku, mungkin kesahihannya boleh dipertikai, mungkin perkara sebenar ditokok tambah. ini tidak,aku melihat sendiri sambil disaksikan oleh chee bong. aku bukannya bacul untuk menolak bulat2 apa yang dilihat pada hari itu.

"ok,kalau lah sy setuju utk jumpa awk,bile awk nk jumpa sy?"aku membalas mesej itu.

"kalau malam ni??"

Bersambung...

p/s:terima kasih byk2 kepada blogger2 yg buat review dan letak link blog buruk aku nih dekat blog dieorg,really appreciate it,terima kasih daun kesom..:D

4 coretan ikhlas:

Sky b4 Pinky said...

NICE ..NI KISAH BENAR EAK??

pepol said...

kisah benar yg ada ditokok tambah sedikit..:D

Misz Ma said...

kisah u ke? ;)

pepol said...

misz ma...hehehe,kalau nk tau,kena beli novel die :)