C.l.i.c.k : Minat itu Timbul

cover click

yeahh!!! Itu perkataan yang terpacul dari mulut Hariz. Gembira rasanya melihat gambar yang baru sudah dieditnya. Hasilnya agak memuaskan, persis seperti gambar yang dilihatnya di dalam majalah Digital Camera keluaran bulan Julai. Majalah yang berharga RM9 itu banyak membantu memberi idea kepada Hariz di dalam mengambil gambar yang menarik kemudian diedit dengan penuh timbang rasa. Tapi, masih ada yang tak cukup pada gambar awan itu di mata Hariz. Masih kurang garam bak kata anak kepada chef tersohor negara yang baru-baru ini terpalit kontroversi menipu di dalam resumenya.

“perghh cantik gambar ko edit” sapa Fizo yang tiba-tiba muncul dari belakang Hariz.

“gambar ini belum sempurna bro, aku rasa ko pon tau tang mana gambar ni kurang,al-maklumlah kamera aku tak boleh shot format RAW”

“arghh shot format RAW ke,JPG ke,sama je bro,terpulang macamana ko edit” Fizo mengeluarkan hujahnya yang membisukan terus mulut Hariz.

Fikiran Hariz menerawang kepada apa yang terjadi 3 bulan lepas. Di hadapannya ada sebuah buku kecil yang digunakan untuk membuat kira-kira ringkas. Segala duit yang bakal diterima dan bakal dibelanjakan termasuk di dalam kira-kira ringkas itu. Hariz mencongak-congak sambil menjeling ke luar tingkap. Jauh pandangannya sambil memikirkan dengan terperinci butir-butir perbelanjaannya.

“terlalu berisiko untuk aku angkat DSLR,maunya makan pasir aku hujung sem nanti”

Hati Hariz membisikkan bencana yang bakal terjadi jika dia berkeras mahu membeli sebuah DSLR. Hariz tertunduk sayu mengenangkan DSLR yang semakin jauh dari jangkauan. Hariz mencapai majalah HWM di atas meja computer yang agak berhabuk. Satu persatu muka surat dibelek sehinggalah sampai ke bahagian kamera. Diperhati satu persatu gambar kamera yang terpampang,dari DSLR sehinggalah kamera kompak. Mata Hariz tertancap pada satu kamera powershot yang berharga hampir sama dengan gaji pokok seorang kerani lulusan SPM. Hariz meneliti dalam-dalam spesifikasi kamera tersebut.

“Boleh la ni sebagai permulaan”

DAPP!!!

Daun pintu ditutup kuat,mengejutkan Hariz dari lamunan. Fizo berdiri tegak di hadapannya sambil mengangkat kening sebelah kanan. Hariz faham benar akan isyarat itu, suruh bersiap untuk pergi makan sambil cuci-cuci mata melihat makwe orang. Baju putih bertulis “THE SIBLING” di bahagian dada disarungnya. Terbit semacam perasaan bangga tiap kali menyarung baju putih ini pabila mengenangkan corak yang terpampang di atasnya adalah hasil dari idea kreatif sendiri. Itu kerja beberapa tahun dulu, di saat Hariz menubuhkan sebuah group di facebook dengan aksara “THE SIBLING”, besar harapannya ketika itu untuk melihat rakan-rakannya yang punyai sifat berbeza,asal keturunan yang pelbagai dan tinggal di seluruh pelosok negara untuk bersatu hati umpama adik beradik,tapi itu cerita lama dulu, Hariz sedar impian itu terlalu besar untuk dijadikan realiti,di saat kita hidup berpuak-puak kini.

Tidak ramai orang di medan selera pada malam ini, mungkin mengenangkan hari ini hari minggu, makwe-makwe sekalian merasakan lebih afdal untuk mereka menghabiskan puluhan ringgit di Seoul Garden. Sambil melantak, boleh diambil gambar dengan sebelah tangan memegang chopstick,langsung diupload ke facebook dengan seribu kemegahan kerana mampu makan di tempat sebegitu. Gambar dengan jumlah like paling banyak mungkin bakal beroleh diskaun 10 peratus, barangkali.

“Hariz,jadi tak plan kita petang esok ni?”

“plan apa?”

“Ijoy ajak kita join dia amek gambar petang esok,jom ar join”

“kalau petang esok boleh je,kalau sempat aku nak try amek gambar sunset”

Ijoy memang sinonim dengan dunia fotografi Hariz dan Fizo. Ijoy ibarat mentor kepada dua orang protege ni . walaupun tidak pernah masuk tv seperti artis-artis lain yang pernah menjadi mentor di dalam rancangan Mentor terbitan TV3, tapi Hariz dan Fizo yakin akan kemampuan Ijoy dalam menurunkan ilmu dunia fotografi kepada mereka sekaligus melahirkan lejen baru di dalam dunia fotografi yang sebelum ini hanya tertumpu kepada KUKUBESI dan ANNASEASKAY semata-mata.

“Bro,aku tengok ko power edit,jom la lepak dengan aku,boleh tukar-tukar skills”

“alamak bro,aku edit gambar untuk suka-suka je,takde plan pon nak jadi pro”

Dialog beberapa bulan lepas melintas laju di benak Hariz. Saat itu, Ijoy masih belum benar-benar Hariz kenali, ada serba-sedikit yang Hariz tau dan selebihnya dari cakap-cakap orang. Ijoy antara pelajar yang terawal memiliki DSLR yang kini menjadi igauan ramai pelajar. Pada masa itu, upload gambar dengan model menyarung shawl di kepala sambil melentikkan badan belum menjadi trend lagi. Cuma yang betul-betul berbakat jadi model akan diberi peluang mengambil gambar sebegitu rupa,tapi kini sudah lain benar jadinya, semua sudah mampu bergelar model, samada syok sendiri atau tidak.

Ijoy suka memberi kritikan dengan cara pedas dan berasap. Itu yang disampaikan oleh teman-teman sekuliah Hariz. Pernah juga dulu sekali Hariz terdengar cerita yang Ijoy memberi komen yang agak kasar terhadap seorang siswi yang begitu naïf dalam ilmu fesyen. Ditegurnya dengan bahasa yang agak kasar melihat telatah si gadis memakai tudung, baju dan seluar dengan warna yang langsung tidak sepadan. Apa mau pergi ke kelas atau ingin menjadi badut di majlis hari jadi? Tapi Hariz yakin,teguran lantang dari Ijoy itu bukan berniat mahu memperkecilkan hati sesiapa, sebaliknya beliau ikhlas ingin melihat satu perubahan yang utuh dari gadis itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Kritikan secara keras yang sering lancar dari mulut Ijoy itu bukanlah bermakna dia jahat, tapi mungkin itu adalah cerminan kepada dirinya yang berbintang virgo. Jauh di sudut hati Hariz, beliau tau benar akan kemampuan Ijoy dalam melahirkan idea-idea kreatif lagi mengancam tatkala lensa kamera dihalakan pada subjek, dan harapnya,idea itu mekar berbunga-bunga pada petang esok. InsyaAllah.

Bersambung.....

p/s: sudah cukup sudah,woo bez woo lagu ni

6 coretan ikhlas:

Syira Lokman said...

wow...nice ^_^

pepol said...

syira..hehehehe

ch000tz said...

DSLR mmg terbaek !

pepol said...

caxoera...yup,hehehe

Unknown said...

ko taw kan aku x ske membaca byk2..tp tulisan ko kali ni dpt membuat aku utk membaca

p/s: xde kaitan dgn cover click tu..haha

pepol said...

ekmal...hahaha,thanks mal,cerpen ni pasa hobi kita..:D