C.l.i.c.k : Contest Muslimah Photography

cover click

“Tempat pertama rm1200, tempat kedua rm800, tempat ketiga rm500,wow banyak tu hadiah dia” kata Dyan yang membaca poster Contest Muslimah Photography yang terpampang di hadapannya.

“cuba kau tengok berapa yuran penyertaan dia?”sampuk Fizo.

“yuran penyertaan dia rm80 satu team,emm kalau macam tu,aku,kau,ijoy dengan…..ha ajak Hariz sekali, ada 4 orang,so rm20 sorang,ok la kan,hihihi”

“ko serius ke nak join contest ni beb?baca betul-betul,ni contest muslimah ni, ko ok ke nak posing ala-ala muslimah ni?” Fizo cuba menerangkan kepada Dyan implikasi menyertai contest ini.

“ha ah la,contest muslimah,mesti kena pakai ala-ala muslimah,tapi teringin nak join contest,da lama kita tak join contest,dulu 1st contest yang kita join tu,tah pape je,emm”

“boleh kalau nak join,tapi ko tak boleh jadi model la Dyan, kita kena cari orang lain jadi model,seseorang yang berjilbab”

“apa tu berjilbab?”

“berjilbab tu berhijab la ataupun pakai tudung,so kita kena cari model yang macam tu,ko ada cadangan?”

“emm sapa je yang ada?kena cari yang pandai berposing jugak,kalau cantik,itu bonus,aku tak kenal sangat orang,cuba tanya Hariz la,dia kenal ramai model-model ni”

“emm tu la,Hariz kan,sapa tak kenal,nanti ar aku try tanya dia,tapi tak tau la dia tu nak join ke tak contest ni”

“kau slow talk la ngan dia,pujuk-pujuk dia,nanti aku cakap dekat Ijoy pasal contest ni,ok ar,aku nak gerak dulu,jumpa lagi nanti”

“wokeh,chow”

Sementara itu,di rumah, Hariz masih lagi memikirkan lagi tentang apa yang baru sahaja diberitahu oleh Fizo. Contest Muslimah Photography, bunyinya agak menarik. Tapi Hariz nampak keliru, apa menyertai contest ini satu keputusan yang tepat bagi dirinya??teringat lagi apa yang terjadi tatkala beliau menyertai contest photography buat pertama kalinya semester lepas.

“gambar yang kau ambik ni semuanya memalukan agama kita,kau nak jual agama ke apa ni?”

Hariz masih ingat dengan jelas butir-butir cacian dari seorang rakannya apabila Hariz meminta secebis ihsan agar rakannya itu dapat “like” gambar yang dipertaruhkan oleh Hariz dan kumpulannya. Tapi, lihatlah apa yang Hariz dapat, cacian yang langsung tidak masuk akal yang sedikit sebanyak membunuh minat Hariz di dalam bidang yang baru diceburinya ini. Hariz sudah serik sebenarnya untuk menyertai mana-mana contest selepas kejadian itu,tapi contest ini lain, ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

“emm contest muslimah ek,model da ada ke belum?”Tanya Hariz kepada Fizo.

“ha model la yang belum ada ni,takkan nak pakai Dyan kot,macam tak sesuai je,asal ko ada calon pilihan ko ke?hehehe”

Fikiran Hariz melayang kepada satu nama, Saleha. Yeah Saleha, gadis yang sering Hariz temui ketika mengambil gambar awan di dalam kampus. Saleha cukup sesuai untuk menjadi model bagi pertandingan kali ini. Pandangan matanya sahaja sudah mampu menggetarkan hati para juri nanti. Saleha hanya perlu menggayakan pakaian yang sesuai dan posing sebaiknya, Ijoy akan mengambil gambar dan Hariz akan editnya dengan penuh cermat. Itu yang bermain-main di fikiran Hariz ketika ini,dan Hariz tersenyum.

“ape benda yang ko tiba-tiba tersenyum ni?aku tanya,ko ada calon ke untuk contest ni?tanya Fizo dengan nada sedikit tinggi.

“rasa macam ada,rasa macam takde,hehehe”

“ape benda ko ni,macam ada,macam takde,tak paham aku”

“macam ni Fizo,dalam kepala otak aku ni da ada sorang calon,tapi aku tak sure dia blh join ke tak contest ni,aku kena tanya dulu dekat dia,samada dia ok atau tak join benda-benda ni,lagipun dia bukannya model,tapi aku rasa dia memang sesuai untuk pertandingan ini,nanti aku tanya dia dulu”

“wokeh bro,in Hariz we trust,hehehe”

“banyak la ko in Hariz we trust,Glory Glory Man Utd tau,hehehe”

Kedua sahabat ni memang fanatik pasal bola. Bukan setakat bola sepak inggeris, tetapi bola sepak Malaysia pon dieorang layan. Dan mereka da layan bola sepak Malaysia ni lama da, dari zaman Che Zambil Ahmad jadi striker Malaysia lagi. Bukan macam budak-budak zaman sekarang, layan bola Malaysia lepas Malaysia menang Piala AFF je,itupun layan sebab nak tengok Khairul Fahmi je,takpun si Nazmi Faiz. Benda-benda lain pasal bola sepak Malaysia haram jadah tak tahu. Kalau ditanya diantara Liga Super dan Liga Perdana,yang mana satu lagi tinggi tarafnya pon aku rasa ramai yang tak tahu.

“eh tapi kan Hariz,kalau lah member ko tu tak boleh join,kita nak amek sapa lagi?”

“kalau Saleha taknak, terpaksa ar kita guna Dyan je”

“eh chop-chop,ko kata apa tadi,Saleha??sape tu Saleha,woo ada awek baru ek,hahahha kantoi”

“heh Saleha?mane ada aku sebut Saleha tadi,ko memandai je,hahaha”

“cehh,da kantoi,terang-terang ko sebut Saleha tadi,sapa Saleha ni,awek baru ke?”

“takde ar,mengarut je,dia member ar,aku jumpa time aku amek gambar awan kat dalam,kawan biasa je”

“dia special kan?”

“emm entahlah”

p/s:perlukah seseorang itu bercinta untuk menulis perihal cinta?

10 coretan ikhlas:

CintaZulaikha said...

untuk soalan yg terakhir tuh jawapannya tidak...hehe

pepol said...

zulaikha..amboi,da tau jawapan ek,hahaha

Unknown said...

apa salahnya try lagi.. apalagi dah ada calon yg ssuai.. saleha.. apa kaitan soalan last tu dgn entri? hehe

pepol said...

ella..hahha,yup try2,hahah xde kaitan la,just pertanyaan..:D

Unknown said...

untung la dh ade awek..hahaha

pepol said...

ikmal...hariz ke?kah kah kah

Elie Lily said...

jawapan utk persoalan akhir: tepuk dada tye hati! :)

pepol said...

elie..hahaha,tepuk jgn x tepuk

hanaahmad said...

selalunya penceritaan daripada pengalaman tu lebih meninggalkan kesan, tapi bergantung juga dengan garapan yang dibuat oleh penulis. :)

pepol said...

hanaahmad...hahah,betul2