Final Exam kali ni Membebankan??

mood : kecewa
tempat : umah sewa puncak alam
lagu : bunkface - dunia

stress sampai duk dlm semak

Assalamualaikum sume, hye sorry la ek duk kacau korg ngn entri2 ak di kala korg tgh berperang dgn final exam ni, ak pon same dgn je ngn korg, serabut kot dgn final exam kali ni, ok tuk sem ni, ak amek 6 paper tapi just 5 paper yg ad final exam. final exam ak stat 26hb dan berakhir pada 7hb. dan bila ak kira2 blk, baru ak perasan yg final ak kali ni dlm masa 12 hari je, sekejap giler. dan klu xsilap, ni ar final ak yg paling sekejap, klu dlu2, paling2 cepat pon final akan amek masa dlm 3 minggu, tapi kali ni xsmpai 2 minggu pon da abes. bayangkan 5 paper dlm masa 12 hari, huhuhu. dan ad jgk yg final dieorg dlm masa 10 hari aje, lagi naya, klu carry mark sume da lulus xpe ar, ni carry mark hancur lebur, cmne nk score tu?

final exam kali ni xdpt la nk merasa gap yg panjang2, dan ad junior ak yg ad dua paper dlm sehari, dan dua2 paper tu lak killer paper, ha cmne tu? ad jgk yg paper berderet-deret smpai xde gap. so, ak pening gk duk pikir, nape final exam kali ni jadi cmni? so ak ad jgk ar duk usha2 kt website2 uitm @ website2 yg blh beri penjelasan tentang hal ni. dan ak terjumpa penjelasan daripada TNC Akademik dan Antarabangsa mengenai permasalahan ni.

Assalaamualaikum kepada semua pelajar UiTM.

Peperiksaan akan diadakan tidak lama lagi dan saya ingin memberi penjelasan kepada semua mengenai perjalanan dan proses pengendalian peperiksaan. Ini adalah sebab Dato’ Naib Canselor telah menerima beberapa rungutan dan luahan perasaan kurang puas hati mengenai jadual peperiksaan April 2011.

Seperti semua sedia maklum, pendaftaran pelajar Diploma akan diadakan lebih awal daripada biasa iaitu pada akhir Mei 2011. Tempoh masa untuk proses pemeriksaan kertas jawapan pertama dan kedua, “key-in” markah, kelulusan Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti atau Jawatankuasa Akademik Kampus Cawangan , kelulusan Mesyuarat Lembaga Peperiksaan UiTM dan pengesahan keputusan peperiksaan oleh Senat UiTM dan akhir sekali pengumuman keputusan peperiksaan mengambil masa 4 minggu. Pihak kami mempunyai masa 4 hari sahaja antara pengumuman keputusan dan hari pendaftaran pelajar.

Selepas 14 minggu sesi kuliah dan 1 minggu “study week”, pihak HEA terpaksa mengadakan hanya ada 11 hari untuk peperiksaan peringkat Diploma. Kami ingin melapangkan 1 dan 2 Mei 2011 kerana cuti am tetapi tidak dapat dielakkan juga kerana masa untuk memproses keputusan peperiksaan terpaksa dipendekkan kepada 24 hari (lazimnya 28-30 hari). Isu ini tidak timbul untuk peperiksaan peringkat Ijazah kerana pendaftaran pelajar ijazah adalah pada bulan September.

Mengenai proses peperiksaan, jika tahun ini memberi masaalah kepada para pelajar, bayangkan bagaimana pihak pengurusan UiTM menangani isu kalendar akademik dan 4 kali pengambilan dan semua proses akademik terutamanya proses dan pengurusan peperiksaan semuanya bertambah 2 kali ganda. Pihak pengurusan UiTM harap semua pelajar memahami senario masakini dan bekerjasama dengan semua pihak. Kami sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada pelajar.

Prof Dr. Azni Zain Ahmed
Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa

ha so itulah die penjelasan dari pihak uitm, sblm ni ak ad dgr2 ar yg final exam kite jadi cmtu sbb perubahan cuti dan jgk perubahan tarikh masuk tuk pelajar diploma, klu korg baca statement kt atas tu, die ad ckp yg budak2 diploma akan masuk pada ujung bulan 5, dan bukan awal bulan 7 seperti kebiasaannya, so mybe sbb tu la kot jadual final exam kite terpaksa dipendekkan. so nk mengeluh panjang pon x berguna kn, itu sudah ketetapan ny, so nk xnk kene harung jgk, tapi klu blh ar, ak nk mintak ckit agar pihak uitm merendahkan la ckit gred tuk final kali ni, yup tao2 je la kn, masa tuk study tuk final kali ni agak terbatas, so persediaan tu agak kurang jika nk dibandingkan dgn sem2 sblm ni. so ak doakan kite sume yg tgh menduduki final exam ni akan berjaya mengharungi ny dgn cemerlang dan dpt result yg gempak. chayok2!!!

p/s: insyaAllah, time cuti nanti, ak akan sambung blk project contest kt blog ak yg ak tangguhkan dlu tu, so jom join reramai,heheheehe

3 coretan ikhlas:

Syafiq Rosli said...

all da besy

Mindbreaking said...

sabor je lar, aku pn tgh exam kat induk ni

[sutera kasih] said...

wish you good luck :)