Aku duduk memerhati sekeping kertas hijau yang cantik terletak di atas lantai bermarmar sebuah stesen pengangkutan awam yang boleh tahan jugak sibuknya. dari kejauhan aku membulatkan mata memfokus pada kertas hijau tersebut. tiada siapa yang mengendahkannya. semua sibuk mengendong beg pakaian dan kepala ligat memikirkan destinasi yang hendak ditujui. lalu seorang amoi yang membawa luggage dengan selamba memijak kertas hijau tersebut. dan kertas hijau itu terselak sedikit langsung menampakkan gambar Yang di Pertuan Agong yang pertama.
"eh,tu bukan duit rm50 ke?"
hati aku membisikkan bahawa kertas hijau yang aku usha dari tadi itu merupakan sekeping wang kertas rm50. tanpa berlengah lagi,aku meninggalkan kerusi besi yang sudah 15 minit menabur bakti kepada aku. aku berjalan dengan langkah yang sedikit laju daripada biasa. aku menunduk untuk mencapai kertas hijau tersebut. ya memang betul, ia sekeping wang kertas rm50, yang kini sudah tidak mempunyai tuan,dan aku bersedia untuk menjadi pemilik baru kepada wang kertas ini. aku menuju kembali ke kerusi besi dengan muka dihiasi sengih kerang. bukan mudah untuk mendapatkan rezeki terpijak sebegini, tadi orang lain yang memijaknya tapi kini ia berada di dalam genggaman aku.kepala aku ligat memikirkan apa yang hendak dibeli menggunakan rezeki terpijak ini. makanan sudah awal-awal lagi aku tolak keluar, sungguh tidak beretika membeli makanan menggunakan "rezeki terpijak" ini. tiba-tiba, bayangan jersi pasukan - pasukan di euro 2012 nanti melintas laju di benak aku. terbayang jersi away pasukan england yang berwarna biru gelap disertai kolar berwarna biru muda. euuwww, inilah masanya untuk aku mendapatkan jersi idaman itu. sedang aku berkira-kira dari supplier mana harus aku dapatkan jersi itu, aku terpandang akan kelibat seorang makwe bertudung bawal 3 tone yang sedang mundar mandir di kawasan aku kutip kertas hijau itu. dari pengamatan aku, makwe ini sedang mencari sesuatu, apa yang sedang dicarinya aku kurang pasti,mungkin sedang mencari kekasihnya,mungkin mencari kawannya atau mungkin juga mencari tiket basnya yang hilang. makwe itu mula menunduk seolah-olah sedang mencari sesuatu di atas lantai. hairan,apa agaknya dicari di atas lantai itu?memandangkan ketika itu tidak terlalu ramai orang yang berada di stesen,aku memberanikan diri menghampiri makwe tersebut, dengan harapan dapat la aku meleraikan segala kekusutan yang sedang melanda dirinya. kasihan juga melihat dia terpinga-pinga sebegitu, habis hilang keayuannya. "hye awk,awk cari sesuatu ke?" "owh camni,sy cari duit sy,rasanya tercicir,tadi sy ada lalu dekat-dekat sini" "owh banyak ke tu duit tercicirnya?" "emm sekeping rm50,mana la duit sy tu,huh!!" aku sedikit tersentak mendengar makwe itu menyebut duit rm50. baru saje tadi aku pungut sekeping rm50 dari atas tempat kami berpijak ini. rupanya duit makwe ini yang sedang terselit di dalam poket seluar ku ini. "rm 50??sekejap ye. Aku meraba-raba di dalam poket seluar. Ya, apa yang dicari sudah ditemui. Aku keluarkan sebatang pen. Dengan sepantas kilat, aku membawa keluar duit rm50 itu tadi dan tanpa semena-mena, aku menulis no telefon aku di atas duit kertas tersebut. Makwe itu sedikit terpinga-pinga dengan tindakan aku ni. “ini duit awak yang tercicir tu tadi, dan nombor-nombor tu pulak nombor ajaib yang jika awak dail, mungkin awak boleh mendengar suara sy nanti” Makwe itu hanya tersipu-sipu malu. p/s: ada yang bertanya Horizon Cinta ni perihal apa?
2 coretan ikhlas:
Ok. yang ini tahap sweet hampir kena penyakit diabetes. boleh tahan jugak kau ni ek :]
aku...hahahha
Post a Comment