Jam 9 pagi. Aku bangkit dari tidur. Mata dikeroyok dengan kuat menandakan masih tersisa rasa mengantuk. Aku membetulkan bantal yang sudah menjauh dari anggota badanku yang paling atas. Tengkuk masih terasa kebas, mungkin disebabkan oleh kegagalan aku mengawal stress. Tangan meraba-raba mencari phone yang entah mana duduknya. Phone ditemui. Mata terus menangkap beberapa notifikasi yang kurang penting. Aku memejamkan mata kembali. Terasa fikiran aku kosong. Hampir seminit aku berkeadaan sebegitu, aku mencapai earphone yang berselirat di bucu katil. Aku betulkan semula wayarnya dan sambungkan ia pada phone. Ibu jari giat bermain-main di atas skrin, mencari icon pemain muzik. Muzik dimainkan, dan aku kenal benar akan intro lagu ini. Lagu yang menjadi kegemaran seseorang. Aku amati dalam-dalam lirik lagu ini. Lagu ini ada persamaan dengan dia, atau lebih tepat lagi, lagu itu menceritakan tentang dirinya. Kebetulan. Dia seorang gadis polos yang kelam kabut, tetapi amat teliti dalam memilih pasangan hidupnya. Mungkin, kisah silamnya banyak mengajar dirinya akan liku-liku di dalam perhubungan. Betapa kuatnya aku cuba menyakinkan dirinya bahawa aku insan yang tepat untuknya, semakin kuat rasa curiganya terhadap aku. Dan tidak keterluan, rasa curiganya itu yang telah memusnahkan segalanya. Hancur. Lagu yang dimainkan tadi tamat, dan aku bingkas bangun dari pembaringan. Tanpa aku sedari, mengalir air mata jantan yang amat mahal harganya itu di kedua pipiku. Aku kesat perlahan-lahan air mata itu sambil menepuk-nepuk dada untuk menguatkan semangatku. Aku kuat, cuma kadang-kadang, aku teringat....
p/s: tidak terlalu berharap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 coretan ikhlas:
Post a Comment