C.l.i.c.k : Tripod Cinta

cover click


Tripod merupakan antara aksesori penting yang perlu ada pada seseorang photographer. Agak aneh jika seseorang itu bergelar photographer tetapi tidak memiliki hatta sebijik pon tripod. Tripod amat diperlukan dalam proses melahirkan gambar yang superb. Tripod antara peralatan terbaik untuk photographer yang tidak inginkan gambar mereka menjadi blurr hasil daripada hand shaking. Tripod ini ada pelbagai jenis, dari yang murah hinggalah kepada yang super mahal. Tapi ada satu persamaan,semuanya ada 3 kaki.

3 kaki, kaki pertama untuk aku, kaki kedua untuk Saleha, dan yang terakhir untuk contest itu. Aku amat berharap contest itu akan menjadi pengerat diantara aku dan Saleha. Ini peluang terbaik untuk aku mengenali dengan lebih mendalam gadis yang bernama tradisional ini. Pernah aku katakan dulu, matanya seolah-olah menyembunyikan sesuatu, sesuatu yang berlaku di zaman silamnya,ya mungkin. Walaupun aku sering bertemunya ketika mengambil gambar, namun aku masih gagal untuk mencungkil rahsia di sebalik ketakutan pada anak matanya itu.

“Saleha,sy ada benda sikit nak cakap dekat awk”

“hey Hariz,ape dia tu?hey new hair cut la Hariz,nice”

“hehehe,yeah thanks,ok macam ni, awk suka tak kalau satu hari nanti,awk diberi peluang untuk pakai cantik-cantik,pastu makeup cantik-cantik,awk posing lentik camtu,then ada sorang photographer amek gambar awk,kemudian ada orang touch up sikit gambar tu,dan akhir sekali gambar tu dihantar kat satu perrtandingan,then menang tempat pertama,hehehe”

“wah beznya,seronoknya kalau dapat jadi model,tapi sy tak paham sangat sebenarnya apa yang awak cuba sampaikan ni”

“hahaha,ok macam ni dalam kata mudah dia, tak lama lagi akan ada satu Contest Muslimah, so kiteorang plan nak masuk dan kalau boleh,sy nak awk jadi model untuk team kitaorang,blh?”

“what??sy jadi model korang?hahaha awk da pikir betul-betul ke ni Hariz,sy tak sesuai la”

“hey apa pulak tak sesuai,awk cantik,tinggi, dan awk berhijab,so sesuai la dengan tema pertandingan ni,tadi awk cakap seronok kalau dapat jadi model kan,ha ni la peluang dia”

“emm,tapi…..,kalau sy pikir dulu boleh tak?banyak benda yang perlu sy pertimbangkan dulu sebelum sy cakap setuju,boleh?”

“yeah sure,take ur time,tapi jangan lambat sangat,coz kalau awk tak setuju,takde la kiteorang gelabah sangat nak cari pengganti”

“sambil-sambil tu awk cari la orang lain jugak tau,jangan harapkan sy je k”

“wokeh”

Habis saja perkataan itu,suasana mula tenang. Masing-masing diam. Ia berterusan untuk satu jangka masa. Kemudian kedua mereka mengambil jalan masing-masing. Saleha menuju ke-arah rakan-rakannya yang sudah kepenatan berjogging. Hariz menuju ke arah motosikalnya yang diletak di seberang jalan sana. Cermat menyusun langkah melintasi jalanraya, Hariz sempat berpaling ke-arah Saleha. Saleha tidak memandang, masih berjalan terus ke-arah rakan-rakan. Hariz sedikit hampa.

Enjin motor dihidupkan. Tripod yang dibawa tadi diletakkan dalam raga motosikal. Tidak muat tetapi tidak mengapa. Motor berkuasa 110cc ini laju menyusuri jalan bengkak bengkok di dalam kampus ini. Seraya itu, angin senja menghembus. Hariz mula memikir dalam-dalam perihal contest itu.

“macamana kalau Saleha tak setuju jadi model untuk contest tu,sape nak ganti dia?emm”

Aku perlu menyediakan plan B. aku tak boleh mengharapkan Saleha sorang. Lagipun,dia bukan pernah join benda-benda macam ni. Perempuan ni penuh dengan sifat malu, dan Saleha tidak terkecuali. Aku takut dia tidak biasa berhadapan dengan kamera, apatah lagi untuk menyertai satu pertandingan yang bakal disertai oleh photographer-photographer terhebat yang bertapak di Puncak Alam,Shah Alam dan kawasan sama waktu dengannya. Aku juga risau akan perihal Ijoy. Aku takut Ijoy tidak berpuas hati dengan pilihan model dari aku ini. Ijoy pasti mahu kejayaan yang lebih bermakna di penyertaan kali kedua ini. Pasti dia tidak mahu mengulangi kegagalan semasa pertandingan yang pertama itu dulu. Arghh sungguh naïf kami semua di pertandingan itu. Semuanya serba tidak menjadi. Masih terasa pedih melihat Zaf memenangi contest itu. Perihal Zaf ini akan aku ceritakan kemudian.

Hadiah kemenangan yang agak lumayan juga memberikan serba tekanan kepada aku. Walaupun aku tidak kisah sangat akan duit kemenangan itu,tapi rakan lain di dalam kumpulan ini pasti akan kisah. Sudah tentu mereka mahu menang dan menggondol hadiah lumayan itu. Bagi aku, hadiah selumayan mana pon tidak la terlalu beerti, hatta letak la rm10,000 sekalipon, pasti akan habis juga satu hari nanti. Aku lebih mementingkan pengiktirafan dari pertandingan itu. Pengiktiran itu menjadi keutamaan dan lebih diingati dari jumlah wang tunai itu. Jika kamu dapat Anugerah Dekan, kejayaan itu yang akan lebih diingati dan bukannya t-shirt “I am Dean List” yang diberi semasa majlis penganugerahan.

Jika Saleha menolak pelawaan aku ini, maka terpaksalah aku menebalkan muka untuk memujuk semula Yana. Yeah lama sungguh aku tidak menyebut nama Yana. Aku dulu rapat dengan dia, dan wajahnya sering terpampang di skrin kamera aku. Lensa kamera aku tidak pernah jemu untuk merakamkan indah wajahnya. Sehinggakan hampir mustahil untuk menemui wajah gadis lain di dalam kamera ini melainkan wajah dia. Tapi satu hari, dia mengambil keputusan yang mengejutkan aku. Jantung aku hampir berhenti berdegup di hari dia mengambil keputusan untuk meninggalkan aku, aku kurang pasti atas sebab apa dia meninggalkan aku, tapi aku ada terdengar yang ia berpunca dari adu domba seseorang yang dengki akan aku. Kini aku senang melayari kehidupan aku sendirian dan dia juga bebas merencana kehidupannya berseorangan. Tiada dendam di hati.

Ketika aku sedang mencari-cari no telefon Yana, aku terima satu mesej dari Saleha. Ringkas bunyinya tapi impaknya cukup besar.

“sy setuju untuk join contest tu..:D”

p/s:follower yg ke 900 akan dapat hadiah misteri..:p

4 coretan ikhlas:

Bidadari Syurga said...

cerpen kmu yg ni sgt meyakinkan. ringkas dan padan. gud luck... sweei tahu citer ini...

pepol said...

bidadari syurga..wow,bangganya dpt pujian sebegini,tapi masih byk kekurangan lagi..:D

walid ali said...

follow saya jugak ya
http://abdulwalidali.blogspot.com/

pepol said...

abdul walid..wokeh