Raikan Cinta Volume #2

fit kawen

pada 7 April yang lalu, maka berlangsung la satu majlis yang digelar majlis pertunangan oleh masyarakat melayu kita, majlis ini merupakan majlis pertunangan seorang sahabat baik aku iaitu Mohd Fitri Rosli, walaupun aku agak terkejut pada mulanya tatkala dia memberitahu majlis pertunangannya sudah selamat dilangsungkan kerana tidak kedengaran langsung sosek-sosek bahawa akan ada majlis pertunangan yang bakal berlangsung, namun aku tau dia ada sebab tersendiri untuk merahsiakannya. aku masih mengingati detik cuti semester lalu, aku dan juga beberapa org ex-classmate duduk lepak-lepak sambil membincangkan tentang perihal sape diantara kami yang akan menamatkan zaman bujang terlebih dahulu. yg pertama dicanangkan sudah tentu mazwan yang pernah aku cerita di Raikan Cinta Volume 1, dan orang kedua pula yang dijangka menamatkan zaman bujang ialah fitri dan ternyata telahan kami tepat,hahaha. dikhabarkan majlis nya akan diadakan pada hujung tahun ini. jadi di kesempatan ini,aku ingin mengucapkan tahniah kepada rakan baikku, Mohd Fitri dan pasangannya, Seety Humairah yang melangsungkan pertunangan baru-baru ini, semoga kalian tabah menempuhi gelora alam pertunangan dan aku berdoa ke hadrat Ilahi agar kalian akan disatukan pada hujung tahun ini,Aminn...congrats my friend..:D

p/s: da 5 minggu praktikal,tinggal 11 minggu lagi

2 coretan ikhlas:

Anonymous said...

sape ni pepol??

Anonymous said...

sape ni pepol??