Click : Dimalukan dan itu Pedih

cover click


“ehh bro,rileks bro,ni apehal kecoh-kecoh dekat sini nih?”
“ko nak sibuk ape?ko nih balak baru dia ke?”
“ehh tak-tak,aku kawan dia,ko pulak sapa?”
“aku ingatkan ko balak dia ni, ko nak tau aku ni sapa??ok ni ex dia,ko amek la sisa aku nih,hahaha”
“woi kau cakap baik sikit ek,jaga mulut ko tuh,jangan la melampau,dah blah dari sini,Saleha taknak jumpa kau,blah!!!”
“wokeh-wokeh aku chow,btw ingat Saleha apa yang kita pernah buat dulu,hahahaha”
“blah aku cakap!!!!”
Jai akhirnya beredar dari situ. Orang di sekitar sudah mula memandang ke-arah kami. Hampir saja tadi tercetus pergaduhan diantara aku dan Jai. Aku berpaling ke-arah Saleha. Saleha hanya tertunduk sayu. Tangisannya semakin kuat membuatkan aku sedikit kaget. Perlahan-lahan aku memegang bahunya. Aku cuba mengangkat mukanya yang dari tadi tertunduk. Air mata jelas membasahi pipinya. Aku menyeka air mata itu. Matanya mula kemerahan.
“Hariz….”
Hanya terdengar perlahan suara yang keluar dari mulut Saleha.
“mintak maaf Hariz,sy tak boleh teruskan”
Lemah rayuan dari Saleha. Aku tertunduk. Jika aku di tempatnya, aku juga akan ambil keputusan itu. Aku tau dia tidak mampu menanggung beban seberat ini. Kedatangan Jai yang tidak semena-mena itu tadi betul-betul merubah keadaan. Kalau ikutkan hati,hendak saja aku daratkan penumbuk aku ni tepat di atas muka lelaki jongos itu. Lelaki yang langsung tidak berhati perut, entah apa yang sudah dibuatnya pada Saleha.
Aku pergi bertemu Ijoy dan Dyan. Ada beberapa perkara yang perlu aku jelaskan kepada mereka. Perihal kejadian tadi dan hal Saleha mahu menarik diri. Nasib kumpulan kami di dalam pertandingan ini kini terumbang ambing. Mana sempat untuk mencari pengganti Saleha dalam tempoh masa sesingkat ini. Pilihan paling mudah yang ada ialah Dyan.
“Dyan,nak tak nak,kau kena ganti tempat Saleha,ni je pilihan yang kita ada”
“emm,nampak gayanya,terpaksa la,no choice”
“kau pegi la hantar Saleha tu dulu,takpe dekat sini aku boleh handle”kata Ijoy memberi keizinan kepada aku untuk menghantar Saleha pulang.
Aku mencapai kunci kereta dan langsung aku membawa Saleha masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta, Saleha masih lagi menangis,tapi tidak la sekuat tadi. Mungkin sudah penat agaknya. Ruang di dalam kereta hanya dipenuhi dengan tangisan dari Saleha.
“Saleha,sabar k,takmo nangis da k,sy hantar awk blk k”
“ok awk”
Saleha sudah berhenti menangis. Tapi wajahnya masih kekal monyok. Suasana di dalam kereta sunyi sepi seketika. Aku menghidupkan radio di dalam kereta. Lagu rapuh nyanyian oleh Opick sedang berkumandang. Aku harap Saleha sedikit tenang tatkala mendengar lagu ini. Dia amat memerlukan ketenangan ketika ini. Dan aku, ada terbit sedikit perasaan insaf usai mendengar lagu ini.
Sampai sahaja di rumah Saleha, aku membukakan pintu kereta buatnya. Perlahan dia melangkah keluar. Matanya sudah bengkak, sedikit sebanyak menghilangkan keserian di wajahnya. Tapi tidak mengapa, dia berada di dalam situasi sukar.
“awak berehat la dulu dekat rumah ok,tenangkan fikiran awak,sy nk balik semula ke shah alam,dieorang tengah tunggu sy dekat sana”
“ok awk,thanks awk sebab memahami masalah sy,huu”
“its ok,take a rest dear”
Sepanjang perjalanan,aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah terjadi diantara Saleha dan jugak Jai. Mungkin telah berlaku perkara yang besar. Aku tidak bertanya kepada Saleha di masa ini. Biar perkara ini redha dulu, bila tiba masa yang sesuai, baru aku cungkil peristiwa apa sebenarnya yang telah terjadi diantara mereka.
Sampai saja di taman tasik shah alam, terlihat Dyan sudah siap makeup sambil menyarung busana muslimah. Hampir tersembur aku dibuatnya bila melihat Dyan berpakaian sebegitu. Jauh betul bezanya dengan penampilan asalnya. Sambil aku ketawa, Dyan hanya menunjuk segenggam penumbuk kepada aku. Mungkin marah kerana aku mentertawakannya.
Sedang kami bergelak tawa, kami dikejutkan dengan kehadiran Zaf dan ahli kumpulannya. Mata Zaf memilau memerhati sekeliling dan sesekali menjeling ke-arah aku.
“hahahaha,korang masuk contest lagi??tak serik-serik lagi ke?dulu da kalah,sekarang nak kalah lagi ke?kah kah kah”
Gelak jahat dari Zaf itu memang mencabar kemarahan aku. Kenapa dalam sehari, ada dua orang yang sengaja meminta penumbuk aku ini? Aku dari dulu lagi memang tidak gemar akan kelakuan Zaf ni. Berlagak bukan main lagi. Memang dia handal mengambil gambar, tapi itu bukan lesen untuk kau memperleceh orang lain,terutama kami yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini. Arghh kau dulu pon bertatih seperti kami jugak, cuma kau lebih bernasib baik, punyai kedua ibu bapa berada yang boleh belikan pelbagai alatan mahal di dalam bidang ini. 
p/s:akhirnya merasai pengalaman kena saman,demm!!

2 coretan ikhlas:

y i e n said...

cite betui ke ni?

pepol said...

pink velvet..campur2,kisah sebenar yg telah ditokok tambah serba sedikit..:D