Seminggu 2 Kali

tumblr_lj2ymbkpok1qbh9beo1_500

jam menunjukkan pukul 8 malam. gua tgk kudi tgh tersengih-sengih di depan laptop. apa benda yg menggelikan hati sgt pon gua tak tau. perut gua da mula berbunyi. makanan yg dimakan tgh hari tadi dah abes dihadam.

"kudi,jom pegi pasar mlm,aku lapar ni"

"tunggu kejap,lagi 15 minit"

gua tak suka betul time lapar2 cmni,die blh nk bertangguh-tangguh pulak. satu sepakan manja hinggap di belakang kudi, disusuli dengan satu pulasan di telinga.

"okok,tunggu aku pakai baju kejap"jawab kudi.

gua turun ke bawah sambil menunggu kudi bersiap. gua berdiri di hadapan rumah. terlihat 3 org makwe melintas di hadapan rumah gua. gua pon senyum2 kambing dekat dieorg. hampa. takde sorg pon yg balas,ada sorg tu siap buat muncung lagi. gua sabar je,kalau ikutkan hati,memang da hinggap selipar saiz 9 da dekat makwe yang buat mulut muncung tu.

hari ni hari rabu. sudah menjadi kewajipan utk gua pergi ke pasar malam dekat umah gua ni. gua pon tumpang moto kudi. sampai di pasar malam, kelihatan ramai orang sedang rancak membeli juadah untuk dibawa pulang. ada yg beratur panjang utk membeli ayam uncle bob,ada pula memilih yong tau fu dan tidak lupa kepada yg sekadar membeli jagung. sedap dan manis katanya.

gua memilih lauk yg sedap utk dimakan. selepas membayar,gua pon duk mengekor di belakang kudi. terlihat beberapa makwe menegur kudi. ini jelas menunjukkan kudi lebih femes dari gua. mungkin faktor badan yg comel membuatkan kudi lebih menonjol di kalangan makwe jika dibandingkan dengan gua.

gua singgah di satu gerai yg gua tak penah miss utk pegi. gua keluarkan duit seringgit,balance duit isi minyak motor petang tadi.

"awk nk air ape?"tanya makwe jual air tu dekat gua.

"sy nk air kelapa la awk,satu tau,hehehe"jwb gua penuh manja.

ketika makwe itu sedang menuangkan air ke dlm bekas,gua memandang ke arah bajunya. kali ni die pakai baju kotak2. sabtu lepas,die pakai baju hitam,rabu lepas pulak baju merah. sampai camtu sekali gua ingat pasal makwe ni.

"ni dia air kelapa awk"

"owh ok awk"jwb gua.

"nanti datang lagi tau"ckp makwe tu sambil tersenyum manis.

"mestilah,nanti dpt jumpa awk lagi"jwb gua penuh confident.

gua berlalu dari gerai tersebut dengan hati bunga-bunga. terasa seolah dunia ini dibawah tapak kaki gua. gua mencari-cari di mana kudi. gua pusing ke belakang dan ternampak kudi sedang berjalan menghampiri gerai jual air tadi. gua pon pergi ke arah kudi. sampai di situ,gua mendengar dengan jelas perbualan kudi dengan makwe tersebut. saling tak tumpah dengan apa yang gua bualkan sebelumnya. rupanya, itu memang dialog yg digunakan untuk semua customer die.

dan hari itu gua blaja "something" tentang cinta.

p/s:ribuan terima kasih diucapkan kpd korg sume yg sudi membaca kisah kenangan di puncak,dan bertambah syok klu korg sudi share kan entri kenangan di puncak tu dekat fb atau twitter korg,supaya lebih ramai org blh membacanya,thanks korg sume..:D

6 coretan ikhlas:

FaiZaH Fyn said...

ayam uncle bob..member suka gila pegi kedai tu haha

hanaahmad said...

ini peminat yes pepol datang. keh3.

peniaga memang sentiasa akan bermanis mulut bagi menarik pelanggan. itu biasa. ;)

pepol said...

faizah fyn...gerai paling ramai org time pasar mlm..:D

pepol said...

hana...wah peminat tu,wakakakaa,hehehe itulah yg gua blaja..:D

Eja Razif said...

ahahah thumbs up!..best...laksa kawah besar tak cerita pon...my favorite tuh!

pepol said...

eja razif...thanks eja,owh ye ke,xtau favorite eja ape,hehehe