Malam Pra Graduan

tumblr_ltfi8vfbV41qgng3do1_500

malam itu gua pakai sepasang baju melayu lengkap dengan samping,tanjak dan jgk tersemat keris di pinggang. gua sempat menjeling ke arah cermin. nampak dengan jelas gua jauh lebih hensem dari adlin aman ramlie time die jadi sultan melaka dlm filem termahal malaysia satu ketika dulu. gua menjeling ke belakang. terlihat kudi sedang berhempas pulas untuk mengikat samping. faktor badan yang comel memberi kepayahan yang bukan kepalang kepada kudi untuk mengikat samping.

gua dan budak2 umah bersiap-siap utk ke dewan agung tuanku canselor(DATC) tempat berlangsung nya malam pra graduan ni. sampai sahaja di sana, sume sibuk mencari pasangan masing2. barulah grand berjalan di karpet merah jika ada pasangan,katanya lah,gua tak tau pon. gua tercari-cari princess gua. dari bbm yang gua dpt tadi,katanya da sampai. sedang gua tercari-cari tu,bahu gua ditepuk dari belakang.

"eh awk,sy kt sini lah"

"eh awk kat belakang sy ek,puas sy cari tau,ingtkan princess sy ni tak dtg"aku tersenyum.

"eh mane blh tak datang,sy kena la temankan prince sy ni"jwb princess gua tersipu-sipu.

gua pon merangkul tangan princess gua dan mula menuju ke arah karpet merah yang sudah terbentang. dari jauh gua da blh nampak ramai couple2 yg sedang berbaris untuk melintasi karpet merah. ada yg dah lama couple,ada yg baru couple,ada yg buat2 couple,dan ada yg sekadar teman tapi mesra.

gua memimpin tangan princess gua di karpet merah. seperti yg dijangka,kehadiran gua dilimpahi dengan sinaran dari lampu flash DSLR. sume photographer yg bertugas berebut-rebut hendak amek pix gua dgn princess. al-maklumlah,ini kali pertama gua bwk princess gua ni di majlis rasmi. gua melangkah dengan penuh yakin di karpet merah dan terus menuju ke ruang makan.

makanan sudah siap terhidang. gua dengan princess mengambil tempat. acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis. gua kesian melihat pengacara majlis yg terlalu bersungguh untuk membuat lawak. ko rileks je la der, lawak tak boleh dipaksa-paksa,biar ia dtg secara semula jadi. tiba giliran Dekan memberi ucapan. habis saja ucapan, persembahan pon dimulakan.

gua mula menjamu selera. sekali sekala,gua sempat berbisik-bisik dengan princess gua. walaupun bermuka lejen,elemen romantik tu masih ada dlm diri gua. dari jauh gua nampak kudi duduk bersebelahan dengan princess die. boleh tahan jugak,die bayar ke ape untuk princess tu lepak sekali dengan die.

selesai persembahan dari mereka2 itu, tibalah masa untuk bergambar. ini merupakan masa yg paling dinantikan oleh makwe2 yg menghadiri majlis2 sebegini. dan keesokkannya,timeline fb akan dipenuhi dengan seribu macam gambar yg diupload. gua membawa princess gua utk mengambil gambar. gua memilih photographer yg paling berbakat utk mengabadikan kisah dongeng gua bersama princess gua di malam yg bakal diingati selamanya.

sedang gua asyik bergambar,tangan gua ditarik ke belakang. gua berpusing ke belakang.terlihat seorg makwe dengan habis bengis sedang mencekak pinggang sambil menjeling tajam ke arah gua. makwe itu mencapai segelas air oren di atas meja dan dengan lajunya die menyimbah air oren itu tepat ke muka gua. gua tergamam,segalanya berlaku dengan begitu pantas. princess gua terkejut sambil membuka mulut seluas-luasnya. semua org di sekeliling juga turut terkejut.

"berani kau curang dengan aku!!!"jerit makwe itu kepada gua.

gua mula konpius. bila masa pulak gua curang dengan die. giler ke ape makwe ni,atau die rabun malam??sume pertanyaaan itu berlegar di ruang sempit otak gua. dan tidak semena-mena,satu tendangan padu hinggap di perut gua. makwe itu mengangkat tinggi kakinya. gua terpelanting ke belakang. kepala gua terhentak di atas lantai. gua mula merasa pening hasil hentakan yg kuat itu. princess gua dtg menghampiri. air matanya jatuh menitik di atas pipi gua. saat gua memandang ke arah matanya, gua mengenggam erat tangannya,dan di saat itu,mata gua mula kuyu dan akhirnya tertutup habis.

gua bangun bila terdengar azan maghrib berkumandang. gua menoleh ke arah jam dinding. jam menunjukkan pukul 7 malam. dan gua sedar,bahawa sume itu adalah mimpi gua belaka. wakakaka

p/s:klu org provoke kita,kita diam je...:D

12 coretan ikhlas:

Schaza Abieyza said...

i'm da 1st person who read your new entry??hahahaha....emmm mimpi je la epul...g je la..da betul da tu siap pkai tnggolok bagai..

pepol said...

biza...emmm

FaiZaH Fyn said...

haha tiap entry x sah takde watak kudi kan..tertunggu jugak nak tengok gmbr dgn princess tu padahal mimpi je

sueniera said...

suspen je.. hahahahha... mana tau btl time MPG nnt.. hahhaa

pepol said...

faizah...hahhaaha

pepol said...

suenira..hahhaa,takut nya

falynee said...

Asyik mimpi je ni, bila nak ada princess betul-betul ni? :p

pepol said...

falynee..hahahaha..:D

falynee said...

gelak bermakna tuh ;p

pepol said...

falyneee..hahahaha..:D

hanaahmad said...

tulah tidur senja2 memang gitu. keh3

pepol said...

hana...hehehehe