2011 dan Kisahnya

tumblr_kvjgk2cl4v1qaxd1go1_500

2011. bakal berlalu dan tidak akan kembali lagi. tahun yg diibaratkan seperti roller coaster di dlm hidup aku. ada kala aku tersenyum lebar mengenangkan kenangan yg berlaku di sepanjang tahun ini,namun adakalanya muka langsung tidak blh diangkat melambangkan masalah yg menggunung di kepala. 2011 bg aku blh la dipecahkan kepada dua bahagian iaitu awl tahun dan akhir tahun. awal tahun merangkumi dari januari hinggalah ke jun dan akhir tahun pula meliputi julai sehinggalah disember.

aku memulakan 2011 dengan minat yg berbunga-bunga terhadap fotografi. sampai ke hari ini,aku masih bergelumang dengan hobi namun aku mula memperlahankan rentak aku di dalam bidang ini, hasil kesibukan menghadapi hari2 ku di kampus dan cuaca yang kurang baik semenjak dua menjak ini. terus terang aku ckp,detik antara januari hingga jun 2011 merupakan antara saat terburuk dalam hidup aku,aku melalui antara saat-saat sukar dalam hidup aku. apa benda yang aku alami itu tidak perlu dinyatakan di sini,cukup la sekadar aku nyatakan ia memang memeritkan dan kalau boleh,aku tak mahu secebis memori pon melekat di dalam ingatan aku.

separuh kedua 2011 pula,ada beberapa petanda positif mula muncul. selepas sekian lama bercuti,aku memulakan semester baru dengan sedikit rasa kurang bersemangat,hasil keputusan semester lepas yang barai. namun,perubahan yang berlaku di dalam kelas aku setidaknya memberi sedikit sinar yang mana mungkin akan ada satu anjakan di dalam pelajaran aku di semester ini. separuh kedua 2011 juga aku mula melibatkan diri di dalam dunia baru. dunia yang pernah menjadi minat aku semasa aku kecil tetapi mula menghilang ketika aku meniti usia dewasa. namun,kini aku kembali menyalakan minat itu dengan harapan ia mampu memberi kepuasan kepada diriku. apa dia dunia itu tidak lah perlu dinyatakan di sini.

dan mengenai 2012 pula,sejujurnya aku takut menghadapi tahun di mana yusri dan lisa surihani bakal bernikah ini. seawal januari aku bakal diuji dengan satu ujian besar yang bakal menentukan samada aku mampu menamatkan pengajian aku tepat pada masanya atau tidak. dan jika berjaya mengharunginya, pada bulan mac aku bakal diuji pula dengan kehidupan sebagai seorang pelatih di sebuah tempat yang sebenarnya aku tak suka pergi iaitu hospital. dan menjelang julai,kemungkinan besar aku bakal hilang status yang sudah sekian lama aku pegang iaitu "pelajar".

bakal tiba masanya di mana aku akan membawa resume dan pergi ke "interview". antara saat yang paling menakutkan dan paling bermakna di dalam kehidupan seseorang. bila memperkatakan tentang pekerjaan, semestinya kalau boleh aku nk kerja secepat mungkin,memikirkan hutang dari PTPTN yang sudah siap sedia menanti. namun, benda-benda macam ni banyak bergantung kepada rezeki dan nasib seseorang. kalau ditakdirkan rezeki datang awal, maka sudah bekerja la aku pada tahun 2012 nanti, dan andai ditakdirkan rezeki itu lambat tiba,maka di rumah ibu dan bapa la tempat menumpang teduh nanti.

"pada hari gelap,kita memasang mimpi,pada hari terang,kita jadikan ia realiti"

p/s:yang sambut tahun baru tu,jaga perangai ek,aku xnk dengar ada insiden mengandung luar nikah

12 coretan ikhlas:

FaiZaH Fyn said...

sama! tak suka pergi hospital haha

Happy New Year in advance :)

pepol said...

faizah...yup xsuke hospital sebenarnya,tapi amek kos yg bakal keje kt hospital,hahaha

ninieallysha said...

semoga cepat dapat kerja..
gudluck in future...=)

pepol said...

thanks ninie,gud luck in ur study..:D

falynee said...

entry yang banyak rahsia..cuba menyatakan secara samar saja.

harap zamir terus sukses & fokus pada final exam! all the best!

:)

pepol said...

falynee..yup,actually dats my way to write,hehehee

SN said...

happy new year ^^

pepol said...

mimi..happy new year jgk..:D

Amyra said...

Happy New Year... :)

semoga 2012 memberi sinar kebahagiaan and lebih baik dari 2011...

pepol said...

amyra..yup,thanks,happy new year jgk..:D

Unknown said...

eppy new year...=)

betuah dpt smbt new year mcm 2..ahahah..

pepol said...

cili kering..hahaha