Cara Untuk Membeli Novel Kenangan di Puncak

pix novel

Anda ingin membeli novel Kenangan di Puncak, tulisan brader pepol?  Anda berminat untuk membaca novel ini tetapi tidak tahu cara untuk membelinya? Hah mudah sahaja, turuti sahaja langkah mudah ini.

1. Mula-mula klik page "Sen Studio"

2. Kemudian, 'pm' atau 'message' sahaja pihak "Sen Studio" dengan menaip frasa ini "Saya nak Kenangan di Puncak"

3. Kemudian, tunggu mesej anda dibalas oleh seorang pemuda pengumpul jersi yang juga pemilik "Sen Studio". Dia akan menerangkan kepada anda apa yang perlu anda buat.

4. Selepas menerima no akaun dari pihak "Sen Studio", anda perlu terus lari ke stesen ATM atau kaunter bank terdekat untuk membuat bayaran. DIINGATKAN, HARGA SEBIJIK NOVEL INI BESERTA KOS  PENGHANTARAN IALAH RM 25, TANDATANGAN PENULIS JUGA AKAN DISERTAKAN SEKALI.

5. Selesai membuat pembayaran, simpan slip ATM anda, ambil gambar atau scan slip itu, dan kemudian attach kan sekali pada mesej anda di page "Sen Studio". DIINGATKAN, JANGAN HANTAR MESEJ BARU SEBALIKNYA REPLY MESEJ YANG TERDAHULU, INI UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN DAN KEROSAKAN YANG MAHA DAHSYAT.

6. Semasa anda attach gambar slip bayaran itu, sertakan sekali nama penuh anda, alamat, dan juga no telefon semasa anda.

7. Selesai membuat semua langkah di atas, anda tunggu sahaja di rumah anda, tidak lama nanti, akan ada seorang jejaka dari pos malaysia datang mengetuk pintu rumah anda untuk menghantar novel Kenangan di Puncak.

8. Baca novel ini sambil menghirup segelas tea-o suam. Selesai. 

p/s: sebarang pertanyaan, blh saja pm atau inbox fb Saiful Zamir, jangan takut, dia baik dan kacak orangnya, perghh perghh perghh.

22 coretan ikhlas:

Anonymous said...

huk alohh..

Unknown said...

nk novel yg basah satu

Anonymous said...

cantek gak covernyer :)

pepol said...

ikhmal...hihihi

pepol said...

syakir...yup2,blh tempah 1,hehehe

Unknown said...

style! good job

Kisah Sayang Safuraa said...

epul, boleh tak beli time konvo??hehehe..klu beli betul2 dgn writer dia, lg best..bleh amik pic skali..hehehe.. :)

fifie said...

Duhhh dah maju setapak nie. Good job, in shaa Allah nanti beli

pepol said...

fendy..hehehe,thanks,blh order 1

pepol said...

safuraa..siyes nk beli time konvo?

pepol said...

fifie..hehehe,jemput beli :)

SN said...

Wah , penulis novel ni . Good job bro ! ;)

Wadi AR said...

tahniah. nanti aku nak beli juga :)

pepol said...

syamimi...yup2,jemput beli :)

pepol said...

wadi...aku menanti ko membeli ni,hehehe

Päk Läng said...

tahniah

pepol said...

pak lang..terima kasih

selipar putih said...

hamboi tajuk dia...
http://jeritpekik.blogspot.com/2012/11/senarai-pemenang-shoutaward-dan.html

ghost said...

aku dah dapatkan awal lagi. siap tanya lagi, apsal mamat ni tak datang? jauh sangat ker pahang dengan KL? haha!

pepol said...

afif...hehehe

pepol said...

ghost writer..la ye ke?hahaha sorry2, ingatkan bro tak angkat lagi,hehehe

ghost said...

Aku support kawan kawan.dunia penulisan kita kecik jer.baru nak lari lari anak.tak kita kita,siapa lagi..