Review Si Kurung Putih & Coretan Lalu

sikurungputih
sumber gambar : blog wani ardy

Assalamualaikum semua, dah lama dah nak buat ni sebenarnya, tapi asyik tangguh,tangguh dan tangguh. Ok kali ni aku nak buat review zine, for the 1st time aku buat review zine, dan karya yang terpilih ialah zine kedua dari saudara Adi Wafi iaitu zine Si Kurung Putih & Coretan Lalu. Ini adalah zine kedua dari Adi Wafi selepas zine Two Months & a Day yang super awesome tu. Seriusly zine Si Kurung Putih & Coretan Lalu ini sangat menarik, zine ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian si kurung putih dan bahagian coretan lalu. Usai membaca bahagian si kurung putih, membuatkan aku tertanya-tanya, sapakah agaknya si gadis yang memakai kurung putih ini? Pasti orangnya sangat istimewa di mata Adi Wafi. Walaupun aku tau modelnya ialah Fara Hanim Razak,tapi aku tak rasa orang yang dimaksudkan dalam zine ini ialah Fara Hanim. Bahasa yang digunakan dalam zine ni sangat puitis dan disarankan membaca zine sambil ditemani secawan kopi di sebelah. Antara puisi yang menjadi kegemaran aku dalam zine ini ialah:

si kurung putih 3

aku mahu kau tahu
aku rindu kau

aku telah rindu kau sepuluh minit selepas kali terakhir
kau melambai tinggal aku dari kotak kenderaanmu

tapi lelaki egonya tinggi
jangan harap aku mahu beritahu terus-terus
depan depan padamu

aku rindu kau
atau aku sayang kau

faham-faham sajalah

Jadi, kepada yang berminat untuk mendapatkan zine ini, boleh hubungi Adi Wafi secara terus. Dapatkan naskhah anda dan hadamlah zine ini dengan penuh perasaan.

p/s:insya-Allah, dalam perancangan untuk membuat zine sendiri iaitu koleksi cerita pendek,moga diizinkan oleh Maha Pencipta.

8 coretan ikhlas:

Wadi AR said...

AMINN. teruskan semangat kau pepol

pepol said...

wadi ar...aminn,terima kasih

reenapple said...

oh... aku tj pernah dgar buku ini.. ehehehe.

semoga impian tercapai.. =)

pepol said...

reenapple...heheh,thanks

hanaahmad said...

aku dah beli tapi belum sempat hadam. ada baca sikit. AdiWafi memang penulis yang hebat. :)

pepol said...

hana...yup siyesly die mmg hebat,kagum dengan penggunaan kata dia

Qurratuaini Wajihah said...

Just dropping by :) feel free to visit mine ;) if only you're free, okay? haha

pepol said...

Qurratuaini Wajihah...yeah,of course,hehehe