Hentian Bas Klang Sentral, 25 April
Selesai mendapatkan tiket yang dikehendaki dan juga cukup yakin bahawa tiada kesilapan pada tiket yang dicetak, aku bergegas pulang ke tempat praktikal. Jam sudah menunjukkan pukul 2.15 petang, aku harus cepat. Walaupun aku tau boss tiada selama seminggu, tapi aku takut jika ada mulut-mulut yang sukar ditutup ini terlepas cakap kepada boss mengenai sikap aku yang masuk lambat ini.
Unit Kesihatan UiTM Puncak Perdana, 25 April
Sampai sahaja di klinik, masih tiada pelajar atau di dalam konteks sebuah klinik, perkataan “pesakit” selayaknya. Perkara ini memang sudah aku jangka, kerana pelajar degree sedang bersenang lenang di rumah menikmati cuti pertengahan semester, jika ada pelajar yang berbaki di sini, mungkin mereka-mereka ialah pelajar diploma yang sedang mengambil intersesi. Suasana di dalam klinik masih senyap sunyi. Staff yang bertugas juga masih belum kelihatan. Mungkin masih berehat di dalam wad sementara yang sememangnya menjadi port untuk melepaskan lelah semasa waktu rehat.
Aku duduk di kaunter. Memang ini tempat aku sepanjang menjalani latihan praktikal. Fikiran aku menerawang memikirkan akan majlis yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini. Satu majlis yang istimewa, yang pernah dirancang satu masa dulu. Lama dahulu. Dan tidak sangka, dengan izin Yang Maha Pencipta, majlis itu akan berlangsung pada hari sabtu ini. Mudah-mudahan. Aku mengeluarkan tiket yang dibeli tadi. Aku memandang dalam-dalam tempat yang bakal aku tujui. Terminal Bas Makmur. Sudah lama sebenarnya aku tidak ke sana. Jika dulu, semasa aku masih belajar di UiTM Dungun, memang itulah tempat yang sering menjadi persinggahan aku. Usai belajar di UiTM Puncak Alam, aku sudah tidak ke sana lagi kerana sudah tiada keperluan lagi untuk ke sana. Jadi kunjungan aku ke sana nanti merupakan kunjungan pertama selepas 2 tahun. Kali terakhir aku ke sana adalah semasa aku pergi untuk menghantar report praktikal dan juga melakukan presentation. Terminal Bas Makmur semasa kunjungan aku itu masih lagi dengan imejnya iaitu suram. Kadang-kadang aku terpikir, mengapa tiada usaha untuk mengindahkan atau memberi nafas baru kepada terminal bas terbesar di negeri Pahang ini?
Bangunan Fakulti UiTM Puncak Alam, 26 April
Cuaca agak panas. Aku dan housemate,Chee Boong menapak menuju ke bangunan fakulti sesudah selesai meletakkan motorsikal di tempat yang sewajarnya. Ada kerja yang perlu dibereskan dahulu petang ini sebelum aku bertolak ke Kuantan. Suasana di fakulti agak lengang, tiada hiruk pikuk pelajar yang menunggu lif di bawah. Dengan mudah aku dan Chee Boong menaiki lif dan terus menuju ke tingkat 16 yang mana terletaknya pejabat akademik. Ada surat yang perlu dicetak dengan menggunakan letter head dari fakulti. Aku maju ke kaunter dan meminta izin untuk memasuki ruang pejabat sekaligus memudahkan aku dan Chee Boong untuk menyiapkan tugasan kami. Selesai urusan di pejabat akademik, aku dan Chee Boong terus menuju ke bawah. Jam di pergelangan tangan menunjukkan baru pukul 3.15 petang. Masih terlalu awal. Bas aku akan bertolak pada pukul 5 petang. Jadi, masih ada banyak masa.
Bersambung...
p/s:kita nampak yang jauh,dan kita tak nampak yang dekat
7 coretan ikhlas:
hallo..
ow..mesti sunyi sepi kat puncak..
actually, sy ex-student puncak perdana..
krm salm org puncak..hehe
peace
dang..owh ye ke,sy student puncak alam tapi skrg tgh praktikal dkt puncak perdana,hehehe eh skrg dkt dungun ye?
Assalamualaikum,
Saya budak asasi sains puncak alam.
Kalau nak balik kuantan nak wat camner?
Ada ke tiket ke kuantan dijual di KL Sentral kerana ada kawan ni kata yang kene pergi sampai Pudu Sentral nun jauh disana. Macamana?
momo...dkt klang sentral ada tiket pegi kuantan,naek transnasional
Salam.
hai,student pncak alam health admin ke?
prktikal kt klinik pncak prdana? Ok x pktikal kt situ..mmg xde elaun kan
Salam.
hai,student pncak alam health admin ke?
prktikal kt klinik pncak prdana? Ok x pktikal kt situ..mmg xde elaun kan
Post a Comment