Horizon Cinta : Di Pinggiran

horizon cinta

Celaka!! hanya itu perkataan yang terpacul dari mulut Haziq. Sudah 5 bulan lamanya, dan Haziq masih lagi mencuba. Mencuba apa yang orang selalu gelar, "move on". Haziq hanya memandang sayu 2 ketul ayam goreng yang elok terletak di dalam pinggan. Ini makanan kegemarannya, dan di sini, sebuah restoran fast food, merupakan tempat di mana dia sering menghabiskan masanya bersama orang yang sangat dicintainya. Dan baru sebentar tadi, memori itu muncul kembali, menggamit semula kenangan itu, kenangan yang seharusnya dilontar jauh-jauh dari kamus hidupnya.

"Celaka, kenapa memori itu datang kembali?"

Bekerut dahi Haziq memikirkan perihal ini. Seraya itu, tiba-tiba segala kenangan beliau bersama di dia muncul di hadapannya seolah-olah dipancarkan dari sebuah projektor. Manis, memang manis ketika itu. Haziq masih ingat, meja yang terletak di bucu itulah tempat beliau dan si dia sering bergelak tawa sambil menyulam rasa bahagia. Dan setiap kali bersua, pasti hidangan Snake Plate yang menjadi pilihan, sehinggakan petugas di kaunter seolah sudah mengetahui apa yang bakal diorder tatkala ternampak kelibat Haziq dan si dia menolak daun pintu restoran fast food ini.

Tetapi, itu berlaku lama dulu. Sebelum rasa sunyi dan kecewa menghambat diri. Dan Haziq masih mengingati dengan jelas apa yang berlaku 5 bulan dahulu. Hari itu seperti hari biasa-biasa juga. Matahari tetap bersinar, burung tetap berkicau dan ayam masih berkokok, tetapi entah mengapa, si dia tergamak melakukannya pada hari yang sungguh mendamaikan itu. Si dia pergi meninggalkan Haziq begitu sahaja. Haziq mendesak juga untuk mengetahui sebab musababnya. Ringkas jawapan dari si dia. Dia sudah punyai seseorang yang jauh lebih baik. Kecewa Haziq bukan kepalang.

Haziq menolak pinggan dan membiarkan sahaja ayam goreng itu tadi. Haziq bangun dari kerusi dan mula menuju keluar dari restoran. Seleranya sudah hilang, walaupun dari pagi Haziq belum menjamah sebarang makanan. Pintu kereta dibuka. Haziq duduk sambil cuba mententeramkan jiwanya. Enjin kereta dihidupkan, butang air-cond ditekan. Ketika hendak memasukkan gear, muncul satu mesej dari orang yang tidak disangka-sangka.

"Salam Haziq, buat apa tu?saya harap saya tak menganggu awak, emm awak, saya ada something nak beritahu pada awak, emm saya baru je break dengan bf saya, saya baru sedar awak, yang dia tak sesuai dengan saya, bodohnya saya dulu tinggalkan awak untuk bersama dengan dia, sedangkan dia langsung tak setanding awak dalam membahagiakan saya, sedangkan saya dah cukup bahagia da dulu dengan awak, emm saya rindu kenangan kita bersama tu, awak free tak malam ni, sudi tak awak jumpa saya lagi?"

Haziq membaca mesej itu dengan pelbagai reaksi muncul di dalam dirinya. Haziq termenung seketika, mungkin memikirkan apa yang patut dibuat sesudah membaca luahan hati dari seseorang yang pernah membahagiakannya dan juga pernah mengecewakannya. Beberapa detik kemudian, ada senyuman yang penuh misteri terukir di wajah Haziq. Butang keypad handsetnya ditekan-tekan, dan satu mesej dihantar.

"mungkin selepas mendengar lagu ini, kamu akan lebih faham akan perasaan aku"

p/s: cerita kedua dari koleksi "Horizon Cinta"

4 coretan ikhlas:

bukankosong said...

time masa utk balas dendam!

muahahahah!

pepol said...

bukankosong...:D

LidiaSuraya said...

aceh lagu fran tue... lagu zaman zaman otai nie.... shahdu plak

pepol said...

lidiasuraya...hehehe,emm tu la