Aku pulang dari kerja seperti biasa pada petang ini. Banyak kereta yang lalu lalang, tidak kurang juga lori dari yang kecil hingga ke besar. Semuanya sibuk nak lalu ketika ini. Laluan ini memang sibuk pabila melepasi saja office hours. Aku handle motorsikal kesayangan aku penuh cermat. Aku melintasi sebuah tasik. Tasik ini cantik. Ia dipisahkan oleh sebatang jalan raya. Sedang aku melintasi tasik ini, mata aku tertarik kepada seorang gadis yang sedang duduk berteleku menghadap tasik. Hanya dia seorang kelihatan. Aku sedikit hairan, apa yang dibuat olehnya seorang diri di hadapan tasik itu? Ketika aku masih lagi mencari-cari jawapan kepada persoalan itu, dia berpaling kepada aku, menampakkan wajahnya yang seakan-akan Pan Asia itu. Aku sedikit terkejut, hampir saja aku terbabas dan melanggar divider di bahu jalan. Mujur aku masih mampu mengawal keadaan. Aku pulang dengan seribu pertanyaan di kepala,siapa dia,siapa dia??
Esok harinya, aku mengulangi rutinku dengan pulang dari bekerja seperti biasa. Sampai di tasik itu, aku mula meninjau-ninjau dengan hati berbisik mengatakan gadis itu ada di tasik. Sangkaan aku tepat, dia masih di situ, di tempat yang sama, dengan kelakuan yang sama tapi pakaian berlainan. Baju hari ini lebih sesuai dengan kulitnya yang putih mulus itu. Aku memperlahankan motorsikal dan dia berpaling ke arahku sebelum aku sempat untuk bersedia. Dia tersenyum kepadaku,menampakkan barisan giginya yang putih. Aku membalas senyuman itu, tetapi aku tidak berhenti, sebaliknya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalananku. Sampai di rumah, ada sedikit nada kesal di hatiku, apa kebangang aku tidak berhenti tadi??ciss.
Petang menjelang dan aku pulang seperti biasa. Langit sudah gelap menandakan hujan bakal turun tidak lama lagi. Aku harus cepat, jika tidak mau bermandi hujan hari ini. Aku membawa motor lebih laju dari biasa. Sampai di tasik, hujan sudah mula turun dengan agak lebat. Bizer helmetku diturunkan, tapi aku masih boleh nampak dengan jelas akan pemandangan di tasik itu. Sekali lagi, aku ternampak gadis itu. Memakai blouse polka dot. Dia masih di situ dan masih dengan perlakuan yang sama. Aku memang berhasrat untuk berhenti di tasik itu hari ini bagi mengetahui rahsia di sebalik gadis itu, tapi mungkin bukan rezeki aku hari ini. Hujan turun dengan selebatnya. Gadis itu aku tinggalkan tapi ada persoalan yang datang menghampiriku. Gadis itu masih disitu walau dalam hujan lebat??Gila.
Langit cerah hari ini. Aku pulang dengan sedikit perasaan gembira mengenangkan aku tidak perlu basah kuyup lagi hari ini. Dan hari ini aku nekad, untuk berhenti di tasik itu dan bertemu dengan gadis itu. Hari ini, segala persoalan bakal terjawab. Aku tidak mau terlepas lagi kali ini. Dan aku harap dia tidak melarikan diri saat aku menghampirinya nanti. Aku bukan orang jahat dan bukan mahu berbuat jahat. Sampai di tasik itu, aku mula meninjau-ninjau. Aneh, gadis itu tidak kelihatan. Aku memperlahankan motorku. Betul, memang dia tidak kelihatan. Aku menongkat motorku dan mula berjalan di tepi tasik. Tiada siapa yang aku temui, hanya rimbunan pokok menjalar yang menghijau menemani aku. Aku hampa.
Siapa dikau wahai gadis misteri??
6 coretan ikhlas:
ini kisah benar ke kisah tak benar? heee...
nice writing...
aku enjoy bace...
=)
lumut...hehehe,agak2 kisah benar ke x?hehehe btw thanks sudi baca cite x seberapa ni..:D
Cerita2 best kat sini dah lama tak baca.....T-T
eja..hehehe,jemput baca..:D
boleh tulis novel ni...;)
aishah....hahaha,jauh sgt lagi nk tulis novel
Post a Comment